BAB 26: BUTIK NELL JADI TUMPUAN

Other Completed 14322

Aku bersengkang mata menjahit busana pengantin untuk diletakkan di butik Nelly. Aku menjahit Busana yang keempat, Neply masuk ke kamar ku.
"Kau tak tidur lagi Dhia?" Tanya Nelly.
"Aku nak siapkan sikit lagi ni." ujar ku
"Jadi esok kau dah boleh pamerkan di butik kau."
"Kau kan tak sihat."
"Aku ok lah."
Nelly mengambil telefon ku. Matanya terbeliak besar.
"Dhia.!!" teriak Nelly
"Kau ni kenapa Nell. Nanti NekSu dan TokSu terkejut." Ujarku.
Nelly ketawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Suami kau ke ni Dhia?" Nelly menunjukkan Wallpaper ditelefonku.
"Haah. Tu Suami aku, kenapa?"
"Hensemnyaaa sebiji macam Kim Hyun Jong." Kata Nelly kepada ku.
Aku hanya mampu senyum.
"Nell aku lapar lah?"
"Eh mak buyung dah malam malam ni pun masih lapar.?"
"Aku terinhin lah nak makan shell out."
"Jom teman aku."
"Nanti Neksu marah."
"Kejap je. Lepas liur ni je."
"Ermmm Ok kau belanja."
"No hal. Jom."
"Ok Jom aku ambik kunci kereta dulu."
Aku hanya mengenakan tudung main sarung dan terus keruang tamu menunggu Nelly.
"Dah Jom."
Kami berjalan perlahan sebab takut mengeluarkan suara derap kaki dilantai.

Sampai diRestoran di hujung kampung, Kami duduk dimeja paling tersorok.
"Eh Dhia kau rasa esok ada tak orang nak singgah butik aku."
"Kau jangan risau. InsyaAllah rezeki tak salah alamat."
"Ni lah yang buatkan aku sayang kat kau ni."
Pelayan restoran datang membawa menu. Aku dan Nelly memilih shell out yang terdiri dari ketam, udang, dan berbagai kerang kerangan.
"Kau nak minum apa?"
"Aku nak Air milo suam je." Kata ku.
Selesai membuat order, Busking menyampaikan beberapa buah lagu. Sampai masa penyanyi busking datang ke tempat kami dan meminta aku dan Nell menyanyikan sebuah lagu.
Nelly menolak keras. Aku tak nak menghampakan hati si penyanyi busking, jadi aku bersetuju untuk menyampaikan sebuah lagu.
"Mak buyung aku takut nanti kau terberanak kat depan tu."
"Tak pe, dah lama aku tak menyanyi."
Aku meninggalkan Nelly di meja dan berjalan kehadapan tempat busking.
Aku memilih lagu Wonderful tonight untuk aku nyanyikan.

Muzik berkumandang. Aku membisikkan sesuatu pada penyanyi busking.
Telefonku berdering menandakan panggilan Video Whatsapp masuk. Nelly melihat nama yang tertera "LOVE HUSBAND" Lalu menjawab.
"Err kejap ye." Kata Nelly pada Zaril dan mengubah posisi kamera Video kebelakang.
"Maaflah, Dhia bawak aku keluar sebab dia teringin nak makan Shell out."
Nelly melihat muka2 yang berada di panggilan video sebelah.
Semua terpegun melihat kesyahduan suara Carissa. Zaril hanya tertumpu pada perut isterinya yang menampakkan seperti mengembang sehingga menolah jubah tidur yang di pakainya.
Tepukan gemuruh berkumandang.
"Terima kasih." Ujarku.
"Terima Kasih puan apa tadi?" Kata sipenyanyi busking
"Puan Dhia." Jawabku
Nelly mematikan panggilan tadi dan menyimpan semula telefonku ditempatnya.
Aku berjalan menghampiri Nelly lalu duduk dikerusi bertentangan dengannya.
"Sedap suara kau."
"Takde lah."
Makanan sampai diatas meja kami. kami menjamah tanpa bersuara.

Keesokannya selepas bertemu dengan dotor Cathy, Aku dan Nelly terus sahaja kebutiknya.
Kami meletakkan Busana Pengantin stail terkini dicermin depan menghadap kali lima butik.
Aku menolong Nelly membersihkan dan mengubah sedikit posisi dalam butiknya. Hampir selesai sepasang kekasih masuk kedalam butik.
"Hai selamat datang kata Nelly."
"Miss baju didepan tu adakah keluaran terbaru."
"Ya Miss."
"Berapa kah kadar sewa untuk set pelamin dan pakaian perkahwinan."
Nelly memberitahu serba sedikit kadar penyewaan baju busana di butiknya.
Akhirnya pasangan tadi bersetuju dan membuat deposit untuk majlis perkahwinan mereka hujung minggu ni.
"Dhiaaa, Aku tak percaya lah dia bersetuju."
"Kan Aku dah cakap, Rezeki kita tu ada cuma kita perlu usahakan."
"Takpe aku dah Whatsapp Farrel tadi, dia akan menghantar Busana pengantin minggu depan kesini."
"Buat susah kau je Dhia."
"Tak pe. Busana kat butik aku banyak."
"Terima kasih Dhia. Kau membuatkan butik aku bersinar semula."

Sejak dari hari tu Butik Nell jadi tumpuan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Aku hanya mampu melihat. Kandungan ku mencecah 4bulan. Tetapi perutku seperti orang mengandung 7 bulan.
Aku tak larat melakukan aktiviti lasak, sebab selalu semput dan letih. Nelly selalu temankan kemana je aku pergi.
Sampai 1 hari tu Nelly terima tawaran dari sesebuah syarikat, untuk membuat Fesyen show 2 bulan dari sekarang.

"Macam mana ni Dhia. Persiapan tak de."
"Tak pe, Aku ada boleh bantu kau."
"Tapi aku kesian kau tengah sarat sekarang."
"Aku hanya jahit 2 busana baru dan yang lain Farrel akan Urus dari Labuan."
"Dah jangan risau. Jom balik."
"Jom."
Nelly menutup pintu butiknya dengan bantuan aku.
Kami balik kerumah dengan perasaan gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience