BAB 11: RESTU

Other Completed 14394

HmJam menunjukkan jam 8 pagi. Hanya aku dan BomBom dirumah. aku kedapur, membuka peti ais. Aku melihat tiada apa yang dapat dimasak.
Aku menuju ke telefon rumah ditepi tv diruang tamu. Aku mendail no telefon Illa yang tertulis di sekeping kertas.
Panggilanku disambut. Salam ku dijawab.
"Ye Kak Rissa."
"Maaf mengganggu Illa kerja."
"Takpe Kak Rissa."
" Kak Rissa nak tanya ada apa apa tak yang nak di masak kat rumah ni."
"Alamak, Kak Rissa, Maaf, Illa lupa nak Topup peti ais tu."
"Takpe kak Rissa, kat dalam laci meja diruang tamu tu, Illa ada tinggalkan Kunci Apartment dan kad kredit."
"Akak guna je kad kredit tu, topup barang dapur, dibawah Apartment ada kedai Runcit. Semua ada disana. Akak beli lah."
"Hari ni kami balik makan tengah hari kak."
"Ok Illa. Jangan risau, kak Rissa masak."
"Tak yah beli diluar. Ok."
"Ok kak Berehhh."

Aku siap ala kadar, dan ambik kunci dan kad kredit yang dimaksudkan.
Aku memimpin BomBom, keluar dari pintu Apartment menuju ke lift. kami berdua turun kebawah.
Sampai di kedai runcit, aku menarik troli dan mencari bahan bahan masakan. Aku teringat ada buah campur didalam peti ais, Aku mencari bahan bahan untik membuat kek buah kukus.
Selesai membayar semua keperluan, Aku membawa BomBom dan barang belianku naik semula keatas.
Masuk sahaja kerumah, aku memasangkan Tv cerita kartun Upin dan Ipin untuk BomBom tonton. Aku membancuh susu dan memberikan padanya.
"Cayang Aunty, duduk sini ninin."
"Aunty nak memasak kat dapur. Ok Cayang."
Aku berlalu kedapur, memakai apron dan memulakan kerja memasak lauk pauk kesukaan Zaril. Ayam masak kari, udang masak lemak, daging masak hitam dan sayur campur.
Selesai memasak lauk pauk, aku menyediakan bahan kek buah kukus. aku melihat ke ruang tamu, BomBom leka melihat rancangan kartun.
Aku meneruskan membancuh adunan kek kukus. Aku memasukkan kek yang siap di adun kedalam pengukusan. aku membiarkan di atas api gas.
Aku mula masuk keruang tamu membersihkan setiap sudut rumah.
Selesai semua kerja rumah dan siap menghidang lauk pauk di atas meja makan, aku terus membawa BomBom Mandi.
Jom Cayang Aunty, kita mandi. dah jam 12 tengah hari."
"Kejap pagi Mumy nak balik."
Aku memandikan BomBom, dan aku mandi bersamanya.
Selasai mandi aku membawanya keluar dan membaringkannya Di katil.
"Jom pakai bedak, pakai minyak yuyi.."
"Pakai pempers lepastu pakai baju."
"BomBom duduk sini tau, Aunty nak pakai baju, ambik Whuduk dan sembahyang sekejap. Boley?"
BomBom bermain diatas katilku.

Aku meninggalkannya seketika dan pergi ke tandas mengambil Wudhuk.
Aku memakai telekung menghampar sejadah dihadapanku, untuk menghadap Maha Pencipta.

Zaril melihat jam dipergelangan tangannya. tepat jam 12. Dia dah berjanji pada kakak dan adiknya untuk makan dirumah menyambut kedatangan Ayah dan Umienya.
Sebelum balik Zaril singgaj dikedai telefon dibawah pejabat nya. Dia memilih IPhone 12, untuk diberikan kepasa Dhia Carissa. Dia meminta untuk menggunakan no register 4 angka belakang 9999. Nasib no angka tu ada. Dia terus membuat pembayaran 2 barang tersebut.
Selesai membeli, Zaril masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin pulang kerumah.

Illa dan Zalina menunggu di Airport kedatangan Umie dan ayah mereka. serta Joe Suami kepada Zalina.
Melihat lambaian dari jauh, Illa meluru kearah Umienya.
"Umie..."
Illa memeluk umie dan berpindah memeluk ayahnya.
"Ayah..."
"Ermm ingat dah taknak kat Ayah dah.."
"Zaril tak ikut?"
"Tak Umie, Angah sibuk kebelakangan ni."
Zalina menyalam tangan suaminya.
"BomBom tak ikut ke Sayang?"
"Ye lah Cucu Ayah mana?"
"Errr, Along hantar Taska Ayah."
"Petang baru ambik."
"La tak payah tunggu petang, Kita ambik terus lepas ni."
"Errr,."
"Kenapa ni? Along dan Adik ada sembunyikan sesuatu ni?"
"Tak lah Umie, Kak Long hantar kat Taska kat Apartment tu juga. tapi kawan Along tu Kat tingkat 17."
Mereka berjalan beriring kekereta. kereta meluncur laju dijalan raya.

Kereta berhenti di bawah Apartment. Zaril baru keluar dari kereta.
Umie dan Ayah keluar dari kereta Illa. Umie memeluk anak tunggalnya lama.
"Rindu dengan anak Umie ni."
"Rindu Umie juga."
Zaril melepaskan pelukan Umie nya dan beralih memeluk Ayahnya..
"Ril ada kes baru ke?"
"Haah Yah."
"Dah jom naik." Zaril mengajak semua untuk naik keatas.
Sampai di tingkat atas, Zaril dan Illa berebut nak membuka pintu.
"Angah biarlah Adik yang buka."
"Hmm sedapnya bau." Illa menghidu bauan sedap dari arah dalam.
"Angah cepatlah."
Pintu Apartment terbuka luas, Illa dan Zaril memberi Salam namun tiada yang menyahut.

Illa dan Zaril mencari kelibat Carissa. Namun hampa. Illa membuka pintu bilik Carissa,
"Laa, Kak Rissa tidur rupanya."
"Hmm biarlah Dhia tidur penat tu, mengemas rumah Adik yang berhabuk ni."
"Illa ada BomBom tak kat dalam bilik Carissa."
" Ada Kak Long, tengah tidur."
Tengku Nadia melihat cucunya tidur disisi wanita yang tertidur bersandar dikepala katil. Wanita yang masih dibaluti telekung di badannya.

Mereka duduk diruang tamu Apartment Illa. Zaril menceritakan siapa wanita yang menjaga BomBom.
"Ril, Ayah dan Umie dah tahu cerita semuanya."
"Ayah tahu Carissa tak bersalah. Hanya undang undang tak berpihak padanya."
"Ril Umie tak kisah siapa Carissa dan Umie tahu Carissa wanita yang terbaik untuk anak Umie."
"Terima kasih Umie."
Tengku Nadia bangun dari duduknya menuju ke kamar Carissa.

Aku tersedar, melihat jam diatas meja, 1.30petang
"BomBom mesti nak makan."
Aku bangun membuka telekung yang masih tersarung di kepala ku.. Aku memakai baju tshirt berlengan pendek, dan dilapis dengan cardigan lengan panjang.
Selesai melihat wajah ku dicermin, membetulkan selendang dikepalaku. aku berjalan menuju ke pintu bilik untuk kedapur. Aku membuka pintu kamar dan terperanjat melihat wanita paruh umur berdiri didepanku.
"Carissa.."
Aku menoleh Kak Long memanggil namaku. Zalina berjalan menuju ke arah ku dan wanita tadi.
"Maaf Carissa buat Carissa terkejut."
"Kenalkan ni Umie Kak Long, Zaril dan Illa, Tengku Nadia."
Aku senyum melihat wanita didepanku. Aku menghulurkan tanganku untuk salam tangan wanita dihadapanku.
Huluran tanganku disambut mesra oleh Tengku Nadia.
"Assalam Tengku? Maaf Rissa ralit menidurkan BomBom, sampai tak sedar Rissa tidur sekali dengannya."
Aku ketawa kecil dalam tunduk.
"Panggil Umie." Ujar Tengku Nadia.
"Tak lama lagi Rissa akan jadi sebahagian dalam keluarga ni juga."
Tengku Zamri menghampiri aku dan isterinya.
"Rissa ni ayah Kak Long. Tengku Zamri."
"Panggil Ayah je." Sampuk Tengku Zamri dan menghulurkan tangannya untuk ku salam dan kucup.
Aku menyambut salamnya dengan senyuman.
"Itu Joe Suami Kak Long."
Abang Joe melambai tangannya ke arah ku.
"Cantik bakal menantu kita ni kan abang."
"hmm."
"Pandai Angah pilih." Ujar Tengku Zamri.
"Silap besar anak TanSri Ariffin melepaskan Rissa."
"Takpe Rissa, Umie dan Ayah dah tahu hal sebenar."
"Ayah kenal siapa TanSri Ariffin dan Dato Tarmizi ayah Rissa."
Aku hanya menundukkan kepala ku. Tengku Nadia menggenggam jari jemari ku.
"Umie restu hubungan Rissa dengan anak Umie Adam Zaril."
Zaril berdiri disisiku.
"Umie Angah janji akan melindungi bakal menantu Umie hingga hujung nyawa Angah Umie."
Tengku Zalina mengesat air matanya dengan lengan baju jubahnya.
"Umie harap Angah tak siasia kan peluang kedua yang diberikan Allah untuk Angah."
"Ya Umie. Angah takkan siakan peluang kedua ni."
"Dah jom makan."
Umie menarik aku untuk berjalan seiring dengannya.
"Ala Umie ni, Biarlah Kak Rissa dengan Angah. Adik nak lepas rindu dengan Umie juga." Illa memuncungkan mulutnya dan dicubit oleh Zaril.
"Angahhhh!!!"
Zaril dan yang lain ketawa serentak.
"Meh dekat Ayah. Anak manja."
Illa memeluk bahu ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience