BAB 21: KEPERCAYAAN YANG DISIAKAN

Other Completed 14322

Aku pulang menaiki Grab. Sampai dirumah aku mendapati Zaril berbaring diSofa ruang tamu.
"Hubby dah balik?"
"Kenapa tak bagitahu Sayang." Tanyaku.
Pertanyaanku bagai angin lalu. Zaril tidak menjawab walau sepatah pun.
"Hubby kenapa ni?" Aku bertanya lagi dan duduk dibawah sofa tempatnya berbaring.
"Hubby demam ke?" Belakang tanganku ku letakkan didahinya. Tanpa sedar dia menepis tangan tanganku.
"Kenapa ni By? Sayang ada buat salah ke?"
Air mataku mula bertakung di kelopak mataku.
"Dhia tahu apa salah Dhia, Atau Dhia pura pura tak tahu!"
Pertama kali sejak dia berkahwin dengan Zaril, Zaril meninggikan suaranya padaku.
"Apa yang By cakap ni." Kataku dalam tangisan.
"Apa yang Zarul buat tadi dibutik!"
"Kenapa Dhia nak jumpa Dia lagi, sedangkan Dhia tahu dia yang merosakkan hidup Dhia dulu."
"Betullah kata Melissa tu, dalam dian Dhia masih berhubungan dengannya bukan begitu!"
"Zaril!!"
"Aku tahu Aku seorang pendosa. Kau tak berhak menuduh Aku sampai macam!"
"Salah ke Zarul kesana dengan keikhlasan meminta maaf dari Aku."
"Hmm. Dhia ingat Ril ni budak budak senang nak ditipu!"
"Cukup!!" Teriak ku.
"Terima kasih sebab menuduh Dhia tanpa Awak tahu sebab mengapa Zarul kesana."
"Sia sia Dhia percaya katakata Ril dulu. Sedangkan Ril tak percaya apa yang Dhia cakapkan."
"Terima kasih sangat sangat."

Zaril mengambil kunci keretanya dan berlalu keluar.
"Awak nak kemana?" Tanyaku.
"Kau tak payah sibuk kemana aku nak pergi."
Aku terkedu. Kenapa aku yang harus menderita. Sedangkan aku tak pernah melakukan kesilapan.
Aku berlalu kekamar dan mengambil tuala menuju ke kamar mandi. Aku membasahkan seluruh badanku. Menangis semahunya.
"Kenapa aku."
Aku keluar dari kamar, mengambil sejadah dan telekung. Aku menyarungkan telekung kebadan ku. Selesai Solat Maghrib, Aku membaca AlQuran untuk menenangkan jiwaku.
Aku mengerjakan Solat Isya dan menadah tangan memohon ihsan kepadaNya.
"Ya Allah, andai dia bukan jodoh, kau jauhkan lah dia dariku. Dan jika dia jodohku kau dekatkanlah dia padaku."
"Ampunilah dosaku Ya Allah, andai percakapan ku tadi melukakan hati suamiku."
Aku masih duduk diatas sejadah ku. mengenang nasib yang menimpa ku. Aku menangis semahunya.
"Ya Allah Aku kah yang bersalah dalam hal ni."
"Salahkah aku memaafkan Zarul atas kesilapannya dulu."
Tanpa sedar aku tertidur diatas tikar sejadah.

Zaril balik ke Aparrment bila jam menjangkau angka 1 pagi. Dia masuk kedalam rumah, memerhatikan kesuraman rumahnya.
"Akukah salah dalam hal ni."
Zaril membuka pintu biliknya. Dia melihat isterinya yang terbaring memakai telekung diatas tikar sejadah.
"Maafkan Hubby, Sayang. Hubby takut sangat kehilangan Sayang."
Dia menutup pintu biliknya dan menuju kebilik tetamu. Dia membaringkan tubuhnya diatas katil dan tak lama lena dibuai mimpi.
Zaril terbangun mengejut. Zaril memicit kepalanya yang sakit.
Mimpinya menakutkan, Dalam mimpi tersebut, Zaril melihat Carissa menjauh dan makin jauh darinya. Carissa melambaikan tangan dalam tangisan.
"Ya Allah, apakah mimpi aku petanda yang isteri aku akan meninggalkanku."
Zaril meraup mukanya dengan kedua tapak tangannya.
.
Pagi menjelang, Zaril keluar dari kamar tetamu dan masuk kekamar tidurnya. Dia mendapati, Isterinya tiada disana.
"Mungkin Dhia berada didapur."
Zaril mandi dan menyiapkan dirinya untuk ke pejabat.
Zaril keluar untuk sarapan pagi. Dia melihat tiada kelibat Isterinya didapur.
"Kemanakah Dhia pergi."
"Awalnya dia kebutik."
Zaril duduk dan makan sarapannya yang telah disediakan oleh Carissa.
Zaril menelan nasi goreng yang dibuat isterinya seperti menelan pasir. Seleranya hilang untuk menjamah makanan tersebut.
Zaril bingkas bangun dari duduknya. Dan keluar dari rumah.

Dari kejauhan, Zaril melihat Carissa dengan mengenakan Baju Kurung pink Krim Shawl berwarna Pink cerah.
"Cantik isteri Hubby."
Zaril perasan mata Carissa bengkak mungkin kesan terlalu menangis semalam.
"Maafkan Hubby Sayang." Ucap Zaril didalam keretanya.
Keretanya berlalu meninggalkan kawasan butik isterinya.
Pertelingkahan mereka berlangsung selama hampir sebulan lamanya.

Carissa meletakkan Telefonnya diatas meja solek.
Dia baru sahaja mewhatsapp Zarul agar datang petang ni ke butiknya.
Zaril balik kerumah untuk mengambil fail yang tertinggal di atas katil kamar tetamu.
Dia mendengar pancuran air hujan dari kamar sebelah. Lalu membuka pintu Kamar utama.
Zaril mendengar lagu please forgive me dari telefon Isterinya menandakan ada panggilan masuk.
Zaril melihat nama tertera di screen telefon isterinya
"Zarul." Lalu tangannya mengangkat panggilan tersebut.
"Assalammualaikum Rissa, Petang ni Abang datang Butik dalam jam 4. Ok"
Zaril menutup telefon dan menggenggam telefon ditangannya.
Aku keluar dari kamar mandi dan terkejut melihat Zaril didepanku dan Phone ku ada ditangannya.
"Sapa call tadi By." Tanyaku.
"Kenapa Zarul call Dhia. Kenapa Zarul nak jumpa Dhia dibutik!"
"Apa yang Dhia dah buat dengan Zarul dibelakang Ril!"
"Zaril!" Teriak ku.
"Kenapa."
"Tembelang dah pecah tak dapat nak sembunyi lagi?" Katakata Zaril menusuk dihatiku.
Zaril menghempas Phone ku kelantai kamar. Pecah berderai phoneku.
"Zarill!" Teriakan ku dalam esakan.
Zaril meninggalkan aku dalam esakan. Dia menhempas pintu dengan kencang..
Aku mengutip phoneku yang hancur.

Aku sampai dibutik lewat sedikit kerana aku pergi kekedai phone untuk mencari phone baru. Dalam Phone tu banyak no Cust yang meminta aku membuat baju muslimah untuk mereka.
Nasib baik Siti ada mencatat setiap no cust didalam buku notaku.
Zarul dan Suzana telah sampai setengah jam lalu.
"Maaf, Rissa lambat sikit."
"Kak Rissa ok kah ni? Kenapa Kak Rissa macam orang yang baru lepas menangis ni?"
"Rissa ok ke ni? " Tanya Zarul pula.
Aku menangis melihat Su. Aku memeluknya erat.
Aku menceritakan kejadian sebelum ni kepada mereka berdua.
"Maaf Rissa sebabkan Abang Rissa tanggung semua ni." Zarul berkata padaku.
"Takpe Abang nilah lumrah kehidupan berumah tangga."
"Rissa nak Abang Jumpa dengan Zaril?"
"Takpe Bang, Esok lusa ok lah ni."
"Oh yer ni baju yang Saya jahit sesuai kehendak Su dan Abang."
Aku menyerahkan Busana pengantin kepada mereka.
Aku menekan Phone ku dan menaip sesuatu didalam whatsapp, aku menghantar kepada Farrel dan Illa.
Beberapa Saat kemudian Illa membalas whatsapp ku "Ok kak Jumpa Sana nanti."

Setelah berpuas hati Zarul membayar full payment bagi busana yang ditempahnya.
"Abang tolong serahkan hadiah ni pada Dhia yer." Ucapku.
"Cakap kat Dhia Ibu rindu sangat kat Dhia." Tambahku lagi.
Zaril memgambil huluran hadiah dari tanganku.
"Selesai semua nanti kami bawa Dhia jumpa Kak Rissa ah."
"Boley."

Zarul dan Su berlalu meninggalkan Butik. Aku bersiap untuk menutup Butik awal dari selalunya.
"Siti hari ni Butik tutup awal ye, Kak Rissa ada urusan kat luar."
"Ok kak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience