BAB 40: KEBENARAN YANG MENYAKITKAN

Other Completed 14322

Telefon bergetar didalam genggaman ku. Aku mengangkat tanpa suara.
"Rissa?"
Aku memutuskan panggilan.
"Byy.."
Carissa berjalan tanpa arah. Seseorang mengenali Carissa dan memusingkan keretanya dan menuju kearah Carissa.
"Rissa!" Zian keluar berlari kearah Carissa.
"Rissa!!" Carissa berjalan tanpa mendengar Zian.
Zian menarik tangan Rissa dengan kasar dan menjatuhkan Rissa ke rumput.

"Rissa?" Percayalah Ril tetap ada dengan kau.
Carissa mendongak melihat Zian.
"Apa yang kami ada Zian sekarang selain kenangan." Aku menangis semahunya.
"Tinggalkan aku Zian."
Zian membuka pintu kereta dan mengangkat Carissa masuk kedalam kereta.
"Aku hantar kau balik."

Dirumah Villa, Zalina melihat gelap dan dia tahu dia penghuni didalam. Kereta Honda CRV masuk ke dalam dan Zian keluar.
"Zalina aku jumpa isteri Zaril dalam hujan ditempat kejadian."
"Rissa."
"Kak Long." Zalina memeluk Rissa dan sama sama menangis.
"Rissa jom masuk Along nak Rissa mandi dan minta petunjuk dengan Allah."
"Rissa tak sanggup Kak Long."
"Kenapa mesti Rissa Kak Long."
"Allah sayang Rissa."
Zalina membawa Carissa masuk kedalam Villa. Dia membawa Rissa duduk di sofa dan menyandarkannya. Zalina berlalu membawa pakaian ganti.
Carissa hanya menurut.

Tengku Nadia dan Tengku Zamri datang ke Villa dan melihat menantunya. Sedih melihat keadaan Isteri Zaril.
"Rissa."
Umie memeluk Rissa. Tanpa balasan.
"Semua dah tak sama Umie."
"Pergi Zaril membawa seluruh jiwa Rissa."
"Hanya tertinggal jasad tanpa kasih."
"Rissa mesti kuat demi Adam dan Medina."
Aku menutup mata ku. Menangis lagi.
"Mampukah Aku tanpa Zaril disisi.

DISISI LAIN.
Zaril membuka matanya.
"Aku dimana."
"Kau ok. Maaf aku selamatkan kau dari hanyut dibawa Arus deras sungai tadi."
"Tapi macamana aku boleh."
"Kereta kau terbabas dan jatuh ke gaung."
"Jangan banyak bergerak kau cedera."
"Tapi kau siapa?"
"Kenalkan Aku Man. Azman."
"Aku Zaril."
"Kau nak aku hantar kau ke?"
"Tak. Aku nak tinggal dengan kau dulu. Kalau aku dah ok baru aku pulang."
"Tapi tadi aku nampak seorang perempuan ni menangis melutut kat tempat kau jatuh."
"Dhia.."
"Aku tak tahu, yang aku tahu mayat seorang tu dah di kenal pasti dan mungkin merwka salah dan menyatakan itu adalah kau."
"Apa."
"Kereta kau total hangus dan mayat didalam ditemui."
Zaril mengingat bahawa dia bergaduh dengan datuk Nizam kerana Datuk Nizam memakai jam yang tersimpan indah diatas dashboard.
Mungkinkah kerana Jam itu, mereka menyangka mayat itu adalah aku.

Carissa Demam panas suhu mencecah 40 darjah. Semua panik termasuk sikembar. Rissa tak sedarkan diri. Doktor tak boleh memasukkan bius yang kuat kerana kandungannya yang baru 1bulan.
"Ibu bertahan lah."
"Nanti kalau Abi balik, Am nak cakap apa kat Abi."
Mendengar Cucunya yang petah berkata Tengku Zamri mengalirkan air mata.
"Am, Medina, Janji dengan TokYah, jaga Ibu tau."
"Baik TokYah."
"Nanti kalau Baby dah lahir, TokYah nak Am dan Medina mesti tolong Ibu tau."
"Tapi Abi kan ada."
"Am Abi dah takde."
"Tidak!! Am Selalu mimpi Abi cakap tunggu Abi balik !!"
"Ibu. Abi janji Dekat Am yang Abi akan jumpa kita."
"Ibu bangunlah."
Adam dan Medina menangis seperti faham kesakitan yang dialami Carissa.
Semua menjaganya dihospital.
Suhunya menurun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience