BAB 43: PERMULAAN YANG BARU

Other Completed 14322

Zaril menghantar Zian kemuka pintu.
"Terima kasih Zian sebab bantu aku."
"Takde hallah."
"Jadi Ril, bila nak masuk pejabat. Kerja berlambak."
"InsyaAllah minggu depan aku masuk. Nanti tolong bagitahu PA aku ya."
"Aku takut mereka lari tak pijak tanah." Zian ketawa sambil berjalan menuju keretanya.
"Kau!"
"Ok aku menyerah. dah pergilah, kesian isteri kau tu."
Akhirnya Zian keluar dari halaman rumah. barupah Zaril menekan Kunci pagar auto villa nya.
Melihat isterinya masih seperti tadi, Zaril mendekat dan mengucup pipinya. Tanpa respon Zaril melihat isterinya tidur dalam keadaan duduk.
Dia mengelus lembut pipi isterinya. Sesaat kemudian, Zaril mengendong Carissa masuk kekamar ditingkat atas.
Zaril menurunkan tubuh isterinya di atas katil. mengingat pesan anaknya, Ibunya belum mandi sedari tadi. Maksudnya, Dhia belum mandi lepas terkena hujan.

Zaril menutup pintu gelongsor dibalkoni. menarik kain untuk menutup cermin dari arah dalam. Dia masuk kedalam tandas dan mengisi tab mandi dengan air suam. setelah penuh, Zaril masuk semula ke dalam dan memanggil perlahan isterinya.
"Sayang.."
"Heyy bangun, mandi."
Carissa masih mamai, dia seperti dengar dan tidak apa yang dicakapkan suaminya.
Carissa membiarkan apa yang dilakukan Zaril. Zaril mengangkat Carissa kedalam tandas dan menurunkan perlahan tubuhnya kedalam Tab mandi.
Kerana terkejut, Carissa hampir lemas. Air mulai masuk kedalam hidungnya. Zaril menegakkan Tubuh isterinya. Dia mencubit hidung isterinya yang terasa perit. Zaril berdiri dan masuk kedalam Tab dan menyandarkan isterinya didepannya.
Zaril menyuci rambut isterinya. menggosok badan isterinya.
"Sayang dah."
Zaril mengangkat bahu isterinya. Lemah tak bermaya. Betul kata Alongnya, Dhia mengalami alahan teruk dan masalah tiada selera makan.
"Sayang."
"By masakkan Syang Bubur ayam nak?"
"Tak. Selera Dhia memang tiada."
" Tak boleh macam tu. Baby nanti lapar."
"By masakkan ye."
Tanpa jawapan, Zaril melihat isterinya lena semula semasa dia mengeringkan rambutnya.
"Ermm pembawaan baby."
Zaril turun ke dapur dan mula memasakkan isterinya Bubur.

Zaril membawa Bubur kebiliknya, Melihat isteri nya nyenyak.
Zaril meletakkan bubur diatas meja lampu ditepi katil.
"By.. By.. Jangan tinggalkan Dhia."
"By.. Dhia rindukan belaian Hubby."
"Lelah menanti Hubby, balik lah peluk Sayang walau hanya sesaat."
Dengan esakan dan airmata mengalir dalam tidur Zaril terpaku. Isterinya terlalu menderita.
"Sayang." Zaril menarik Carissa dan dakapannya dan menangis.
"Maafkan Ril. Ril tahu Sayang terlalu derita selama bersama Ril."
Carissa tersedar dan melihat suaminya yang sedang dalam linangan air mata.
"Byy kenapa ni?" Carissa menyeka air mata suaminya dengan jarinya.
Zaril meraih jemari isterinya dan mengucup langsung jemari itu.
"Maafkan Ril, telah membuat Sayang menderita."
Carissa menggeleng.
"By tak pernah lansung membuat Dhia derita."

Zaril mengucup airmata Carissa yang mengalir dipipi.
"Sayang rindu sangat sangat dengan By."
"Setiap hari, Dhia akan pergi dimana tempat By jatuh."
"Setiap kali lepas sembahyang Dhia minta agar Allah pulangkan By kepada kami."
"By terlalu beerti dalam kehidupan kami."
"Mampukah Dhia bertahan andai By tiada lagi."
Zaril mengucup indah bibir isterinya. Sangat dirindui kemanisan dibibir itu.
Zaril melepaskan kucupan bibirnya.
"By tak nak Sayang cakap macam tu lagi."
"Sekarang By nak Sayang makan Sup ni."
Zaril mengangkat Sup disisi katil. Dia meniup Sup dan menghulurkan sudu kemulut isterinya.

Hanya 2 suap sup, Carissa merasa mual dan turun berlari ketandas.

Uweekk... Uweekk... Uweekk...
Zaril mendapatkan isterinya. Zaril mengusap belakang Dhia dengan lembut.
"Sayang ok ke ni?"
"Uwekk.. Uwekk."
Zaril melap mulut isterinya dengan tuala didalam tandas.
Memapah isterinya duduk dikatil dan membaringkan isterinya.
"By sayang nak rehat."
"ermm."
Zaril menekan remote control lampu yang ada ditepi dinding. Lampu terang tadi bertukar sesikit suram.
Zaril, menarik selimut menutup isterinya hingga paras dada. Memeluk isteri yang sedang lemah.
"Hubby Sayang Dhia Dunia dan akhirat."
"Bidadari Hubby di Dunia dan Disyurga."
Zaril tidak dapat melelapkan matanya kerana suhu badan isterinya naik mendadak.
Sama seperti semasa isterinya mengandungkan Adam dan Medina.
Zaril mengusap ngusap perut isterinya.
"Baby Abi jangan nakal kesian Ibu."

Zaril akhirnya terlelap selepas suhu badan isterinya menurun sedikit.
Zaril bangun selepas mendengar Azan Subuh berkumandang disurau. Dia swgera bangun dan mandi. setelah itu dia membangunkan isterinya untuk mandi dan solat bersama.
"Sayang. Bangun Sembahyang."
Zaril mengendong isterinya masuk kedalam tandas dan menyucikan isterinya. Melihat isterinya bergetar keran dingin air. Zaril menyudahkan siraman.

Zaril dan Dhia sembahyang bersama. Doa Zaril menyentuh jiwanya. Untuk kesekian kali Dhia teresak dalam tangisan.
Selesai solat, Zaril melihat isterinya lena semula. Dia merebahkan diri disebelah Dhia. dan akhirnya terlelap sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience