BAB 39: BERITA DUKA

Other Completed 14322

5 tahun berlalu dengan keceriaan dalam rumah tangga. Adam dan Medina membesar didepan mataku dan Zaril.
Kehidupan ku sekarang jauh berbeza dari yang sebelumnya. Pagi sebelum berangkat ke pejabatnya, Zaril bersikap seperti acuh tak acuh kepada aku dan anak anakku.
"By jom sarapan, Sayang ada buat nasi lemak kerang untuk By."
"Hmm."
Aku mendekat melihat ada keganjilan didalam tatapan matanya. tetapi aku tak tahu nak bertanya dari mana.
"Kenapa ni?"
Zaril berpaling dan meninggalkan aku sendiri didalam bilik tidur.

"Sayang Abi." Dia mengucup dahi kedua anaknya.
"Woow sedapnya." katanya.
"Abi, Ibu masak cam ni." Adam menunjukkan ibu jarinya kepada Zaril.
"Mestilah. Sebab tu Abi sayang Ibu sangat sangat."
"Dah Makan, lepas tu Abi hantar Am dan Ina ke tabika."
"Ok Abi."
Zaril melihat anak anaknya makan dengan berselera. Dia mengingat mimpinya semalam, Dia melihat Isteri dan anaknya meninggalkannya dengan seseorang.
Telefon didalam sakunya bergetar. Dia melihat Nama sahabatnya Zian di screen telefon.
"Ermm"
"Ril, hari ni jangan lambat. takut takut nanti kes kita ditangguhkan lagi." Kata suara dihujung sana.
"Ok." Jawabnya sepatah dan memutuskan talian.
"Abi. Siapa call Abi?"
"Uncle Zian"
"Dah jom. Nanti Abi lambat."
"Ok. Ibuuu..." Panggil Adam dan Medina.
"kejap."
Adam dan Medina menyalam dan mengucup pipi ibunya.
"Ibu hati hati nanti kerja."
"Ok sayang Ibu."
Zaril menghulur tangannya dan disambut oleh ku dan mengucup belakang tangannya.
"Dhia naik Grab ye atau Dhia nak Farrel ambik."
"Takpe. Dhia pergi sendiri."
Aku terasa dengan panggilan yang baru saja keluar dari mulut Zaril.
Zaril tidak membalas mengucup ubun ubunnya seperti selalu.

Aku terlalu sibuk dibutik kerana majlus perkahwinan Anak TanSri. Butikku dan Butik Farrel bekerjasama.
Farrel menghubungiku.
"Hmm."
"Rissa aku harap kau sabar ye?"
"Kenapa ni?"
"Kau datang ke Jalan atas. Aku menunggu kau disana."
"Tapi kenapa."
Perasaan ku menjadi takut masa ni.
Aku terus mendapatkan teksi dan terus ketempat tersebut. Aku melihat Sekatan jalan raya dihadapan.

Aku menyuruh pemandu teksi untuk berhenti apabila melihat Farrel dan Illa dan anaknya ada ditempat itu.
"Illa!"
Illa berlari mendapatkan aku. Dia memelukku dan memberi aku jadi seperti orang bodoh tak tahu apa.
"Kenapa ni?"
Pegawai polis Linggam datang dan bertanya padaku..
"Adakah Puan Isteri kepada Adam Zaril?"
"Ye saya."
"Maaf Puan, Kereta suami Puan terlibat dalam kemalangan dan jatuh kedalam gaung."
Aku kehilangan keseimbangan. Aku tak mampu menampung berat ku dan terjelipok jatuh disana.
"Rissa."
"Farrel bagitau aku, Bukan Ril kan."
"Illa bagitahu Kak Ngah bukan Kereta Angah kan."
"Bukan, Aku dapat rasa suami aku masih hidup."
Aku meraung semahunya hingga tak sedarkan diri.

Aku membuka mata dan mendapati aku didalam hospital tempat Zalina bekerja.
Aku menoleh melihat Zalina dan yang lain berkata kata.
"Tapi Along rasa tu bukan mayat Angah."
"Tapi jam yang ada ditangan Angah jam yang Kak Rissa bagi masa zaman sekolah lagi."
"Along tak sanggup melihat Rissa macam ni."
"Anak anak Angah ada kat rumah dengan Mimi. Bibik tolong jagakan."
"Kita tunggu Umie dan Ayah dulu."

Mereka berlalu meninggalkan aku didalam bilik.
"Terlalu sakit dengan semua ni Allah."
"Kau mengujiku semula setelah kau memberi kebahagiaan padaku Allah."
Aku bangun dari pembaringan. mencabut jarum ditangan dan berjalan keluar dari wad.
Aku menahan Teksi dan menuju ke tempat tadi.
"By muncullah, Sayang, Am dan Medina masih memerlukan."
"Kenapa By sanggup tinggalkan Sayang sekarang."
"Sayang tak mampu dengan semua ni."
Aku menangis teresak didalam kelam. Hujan turun membasahi ku disana.
"Hujan kau bantulah aku. Carilah dimana suamiku."
"Byyyy.." Dalam esakan makin menjadi.

Zalina masuk kedalam wad yang menempatkan iparnya.
"Kosong!"
Zalina keluar mencari Rissa disekitar Hospital namun tiada kelibat yang melihatnya.
"Ada tak?"
"Tak de Long."
"Along takut Rissa dan Baby kenapa2."
"Maksud Along Kak Ngah mengandung lagi."
"Ye."
"Dan ini kandungan Rissa yang terakhir."
"Kemana Kak Ngah ni dalam Hujan lebat."
"Jom kita cari dekat rumah."
Mereka bertiga berjalan meninggalkan Hospital menuju ke Villa Zaril dan Rissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience