BAB 15: HOSPITAL JADI SAKSI

Other Completed 14322

"Angah nak Alonh kesana ke?"
"Tak apa Ayah, esok baru datang sini bawakkan baju untuk Angah."
"Angah Umie tanya macam mana keadaan Carissa?"
"Dhia masih dalam Zone Merah Ayah."
"Belum ada khabar."
Zaril menceritakan bahawa Zarul dapat melarikan diri, dan keadaan teruk Dhia Carissa.

Pagi ni Aku membuka mataku. Melihat sekeliling, cahaya lampu menerangi pandanganku. Aku perasab yang aku berbaring diatas katil. Sedangkan malam tadi aku masih didalam gudang.
Aku melihat mencari kelibat sesiapa saja untuk ku meminta tolong. Kosong. Aku berusaha bangun sendiri, duduk di atas katil.
"Sakitnya badanku." Rintihanku dalam hati.
"Aku di Hospital, siapa yang bawak?"
Aku mengenang kejadian semalam. Aku menangis mengingat nasib ku.
"Ya Allah, kenapa Aku hambamu yang lemah harus menjalani kehidupan seperti ini."
"Kenapa aku Ya Allah."
"Kenapa?"
"Aku hanya seorang pendosa yang ingin melakukan kebaikan dapam kesempatan kedua."
Aku melihat pandangan diluar tingkap aku menangisi nasib ku.
"Lepasni apa lagi dugaan yang akan Kau berikan padaku."

Zaril melihat kelibat familynya yang ke Hospital untuk melawat Carissa.
"Angah macam mana keadaan Rissa?" tanya Zalina. Semua tertumpu ke arah Zaril dan Farrel.
"Dhia ok Along. Cuma mukanya lebam lebam kesan tamparan dari Zarul. Bibirnya koyak.
"Ya Allah menantu Aku." Ujar Tengku Nadia.
"Rissa dalam ward mana Ngah." Soal Tengku Zamri.
"Ril tempatkan Dhia dekat ward First Class Ayah."
"Jadi senang untuk Ril temankan Dhia selama Dhia disini." Kata Zaril.
"Jom Angah bawa Umie jumpa Rissa."
Zaril membawa Keluarganya bertemu dengan Carissa.
Aku seperti orang hilang akal.
"Aku dah tak sanggup menghadap deritanya ini.
Hujan turun membasahi pohon² diluar.
"Lebat hujan diluar membasahi bumiMu Allah, begitu jugalah jauh didalam lubuk hatiku. Basah dingin bercampur jadi satu."
"Cekalkan hatiku, kuatkan imanku agar aku bisa menjalani kehidupan ini Allah."
Fikiran ku saat ini sangat² terkesan dengan kejadian yang menimpa aku semalam. Aku membuang semua benda yang ada didepanku. Tanpa ku sedar Jarum yang melekat ditangan ku tercabut, dan darah mengalir dari bekas jarum tadi.
Aku berhenti. "Aku jijik melihat diriku."
"Aku benci Kau!!"
Aku menekupkan mukaku dilutut. Aku menggenggam penumbukku dan aliran darah makin deras mengalir.

Zaril yang berdiri diluar pintu ward mendengar teriakan dari dalam. Dia bergegas membuka pintu dan mendapati, sekeliling bawah lantai berserakan.
Zaril menghampiriku.
"Ya Allah, Dhia kenapa ni Sayang."
"Kenapa sampai macam ni."
Mata Zaril tertumpu pada tanganku yang berlumuran darah.
"Farrel cepat panggilkan nurse." Ujar Zaril dalam panik.
Zalina mendekati Aku yang sedang tunduk menangis diatas katil.
"Carissa." Ujar Zalina.
Aku mengangkat muka ku yang sembab sebab terlalu kerap menangis dan lebam hasil dari perbuatan Zarul malam tadi.
"Kak Long." Dalam esakan yang tersisa aku memeluk Kak Long meminta kekuatan sedikit..
"Shhh. Rissa kenapa ni."
"Rissa takut Kak Long, takut sangat." Airmata ku mengalir lagi mengenang kejadian semalam.
"Rissa jangan takut Ril ada. Ril yang selamatkan Rissa semalam." Ujar Zalina.
Aku melepaskan pelukanku.
"Betul ke Kak Long." tanyaku dalam esakan.
"Betul, Ril selamatkan Rissa semalam dengan Farrel."

Aku melihat 2 insan yang menyelamatkan aku dari menjadi mangsa nafsu Zarul.
Zalina mengambil bekas yang dihantar oleh jururawat untuk menyapu luka bekas jarum tadi. Zalina menekan aliran darah selama 5 minit untuk menghentikan darah mengalir.
"Jadi Ril nampak apa yang Zarul dah lakukan semalam." Tanyaku. Air mata bertakung dikelopak mengenang kejadian sebelum aku tak sedarkan diri.
"Maafkan Ril. Ril tak jaga Dhia dengan baik."
"Maafkan juga Farrel Rissa, Farrel tak dapat nak lindungi Rissa dari kena culik semalam." Ujar Farrel menunduk didepanku.
"Ril, Farrel, Kamu tak salah. Rissa yang salah. Rissa libatkan kamu dalam penderitaan Rissa."
"Dhia, Ril taknak Dhia berkata macam tu. Ril dah pernah kata dulu, Dhia adalah tulang Rusuk Ril. Allah jadikan Dhia untuk Ril." Kata kata Zaril membuka fikiranku.
"Maafkan Dhia Ril. Dhia yang cuai."
"Rissa." Panggil Tengku Nadia.
"Umie."
Zaril bangun dari sisi ku dan menyuruh Umie rapat kepadaku. Umie memelukku lalu menangis.
"Rissa. Umie nak Rissa tabah dan kuat ya. Allah duga Rissa sebab Allah dah siapkan yang terbaik untuk Rissa."
"Umie, Terima kasih sebab terima dan risaukan keadaan Rissa. terima kasih Umie."
"Rissa dah jadi sebahagian keluarga kami." Ujar Tengku Zamri.
Aku hanya diam mengiyakan.

"Dhia."
Aku menoleh melihat Zaril berdiri disisi Umie. Umie berdiri dan menyuruh Zaril mendekat padaku.
Kak Long disebelahku, menekan lenganku.
"Rissa tahan sikit ya, Kak Long nak masukkan jarum baru ya. Rissa masih memerlukannya untuk jururawat memasukkan ubat."
"Rissa tahan sikit ye."
Aku hanya menganggukkan kepala ku.
"Bismillah." ujar Kak Long.
Aku menutup mataku menahan sakit.
Setelah selesai, aku menoleh semula kepada Zaril yang setia duduk disisi ku.
"Ril nak cakap apa tadi."
"Dhia, Sebenarnya Ril nak tanya Dhia."
"Apa dia." Aku menanti soalannya dengan debaran didada.
Aku melihat Zaril menarik nafasnya lalu berkata
"Dhia Carissa, Sudi tak awak terima saya sebagai pendamping hidup Dhia hingga hujung nyawa."
Air mataku mengalir mendengar ungkapan Zaril.
"Ril kalau Ril sanggup terima Dhia jadi suri hati Ril, Dhia terima Ril untuk menjadi imam dimasa depan Dhia."
Airmata gembira mengalir jua disudut mata Zaril.
"Terima kasih Dhia. Terima Ril."
"Umie." Zaril memanggil Umienya yang menangis memeluk Tengku Zamri.
"Ye Angah."
"Angah nak perkahwinan Angah berlangsung selepas Dhia Discharge dari Hospital."
"Baiklah Umie dan Ayah akan uruskan." Kata tengku Zamri mewakili isterinya yang menangis kegembiraan didalam pelukannya.
"Ril."
"Ye Dhia." Zaril melihat aku dengan pandangan penuh kasih.
"Dhia taknak perkahwinan yang Gah. Dhia hanya nak satu pernikahan saja. Dhia tak nak ada majlis bersanding besar besaran."
"Kalau itu yang Rissa nak, Ayah dan Umie tak boley nak buat apa. Asalkan majlis pernikahan berjalan lancar, Ayah dah bersyukur."
"Terima kasih Ayah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience