BAB 17: PERSIAPAN

Other Completed 14322

Sebulan selepas aku keluar dari Hospital. Umie dan Ayah sibuk menguruskan penikahan Ku dengan Zaril. Aku dilarang melakukan apa apa oleh Umie. Aku yang duduk di sofa sedang leka melihat Umie yang khusyuk mengubah hantaran bersama Ayah dan Farrel.
"Umie nak Rissa tolong " ujar ku.
"Tak payahlah Rissa. Umie ok."
"Rissa. Nah yang kau mintak semalam. Aku dah bawakkan." Farrel menghulurkan bakul kertas yang berisi Kain Satin bewarna Krim Coklat.
"Terima kasih Farrel." Sambil menyambut huluran bakul kertas tersebut.
"Farrel, kau tak bawak alat pemotong dan jahitan sekali?" Tanyaku.
" Ada. Aku letak kat atas meja makan kat ruang dapur."
"Tapi maaf kalau kau mintak mesin tu aku bawak aku tak dapat bawakkan. Nanti aku nak guna mesin apa." Kata Farrel dalam ketawa.
"Takpe, Aku dah mintak Illa belikan mesin jahit tadi."
"Kejap lagi sampai lah tu."

Pernikahan kami akan berlansung Jumaat ni. Bertemakan warna coklat dan putih, Pilihan Umie dan Ayah.
Kalau nak diikutkan Zaril dan Kak Long, mereka nak pernikahan bertemakan warna putih dan kelabu.
Tapi aku menurut saja mana yang baik. Aku tak memilih. Zaril terpaksa menurut kata Umie.
Yang penting majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
"Rissa!" Kejut Farrel.
"Hah kenapa?"
"Hahaha, Kau ni memang tak berubah dari dulu ek. kuat termenung."
" Mana ada. aku hanya fikir Busana apa aku nak jahit ni?"
"Apa kata kau jahit Busana Stail Kebaya mordern."
"Kau ni Rissa otak dah tak jalan ke?" Farrel menunjal dahiku ke belakang.
"Kau ye memang nak kena!" Ujarku.
Umie dan Ayah melihat gelagat ku dan Farrel dengan Senyuman.
"Dah dah dah."
"Farrel dah tu jangan ganggu bakal pengantin tu." Ujar Ayah pada Farrel.
Aku menjelirkan lidah tanda menang.
"Ok Uncle."

Zaril menapak masuk kedalam lift bersama 2 orang pekerja di kedai jualan Mesih jahit tadi.
Zaril tak sengaja mendengar perbualan Dhia dan Illa tadi pagi. Dhia meminta Illa untuk membelikannya mesin jahit untuk digunakan menjahit busana pernikahan kami.
Zaril menelefon Illa dan memberitahunya bahawa dia akan membelikan Dhia Mesin jahit hari ni.
Illa bersetuju.
Pintu lift terbuka. Zaril membawa pekerja tersebut kerumah Illa dimana Dhia berada sekarang.
Zaril menekan Suis lonceng yang berada disisi pintu. Mendengar suara gurauan didalam rumah, dia menekan sekali lagi suis lonceng tersebut.
Farrel muncul dari dalam rumah.

"Ril."
"Hmm, Dah selesai ke Umie gubah?"
"Belum."
Zaril menapak masuk ke dalam Apartment, menyuruh 2 pekerja tadi membawa masuk mesin jahit tersebut.
Aku berdiri disebelah Zaril.
"Dhia kan tadi suruh Illa yang beli?"
"Kenapa pulak Ril yang bawak?"
"Illa sibuk sekarang sebab dia akan gantikan posisi Ril 3 minggu ni."
"Ooo. Terima Kasih Ril."
Zaril membalas dengan senyuman.
"Hmm dah fikir ke nak jahit baju apa?"
"Ntah." Ujarku pada Farrel.
"Senang cerita kau jahit baju duyung jelah."
"Farrel!! Kau memang nak cari nahas kan."
Farrel ketawa dan bersembunyi dibelakang Zaril.
"Nanti kau." Ujarku menuju keruang dapur.

Setengah jam kemudian aku kembali semula membawa dulang yang berisi teko dan gelas serta Cekodok pisang.
"Umie, Ayah jom minum dulu. Panggilku.
"Umie dan Ayah bangkit dan duduk disofa ruang tamu. Aku menuangkan Teh panas dan menghulurkan kepada mereka.
"Ril nak minum?" Tanyaku.
"Boleh juga." Ujarnya sambil melabuhkan pingging di sofa sebelahku.
"Kau tak jemput aku ke?" Tanya Farrel.
"Taknak." Jawabku acuh tak acuh.
Farrel menarik muka masam dan membuatku ketawa terkekeh kekeh.
"Dahh. hm sini. nah ni untuk kau." Aku meletakkan cawan berisi teh disebelah Zaril.
"Dhia nak kemana tu Sayang." Zaril bertanya padaku apabila melihat aku berdiri dan menuju ke bilikku.
"Dhia nak tengok BomBom dulu. takut nanti dia terjaga dari tidur." Ujarku dan terus berlalu ke bilik.

Hari berganti hari,
Persiapan pernikahan ku siap 100%. hanya tinggal busana yang harus ku pakai hari pernikahan ku saja yang belum siap.
Setiap malam aku akan tidur lewat untuk menyiapkan yang terbaik buat pernikahan ku kali ini.
"Kak Rissa tak tidur lagi?" Illa memunculkan diri dibalik pintu kamarku.
"Belum sikit lagi nak siap."
"Kak Rissa bawak tidur juga takut esok mata akak macam mata panda." Illa ketawa terkekeh kekeh.
"Kak Rissa, Err Illa nak tanya something boleh?"
"Boleh. Tanya lah kalau kak Rissa dapat jawab akak jawab." Kataku lagi.
"Illa nak tanya tentang Abang Farrel." Illa menunduk malu.
"La tentang Farrel ke. Ok apa dia Illa nak tahu tentang Farrel."
"Semua." Ujar Illa.
Aku senyum melihat Illa menunduk dengan pipi yang mula memerah.
"Ok, Akak kenal Farrel sejak di bangku sekolah rendah. Akak,Zaril dan Farrel memang rapat. Walaupun Farrel lembut, tetapi ada gagahnya."
"Illa pesan akak satu je, Jangan menilai seseorang dari luarannya, tetapi nilailah dari hati nuraninya."
"Jangan menilai kelembutan Farrel seperti seorang yang lemah. Nilailah kelembutan hatinya. Dari situ Illa akan tahu erti namanya kasih sayang dan cinta."
"Terima Kasih Kak, atas apa yang Akak katakan tadi."
"Ingat Dik peluang hanya datang sekali dalam percintaan. Jangan siasiakan." Sambil melihat Illa.
"Dik, Akak sentiasa ada bersama diwaktu susah senangnya. Farrel seorang yang susah jatuh cinta. Sama macam Abang Illa."
"Patut ke Illa terima cinta Dia Kak Rissa."
"Tak salahkan untuk mencuba. Kalau Illa rasa selesa dengannya, Illa teruskan, kalau tak Illa terus terang."
Aku kembali keposisi ku tadi untuk menyambung kerjaku yang tergendala tadi.
"Terima kasih kak nasihatnya."

"Jom, Illa tolong akak." Ujar Illa.
"Betul ke ni?"
"Ye lah."
"Akak kan mesti siapkannya sebelum esok jam 9."
Kami berdua berjaga sampai subuh.
Selesai Solat Subuh bersama kami menyambung semula untuk menyiapkan semuanya.
"Yeayyy akhirnya siapp!!!" Teriak Illa menyebabkan semua penghuni rumah terkejut dan berlari mendapatkannya dan Carissa.
"Kenapa ni?" Zalina dan Umie serentak bertanya.
"Kan Akak dah cakap tadi jangan bising. Tengok kan dah bangunkan semua orang."
"Maaf kak. Maaf Umie, Ayah, Along Angah. Janji tak buat lagi." Ujar Illa kepada semua..
"Carissa tak tidur semalaman ke?" Tanya Umie.
"Err ya Umie."
Zaril perasan ada lingkaran hitam dibawah mata Carissa.
"Takpe Dhia tidur lah dulu sampai waktu Eil suruh Along kejutkan." Ujar Zaril kasihan melihat Bakal Pengantinnya.
"Takpe, Dhia nak kemas dulu sekejap." Ujarku.
Mereka berlalu meninggalkan aku dan Illa.
Illa ketawa lucu melihat mukaku yang merah kerana geram atas kelakuannya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience