BAB 5: RINDU DARI KEJAUHAN

Other Completed 14322

Illa memberhentikan keretanya di lorong no 2 dan parking di tempat parking kereta yang di beri no flat.
"Jom Akak."
Aku ragu² hendak tinggal bersama Illa. Aku takut jika penghuni Apartment tahu aku bekas banduan, mereka akan memulaukan Illa.
"Illa."
Illa berhenti berjalan dan menoleh kebelakang.
"Kenapa kak?"
"Akak rasa akak tak berhak duduk dengan Illa."
"Akak taknak Illa dipulaukan jika akak tinggal dengan Illa."
"Akak."
Illa berjalan kesisi ku, Illa merangkul bahuku dan berjalan seiring dengannya.
"Penghuni Apaetment ni tak suka nak peduli hal jiran."
"Malah kita hidup sendiri² je."

Mereka menaiki lift bersama, sedangkan Zaril baru memakir kan keretanya disebelah kereta Illa.
Zaril pun tinggal di apartment yang sama dengan adiknya. Hanya selang beberapa pintu je.
Zaril berlari lari anak masuk ke perut lift. dan menekan punat no 15. Tak lama lepas tu Zaril sampai ke tingkat 15. Dia mendengar suara kecoh adiknya bercerita itu ini ke Carissa.

Zaril melihat kelibat Carissa masuk kedalam apartment Illa. Dia hanya tersenyum lalu berhenti tepat didepan pintu apartmentnya.
Zaril masuk kwdalam apartment dan mendail no Illa. tapi hampa Illa tak menjawab panggilannya.

Diapartment sebelah, Illa masih sibuk, bercerita dengan Carissa.
"Akak, ni bilik akak." Illa menunjukkan sebuah bilik yang lengakap dengan Tv dan tandas.
"Ini bilik Illa."
"Dan itu bilik Along."
"Along?"
"Ya akak Illa."
"Tapi Along jarang datang sini, sebab Along dah berkahwin."
"Akak, Dapur kat sini, dalam peti ais banyak makanan, kalau akak nak masak ke apa, akak cari je kat sini."
"Illa jarang masak, tak pandai." Illa tersengih sambil menggaru kepalanya yang ditutup tudung bawal.
"Akak, pergi mandi dulu lah.. nanti Illa letak baju kat katil akak,"
"Akak rasa badan Illa dan akak macam tak sama."
"Takpe. Badan akak macam badan Along."
" Kejap Illa ambikkan."
"Akak pergi mandi."
"Hmm."
Illa keluar dari bilik Along dengan membawa beberapa helai baju, seluar dan selendang..
"Akak, baju dah ada dekat katil akak."
"Illa nak pergi pejabat sekejap."
"Baiklah."

Lama rasanya aku tak mandi macam ni. Selesai mandi, aku keluar untuk memakai baju.. Terkejut aku melihat baju yang Illa simpan dikatil..
"Banyaknya."
Aku memilih baju ala kadar, Baju Tshirt pink seluar dan selendang hitam dan anak tudung.. Aku melirik ke arah jam didinding. Aku terlepas Asar. Aku istighfar, Aku keluar dari bilik, dan menuju ke dapur.
Aku membuka peti ais, tiada apa yang dapat dimasak. didalam hanya ada buah buahan dan Yakult. Ya yakult, kegemaran Dhia.
"Apa khabar anak Ibu sekarang ni?"
"Andai sayang tahu, Ibu dah keluar, apakah Dhia nak memeluk Ibu."
Air mata ku mengalir. Aku tahu aku takkan dapat menyentuhnya lagi. Aku menangis didapur, merindukan Anak yang jauh disana..

DiSebelah, Zaril dan Illa duduk di sofa. Tengah membincangkan sesuatu.
"Angah, Kak Rissa cakap, Ic dan semua kad bank dan handphonenya di ambil oleh Dato Tarmizi."
"Kiranya Adik nak bawa Kak Rissa membuat Ic nya esok?"
"Hmm Ok."
"Nak duit." Illa menghulurkan kedua telapak tangannya didepan wajah Zaril.
"Angah dah tahu."
Zaril mengeluarkan salah satu Kad kredit dari dalam Dompetnya.
"Nah.."
"Angah nak Adik buatkan Kak Rissa IC, 2 Kad bank, satu Cimb dan satu lagi Maybank."
"Wow Banyaknya."
"Diam."
Zaril mengangkat jari telunjuknya kedepan muka Illa.
Illa tersengih sengih..
"Ok ok."
"Belikan Kak Rissa Phone, dan jangan lupa belikan dia pakaian, termasuk yang kat dalam."
"Angah!!"
Zaril ketawa senang hati. Illa melihat gelagat abangnya. Dia bersyukur, kerana abangnya kembali tersenyum seperti dulu.
Betul kata orang dulu dulu Cinta boleh melumpuhkan seseorang dan cinta juga boleh membahagiakan seseorang.
"Angah, Adik balik dulu kesian Kak Rissa sorang dirumah tu."
"Ok Jaga tau Kak Rissa."
"Siap boss." Illa memberikan tabik hormat ke Zaril.
Zaril tahu Adiknya memang kuat menyakat dia.

Aku duduk di birai katil, menunggu waktu maghrib, tapi tiada telekung dan tikar sembahyang.
"Assalammualaikum."
Sunyi..
"Kak Rissa, Illa membuka pintu bilik dan melihat aku melamun jauh.
"Kak Rissa. Illa memegang bahuku. Aku terkejut hampir terlompat.
"Illa.."
"Bila sampai?"
"Baru je.. Illa tengok sunyi je kat ruang tamu dan dapur."
"Jadi Illa buka pintu bilik kak Rissa, Illa ingat Kak Rissa tidur."
"Tak lah, Kak Rissa tunggu Waktu nak solat. Tapi tiada telekung dan sejadah."
Illa menepuk dahinya,
"Illa lupa kak, kejap ya."
Illa berlari lari anak ke bilik Alongnya dan kembali semula ke bilik ku dan menghulurkan sejadah dan telekung..
"Nah."
"Akak pakai dulu Along punya."
"Esok kita beli untuk akak yer?"
"Tak yah lah Illa. Akak tinggal kat sini pun akak dah syukur."
"Err Illa."
Illa menunggu cakapku dengan tenang.
" Boley tak esok Illa bawak Akak ke rumah TanSri Ariffin?"
"Akak nak buat apa?"
"Akak nak lihat anak akak, walaupun dari jauh."
"Tapi akak tahu kan TanSri Ariffin, dia paling tak suka orang luar mengganggu kediamannya."
"Tapi Akak cuma nak tengok sekejap je. 4 tahun lebih Akak menanggung Rindu pada Dhia."
Illa melihat, air mata mengalir dipipi ku.
"Illa mesti tnya Boss Illa dulu.. Sebab Akak masih dibawah pengawasan."
Selepas berbual sedikit, Aku memohon nak pergi menunaikan solat Maghrib.
Illa keluar dari bilikku, menuju kebiliknya..
Aku menutup pintu bilik, dan menunaikan solat. Selesai Solat, aku duduk bersimpu, menadah tangan kepadaNya.
Diluar pintu bilik Illa ingin mengetuk pintu bilik nak membawanya keluar makan.. Illa mendengar setiap bait doa yang keluar dari mulut Carissa.
"Ya Allah aku beesyukur padaMu atas nikmat yang kau berikan padaku."
"Kau hadirkan Malaikat yang bernama Illa ketika aku tiada sesiapa."
"Kau rahmatilah dia dengan Tuannya tempat bekerja."
"Aku sanggup lakukan apapun, demi membalas budi Tuannya."
"Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan puteri ku Dhia Qalisya.
"Walau dari kejauhan."

Illa beredar dari pintu bilik Carissa, dan masuk semula ke biliknya. Lalu mendail Zaril. Tak lama panggilan di sambut dan salam diberi.
Illa menceritakan kemahuan Carissa nak bertemu anaknya.
"Pergilah, Angah izinkan. Angah akan perhatikan dari jauh."
"Ok Angah terima kasih."

Esoknya, lepas melakukan semua selesai, Illa membawa aku kerumah TanSri Ariffin. Betul tekaan ku, Dhia ada bermain ditaman depan rumah TanSri. Bersama dengannya seorang wanita yang aku kenali. Ya Melissa.
Esakku menjadi bila melihat, Dhia mencium dan memeluk Melissa seperti Dhia menciumku dulu.
Illa mengusap bahuku meminta aku untuk bersabar.
"Illa jom gerak."
"Akak dah lihat Dhia, dah lepas dah rindu Kak Rissa terhadapnya."
Sedangkan rindu yang mendalam masih belum ada luak walaupun sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience