BAB 25: RAHSIA DIBONGKAR

Other Completed 14322

Sebulan berlalu tanpa isteri disisi. Hidup Zaril umpama mayat hidup. Semua kerja di oejabat peguamnya diambil alih sementara oleh Illa.
Mencari isteri yang lama menyepikan diri.
Setiap panggilan yang dibuat tanpa jawapan. Beratus Whatsapp yang dikirim hanya dilihat tanpa dibalas.
Berat badannya yang semakin susut. Membuatkan hati Tengku Nadia merasa risau.

Selepas makan malam. Illa, Zalina, Umie dan Ayahnya duduk didepan Tv.
BomBom yang sudah lena didalam bilik bersama Abang Joe.
"Abang, kesian Nad Tengok Angah macam tu. Risau hati Nad."
"Abang pun tak tahu nak buat apa lagi."
"Tapi Anak buah Abang ada cakap, Last Rissa dilihat kat Airport sebelum Rissa menghilang."
"Sekarang Abang tunggu jawapan dari mereka."

Zaril Masuk kerumah Illa dengan pakaian santai. Tshirt dan kain pelekat.
"Ril dah makan?" Tanya Tengku Nadia.
"Ril takde selera Ma." Ucap Zaril.
Zaril melabuhkan punggungnya disebelah Adiknya.
Illa bingkas bangun bila Zaril duduk diaebelahnya. Sebab Illa takut akan terlepas cakap dimana keberadaan Kakak Iparnya.
"Adik nak kemana tu?" Tanya Zalina.
"Err Adik, Adik nak masuk tidur."
Zaril membuka kacamata dan meletakkan diatas meja.
"Adik."
"Angah tengok Adik macam tahu sesuatu tentang Kak Ngah kan." Ujar Zaril.
"Err mana ada Angah. Angah jangan main tuduh." Illa tahu sekejap lagi rahsia akan terbongkar. hatinya berkata MATI LAH AKU KALI NI.
"Adik betul ke?" Tanya Zalina.
"Mana ada Kak Long, Angah ni memandai je."
"Adik, Angah tahu Adik paling rapat dengan Kak Ngah. Angah dapat rasa yang Adik tahu dimana Kak Ngah."
"Illa, bagitahu Ayah dimana Kak Rissa sekarang."
"Errr Adik tak tahu Ayah."
"Illa nak Ayah tarik semula tarikh perkahwinan Illa dengan Farrel."
"Ayahhhh!!!"
"Jadi bagitau kami dimana Kak Rissa berada."
Illa berlari masuk kebiliknya dan mengambil phone diatas katil.

"Nahh. Illa hanya tahu yang Kak Ngah berada di JB."
"Johor Bharu." Tengku Zamri dan Tengku Nadia serentak bercakap.
"Abang, kenapa kita tak terfikir untuk mencari Rissa disana sedangkan anak buah Abang banyak disana."
"Adik Call Kak Ngah tapi ingat jangan ada yang bersuara." Illa kembali duduk semula diantara Zaril dan Zalina.
Panggilan disambut. Suara Ceria Carissa terdengar.
"Assalammualaikum Adik Kak Ngah. Kat mana tu?"
"Waalaikumsalam Kak Ngah. Adik kat luar ni."
"Oo Ye ke."
"Kak Ngah sihat. Illa dengar suara Kak Ngah lain je."
"Kak Ngah Demam sikit."
"Tapi sejak bila Kak Ngah demam, Nell takde bagitahu Farrel pun."
"Kak Ngah yang tak suruh Nell bagitahu."
"Bila Kak Ngah nak balik ni."
"Bila orang sana dah dapat terima Kak Ngah semula."
Zaril merebut Telefon ditangan Illa.
"Abangg..."
"Illa ok ke tu?"
"Ok kak. Illa Ok. Ok lah Kak Illa nak makan ni. Akak jaga diri yer. Bye." Illa menekan phonenya dan melirik tajam ke arah Zaril.

"Jadi Adik dan Farrel tahulah dimana Kak Ngah selama ni." Kata Zaril dalam amarah.
"Ril dah lah tu yang penting sekarang kita dah tahu yang Rissa selamat."
"Cuma Along takut, Rissa masuk angin." Kata Zalina setelah lama berdiam.
"Adik dan Angah tak ingat ke kejadian masa Rissa muntah tak berdaya dalam rumah Adik ni."
Zaril kelihatan cemas mengenang semula kejadian malam semasa Dhia isterinya masuk angin.
"Tambah tambah lagi jika betul Rissa mengandung."
"Dia pasti perlukan kasih sayang dan perhatian dari Angah."
"Adik tak fikir yang itu ke."
"Adik minta maaf, Adik hanya menjalankan amanah Kak Ngah." Jawab Illa.
"Takpe sekarang Call Farrel suruh datang esok pagi kesini."
"Baik Umie".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience