(FIRST KISS)
HAMPIR 30 minit Aura menunggu khabar Zaffrel , namun tiada seorang pun doktor yang keluar dari wad kecemasan tersebut. Jiwa Aura mula resah. Dia penat, dia mengantuk , jam sudah pukul 4.30 pagi, namun Aura tetap kuatkan dirinya , setia menunggu sang suami.
“Puan Aura..” sapa seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam bersama sut kemas dibadannya. Lelaki itu adalah orang suruhan Dato Malek yang menghalang Aura dari bertemu Zaffrel.
“Kau nak apa lagi? Kau nak halang aku dari jumpa Zaffrel? Kau siapa nak halang aku? Zaffrel jadi macam ni pun sebab sikap pentingkan diri kau . Kalau kau tak halang aku jumpa dia, semua ni tak akan berlaku. Kau tahu tak dia sedang tertekan, dia perlukan teman disisi dia. Tapi kau pentingkan diri sendiri, demi duit kau sanggup bahayakan nyawa orang lain. Aku tak kesah kau nak kerja apa tapi at least fikir kesan dia.” Mencerlung wajah Aura memandang kearah lelaki tersebut. Perasaan benci mula membuak-buak.
“Puan jangan salah faham, saya datang bukan nak halang puan tapi saya nak minta maaf. Saya tahu saya salah. Tapi saya terpaksa ikut arahan Dato Malek. Saya tak berani nak bantah arahan Dato Malek.” Lelaki tersebut hanya mampu menekur lantai. Perasaan bersalah mula menyerang lubuk jiwa. Kalau dia tidak halang Aura dari bertemu Zaffrel, mungkin Zaffrel tak akan berada di sini.
“Siapa Dato Malek sampai kau nak takut sampai macam tu sekali? Kau takut dengan dia sampai kau sanggup bahayakan nyawa orang lain. Kenapa nak takutkan Dato Malek sedangkan kau hanya perlu takut apa Allah. Ingat, nak kerja tu silakan, tapi jangan buat kerja haram.” Bidas Aura sambil memandang Dato Malek yang mula menghampiri mereka berdua.
“Puan,” sapa seorang doktor yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan.
“Macam mana keadaan suami saya?” Aura terus menyoal tanpa mempedulikan Dato Malek yang memandang kearahhya.
“Keadaan pesakit dah kembali normal, cuma pesakit perlukan rehat yang secukupnya . Buat masa sekarang hanya seorang sahaja dibenarkan menjaga pesakit sebelum pesakit dibawa ke wad biasa.” Terang doktor lelaki yang berdiri dihadapan Aura.
“Biar saya yang jaga.” Celah Dato Malek.
“No saya isteri dia saya yang lebih berhak jaga Zaffrel.” Aura membantah sekeras kerasnya. Cukuplah apa yang sudah terjadi pada Zaffrel dia tidak akan biarkan ianya berlaku lagi.
“Saya daddy dia saya lebih berhak! Lagipu Zaffrel lebih rapat dengan saya berbanding isteri dia.” Dato Malek makin tegas dengan keputusannya. Doktor lelaki tersebut mula bingung, siapa yang betul ni?
“Sekarang ni bukan soal rapat atau tidak. Daddy kena ingat tau, Zaffrel jadi macam ni pun punca dari daddy. Ke daddy masih tak puas dengan apa yang daddy dah buat? Daddy nak cakap Aura kurang ajar sekali pun, silakan. Aura tak kesah. Daddy sendiri anggap Aura macam orang luar, so buat apa Aura nak hormat daddy macam mertua Aura sendiri?” Perli Aura lalu terus memasuki bilik rawatan tanpa mempedulikan Dato Malek yang tergamam dengan kata-katanya.
Dato Malek memegang dadanya. Terasa sakit hati setelah mendengar luahan jujur dari Aura.
Maafkan Aura daddy, Aura tahu Aura dah berdosa dengan daddy, tapi Aura bukan manusia yang mudah ditindas.
Aura mendekati Zaffrel yang sedang terbaring lesu diatas katil. Tangan Zaffrel dicapai lalu dikucup. Entah dari mana keberaniannya itu datang. Wajah polos Zaffrel ditatap kesian. Kenapa kau buat semua ni Zaff?
Aura duduk di kerusi sebelah katil Zaffrel lalu meletakkan sidikit kepalanya diatas katil. Lengan Zaffrel diambil lalu dipeluk sedikit. Aura yang sudah mengantuk dan kepenatan terus melelapkan matanya.
Zaffrel tersedar dari lenanya. Kepalanya masih lagi pening dan sakit. Dia terus memandang kearah lengannya apabila terasa ada sesuatu menjalar dibahagian itu. Zaffrel tersenyum melihat wajah penat Aura sedang enak diulik mimpi. Comel!
Zaffrel kesian melihat Aura yang tidur hanya berbantalkan sedikit sahaja kepalanya pada katil. Perlahan-lahan Zaffrel turun dari katil lalu mengangkat Aura untuk turut baring diatas katil pesakit. Walaupun katil itu agak sempit, namun ianya muat untuk dua orang.
Aku angkat pun kau tak sedar, mengantuk sangat ni. Kesian dekat kau, mesti kau penat kan.
Dahi Aura menjadi sasaran Zaffrel untuk melabuhkan ciumannya.
Kau comel la Aura, mulut ni asyik nak cakap benci cakap tak suka, tapi kau caring sebenarnya. Kau tetap peduli pasal aku. Untung aku dapat isteri macam kau.
Rambut Aura yang mulai serabai dibelai lembut. Zaffrel kembali merebahkan badannya disebalah Aura. Tubuh Aura dipeluk dengan erat. Macam ni perasaan orang dah kahwin eh, dapat peluk isteri. Alahai kau jangan nak angau pula Zaffrel.
AURA tersedar dari tidurnya. Dia meraba-raba disekeliling apabila merasa badannya kini berada di atas katil. Lengan Zaffrel yang erat memeluk tubuhnya disentuh. Terbuntang luas mata Aura saat tersedar yang dia kini berada diatas katil dan sedang dipeluk erat oleh Zaffrel.
“Zaffrelll!!” Aura menjerit lalu terus bangun dari tidurnya.
Zaffrel terus tersedar dek kerana jeritan lantang dari Aura. Kalau telinga aku pecah memang aku sumbat kau dalam tangki minyak.
“Kau buat apa hah! Sedap kau je nak peluk aku.” Bantal yang berada diatas katil diambil lalu memekul tubuh Zaffrel.
“Janganlah marah aku. Aku pun nak rasa feel peluk isteri masa tidur.” Usik Zaffrel sambil cuba menahan bantal dari memukul tubuhnya. Dia semakin galak tersenyum apabila wajah Aura mula berona merah.
“Banyaklah kau punya feel. Suka ambil kesempatan. Ee benci benci.” Aura terus memukul Zaffrel dengan bantal. Kali ni versi bertubi-tubi pula.
“Auchh sakit!” Zaffrel memegang perutnya dan menekan kuat. Wajahnya sudah berkerut menahan sakit.
“Zaff, kau okay tak? Aku panggil doktor ye.” Aura mula cemas. Saat dia ingin turun dari katil Zaffrel terus mencapai tangannya.
“Aku gurau je la.” Zaffrel simpul senyum.
Bab!
Bantal yang berada disebelahnya selamat melayang kearah wajah Zaffrel.
“Kau suka main-main kan. Kau ingat lawak ke? Aku masih tak boleh terima tau dengan apa yang kau dah buat. Boleh tak sebelum nak buat apa-apa tu fikir dulu. Kalau jadi apa-apa dekat kau semalam macam mana?” Aura kembali duduk bersila dihadapan Zaffrel . Wajahnya kini lansung tiada senyuman.
“Hey kenapa emosi sangat ni. Aku dah okay la.” Tangan Aura diambil lalu digangam namun Aura cepat sahaja menariknya kembali.
“Mudah je kau cakap. Apa motif kau hah! Kau nak bunuh diri? Kau memang pentingkan diri kau sendiri. Kau lansung tak fikirkan pasal aku. Kalau apa apa terjadi pada kau macam mana? Macam mana dengan aku? Apa yang kau fikir sampai kau sanggup nak bunuh diri? Mana iman kau hah! Kau buat aku macam tak wujud. Kau ingat aku gembira ke dengan apa yang kau buat. Boleh tak fikir dulu sebelum nak buat apa-apa. Kau lansung tak fikirkan aku kan. Pernah tak kau fikir ada jadi dekat aku bila kau tak ada nanti.” Air mata yang dikawal akhirnya tumpah. Sungguh Aura kecewa dengan tindakan Zaffrel yang hampir membunuh dirinya sendiri.
“Aku terlalu tertekan Aura. Makin hari makin banyak rahsia yang daddy sorok dari aku. Aku tak boleh nak kawal perasaan aku semalam.” Zaffrel menundukkan wajahnya. Perasaan menyesal mula menyerang jiwanya. Kenapa aku lupa yang aku masih ada Aura? Macam mana keadaan sekali pun Aura tetap perlukan aku.
“Habis kau rasa dengan apa yang kau dah buat ni boleh selesaikan masalah! Saat aku cuba nak terima kau ini kau balas pada aku. Kau lansung tak fikirkan aku. Kalau betul kau anggap aku isteri kau , kau tak akan buat semua ni. Sebab kau tahu kau masih ada isteri yang sepatutnya kau lindungi. Yang sepatutnya kau jaga. Tapi kau dah buat aku kecewa dengan apa yang kau dah buat. Kau buat aku macam tak ada nilai pun bagi kau. “ Aura melepaskan segala perasaannya saat ini. Jelas sangat, jelas yang aku lansung tak penting bagi kau. Sebab tu kau tak pernah fikirkan pasal aku.
“Aura tolong maafkan aku. Aku tahu aku dah buat salah. Kau sangat bernilai bagi aku. Aku je yang tak mampu nak kawal perasaan aku.” Pipi gebu Aura diusap lembut. Tangannya naik pula mengesat air mata isterinya itu.
“Janji dengan aku, jangan buat kerja bodoh macam ni lagi. Aku sayang ke benci kau ke kau tetap suami aku. Kau kena ingat aku isteri kau , aku akan selalu sokong kau ada dengan kau. Lain kali jangan buat macam ni lagi. Janji dengan aku.” Jari kelingking Aura naik membuat tanda janji. Zaffrel mengerutkan dahi.
“Apa ni?” Soal Zaffrel.
“Ish kau ni, ni cara nak berjanji.” Aura menurunkan tangannya. Fuhh putus semangat aku nak berjanji dengan dia ni.
“Tapi kalau nak berjanji dengan aku bukan buat macam ni, dia ada cara lain.” Zaffrel tersenyum lebar. Comel muka merajuk kau.
“Cara lain?”
Cup!
“First kiss aku!” Aura mengesat mulutnya berkali-kali. Sumpah kau memang nak makan kaki size 10 aku.
“Wow aku orang pertama la ni?” Zaffrel senyum gatal. Walhal dalam hati ni dah cari jalan nak lari , wajib kena terkam dengan singa betina. Tu la kau siapa suruh berani sangat.
“Kau ni memang nak kena Zaffrel!”
Dada Zaffrel dipukul bertalu-talu. Selagi aku tak puas hati sampai esok la kau jadi punching bag aku.
Zaffrel mendapat idea untuk mengenakan Aura. Lengan Aura sebelah kiri ditarik kuat sehingga wajah Aura tersembam pada dadanya.
“Oh no! Ada orang peluk aku la.” Zaffrel mengusik Aura saat wajah Aura selamat berada didadanya. Tangan kanan Aura pula sudah jatuh dipinggang Zaffrel.
“Encik Zaffrel....” Jururawat wanita yang masuk ke bilik tersebut mula kelu. Tolong hormat aku yang single.
“Maaf, saya tak nampak apa-apa..” jururawat wanita itu terus berpaling kearah belakang.
Aura terus bangun membetulkan diri. Kau tunggu Zaff , Air dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Dendam tadi belumlah sembuh.
“Its okay nurse, saya tak buat apa pun nak bermanja dengan isteri je.” Bahu Aura dipeluk Zaffrel. Kau memang suka ambil kesempatan kan.
Perlahan-lahan jururawat tersebut kembali berpaling kearah Zaffrel dan Aura. Fuh, menyesal aku tolak lamaran si Jamil duda anak tiga, kalau tak dah kahwin aku sekarang.
Aura menghadiahkan senyuman kelat. Zaffrel, lepas tangan kau sekarang, aku rimas.
“Encik Zaffrel dah boleh berpindah ke wad biasa . Jadi boleh bersedialah, lagi 10 minit doktor pakar akan datang dan check keadaan Encik.” Jelas jururawat tersebut lalu meminta diri untuk keluar.
Pap!
Sekali lagi dada Zaffrel menjadi sasaran. Jangan nak cari pasal dengan aku. Tangan aku ni memang suka pukul orang.
“Marah pun comel.” Hidung Aura dicuit lembut. Kalaulah begini rasanya bila dah kahwin , dah lama aku suruh mummy pinang je anak dara orang.
“Banyaklah kau punya comel. Ingat eh hutang dendam aku tak habis lagi.” Rolling eyes Aura dimaper. Aura lantas turun dari katil lalu terus menuju masuk ke dalam toilet. Baik aku cuci muka make up cantik-cantik. Mana tahu doktor pakar datang lepas ni berkenan dengan aku.
ZAFFREL sudah pun dipindahkan ke wad biasa. Saat mereka sampai di wad tersebut, Datin Mona dan Dato Khalid sudah pun berada di situ termasuk juga Datin Rasyidah.
“Zaff okay? Kenapa buat macam ni? Mummy bimbang la.” Datin Rasyidah terus mendapatkan anaknya itu lalu memeluk tubuh tegap Zaffrel.
“Zaff okay je mummy. Daddy mana? Dah tak sudi jumpa Zaffrel.” Perli Zaffrel saat dia lansung tidak melihat kelibat Dato Malek.
Aura memandang kearah Zaffrel lalu menggeleng. Stop cakap pasal benda macam tu lagi.
Zaffrel hanya akur lalu mendiamkan diri. Datin Rasyidah juga hanya mampu mendiamkan diri.
Zaffrel berjalan mendekati Aura.
“Aura aku nak balik.” Bisik Zaffrel saat dia sudah berada dihadapan Aura.
“Jangan kau nak mengada eh. Selagi doktor tak cakap apa-apa kau berkurung la dekat wad ni. Jangan gatal nak keluar.” Tegas Aura memberi arahan. Dah la aku baru je mimpi kau lari dari hospital.
“Tapi..”
“Assalamualaikum “ Sapa Dato Malek saat memasuki wad Zaffrel. Kelihatan Linda turut berada di belakang Dato Malek.
Semua mata tertumpu kearah Dato Malek dan Linda. Macam mana diorang boleh datang sekali?
“Zaff dah okay? Risau Linda bila dengar Zaff overdose. Tu la kalau Zaff bagi je Linda jaga Zaff semalam mesti semua ni tak akan berlaku.” Tergedik-gedik Linda mendekati Zaffrel tanpa segan silu.
“Tak apa, tak payah risau. Aura ada dia jauh mampu jaga aku dari kau. Setahu aku , waktu aku akad nikah tu nama isteri aku Aura Fellisya bukan Linda. Jadi aku harap kau sedar la, siapa yang lebih berhak.” Bahu Aura dipeluk kemas. Zaffrel melabuhkan ciumannya di ubun-ubun Aura. Aura senyum kemenangan. Setepek kena atas muka sorang-sorang.
Datin Mona dan Dato Malek tersenyum manis. Bahagia dirasakan saat melihat puteri tunggal mereka kini bahagia. Cukuplah Aura bersedih , dia berhak bahagia.
“Jangan nak kurang ajar Zaffrel Luftman!” Bisik Dato Malek dengan keras . Cukup Zaffrel sahaja yang tahu akan kemarahannya saat ini. Dia tidak mahu mata-mata lain melihat persengketaan antara dua beranak tersebut.
“Zaffrel tak akan jadi macam ni kalau Daddy tak buat hal.” Tangan Aura dicapai lalu keluar dari wad tersebut. Aura mula kelam kabut.
“Hey nak pergi mana?” Soal Aura saat dirinya sudah jauh dibawa Zaffrel.
“Pergi cari ketenangan.”
Share this novel