BAB 9: SAKIT YANG DITANGGUNG

Other Completed 14322

Di Apartment Illa, Aku membuka mata. perasaan ku, siling rumah berputar. Aku menutup semula mata ku. Aku mendengar sayup sayup suara Illa berbual dengan Zaril.
"Angah, Angah Dah ambik semua barang kat bonet kereta Adik?"
"Dah."
"Nah.."
Zaril menghulurkan beg kertas yang mengandungi baju kurung, jubah dan selendang.
"Thanks Angah."
"Kenapa Angah tengok takde pun kotak Handphone kat mana mana bakul?"
"Ooo Kak Rissa menolak. Dia taknak."
"Bank pun dia taknak buka akaun."
"Hmm takpelah."
Aku mendengar sikit perbualan mereka. tapi kenapa Illa panggil Zaril Angah?
Tekakku tiba² meledak. Aku nak termuntah. Aku bangun dari sofa. terus berdiri nak ke tandas. Tetapi aku lupa yang kakiku bengkak dan tak boleh nak di pijakkan ke lantai. Aku terduduk di lantai.
Zaril dan Illa serentak menoleh keruang tamu bila mendengar ada bunyi jatuh kelantai.
Zaril dan Illa berlari mendapatkan ku.
"Dhia kenapa ni?"
Zaril cuba mendirikan aku. kepalaku tiba tiba pening. dan
"Uwekk Uwekk."
Aku muntah didada Zaril.
Zaril cemas melihat keadaan ku.
"Dhia kenapa ni Sayang?"
Illa mengurut belakang ku agar aku berhenti muntah. Satu rumah bau muntahku. Aku sangat sangat letih, lemah tak berdaya nak berdiri,
"Adik, call Along sekarang."
"Baik Angah."
Aku meletakkan kepalaku dibahu Zaril. Aku masih tak boleh membuka mata ku.
"Uwekk."
Aku muntah lagi.
Zaril mengurut belakangku, menggamtikan tangan Illa.
"Dhia ok tak?"
Aku menggelengkan kepalaku.
"Uwweekk...."
"Muntahlah.."
Aku masih seperti tadi..
Illa disebelah menunggu panggilannya disambut.
Setelah disambut, dan memberi salam Illa becakap,
"Along datang rumah sekarang."
"Kawan Angah ni mungkin demam. muntah muntah."
"Ok Along Assalam."
"Angah Along cakap kejap lagi dia sampai."
"Ok."
Zaril mengangkat ku duduk disofa. Aku menyandarkan kepala ku di belakang sofa. Peningku makin menjadi.. Aku macam mahu terjeluak lagi.
"Dhia masuk angin ni."
Zaril duduk disebelah mengirit belakangku.
Illa mengambil bekas dari tandas untuk aku muntah.
"Dah petang ni, Along mesti terperangkap dalam kesesakan."
"Nak ambik BamBam lagi di taska."
"Joe belum balik dari laut ke?"
"Abang Joe balik minggu depan."
Aku mendengar je mereka berbicara. Aku tak lalu nak membuka mata. Aku tertidur dalam keadaan duduk bersandar.
Tanpa sedar kepala ku tersandar di bahu Zaril.
Zaril terkedu. Dia menoleh melihat Aku yang tidur.
"Laa, tidur." Zaril senyum melihat Wanita yang dicintai tidur.
"Angahhhh."
"Apa."
"Kak Rissa masih dalam Iddah. Abang sabar dulu."
Illa tersengih kerana dapat mengenakan Angahnya.

Jam menunjukkan jam 7 malam, tetapi Along masih tak sampai.
Illa mendail lagi. Panggilannya dijawab
"Along kat mana ni."
"Angah dah marah ni Along lambat."
"Hmm cepat sikit ok."
Illa menutup panggilan.
"Along kat bawah dah."
Illa bangun pergi membancuh air untuk Zalina dan mengeluarkan mengeluarkan Vitagen dari peti ais.
Kesempatan Zaril melihat wajah Carissa dalam dalam. Melihat wajah wanita kesayangannya, timbul perasaan simpati dapam diri Zaril. Matanya yang bengkak sebab terlalu menangis tadi, kesan air mata di pipi masih jelas. Walaupun Carissa tak memakai bedak sedikitpun dimukanya, tetapi kesan air mata jelas terlihat di pipinya.

Lonceng pintu berbunyi, Illa cepat² membuka pintu dan menjemput tetamunya masuk.
"Kenapa ni?"
"BamBam.. Jom ikut MakSu, MakSu ada Vitagen."
Melihat BamBam melepaskan tangan Mammynya, Zaril terus melambai Alongnya menyuruh mendekatinya.
Zalina berjalan mendekat ketempat Zaril duduk. Bau muntah menyengat dihidungnya...
Zalina berjalan melihat gadis bertudung terlelap dibahu Adiknya.
"Kenapa ni Angah?"
"Siapa ni?"
Zalina menyentuh Carissa.
Aku tersedar, seketika membuka mataku, Aku melihat Dr Zalina didepanku. Aku menutup mata ku semula kerana peningku menjadi.
"Dhia Carissa."
"Angah kenapa Carissa ada kat rumah Adik."
"Nanti Angah cerita. Along tolong tengokkan Dhia dulu. Angah nak ganti baju Angah dulu."
"Hmm."
Zaril membaringkanku diSofa, tekak ku mual lagi, kepalaku makin berpusing. Urat didahi memunculkab diri. Aku muntah lagi.. Sekarang ZlDr Zalina mengurut dadaku.
"Carissa masuk angin ni."
"Akak dah cakap kan haritu nasa kat dalam Pusat, Carissa tak boleh minum atau makan benda yang sejuk. Nanti perut Carissa meragam."
Zalina melihat keadaan Carissa membuat tumpah simpati kepadanya.
"Adik suruh Angah cepat kesini ya."
"Ok Boss."
"Carissa baring. Akak tambah bantal bagi tinggi, sekejap ye Akak ambil bantal."
Aku hanya mampu senyum dengan mata terpejam.
Seketika Zalina datang membawa dua biji bantal.
"Carissa baring kat sini dulu."
Zalina membaringkanku perlahan. Aku hanya menurut.. Yang aku mahu sekarang, ada seseorang nak memicit dahiku, seperti yang selalu dilakukan Bibi Wani semasa didalam Pusat dulu.
Airmataku mengalir lagi buat kesekian kalinya. Aku teresak sendiri.. mendengar esakan ku, Dr Zalina keluar dari bilik membawa selendang dan anak tudung.
"Carissa kenapa ni?"
Aku menggelengkan kepalaku.
"Dah sini Kak Long tolong Carissa ganti Tudung Carissa dulu.
Zalina membuka Jaket yang tersarung ditubuhku, dan terkejut melihat, pengan bajuku koyak..
"Sapa yang buat ni Carissa."
Aku menangis lagi bila Dr Zalina bertanya siapa pelakunya.
"Dah jangan nangis, kejap ye."
Zalina masuk kebiliknya mengambil kemeja tidur miliknya. Keluar semula mendapatkan Aku..
Zalina menolong Carissa bangun dan membuka baju Blouse ditubuh ku.
Pintu rumah terbuka, Dr Zalina terkejut.
"Adik!!!"
Illa terkejut melihat Kak Long membuka baju yang tersarung dibadan Carissa.
Dia terus menutup semula pintu Apartment nya. Zaril yang pelik melihat kelakuan adiknya bertanya.
"Kenapa ni?"
"Along tak benarkan kita masuk sekejap. Along menggantikan baju Kak Rissa."
Zaril menghentikan niat nak membuka pintu Apartment Illa.

Selang 15minit, Zaril dan Illa masuk kedalam Apartment. Zaril meluru ke sofa bila mendengar aku muntah lagi.
"Along dah periksa Dhia ke?"
"Dah."
"Dia ok kan."
"Nanti Along bagitahu."
"Dah sekarang tolong Along bersihkan muntah di lantai tu."
"Ok Long."
Selesai membersihkan muntah, Zaril duduk di meja makan bersama Along dan Illa. Bambam dah terlelap didalam Bilik tidur Illa.
"Apa yang jadi sebenarnya ni Angah, Adik?"
"Macam mana kalian kenal dengan Carissa?"
"Adik kenal masa Peguam yang menggantikan Angah dulu mengambil kes Kak Rissa."
"Kak Rissa dianiaya oleh ayah kandungnya dan ayah mertuanya."
Illa menunduk dan menyambung katanya.
"Bukti yang ada Adik simpan sehinggalah Angah tiba² minta fail tersebut."
"Along masih ingat tak Angah cakap yang Angah pergi membawa hati yang terluka. 6 tahun lepas?"
"Along ingat."
"Jadi Carissa lah wanita yang Angah maksudkan tu?"
Zaril menganggukkan kepalanya.
"Angah jumpa Dhia semula bila Angah ditugaskan oleh anak TanSri Ariffin untuk menyerahkan surat penceraian kepada Dhia."
"Masa tu Angah tak sedar nama Dhia Carissa yang tertera di atas sampul tu adalah Dhia. yang Angah ingat Dhia dah bahagia sekarang dengan pilihan Papanya."
"Rupanya dia hanya duperlakukan seperti abdi, dan dijadikan kambing hitam oleh mereka."
"Along, sebenarnya apa yang jadi kat Dhia sampai dia jadi macam tadi tu?"
Illa menyampuk.
"Sebenarnya Along adalah doktor yang merawat Carissa semasa dia didalam Pusat."
"Carissa akan sakit bila musin hujan datang."
"Dia tak boleh makan makanan yang sejuk. Dan tak boleh berada ditempat yang sejuk."
"Pernah sekali tu, Darah Carissa turun mendadak kerana terlalu kerap muntah dan masa tu hujan selama seminggu."
"Sehingga dia dikejarkan kehospital. Masa tu Carissa hanya ada 50-50 saja."
"Tapi dia kuat. Kak Long sentiasa datang ke ward dia beri kata² semangat. Alhamdulillah akhirnya dia pulih semula."
"Adik bawa Dhia makan kat mana tadi?"
Adik bawa kak Rissa makan Aiskrim Kitkat kat Mall tadi."
Illa menunduk bersalah.
"Maafkan Adik. Adik tak tahu yang Kak Rissa tak boleh makan makanan sembarangan."
"Takpe sekarang adik dan Angah dah tahu kan."
"Angah jagalah Carissa, Jangan lepaskan dia lagi."
"Along taknak melihat Angah derita dalam percintaan lagi."
"Baik Along. Terima Kasih atas nasihat Along."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience