BAB 38: TERUNGKAP KEBENARAN

Other Completed 14322

"Maafkan aku Rissa. Aku tak berniat nak melukai kau."
"Pergilah. Aku taknak memperbesarkan masalah ni."
"Lagipun, aku dan anakku selamat."
Aku berjalan perlahan melepaskan peganggan Zaril padaku.
Sungguh aku benar benar terpukul kenyataan ni. Apa salah aku sehingga Misha bersikap hingga demikian. Aku mengunci diri dibilik. Zaril dan yang lain mengetuk berulang kali.
"Sayang maafkan Hubby."
"Kenapa By."
"Kenapa Dhia dan Baby yg harus terima semua ni."
"Kenapa Misha sanggup nak melukakan Dhia sedangkan Dhia hanya mengenalinya bahkan langsung tak mengenalinya."
"Rissa buka pintu, biar kak Long masuk. Kesian Rissa dan baby kat dalam tu."
"Biarkan Rissa dulu tenangkan perasaan Rissa kak Long."

Umie melihat Zalina dengan mata berlinang.
"Along, Tolong Rissa Umie takut dia tekanan dan meroyan."
"Ye Umie."
Misha datang dengan senyuman menang dibibirnya.
"Aunty sabar ye." Kata kata Misha mengundang kemarahan Zaril saat itu.

PAKK!!
Semua mata tertumpu pada Zaril.
"Abang Zaril!"
"Aku bak bagitau kau satu Misha, Sampai mati pun, aku takkan pernah kahwin dengan kau!"
"Walaupun sampai ke mati aku tak kahwin."
"Tipu!! Kenapa Abang Tipu Misha. Kenapa Abang cakap Abang sayangkan Misha."
"Kau silap Misha, sejak dulu dihatiku hanya ada Dhia Carissa. Dan sampai Bila pun hanya ada Dhia Carissa dihatiku."
Misha berlari masuk kebiliknya. Aku mendengar dari dalam bilik menangis teresak.
"Kenapa Kau selalu menguji Aku Allah. Kenapa?"
"Apakah Aku berdosa Allah menggapai kebahagiaan walaupun hanya secubit." Rintihku.
"Mamy.. Kenapa Mamy tinggalkan Rissa dalam dunia kejam ni Mamy."
"Mamy aku terlalu merinduimu. Datang dan peluklah aku meski hanya seketika mamy."

Brakk!! Pintu bilik dtolak dengan kasar dari luar.
Zaril mendapatkan aku yang duduk disisi alamari dalam tangisan.
"Maafkan Hubby. Hubby cuai."
"Hubby akan lindungi Sayang dan anak anak dari apa pun yang datang."
Aku membalas pelukannya.
"Bawak Dhia balik."
"Dhia tak layak duduk disini."
"Baiklah Hubby akan bawa sayang pulang besok."
"Syhhh dah. Syang jangan macam ni. Hubby taknak sayang sakit."

Zaril menempatkan Adam dan Medina di dalam Buaian yang dsediakan setelah selesai aku menyusukan mereka.
Zaril menemani aku dikamar. Melihat aku seperti patung bernyawa, Zaril mendekati. Membuka tudung dari kepalaku. Dia mengucup dahiku dan menarik aku dalam pelukannya.
Ada getar didadanya. Aku membalas pelukannya. Aku menangis didadanya.
"Maafkan Dhia. Dhia takut sangat bila Dhia ingat kejadian tu." Aku mengangkat muka melihat Zaril.
Zaril mengucup airmataku dipipi.
"Hubby sangat terkesan bila Ayah bagitahu itu perbuatan Misha."
"Dhia dapat rasakan hangat Cinta Misha terhadap Hubby."
"Hubby tak menyangkal semua tu. Tapi percayalah By hanya bak sayang seorang."
"Dan perkahwinan By hanya sekali iaitu dengan Sayang dan takkan ada yang keduanya."
Zaril membawa ku dalam dakapannya. Aku teresak, Sampai satu saat aku terlena didalam pelukannya.

Zaril melihat isterinya lena didalam pelukan dan perlahan membaringkannya diatas katil. Zaril melihat dan menanggalkan kacamatanya yg kabur akibat air matanya.
"Sampai Syurga Sayang tetap untuk By." Katanya.
Dia bangun dari duduknya mengambil air dari dalam tandas dab duduk semula disisi isterinya. Perlahan, Zaril membuka baju yang tersarung ditubuh isterinya. Mengambil tuala kecil dan merwndam dalam air dan melap tubuh isterinya. Melihat kesan dibawah perut isterinya, Zaril semakin sebak.
"Besar pengorbananmu melahirkan Zuriat ku."
"Kau wanita termulia yang ku punya selain Umie."
"Kau Bidadari Syurga ku selamanya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience