BAB 22: PERGI MENJAUH

Other Completed 14394

Aku menunggu kedatangan Farrel dan Illa Digerai makan diTaman Damai.
Aku melihat Farrel dan Illa datang ketempatku.
Illa menghulurkan tangannya dan menunduk mengucup tanganku.
"Duduklah." Ujarku.
Meraka duduk berhadapan denganku.
"Kak Ngah kenapa ni?" Illa melihat perubahanku yang sangat ketara.
Aku hanya senyum. Airmata ku kering dan tak nak mengalir lagi.
Aku menceritakan dari pertemuan Aku dengan Zarul dan Suzana hingga cerita tengah hari tadi, Zaril membaling kuat telefonku kelantai kamar.
"Kak Ngah tak cerita ke kat Angah tu."
"Macam mana Kak Ngah nak cerita Dik, Asal kak Ngah nak buka mulut, Abang Ngah Kau dah keluar."
"Jadi Sekarang Rissa nak buat apa?" Tanya Farrel padaku.
"Aku nak pergi menenangkan hati sekejap."
"Kak Ngah nak kemana."
"Ntah. Tapi yang pasti jauh dari haruk pikuk bandar dan jauh dari sini."
"Butik Kak Ngah?"
"Farrel akan ambik alih sementara bolehkan?"
"Boleh takde hal." Ujar Farrel
"Tapi Kak Ngah nak kemana?" Tanya Illa lagi.
"Rissa kalau macam tu kau duduk dengan kazen aku nak?"
"Dia duduk dekat kg dengan NekSu dan Toksu."
"Di mana?" Tanyaku
"Johor." Jawab Farrel.
"Boley? Kazen aku tu pun kerjanya buka butik pengantin area sana."
"Betul ke?"
"Haah."
"Ok boleh. Aku beli tiket Esok pagi Flight ke sana."
"Kak Rissa Jaga diri tau kat sana." Kata Illa dalam sendu.
"Adik jaga Family tau. Tengokkan Angah untuk akak yer."
"Sampai majlis Illa akak akan balik."
"Nanti Illa Update dekat akak yer tarikh nya."
Illa memgamggukkan kepala berdiri dan menuju kesebelahku dan memeluk ku.
"Illa Sayang Kak Ngah." dalam esak tangisnya.
"Kak Ngah pu sayang Illa juga."
"Tolong Kak Ngah jangan bagitahu sesiapa dimana Kak Ngah berada nanti."
"Hmm."
Aku mengeluarkan surat dalam Begku.
"Bagi dekat Angah bila Kak Ngah dah Flight esok."
"Esok Adik nak hantar Kak Ngah."
"Tak payah. Kak Ngah tak nak tengok Illa nangis esok." Kataku dan menyapu airmata Illa dipipi.
"Ok Rissa aku dah Call Kazen aku tu, Dia akan ambik awak kat lapangan terbang esok."
"Aku dah sent no dia kat awak. Esok sampai sana awak call dia ye."
"Ok."

Aku tak Pulang keApartment, sebaliknya aku menyewa homestay di area Kampung.
Malam ni, Aku pergi ke beberapa kedai baju dan membeli beberapa helai pakaian. aku membayar dan menuju ke kedai tudung. Aku memilih Shawl dan tudung bawal. Selesai membuat pembayaran, Aku menuju ke supermarket untuk membeli Beg dan pakaian tidur dan pakaian dalam.
Aku balik sekitar jam 10 malam. Aku mandi dan sembahyang Isya. Aku duduk dibirai katil dan melihat panggilan masuk dari Umie. Aku membiarkan ia berlalu tanpa mengangkat panggilannya.
"Maaf Umie. Rissa tak sedia lagi."
Aku mengemas pakaian yang kubeli dan masuk kedalam beg.

Airport Labuan.
Selesai membeli tiket, Aku terus naik menuju ke balai pelepasan. Aku duduk termenung disana menunggu Penerbangan ke Johor Bharu.
Aku mengambil Handphone ku didalam beg apabila ia mengeluarkan getaran.
Aku melihat Nama Love Hubby di screen.
Aku membiarkan saja tanpa jawapan.
Setelah 10kali panggilan, Whatsapp masuk bertubi tubi.
Aku taknak membuka dan membacanya, Aku menekan punat Off ditepi phone dan memasukkan semula kedalam beg.
Aku berjalan menuju kedepan dan masuk kedalam perut kapal terbang. Hatiku berkata.
AKU HARUS KUAT. AKU PERGI UNTUK MENCARI KETENANGAN JIWA. MAAFKAN DHIA RIL.

Dirumah Illa, Zaril seperti orang gila. panggilan dan whatsappnya tidak dibalas oleh isterinya.
"Angah, Adik jumpa ni dipeti surat semalam masa Adik balik dari kerja."
Zaril melihat dan mengenali tulisan tangan di atas Sampul. Ya itu tulisan Isterinya.
Dia membuka dan mengeluarkan surat didalamnya.
Umie dan Ayah simpati melihat keretakan rumah tangga anaknya. Tapi mereka tidak mahu masuk campur dan membiarkan Zaril yang menyelesaikannya sendiri.

Isi Surat.
Assalamualaikum Hubby.
Pertama sekali Dhia nak memohon Maaf pada Hubby. Bila Hubby Membaca Surat ni, Dhia dah tak ada kat sini dah. Izinkan Dhia pergi menenangkan hati Dhia.
Dhia tahu Hubby marah sangat melihat Zarul datang kebutik Dhia. Tetapi Zarul tak datang seorang melainkan dengan Tunangannya Suzana. Dhia tak pernah curang dibelakang Hubby.
Kedatangan Zarul diButik sebulan yang lepas hanya untuk menggunakan khidmat Dhia untuk mendesign baju pernikahannya dan memohon kemaafan atas kesilapannya dulu..
Hanya itu. Tetapi tak sangka sebabkan semua ni Rumah tangga yang kita bina selama 3 bulan ni seperti sudah retak dan menanti belah. Sebelum itu terjadi, Biarlah Dhia mengundurkan diri.
Hubby jaga diri, makan dan solat jangan lupa. Walaupun Hubby jauh dimata Dhia, Tapi Hubby tetap berada di hati Dhia.
Sampaikan Salam pada Umie dan Ayah. Andai ada kesempatan kedua, mungkin kita akan bersatu semula.
Selamat Tinggal.

Yang Mencintaimu
Dhia Carissa.

Surat terlepas dari genggaman Zaril.
"Ya Allah, Apa aku dah buat ni." Zaril menekup mukanya.
Tengku Zamri mengambil surat dan membacanya.
Dia menggelengkan kepala.
"Angah, tekad seorang isteri meninggalkan suaminya hanya kerana suami tak mempercayainya."
"Berbincang elok elok. dah jadi seperti ni, nasi dah jadi bubur."
Zalina dan Illa keluar dari bilik, dan duduk di sebelah Zaril.
"Angah, lepaskan Rissa pergi. mungkin dengan cara ini, Rissa dapat menenangkan hatinya." Zalina memeluk bahu Zaril.
"Angah tak sangka Dhia nekad sampai tinggalkan Angah macam ni." Zarik membuka kacamatanya.
"Ini semua salah Angah!"
Semua menoleh kearah Illah yang berdiri disisi sofa.
"Adik, siapa yang ajar Adik tinggi suara." Umie menegur cara Illa bercakap dengan Abangnya.
"Umie, semalam Illa jumpa dengan Kak Ngah. Umie sebelum Umie tinggal dengan Adik disini, Kak Ngah yang tinggal dan jaga Illa."
"Illa kesian bila melihat Kak Ngah semalam, mata bengkak, muka pucat. Phone nya Angah baling."
"Apa semua tu."
"Zaril betul ke apa yang Illa Cakap."
Zaril hanya mampu memgganggukkan kepalanya.
Zaril menceritakan saat dia melihat Zarul dan Anaknya dibutik Dhia, dengan Hasutan dari Melissa, Panggilan dari Zarul. Semua dia ceritakan tanpa selindung.
"Angah, Kak Long faham Angah takut yang Rissa akan pulang kepangkuan Zarul kan. Tapi percaya Kak Long, Rissa hanya cintakan Zaril sejak dulu lagi. Kak Long tahu sebab Kak Long dan Rissa Sama je, Seorang Janda beranak 1.
Zaril hanya mendiamkan diri meratapi hari yang bakal mendatang tanpa isteri disisi.

Aku selamat Sampai ke Johor Bharu. Seorang Gadis melambaikan tangan kearahku.
"Dhia Carissa kan?" Tanyanya
"Iya." Jawabku.
"Aku Nelly. Dah Jom aku bawa kau balik. Maaflah rumah TokSu kecik sikit." Ujarnya.
"Takpe yang penting aku dapat berteduh dibawah teriknya matahari dan basahnya hujan."
"Woow Falsafah, falsafah." Kata Nelly dalam senyum.
"Aku dengar kau ada butik kat bandar ni?"
"Haah, Tapi biasalah orang dah tak berapa suka stail baju kahwin dulu dulu."
Aku dan Nelly masuk kedalam kereta dan meneruskan perjalanan ke kediamannya.
Sampai ke jalan menuju kerumahnya aku terpesona, Sawah kiri kanan.
"Woww cantik kg kau." Ujarku
"Terima kasih."
Sampai sahaja ke teratak TokSu, Aku melihat lelaki dan wanita yang membongkok dalam lingkungan 60 ke 70 tahun, berdiri ditangga.
"Assalammualaikum. NekSu, TokSu orang jauh dah datang."
"Jemput naik Cu." Panggil NekSu
"Terima Kasih Nek."
Aku naik dan menyalami mereka.

Hilang seketika masalahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience