BAB 28: PERAGAAN BUSANA INDAH

Other Completed 14322

Hari yang dinanti tiba akhirnya. Aku dan Nelly melihat latihan buat terakhir kali sebelum pertunjukkan malam ini..
"Mak Buyung nahh kerusi. Kau duduk sini." Kata Nelly padaku.
"Thanks Nell." Ujarku.
"Farrel belum datang ke?" Tanyaku pada Nelly.
"Farrel cakap dia datang jam 1 untuk persiapan last."
"Ooo."
"Jap Dhia. Aku nak tengok belah sana dulu."
"Jap Nell kenapa nama tu Pesta Fesyen Busana DC Nell?" Pelikku.
"Oo kau perasan ek. Erm DC Nell tu maksudnya DHIA CARISSA NELL."
"Laa yeke."
"Haah jap ye kau duk sini dulu."
Aku duduk sambil menyanyi kecil. Kandungan ku dah masuk 6 bulan hari ni. Waktu unyuk check up. Semenjak aku mengandung ni aku terlalu suka melihat artis korea. Lebih suka melihat Drama Korea.

Jam menunjukkan angka 1.00 petang. Aku melihat Nelly terlalu sibuk. Aku menghampirinya.
"Nell lama lagi ke?" Ujar ku
"Ada sikit lagi. Kenapa?"
"Aku nak buat check up jam 2 ni."
"Alamak aku lupa lah Dhia." Sambil menampar dahinya.
"Takpe Aku boley pergi sendiri."
"Takpe ke?"
"Takpe Aku order Grab je."
"Kalau tak kau tunggu farrel kejap lagi dia sampai."
"Takpe aku ok. Aku gerak dulu ye."
"Hati hati."
"Ok."

HOSPITAL SWASTA DR CATHY
"Puan Dhia?"
Aku bangun dari dudukku apabila namaku dipanggil oleh juru rawat.
"Sila duduk." Jawab Dr Cathy.
"Dhia macam mana sekarang ok?" Tanya Dr Cathy sambil memeriksa tekanan darahku.
"Ok Dr. Cuma bila malam tu Saya selalu mengalami demam panas."
"Oo sesetengah ibu mengalami alahan ada yang macam Dhia ni. Ada yang tak lalu makan." Kata Dr Cathy.
Selesai membuat pemeriksaan aku menunggu Grab ubtuk balik kerumah NekSu.

Jam 6 Nelly balik kerumah menyiapkan diri. Dia nampak cantik dalam busana hijau lumut. Nelly menghampiriku yang sedang duduk bersandar di katil.
"Dhia kau belum siap ke?"
"Aku tak enak badan lah."
"Dr Cat kata apa tadi?"
"Ok." Jawab ku sepatah.
"Dah pergilah ganti baju tu."
"Aku taknak pergi."
"Kalau macam tu aku pun taknak pergilah."
"Ok ok tunggu kejap."
Aku melihat senyum ceria diwajah Nelly. Aku bangun perlahan menuju ke Almari ku. Aku mengambil Jubah bertakhtakan manik berwarna Pink belacan dan Shwal dengan warna yang sama.
Aku bersiap ala kadar. kami masuk kekereta dan menuju ke tempat fesyen show.

Aku duduk dibelakang pentas. Aku melihat kesibukan melanda Nelly dan Farrel.
Farrel yang sedang sibuk terlihat aku duduk di kerusi belakang pentas. Farrel mengampiri aku.
"Rissa." Kata Farrel.
"Yee."
"Kau tak duduk didepan ke?"
"Tak. Sejuk kat sana."
"Kau ok tak ni aku nampak muka kau memerah macam kau kepanasan."
"Aku ok lah cuma aku sejuk sikit." kataku.
"Jap tunggu sini."
"Ok."

Peragaan Busana sedang bermula. Tepukan gemuruh memenuhi ruangan dewan. Aku hanya mampu bersyukur dalam masa dua bulan macam macam halangan. Akhirnya kejayaan datang.
Farrel datang menghampiriku.
"Nah pakai ni." Farrel menghulurkan Jaket kulit berwarna coklat.
Aku mencium haruman pada jaket. Sangat dekat dengan ku.
"Farrel dia ada dengan kau ke?"
"Siapa?"
"Zaril."
"Kau nak ke jumpa dia Rissa."
"Giler kau taknak jumpa." Tawaku.
"Dah berapa bulan tu?" Farrel memuncungkan mulutnya keperut ku. Aku hanya senyum.
"Dah 6Bulan dah."
"Maksudnya Kau tinggalkan Zaril dah masuk berapa bulan."
"4 Bulan." Aku hanya menunduk.
Bauan dari jeket yang tersarung dibahuku membuatkan aku seperti dibuai.
"Puan Dhia, Miss Nell menjemput Puan untuk naik kepentas." kata MC yang bertugas malam ni
"Kenapa?"
"Pergilah." Kata Farrel.
"Aku tak sedap badan."
"Kejap je." Kata MC.
Aku berdiri dan berjalan menuju tangga untuk naik. Aku memegang kepalaku yang herdenyut kencang. Aku gagahkan menaiki tangga.
Berjalan ke hadapan dan Nell datang memimpinku. Nelly berbisik.
"Panasnya tangan kau. Kau demam lagi?"
Aku hanya mampu senyum.
"Ini lah tulang belakang Butik DC Nell."
"Dhia Carissa." Kata Nell.
Aku hanya senyum dan berbisik ketelinga Nelly.
"Aku nak turun. Kakiku seperti lemah gementar."
"Kau ok ke?"
Nelly memanggil Farrel untuk memimpin aku turun ke bawah.

Seorang lelaki naik dari arah hadapan. Aku terkejut.
"Hubby?" Kakiku makin lemah dan aku hampir terjatuh disana. Nasib Zaril cepat menangkapku.
"Sayang ok?" Kata Zaril.
Zaril memegang bahuku membawaku kebelakang.
"Hati hati turun."
"Farrel bagi aku kerusi dan bawakan aku air." Kata Zaril.
Farrel bergegas melihat mukaku pucat seperti tidak berdarah.
"Sayang ok ke ni?" Zaril memegang dahiku.
"Sayang demam ni."
"Macam mana Hubby tau sayang ada disini?" Kataku dapam nada lemah..
"Nanti Hubby bagitau, yang penting sekarang kesihatan sayang."
Zaril mengendongku keluar dewan menuju ke parking kereta bawah tanah. Farrel yang mengejar kami terlihat sangat panik..
"Farrel aku nak bawak Dhia ke Hospital."
"Apa apa nanti kau inform yer?"
"Ok."
"Ril ingat pesan Ayah dan Umie."
"Hmm."

Kereta meluncur laju di kepekatan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience