BAB 7: CINTA LAMA BERPUTIK SEMULA

Other Completed 14322

Zaril menyuruhku menunggunya di depan kereta Illa, dia mengambil peti kecemasan di keretanya.
Illa muncul membawa plastik yang mengandungi minuman botol. Aku melihat Illa kelam kabut mendapatkan aku didepan keretanya..
"Kak Rissa, kenapa ni?"
"Kak Rissa Ok kan."
Zaril datang membawa peti kecemasan, lalu menyuruhku mengangkat tanganku.
"Boss!!.."
Aku Terkejut. "Boss?"
Illa anggukkan kepalanya, "Ya ini boss Illa, Tuan Adam Zaril."
Aku diam tak terkata.. Aku menahan sakit ditangan ku. Air mata ku mengalir kerana tanganku terlalu sakit.. mengkin terseliuh, kerana berbekas dan bengkak.
"Kita ke Hospital." Kata Zaril padaku..
Aku hanya menggelengkan kepala ku.
"Please Dhia jangan degil."
Dahi Zaril berkerut, dan kami diam mendengar suara keras Zaril...
"Kak Rissa pergi dengan Boss ya."
"Illa ada urusan kat pejabat. Kawan Illa call ada kes baru masuk."
"Boss boley kan bawak Kak Rissa ke klinik?"
"Hmm."
"Illa tolong bawa kereta company balik ke pejabat."
"Baik Boss."
Aku hanya diam. tak berani mengangkat muka memandang muka marah Zaril. Aku tahu Amarahnya masih memuncak.. Aku kenal Zaril dari sekolah rendah lagi.
Kunci kereta bertukar tangan. Zaril membukakan pintu kereta untukku..
"Terima kasih." Ucapku.
Zaril melihat tangan kiriku memegang tangan kanan ku yang sakit.
Zaril duduk dikerusi pemandu. Aku kekok, dia menyuruhku menghulurkan tali pinggang keselamatan padanya. Tangan kiriku menarik tali pinggang keaelamatan dan menghulurkan padanya.
Selepas memasang, Zaril mula memandu perlahan kereta Illa.
"Terima kasih selamatkan saya tadi."
Zaril hanya diam fokus kejalan dihadapannya tanpa melihat aku.
Aku diam dan melihat ke cermin sisi. Zaril menekan punat kecilkan suara radio Illa.
"Kenapa Zarul jumpa Dhia tadi?"
"Kenapa Zarul memperlakukan Dhia sedemikian rupa?"
"Dhia tak tahu."
"Tak tahu?"
"Kenapa Dhia tak boleh terima kenyataan yang Dhia dah tak ada apa² dengannya."
"Ril Dhia tahu siapa Dhia."
"Dhia sedar diri siapa Dhia sebenarnya."
"Dhia bekas banduan."
Dengan menundukkan muka Air mataku mengalir dipipi. Dalam esakan aku berkata.
"Ril sendiri dengar Zarul kata apa tadi."
"Anak yang Dhia kandung 9bulan, yang Dhia lahirkan secara Czer, Tak mengaku yang Dhia Ibunya.
"Bekas Czer tetap berbekas takkan pernah hilang. Tapi Dhia dah kehilangan Qalisya."
Zaril menoleh aku di sebelahnya.
"Maafkan Ril Dhia. Ril tak dapat kawal kemarahan Ril kepada Zarul."
"Ril ingat Dhia akan bahagia dengan pilihan Ayah Dhia."
"Ril tahu Dhia tak bersalah. Kesalahan tu sebenarnya adalah kesalahan Ayah Dhia dan TanSri Ariffin."
"Ril janji dengan Dhia, Lupakanlah Kes Dhia. Biarkan lah mereka. Mereka membuang Dhia sejak Dhia dijatuhkan hukuman."
"Kebahagiaan yang Dhia kecapi hanya sementara."
"Hanya kedukaan disetiap nafas Dhia selama ni."
"Luka dihati ni takkan pernah hilang meninggalkan bakat yang sangat dalam."
"Umapama Kaca Di hempas kebatu, berkecai habis, walaupun dicantum semula takkan sama seperti sedia kala."
"Ril, Maafkan Dhia, sebelum kita melangkah jauh, seharusnya baik Ril patah balik."
"Ril takkan pernah berpatah balik. Dari dahulu sihingga hari ni dan sampai bila².
"Sanggupkah Ril menunggu sehingga Dhia membuka hati Dhia semula?"
"Ril sanggup tunggu, sehingga Dhia bersedia dan membuka hati Dhia semula."
"Cinta dan Sayang Ril pada Dhia tak pernah berubah.

Zaril berhenti didepan Klinik Wawasan yang ada dibandar. Dia membukakan Tali pinggang keselamatan yang membalut badanku.
Dia keluar dari perut kereta dan membukakan pintu untukku.
Aku hanya mampu memberikan senyuman. Kami
berjalan beriringan ke Klinik Wawasan.
"Selamat petang Tuan Zaril."
"Petang."
"Nak berjumpa doktor Haiqal ke?"
Aku duduk dikerusi berdekatan kerana buku laliku seperti sakit dan bengkak, mungkin kesan terjatuh tadi.
Aku memerhatikan Zaril berborak dengan Nurse yang menggunakan tag nama Lisa.
Lisa melihat ku, dan mengulum senyum.
"Tuan, Calon isteri ke tu?"
"Haah,"
"Cantik, manis lembut je mata memandang."
"Ayunya Tuan, berselendang, berbaju labuh.."
"Perfect lah tuan. Pandai Tuan pilih."
"Eh dah lah Lisa. Dr Murni Ada tak."
"Ada."
"Ada pesakit tak didalam bilik dia?"
"Takde."
"Ok thanks Lisa."
"Atas nama Tuan ke billnya."
"Ye.".

Zaril mengahampiri ku.
"Jom."
Aku berdiri dan buku laliku sakit mengejut, dan aku terduduk semula.. Air mata bergenang dikelopak mata. menahan kesakitan ya Amat.
"Kenapa ni?"
Zaril melihat buku lali kaki sebelah kanan, Bengkak dan membiru kerana tekanan berjalan. Zaril meminta pertolongan Nurse disana untuk mengambilkan kerusi roda.
"Kenapa Dhia tak cakap yang kaki Dhia pun bengkak."
Aku hanya diam. Lisa dengan bantuan Zaril mengangkat aku ke kerusi roda.
"Terima kasih Lisa."
"Sama sama."
Zaril mendorong kerusi roda ke pintu no 01. Lalu membuka pintu dan menolak pintu dengan belakangnya..
"Hai Zarill."
"Hai Murni, Tolong tengokkan kaki dan tangan nya."
"Kenapa ni Zaril?"
"Jatuh tadi."
" Oo ye ke?.
"Hmmm.
"Err Cik apa yer?"
"Cik Dhia." Jawab Zaril kepada Dr Murni..
"Ok, Cik Dhia tahan ya."
"Dr murni memusing musingkan kaki ku. Aku kesakitan sangat sehingga Aku menangis.
"Sayang tahan sikit.." Zaril memegang jaket yang dipakaikannya padaku
"Ada keretakan dan tisu kaki koyak sikit."
"Cik Dhia ingat tak macam mana cara cik Dhia jatuh."
Aku menggeleng tak tahu.
"Tak pe Zaril, aku bagi ubat tahan sakit dan surutkan bengkak."
"Pastikan Cik Dhia tak melakukan banyak pergerakan."
"Baiklah ucap Zaril
Aku di dorong keluar dari bilik Sr Murni.. Aku meminta Zaril membawa ku ke kereta, kerana aku terlalu penat..
Zaril memastikan aku selesa didalam kereta, dan berjalan semula masuk ke kawasan klinik.
Aku menguap panjang. Sepertinya aku akan demam.
Pandangan ku mula kabur, dan aku terlelap si dalam kereta.
Zaril kembali kekereta dan masuk kedalam perut kereta. Terpandang Dhia sedang lena, Zaril menutup pintu kereta perlahan. menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi untuk pulang kerumah.
Zaril membangunkan ku..
"Sayang dah sampai."
Aku dalam keadaan mamai dan tertidur semula. Zaril hanya senyum melihat aku tertidur semula. Nak tak nak aku terpaksa mengendongnya naik..
Zaril keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu penumpang di bahagian depan. Zaril mengangkat Dhia dan berjalan masuk kedalam lift.
Sampai ke depan pintu Illa, Zaril menendang pintu rumah Illa. Illa keluar dengan muka monyok,
"Kenapa dengan Kak Rissa Angah?"
"Tertidur kat dalam kereta."
"Angah dah kejut, tapi dia tidur semula."
"Angah takde pilihan selain gendong Kak Rissa kamu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience