JDMA-17 (RAHSIA)

Romance Series 66915

(RAHSIA)

ZAFFREL tersedar dari lenanya. Dia mula pelik apabila Aura tidak ada disebelahnya.
Mana budak ni pergi, subuh tadi pun tak nak bercakap dengan aku. Takkan lari kut. Aip Zaff apa cakap macam tu.

Zaffrel berjalan mendekati toilet, pintu toilet diketuk beberapa kali namun masih tiada sahutan. Zaffrel mula panik. Dia membuka pintu toilet tersebut.

Kosong.

‘Kau pergi mana ni Aura’

Zaffrel terus menyarungkan bajunya lalu keluar dari bilik tersebut. Dia berjalan ke arah kaunter dengan pantas.

“Cik tumpang tanya, ada nampak seorang perempuan ni rambut dia paras bawah bahu, kulit dia putih and pendek sikit dari saya.”

“Saya tak pasti la, tapi tadi saya ada nampak perempuan macam tu dia pergi arah pantai sana. Cuba la tengok, maaf kalau saya silap orang.” Ujar wanita yang menjaga kaunter tersebut dengan sopan.

“Thanks.” Tanpa menunggu Zaffrel terus berlari anak ke arah pantai tersebut.

Buk!

“Aduh! Kau ni jalan pakai mata boleh tak! Jalan dah macam orang hilang bini.” Khalif memandang tajam ke arah Zaffrel.

“Memang aku hilang bini ni. Sekarang ni Aura mana?” Soal Zaffrel dengan nafasnya yang sudah tidak teratur. Uish penat aku berlari macam ni.

“Ada dekat pantai sana. Tak kan dia nak lari , ke kau dera dia? Tak pun kau pukul dia sebab tu kau ingat dia lari kan?” Tebak Khalif. Sah kalau tak, kenapa nak gelabah sangat.

“Banyak la kau punya merepek tu. Dah la aku nak pergi dekat Aura.” Zaffrel terus berjalan meninggalkan Khalif seorang diri disitu.

ZAFFREL tersenyum apabila melihat kelibat Aura yang sedang menghirup udara di tepi pantai. Ingat dah lari, suka buat aku bimbang.

“Hey buat apa dekat sini?” Sapa Zaffrel lalu memeluk belakang tubuh Aura.

“Ish aku ingat siapa dah tadi.” Marah Aura apabila dipeluk secara mengejut begitu. Zaffrel tergelak kecil.

Aura cakaplah lepas, jangan peluk aku. Yang kau biar je kenapa. Cakap la Aura. Yang kau bisu ni dah kenapa.

Aik, dia tak halang aku nak peluk dia. Biar betul Aura ni. Hurmm nampak gayanya aku boleh melebih ni.

“Kenapa tak cakap nak datang sini?” Soal Zaffrel saat mereka hanya mendiamkan diri. Zaffrel masih memeluk belakang tubuh Aura, Aura hanya membiarkannya.

“Kau yang tidur nyenyak sangat sampai aku kejut banyak kali pun tak dengar juga, aku keluar la.” Jawab Aura.

“Ye eh? Alaa mengantuk sangat la.” Zaffrel senyum senget, dah mengantuk nak buat macam mana.

“Erkk, Zaff boleh tak...”

“Zaff siapa Zaff?” Soal Zaffrel

“Elok - elok la aku serius ni.” Lupa ingatan dah ke budak ni. Ish geram aku.

“ Serius la ni . Siapa Zaff bukan je semalam nama lain?” Zaffrel tahan senyum.

“Nama lain? Nama apa?” Aura masih bingung. Sejak bila pula dia ada nama lain.

“Hubby..”

“Hubby?” Makin berkerut dahi Aura. Sejak bila aku panggil hubby dekat dia.

“Come here hubby...” Zaffrel meniru suara Aura yang memanggilnya hubby sewaktu di dewan makan.

Wajah Aura mula berona merah. Alaa yang tu aku bergurau la, kenapa dia ingat eh.

“Mana ada, aku gurau je. Lupakan yang semalam.” Aaa Aura memalukan betul la.

“Hubby tak nak lupakan, Hubby , bunyi sweet je.” Zaffrel melabuhkan dagunya pada bahu Aura. Pelukan dieratkan.

Berona merah wajah Aura. Aaa kenapa dengan kau ni Aura. Selalunya kau halang kenapa kau jadi bisu ni.

“Kenapa diam? Orang cakap diam tu tandanya setuju. So isteri hubby ni setuju nak panggil hubby la.” Pipi Aura dicium sesaat.

Oh no! Apa ni. Aaaa Aura apa dah jadi dengan kau ni.

“Erkk Zaff..” Aura cuba meloloskan dirinya dari pelukan Zaffrel. Tolong la aku malu gila ni.

“Ye darling , anything?” Zaffrel makin galak memeluk tubuh Aura apabila Aura lansung tidak kelihatan untuk menolak.

“Ehem..”

Zaffrel dan Aura terus menoleh saat mendengar suara Ilham.

“Kacau daun la kau ni Ilham.” Zaffrel tayang wajah cemberut. Ingat mudah ke nak manja - manja dengan Aura ni, susah tau.

“Dari tadi lagi aku duk perhati je korang ni, tapi melebih eh, tak hormat orang single macam aku.” Ilham menyilangkan tangannya ke dada. Bukan main cium isteri dia depan aku.

Wajah Aura sudah berona merah. Malunya, Ilham pun tengok, kau la ni kenapa jadi batu hah! Jual mahal la sikit.

“Awak buat apa dekat sini Ilham?” Soal Aura yang ingin menukar topik perbualan mereka.

“Si Zaff ni dia suruh saya hantar barang korang dekat sini. Tapi tak tahu la pula dapat tengok free show.” Usik Ilham apabila melihat wajah Aura sudah merah mengalahkan tomato.

“Aura pergi sana dulu eh.” Pinta Aura dengan sopan. Stop aku dah malu ni. Baik cau cepat - cepat . Lagipun, Yey dah dapat phone aku balik.

“Nak pergi mana ni? Bahaya jom kita pergi sama - sama “ Ujar Zaffrel sambil memegang tangan Aura yang ingin melangkah meninggalkan dirinya.

“Tak apa, nak pergi ambil phone yang Ilham bawa je. Bukan nak pergi mana pun.” Aura menjuihkan bibir. Ingar aku budak kecil ke. Tanpa menunggu Aura terus meninggalkan Zaffrel.

“Alahai kau Zaff bimbang sangat . Macam ada orang berani nak culik Si Aura tu. Diorang pun gerun nanti tak pasal - pasal kena karate dengan kau.”

Zaffrel hanya senyum senget. Ala apa kesah aku cuma nak jaga Aura. Salah ke?

“Ni daddy macam mana? Waktu kau ambil barang aku tu dia ada cakap apa - apa ke?” Soal Zaffrel.

“Daddy diam je. Cuma mummy yang duk tanya tak henti - henti. Aku cakap kau okay kau selamat cuma bagi kau masa.” Jelas Ilham.

Zaffrel hanya mengangguk. Nampak sangat tak kesah dengan anak sendiri. Apa lebihnya si Linda tu. Hati anak mana yang tak kecil hati bila ayahnya lebihkan orang luar dari anak sendiri.

“Zaff kau nak masuk kerja bila? Aura pun ada kerja dekat office papa dia . Takkan kau nak diam macam ni je.” Soal Ilham yang menyentakkan Zaffrel dari lamunannya.

“Tunggu beberapa hari lagi kut. Aku nak settle masalah ni dulu. Aku tak boleh fokus nak kerja selagi masalah tak settle. Pasal Aura, kalau dia nak kerja tak apa aku izinkan.”

“Okay la kalau macam tu. Kau dah breakfast ke? Aku lapar ni. Ke kau tak nak aku ganggu kau breakfast dengan Aura. Kalau macam tu aku balik dulu la.” Ilham menggarukan kepalanya. Mesti dia ingat aku nak ganggu dia.

“Lain kali tak payah tanya kalau kau sendiri pergi jawab. Aku tak cakap apa - apa sibuk nak keluarkan jawapan sendiri. Dah jom makan, kesian dekat Aura dari tadi tak makan lagi.” Zaffrel memasukkan tangannya dalam kocek seluar. Dia berjalan di hadapan Ilham.

SAAT mereka sedang berjamu selera, Khalif datang mendekati mereka dan duduk disebelah Aura berhadapan dengan Ilham.

“Hai gais makan tak ajak aku pun.” Ujar Khalif lalu menarik nasi goreng Ilham dan tanpa segan silu dia menikmati nasi goreng tersebut.

“Nasi goreng aku..” Ilham hanya mampu melihat nasi gorengnya yang hampir sahaja dihabiskan.

“Nanti aku belanja kau lunch ye.” Tanpa menunggu , suapan terakhir sudah selamat menjadi santapan perutnya.

“Kau ni Khalif dari dulu sama je.” Aura menjeling Khalif sekilas.

“Ouw so sweet. Kau tak pernah lupakan aku kan. Semua hal aku kau masih ingat.” Khalif menongkatkan kepalanya dengan tangan memandang kearah Aura. Pinggan nasi goreng yang sudah habis ditolak kembali ke arah Ilham.

“Aku ingat benda - benda yang buruk pasal kau je . Yang baik - baik aku dah lupa.” Jujur sahaja Aura menjawab.

“Its okay darling, mencintai tak semestinya mengenali.” Khalif tersenyum lebar. Dia mengambil tisu lalu mengapu sedikit tepi mulut Aura yang comot tanpa sempat Zaffrel menyapunya dengan ibu jari.

Zaffrel menjeling ke arah Khalif. Melebih kau ni. Tunggu kau lepas ni.

“Kau tak payah nak sweet sangat la . Geli aku.” Kerusi Khalif yang dekat dengan Aura ditolak kuat. Bergerak la walau sikit.

“But darling, I cuma rindukan you. Rindu sangat- sangat.” Ujar Khalif sambil melentokkan kepalanya memandang wajah Aura.

Rindu ye, meh sini aku tunjuk rindu tu apa.

Zaffrel mengambil sambal yang berada di atas meja lalu diletak banyak ke dalam sandwich .

“Khalif cuba kau rasa sandwich yang pekerja kau buat ni. Sedap gila.”Zaffrel menghulurkan sandwich tersebut kepada Khalif.

“Aku ni owner dekat sini hari - hari aku makan. Tapi tak apa la aku lapar ni.” Khalif mengambil sandwich tersebut lalu menggigitnya.

“Aaa,, pedas.. pedas.. air .. air “ Khalif meneguk semua air Ilham dan Zaffrel. Benda apa yang aku makan ni . Pedas tahap dewa.

Zaffrel gelak besar. Berair matanya akibat bergelak sakan. Ilham yang faham apa yang terjadi turut tergelak.

“Tu la kau rindu bini orang lagi.” Zaffrel sambung ketawa. Adui bestnya dapat kenakan si Khalif ni.

“Aura tengok laki kau ni.” Khalif tayang muncung sehasta. Suka usik aku, tahu la cemburu tak payah la balas macam tu sekali.

“Kesian aku tengok aku ni Khalif. Kurang kasih sayang ni, kahwin la cepat - cepat. Kalau asyik duk ganggu si Aura tu memang makan selipar la jawabnya. “ Ilham mula mencelah. Best pula aku tengok muka tiga puluh sen si Khalif ni.

“Ey korang diam eh. Aku kenal Aura dulu dari korang. Sibuk je, pergi main jauh - jauh. Aku cungkil mata sorang - sorang baru tahu.” Khalif menjeling ke arah Ilham dan Zaffrel. Tangannya naik seakan ingin mencungkil mata merekea berdua.

“Dah la Khalif. Kau ni over number satu. Patut la single sampai sekarang, tak pandai nak mengurat anak dara orang.” Bidas Aura.

“Hello cik Aura Fellisya , aku single sebab kau. Kalau aku nak mengorat anak dara orang kau tu sibuk nak halang. Cakap yang ni tak sesuai la yang tu tak berkenan la. Kalau kau tak halang aku dah kahwin anak 3 tahu tak.” Bentak Khalif. Kalau dahulu semua yang dia berkenan Aura halang.

“Dah kau tu pilih perempuan pelik - pelik. Ada ke patut perempuan perut memboyot nak beranak esok lusa kau cakap dia gemuk. Nasib baik aku halang kalau tak kau dah jadi pak sanggup.” Bebel Aura. Tak boleh lupa zaman universiti dahulu, ikut jumpa dia nak sapu.

“Ish dah la korang. Depan rezeki jangan nak bercakap sangat. Tengok budak sebelah aku ni, muka dah macam kena gigit biawak. Dia punya cemburu tengok korang sampai sudu pun terbalik.” Sakat Ilham apabila melihat wajah cemberut Zaffrel. Sudu pun dah terbalik.

“Ish kau ni mana ada.” Zaffrel terus membetulkan sudunya . Bahu Ilham disenggol kuat. Jangan tegur benda yang memalukan eh.

Aura simpul senyum . Alahai cemburu pun comel. Aum geram aku. Aip Aura apa mende kau ni.

DARI tadi Aura hanya merenung pantai dihadapannya. Dia duduk bersila di atas tikar bersama Zaffrel . Ilham dan Khalif pula duduk di tikar jauh beberapa meter dari mereka. Kata Zaff dia tak nak orang ganggu dia dengan Aura. Kalau orang luar nampak mesti dia cakap Ilham dan Khalif gay sebab duduk sekali atas tikar sambil menghirup udara pantai ala - ala sweet family gituw.

“Zaff, boleh tak kalau aku nak jumpa daddy? Aku nak minta maaf la. Aku rasa bersalah dengan daddy. Dah banyak kali aku tinggikan suara dengan daddy.” Aura memandang Ke arah Zaffrel yang sedang berbaring berbantalkan tangannya.

“Kita tak salah, biarlah dahulu. Nanti okay la tu.” Jawab Zaffrel ringkas.

“Tapi dia tetap mertua . Macam mana sekali pun aku perlu hormat dia. Please aku nak jumpa daddy aku nak minta maaf. Mana tahu lepas ni hati daddy lembut nak terima aku balik.” Aura masih memujuk Zaffrel.

“Hurmm, okay aku izinkan. Tapi ada syarat.” Zaffrel bangun dari pembaringan. Dia duduk bersila menghadap Aura.

“Syarat apa?”

“Kiss” Zaffrel memungcungkan bibirnya.

Pap!

“Auch sakit la.” Tangan Zaffrel naik menyentuh bibirnya yang selamat ditampar oleh Aura.

“Padan muka. Jangan nak mengada eh.”

“Kasian dekat hubby ni sayang.” Zaffrel tayang wajah cute.

“Eyy Zaff not hubby.” Aura menolak wajah Zaffrel yang makin hampir dengannya. Tak malu lansung orang tengok.

“Hubby”

“Zaff not hubby”

“Hubby sayang not Zaff.”

“Zaffrel Zaff bukan hubby.”

“Zaff”

“Hubby” Aura menekup mulutnya. Apa kau ni Aura. Aa main jahat la Zaff ni.

“Nice. Ni baru sayang.” Zaffrel simpul senyum. Menjadi juga trik aku.

“Eyy mengada.” Rolling eyes Aura beraksi lagi.

AURA mendekati Dato Malek yang sedang duduk di bangku berhadapan kolam renang rumahnya. Zaffrel awal - awal lagi sudah masuk ke dalam bilik tidur.

“Daddy, Aura nak cakap sikit boleh?” Sopan sahaja tutur kata Aura. Dia duduk di bangku sebelah Dato Malek.

“Ada apa Aura?” Soal Dato Malek. Wajah Dato Malek saat ini hanya biasa sahaja.

“Aura nak minta. Aura dah banyak kali tinggi suara dengan daddy.” Aura mula menekur lantai. Rasa bersalah menyerang lubuk jiwa.

“Ikhlas ke Aura nak minta maaf?” Sinis sahaja suara Dato Malek.

“Aura ikhlas nak minta maaf. Aura rasa bersalah dengan daddy.” Bersungguh - sungguh Aura menyatakan isi hatinya.

“Boleh, daddy akan maafkan Aura. Cuma..”

“Cuma apa daddy?” Jantung Aura mula berdetak hebat.

“Bagi Linda jadi isteri kedua Zaffrel.”

“No! Aura tak akan sesekali bagi dia jadi isteri Zaffrel!” Aura terdiri akibat terkejut dengan apa yang diminta oleh Daddy.

“Jangan melawan Aura. Daddy tak akan ganggu hidup Aura lagi . Cuma bagi Linda peluang untuk jadi isteri kedua Zaffrel. Aura tak perlu tinggalkan Zaffrel atau bercerai, cukup untuk dimadukan.” Tegas sahaja suara Dato Malek.

“No daddy No! Apa salah Aura sampai daddy nak buat Aura macam ni? Hina sangat ke Aura di mata daddy?” Jiwa Aura makin berombak kencang.

“Aura nak tahu hal sebenar?”

Aura makin berdebar menunggu setiap perkataan yang keluar dari mulut Dato Malek.

“Linda anak tiri Daddy. Puan Zubaidah ibu angkat Zaffrel adalah isteri daddy. Linda dah tak ada sesiapa dekat dunia ni selain daddy. Daddy berhak tunaikan segala permintaan dia asalkan dia bahagia.”

“Arwah dahulu selalu pesan untuk jaga anak dia. Daddy terlalu sayangkan arwah, wajah Linda persis muka Arwah. Daddy harap sangat Linda dapat jadi isteri kedua Zaffrel!” Cukup dengan itu Aura terus tergamam. Tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“No daddy no! Apa sekali pun Aura tak akan biarkan Linda jadi isteri kedua Zaffrel. Cukup daddy tipu semua orang dekat rumah ni. Tapi Aura tak akan biarkan suami Aura kahwin lain!”

“Habis Aura nak buat apa? Nak bagitahu semua orang tentang hal ni? Ingat Aura, sekali Aura berani buka mulut , sumpah daddy yang Aura tak akan jumpa dengan Zaffrel lagi. Jangan cabar daddy!” Mencerlung Dato Malek memandang ke arah Aura.

“Daddy boleh ugut Aura, daddy hebat dalam perdayakan semua orang, tapi daddy tak boleh pisahkan Aura dengan Zaffrel. Aura akan tetap pastikan yang Zaffrel tetap milik Aura.!” Aura sudah tidak dapat mengawal amarahya.

“Bagi Linda peluang untuk jadi isteri Zaffrel atau Aura sendiri akan pergi dari hidup Zaffrel. Keputusan di tangan Aura , jangan sampai daddy buat semua tu.” Dato Malek masih memandang tajam ke arah Aura.

“Let's see who will win this fight and who will fall on their own oath! Jangan sampai sumpah daddy berbalik pada daddy sendiri!” Aura terus memasuki rumah meghiraukan sahaja Dato Malek yang masih bergunung - gunung perasaan tidak puas hati dengannya.

Jangan ingat Aura mudah ditindas. Aura akan pastikan segala yang daddy nak akan hancur sehancur hancurnya. Maafkan Aura daddy. Bukan Aura yang jahat tapi daddy yang kejam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience