JDMA-8 (BERSAMA DENGANNYA)

Romance Series 66915

(BERSAMA DENGANNYA)

AURA mula membuka matanya apabila angin pagi menampar kuat pipinya. Ruangan bilik dipandang lalu meneliti setiap ruangan sudut.

“Aku kat mana ni?” Aura terus bangun dari katil lalu keluar dari rumah tersebut. Rumah yang di diaminya saat ini sangat sempit namun mewah.

“Zaffrel!” Laung Aura saat melihat Zaffrel sedang termenung dihadapan rumah tersebut.

“Eh Aura kau dah bangun rupa rupanya. Jom la kita breakfast .” Pelawa Zaffrel yang hanya mengendahkan sahaja wajah garang Aura.

“Banyaklah kau punya breakfast! Sekarang ni cakap dekat aku kita dekat mana!” Aura mencerlung memandang Zaffrel. Perasaan amarahnya makin membuak setelah melihat kawasan sekeliling hanya menempatkan sebuah rumah kecil tersebut berhampiran pantai dan suasananya sangat sunyi seperti tiada penghuni.

“Kita dekat pulau, jangan bimbang dekat sini tak ada orang hanya ada kita berdua.” Terang Zaffrel dengan tenang.

“What! Kau dah gila ke bawa aku tempat macam ni. Kalau kita sesat macam mana? Kalau jadi apa-apa macam mana? Kita berdua je dekat sini tak ada orang nak tolong. Please la lain kali fikir dulu sebelum nak buat apa-apa.” Air mata Aura mula bermain di tubir mata, aku takut, Zaffrel tak mampu nak jadi pelindung aku. Aku cuma perlukan lelaki yang mampu jaga aku yang mampu lindungi aku, tapi dia dah bahayakan lagi hidup aku.

“Aura aku buat semua ni demi kebaikan kita, bagi aku masa untuk aku jelaskan semua ni.” Zaffrel melangkah kehadapan mendekati Aura.

“Don't you dare step forward towards me! Aku nak balik.” Aura melangkah kebelakang lalu terus berlari kearah pantai.

“Aura! Wait!” Zaffrel mengejar Aura yang sudahpun menghampiri pantai.

“Jangan dekat dengan aku! Kau penjahat! Aku benci kau, aku nak balik!” Aura mula meronta dan menangis.

“Aura , Please calm down. Jangan buat aku macam ni, I just want to protect you.” Tangan Aura dicapai dan digengam dari terus berlari.

“Kau bukan nak lindungi aku tapi kau ada niat jahat kan! Aku nak balik! Aku nak mama dan papa. Tolong jangan seksa aku macam ni.” tangan Aura yang berada di dalam genggaman Zaffrel direntap kasar. Aura meronta-ronta lalu tubuhnya terjelepok ke pasir.

“Aura, shuu aku cuma nak lindungi kau, aku tak ada niat jahat pun.” Zaffrel merebahkan kedua belah lututnya pada pasir lalu memeluk tubuh Aura.

“Aku benci kau! Aku benci sangat-sangat! Kau kejam kau jahat!” Tubuh Zaffrel dipukul semahu-mahunya.

“Shuu calm down Aura.” Zaffrel membiarkan sahaja tubuhnya dipukul. Tubuh Aura masih lagi dipeluk erat olehnya memberi ketenangan pada wanita itu.

Aura mula meredakan tangisannya , wajahnya yang sudah lencun dengan air mata dilap kasar. Tubuhnya terasa penat saat ini.

“Jom kita makan dulu, nanti aku terangkan semuanya. Jangan lari lagi, sebab kau tetap tak dapat pergi dekat mana pun tanpa aku. “ Pelukannya dilepaskan . Aura hanya akur lalu mengikuti langkah Zaffrel untuk kerumah kecil tadi. Penat semalam belum putih, tambah pula penat berperang hari ini.

“Dari mana kau dapat semua makanan ni?” Soal Aura sewaktu mereka dimeja makan.

“Before kita datang sini, dah ada orang yang sediakan keperluan kita dekat sini. “ Jawab Zaffrel lalu menyuapkan makanan kedalam mulutnya.

“Jadi dah lama la kau rancang nak culik aku?” Wajah Zaffrel dipandang tajam.

Zaffrel simpul senyum. Alahai budak ni , jahat sangat ke muka aku sampai dia cakap aku ni penculik?

“Kenapa kau senyum? Jadi betullah kau memang dah rancang nak culik aku! Kau ni memang kejam la!” Aura melempar sudu dengan kuat kedalam pinggan. Saat dia ingin meninggalkan meja makan, Zaffrel terus menarik tangannya agar kembali duduk.

“Duduk, makan dulu. Aku ni punyalah handsome kau cakap aku penculik. Daripada aku culik kau baik aku culik perempuan lain, boleh juga dia teman aku time aku boring. Nak harapkan kau hari-hari hadap bebel kau adalah.“ Ujar Zaffrel sambil tersenyum kearah Aura.
Entahlah setiap kali tengok muka dia ni nak gelak je rasa, dia punya gelabah lain macam.

“Muka kau tak handsome pun! Berlambak je penculik muka macam kau. Nasib aku lapar kalau tak dah lama aku lari tau!” Bentak Aura lalu menyambung makannya.

“Nak lari dekat mana, kita dua orang he dekat pulau ni. And sebenarnya...” Zaffrel memandang sekeliling mereka.

“Sebenarnya apa? Kau jangan nak buat aku takut la!” Kaki Aura terus dinaikkan keatas kerusi.

“Kat sini banyak benda halus sikit, so hati-hati. Dia suka budak nakal macam kau.” Zaffrel bersuara dalam keadaan berbisik

Pap!

Bahu Zaffrel ditepuk kuat, bukan jauh kedudukan mereka saat ini, rumah sekecil ni mana nak muat letak meja besar.

“Kau ni sengaja kan! Aku tahu la aku ni penakut, tak payah la usik aku.” Kerusi Aura ditarik mendekat dengan Zaffrel, bukan nak ngada- ngada tapi aku anak manja.

“Sekali lagi kau cakap kau nak lari, aku panggil hant...”

“Tak tak aku janji aku tak lari lagi” Aura menggelengkan kepalanya dan mengangkat tangan paras bahu lagak bersumpah.

“Dah makan, lepas ni kita pergi masuk hutan” Zaffrel mengambil sudu baharu lalu meletakkan sudu itu kedalam pinggan Aura. Sudu tadi dah jauh tercampak . Bini siapalah garang macam ni. Woi bini aku la tu!

“Masuk hutan? Taknak aku . Buat apa nak masuk hutan?” Dahi Aura mula berkerut. Tak pernah seumur hidup aku orang ajak masuk hutan.

“Nak cari kayu api, malam ni boleh berkelah tepi pantai.” Jawab Zaffrel.

“Nak! Kalau macam tu aku setuju. Nanti malam ni kita masak banyak-banyak lepas tu kita makan tepi pantai. Wow bestnya.” Aura memejamkan matanya menikmati bayangan fikiran.

“Mengada je budak ni.” Zaffrel terus mengendahkan Aura yang dalam dunia bayangannya.

ZAFFREL DAN AURA mula meredah hutan bagi mengumpul kayu api. Sesekali Aura mengibas dan menepuk nyamuk yang hinggap dibadannya.

“Ish aku tahulah darah aku ni manis, tak payah la ganggu aku. Pergi main jauh - jauh.” Bebel Aura sambil mengibas nyamuk yang mula menyerang darahnya.

Zaffrel terlepas gelak. Botol yang berisi gel dikeluarkan dari koceknya.

“Kau membebel dekat nyamuk tu memang tak sudah la jawabnya. Ambil ni sapu dekat badan kau.” Gel anti nyamuk itu dihulurkan buat Aura.

“Bertuah punya suami, kau biarkan je nyamuk ni gigit aku dulu baru kau nak bagi benda ni. Kenapa tak bagi esok je? Tak pun bagi nanti habis dah darah aku ni.” Bebel Aura lalu menyapu gel tersebut ke lengan tak kakinya. Sebab kau ajak aku masuk hutan la, aku terpaksa baik hati derma darah dekat si nyamuk ni.

“Tak salah kongsi rezeki dengan nyamuk.” Bidas Zaffrel.

“Kau bagi darah ..”

Prak!

“Aura shuu.” Tangan Zaffrel terus menekup mulut Aura. Tubuh Aura ditolak perlahan mamasuki semak yang berdekatan.

Aura yang cuba melepaskan diri terus menghentikan tujuannya apabila melihat satu drone kecil mula berterbangan dikawasan tersebut. Sesekali drone tersebut melanggar dahan - dahan pokok yang telah mengundang bunyi.

Drone tersebut mula berterbangan disetiap penjuru hutan. Aura hanya mendiamkan diri saat tangan Zaffrel masih lagi menekup mulutnya.

“Aura, kita bangun perlahan-lahan, kita pergi dekat pokok depan sana.” Bisik Zaffrel saat kelibat drone tidak lagi kelihatan.

“Taknak, aku takut. Apa dah jadi ni.” Aura menggelengkan kepalanya, tubir matanya terasa seperti ada cecair yang bakal keluar.

“Jangan takut, kita akan selamat. Percayalah dekat aku, aku janji aku akan lindungi kau.” Tubuh Aura dipeluk sesaat. Zaffrel cuba menenangkan isterinya itu. Dia tahu Aura masih lagi kelu dengan apa yang berlaku.

Perlahan-lahan Zaffrel dan Aura bangun lalu menuju ke sebatang pokok yang agak tinggi.

“Aura, kau panjat pokok ni, duduk dekat atas. Dekat atas sana tak ada orang boleh nampak kau, kau akan selamat dekat atas tu.” Arah Zaffrel setibanya mereka di bawah pokok tersebut.

“No! Aku tak nak! Aku tak pandai panjat pokok, aku takut tinggi, aku tak suka semua ni, aku nak balik.” Air mata Aura sudah mengalir. Apa yang terjadi sebenarnya?

“Aura please, kita dah tak ada masa, jangan bimbang aku dah pahat belakang batang pokok ni macam tangga, tak ada orang akan perasan, percayakan aku. Jangan takut atas tu luas, kau tak akan rasa takut tu.” Zaffrel cuba memujuk Aura walau masa tidak lagi menyebelahi mereka.

“Tapi..”

“Pergi sekarang Aura, kita dah tak ada masa. Jangan turun selagi aku tak datang.” Arah Zaffrel lagi.

“Aku takut...” Air mata Aura makin lebat. Sungguh dia tidak dapat menerima semua ini.

“Jangan takut, aku ada dengan kau. Cuma kita berpisah kejap je. Pergi naik dulu. Kita akan selamat.” Tubuh Aura dipeluk lagi.

Aura akhirnya akur, dengan jiwa yang diserang ketakutan, Aura gagahkan diri untuk memanjat pokok tersebut. Penuh berhati-hati Aura memanjat pokok , pakaiannya merumitkan sedikit untuk dia memanjat. Dress simple putih yang labuh hingga ke lutut, amat menyukarkan kerjanya.

“Tunggu dekat situ, kejap lagi aku datang.” Arah Zaffrel lalu terus berlari dengan pantas meninggalkan tempat tersebut.

Aura masih lagi menangis, tubuhnya mula menggeletar. Terasa seperti nyawanya dihujung tanduk. Apa yang berlaku sebenarnya?

Tangisan Aura terus berhenti apabila melihat sekumpulah lelaki yang menunggang kuda berkejaran di kawasan tersebut. Aura terus menekup mulutnya bagi memastikan tiada bunyi yang keluar apabila hampir 50 ekor kuda yang ditunggang oleh sekumpulan lelaki mula berhenti di bawah pokok yang menempatkan dirinya. Jika mereka terlihat Aura di atas sana, mungkin saat itu adalah nyawa terakhir Aura. Jasad dan roh akan terpisah jua.

Jiwa Aura mula berperang hebat. Perasaan takut makin membuak-buak . Tidak pernah dia mengalami perasaan takut sebegini. Lelaki- lelaki yang berpoteng hitam dibawah sana mula meliarkan mata mereka mencari sesuatu. Apabila puas dengan pemerhatian mereka, mereka terus meninggalkan kawasan tersebut. Derapan kaki kuda yang kuat mula menghilang.

Setelah dua minit kelibat sekumpulan lelaki berkuda itu pergi, Zaffrel terus berlari kearah Aura. Aura yang sedar akan kehadiran Zaffrel terus turun mendapat Zaffrel.

“Aura kau okay?” Soal Zaffeel setelah Aura selamat turun kebawah.

“Aku takut.” Aura menangis lalu terus memeluk tubuh Zaffrel. Sekarang ini bukan masa untuk bergaduh, dia amat memerlukan insan yang mampu menghilangkan katakutannya.

“Shuu jangan takut, diorang dah pergi. Jom kita balik, kat hutan ni tak selamat.” Ujar Zaffrel lalu membalas pelukan Aura. Bukan sahaja Aura yang takut, namun dirinya yang sudah biasa dengan kejadian sebegini turut merasa gentar.

Aura dan Zaffrel berjalan kerumah kecil itu. Dalam perjalanan Aura hanya memeluk erat lengan Zaffrel. Ketakutan dalam dirinya masih lagi tidak dapat dibuang.

‘Maafkan aku Aura, disebabkan aku , kau kena tempiasnya. Bukan aku tak nak cerita hal sebenar, cuma aku takut kau tak mampu nak terima. Bagi aku peluang untuk aku lindungi kau.’ Gumam Zaffrel saat melihat wajah polos Aura. Jauh disudut hatinya, dia amat kesal kerana telah melibatkan Aura dalam dunia penuh kekejaman.

Jemput membaca semua.. blh follow ig sis @anisyaaziz untuk tgk watak2 , buat masa sekarang sis post di ig story dulu sbb ig ada problem, nanti semua okay sis post macam biasa ye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience