(ACHA? SIAPA DIA?)
ZAFFREL duduk termenung di hadapan televisyen yang tidak terpasang. Dari tadi dirinya menunggu Aura untuk memujuknya. Namun batang hidung pun tidak kelihatan.
“Ya Allah Zaff! Kenapa tak bersiap lagi ni. Orang lain semua dah siap.” Bebel nenek saat melihat Zaffrel masih lagi termenung. Aura yang berjalan turun dari tangga menghampiri mereka berdua.
“Bersiap nak pergi mana?” Soal Zaffrel dengan malas.
“Kan tadi dah cakap nak pergi pantai dekat resort kawan Aura yang nama Khalif tu.” Jawab nenek sambil bercekak pinggang. Bukan main panjang lebar aku rancang nak pergi pantai boleh dia tanya lagi.
“Nenek tak bagitahu pun dekat Zaff.” Jawab Zaffrel selamba lalu menyandarkan badannya pada sofa sambil memejamkan mata.
“Bertuah punya budak. Macam mana nak fokus kalau dari tadi asyik termenung. Dah pergi siap orang lain dah siap dah.” Bebel nenek lagi. Datin Rasyidah turut menghampiri mereka bertiga bersama tokdy.
“Nenek pergi la Zaff tak nak pergi.” Zaffrel bangkit dari duduknya lalu terus mendaki anak tangga.
“Dah kenapa dengan suami Aura tu?” Soal tokdy.
“Entah merajuk kut.” Aura jungkit bahu. Tu pun nak merajuk. Merajuk la sorang - sorang , aku malas nak pujuk.
“Merajuk pasal apa pula?” Soal Datin Rasyidah.
Aura hanya angkat bahu tanda tidak tahu. Namun dia amat berharap Zaffrel mengikuti mereka saat ini. Aku nak pergi sana dengan Zaff, kalau dia tak ada aku pula yang tak ada mood.
“Tunggu jap, biar nenek yang pujuk. Alahai besar - besar pun nak merajuk lagi.” Bebel nenek sambil mendaki anak tangga.
“Zaff, betul ni tak nak ikut?” Soal nenek di muka pintu tanpa membuka pintu bilik tersebut.
“Tak nak.”
“Okay, kalau ada orang mengorat Aura dekat sana jangan nak salahkan nenek pula. Bini kamu tu lawa tak nampak macam bini orang pun.” Usik nenek sambil ketawa kecil.
“Okay la nenek pergi dulu, jaga diri jangan lupa kunci pintu rumah.” Pesan nenek sebelum kembali ke tingkat bawah.
“Macam mana mummy? Dia nak pergi tak?” Soal Datin Rasyidah.
“Dia tak nak pergi. Kita pergi la sekarang. Nanti lewat sampai.” Jawab nenek lalu terus keluar dari rumah tersebut.
Aura seakan berat hati untuk meninggalkan suaminya saat ini. Dia mahu Zaffrel mengikutnya, ada bersamanya. Dengan langkah yang berat Aura keluar dari rumah itu.
“Tunnggu!” Celah Zaffrel lalu berlari anak memasuki perut kereta bahagian pemandu.
Mereka berempat saling berpandangan. Aikk nak ikut pula.
Nenek senyum senget. Dah agak dah. Budak ni mana berani nak tinggal isteri dia sorang - sorang. Kerja tahu nak berkepit aja.
“Haii Zaff takut bini kena usya dengan lelaki lain ke?” Usik nenek saat memasuki perut kereta.
“Tak la , Zaff nak jumpa Khalif ada benda nak bincang.” Bohong Zaffrel tanpa sedikit pun berpaling kearah Aura yang duduk dibahagian sebelah pemandu.
Sepanjang perjalanan ke pantai, Zaffrel lansung tidak memandang ke arah Aura walau dia sedari Aura sering menoleh ke arahnya.
Aura menatap wajah Zaffrel yang sedang memandu. Dia betul - betul merajuk ke? Lama ke dia nak merajuk? Dia tak rindu aku ke?
“Tak nak turun lagi ke?” Soal Zaffrel saat Aura masih lagi menatap wajahnya sedangkan mereka yang lain sudah keluar dari perut kereta.
Aura tersentak seketika. Dia mengalihkan pandangan kearah lain sambil membetulkan duduknya. Wajahnya sudah berona merah saat tertangkap dengan Zaffrel yang dirinya khusyuk menatap wajah lelaki itu.
“Aura keluar dulu.” Pamit Aura lalu terus keluar dari perut kereta mengikuti langkah Datin Rasyidah, nenek dan tokdy.
Zaffrel menggeleng kepala melihat tingkah laku Aura. Dia turut keluar dari perut kereta lalu mengikut langkah mereka berempat.
AURA duduk bersila di atas tikar yang dibentang cantik di hadapan pantai. Udara pantai yang nyaman mampu menenangkan Aura.
Nenek dan tokdy pula katanya mahu ketandas. Manakala Datin Rasyidah pula pergi mengambil phonenya yang tinggal di dalam kereta. Zaffrel? Ada cuma duduk jauh sebatu dengan Aura. Elok je dia duduk bersila atas pasir berhampiran dengan pantai. Merajuk katakan.
“Hai , sorang ke?” Sapa seorang lelaki dalam likungan umur 30.
Aura kerut dahi. Aku kenal ke dia yang sampai dia berani nak tegur ni. Kalau dia nak meragut macam mana. Berani kau nak ragut beg aku memang nahas aku kerjakan.
“Sayang tuan cantik tapi bisu.” Seloroh lelaki itu sambil duduk bersila ditepi Aura.
“Apa! Ehh biar bisu dari tak beradab. Sedap - sedap je duduk tempat orang. Ada saya izinkan awak duduk sini ke?” Bentak Aura sambil menjarakkan dirinya dengan lelaki tersebut.
“Jangan la garang sangat. Saya cuma nak berkenalan dengan awak. Nanti boleh cakap dekat mak saya yang bidadari tu wujud.” Lelaki tersebut senyum meleret.
“Euuwww geli faham tak geli. Maaf saya tak nak berkenalan dengan awak. Apa awak pergi sekarang jangan ganggu saya.” Aura menghadiah jelingan maut pada lelaki tersebut. Gatal! Nak aku sental mula dia dekat pasir baru nak hilang gatal tu agaknya.
“Garangnya awak. Takpa saya suka perempuan garang ni. Nampak cute. By the way, boleh saya minta number phone awak. Boleh video call malam ni.” Tanpa segan silu lelaki itu meminta number phone Aura.
“Apa masalah ke bro?”
Lelaki tersebut dan Aura lantas memandang kearah suara yang menyapa pendengaran mereka.
Zaffrel menghadiahkan senyuman sinis buat lelaki itu sambil menyilangkan tangannya ke dada.
“Dari aku nampak seronok kau usik bini orang siap berani duduk tempat orang. Ada masalah ke bro?” Soal Zaffrel lagi sambil membuka cermin mata hitamnya.
“Maaf aku tak ganggu hidup kau. Aku nak mengorat siapa pun bukan urusan kau.” Jawab lelaki itu dengan selamba.
“Bro, muka tak malu tu simpan sikit dalam lubang hidung tu. Jangan lubang hidung besar saja tapi tak ada fungsi.” Bidas Zaffrel.
Lelaki tersebut mula menyentuh hidungnya. Berani kau usik lubang hidung aku. Sepanjang 7 keturunan aku semua bangga dengan lubang hidung aku, tapi kau orang pertama yang mengata lubang hidung aku.
“Tak kau sibuk tu kenapa!” Marah lelaki itu sehingga berdiri tegak dihadapan Zaffrel.
“Aku tak sibuk, cuma aku tak suka orang lain usik bini aku. Kau ni lubang hidung je besar tapi otak kecil.” Bidas Zaffrel lagi.
“Zaff ada apa ni?” Soal Datin Rasyidah yang menghampiri kawasan tersebut bersama nenek dan tokdy.
Datin Rasyidah memandang pula pada lelaki yang berada disebelah Zaffrel.
“Lubang golf.” Datin Rasyidah terus menekup mulutnya saat dia sedar dia sudah terlepas cakap.
Mak dia, lubang hidung ke lubang golf tu? Size berapa lubang hidung dia tu? Ni kalau kempal penumbuk pun rasanya muat nak masuk dalam lubang hidung tu. Ahh apa kau ni Syidah, tak baik mengata orang. Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu ini. Sesungguh aku tak ada niat nak mengata cuma terlepas cakap.
“Korang jahat!” Jerit lelaki itu dengan suara yang kepit lalu menangis.
“Pondan!?” Ujar Tokdy dan nenek serentak.
“Jaga mulut tu eyh, aku tak pondan la. Nafsu aku pada perempuan la! Korang jahat!” Tempik lelaki itu lalu berlari sotong dari itu.
Aura garu kepala. Fuhh masa nak mengorat aku bukan main kawal suara dia, kalau la aku tahu dia pondan , aku usik habis - habisan tadi.
“Apa dah jadi sebenarnya ni?” Soal Datin Rasyidah lagi.
“Entah.” Jawab Zaffrel sepatah lalu terus beredar dari situ.
“Tak habis merajuk lagi ke tu Aura?” Soal nenek sambil memuncungkan mulutnya. Orang datang sini nak bersuka ria tapi kena hadap muka rajuk dia pula.
Aura ketawa kecil. Comel la nenek ni.
“Entah la cucu nenek sorang ni. Takpa la kali ni Aura pujuk. Lain kali nak merajuk Aura tak nak pujuk dah.” Jawab Aura.
“Haa bagus pergi la pujuk malas dah nenek layan merajuk dia tu. Good luck Aura. Nak pujuk orang besar ni susah sikit.” Ucap Nenek dengan ceria.
“Iye la tapi kalau tak berjaya Aura tak nak pujuk dah.” Jawab Aura lalu mengikut langkah Zaffrel yang sudah jauh dengan dirinya.
ZAFFREL duduk di kerusi batu jauh dari pandangan orang lain. Pokok ru yang rendang mampu meneduhkan kawasan tersebut dari sinaran matahari yang terik.
“Hello abang, buat apa tu?” Sapa Aura ceria lalu duduk disebelah Zaffrel. Zaffrel hanya mendiamkan diri sambil merenung keindahan pantai ciptaan Allah.
“Abang tak nak cakap dengan Aura ke?” Soal Aura lagi sambil meningkatkaj dagunya dengan tangan memandang kearah Zaffrel.
Diam.
Masih sama , Zaffrel hanya mendiamkan diri.
“Abang tak rindu Aura ke? Aura rindu abang. Aura rindu nak bergurau dengan abang. Kalau abang diam je macam ni, macam mana Aura nak dengar suara abang.” Aura mengeluh sesaat. Dia melentokkan kepalanya pada bahu tegap milik Zaffrel.
“Tengok tu, diam lagi. Abang dah tak sayang Aura ke?” Pinggang Zaffrel dipeluk kemas melepaskan segala kerinduan.
“Aura rindu abang.” Luah Aura sambil mengeratkan lagi pelukan.
Zaffrel senyum senget. Alahaii kena aku mudah kalah kalau dengan Aura ni. Tengok dia senyum pun dah cair apatah lagi bila dia pujuk macam ni.
“Abang pun rindu sayang juga.” Luah Zaffrel lalu memeluk tubuh isterinya itu.
“Abang dah tak merajuk?” Soal Aura lagi lalu mendongakkan kepalanya memandang kearah Zaffrel.
“Kalau macam ni la sayang pujuk abang, rasanya abang nak merajuk lagi la.” Jawab Zaffrel yang semestinya mendapat sepit ketam nipah dari Aura.
“Aduh sakitlah sayang.” Adu Zaffrel sambil menggosok bahunya.
“Sampai hati abang nak merajuk dengan Aura. Usik Aura boleh pula, bila Aura nak usik abang, abang merajuk pula.” Bebel Aura sambil berpeluk tubuh.
“Alolo comelnya isteri abang ni. Abang merajuk sebab nak sayang pujuk. Abang pun nak tengok juga macam mana isteri abang ni pujuk abang. Tapi punyalah lama abang tunggu, sayang tak pujuk pun abang.” Pipi Aura dicubit lembut.
“Aura pun nak tengok juga suami Aura ni merajuk. Tapi tak sangka la pula orang merajuk pun boleh jealous dengan pondan” seloroh Aura.
“Eh mana abang jealous. Setakat pondan tu abang boleh sangkut lubang hidung dia dekat kipas je la. Ada hati nak mengorat bini abang, tu nasib abang tak sumbat kepala paip dalam lubang hidung dia je.” Ujar Zaffrel dengan berlagak.
“Tak baik la abang ni.” Tegur Aura sambil ketawa kecil.
“Tak baik tapi gelak juga.”
“Ehh biar la mulut Aura. Bukan mulut abang.”
“Haa menjawab. Tak pasal - pasal dapat dosa.” Usik Zaffrel pula.
“Alaa sorry.”
“Boleh tapi...” Zaffrel merapatkan wajahnya dengan wajah Aura.
“Woi..woi.. amboi kalau buat benda tak senonoh tempat macam ni memang tak ada orang lain. Muka dua ni je. Apa korang ingat resort aku ni pawagam ke apa nak tayang sini sana. Ni nasib aku yang tengok kalau orang single yang tengok tak ke meroyan tak tidur malam.” Bebel Khalif lalu menghampiri Zaffrel dan Aura.
Zaffrel ketap bibir geram. Jantan ni kalau tak potong line tak sah.
“Diam la kau. Kau pun single juga tak payah nak cakap lebih.” Bidas Zaffrel.
“Haa tahu takpa aku single. Jadi hormat aku bukan tayang korang punya free show depan aku. Kang ada yang benjol kepala kena hempuk dengan aku.” Sambung Khalif lagi.
“Menyampah aku dengan kau ni.” Bidas Zaffrel pula.
“Menyampah tak menyampah , ni barang kau. Lama mana dah aku pegang. Nasib aku ni baik lagi kalau tak dah lama aku curi buat hantaran.” Ujar Khalif lalu menghulurkan kotak baldu merah berbentuk segi empat tepat.
“Ehh kau masih simpan. Aku pun dah lupa dah pasal benda ni.” Jawab Zaffrel sambil menyambut huluran Khalif.
“Habis tak kan aku nak buang pula.”
“Thanks bro.” Ucap Zaffrel.
“Apa tu abang?” Soal Aura yang dari tadi menjadi pendengar setia.
“Nah untuk sayang.” Zaffrel menghulurkan kotak baldu itu kepada Aura.
“Untuk Aura?” Aura mengerutkan dahinya. Kotak baldu tersebut diambil lalu dibuka. Terbutang luas matanya melihat isi didalam kotak tersebut.
“Cantiknya abang.” Puji Aura dengan teruja sambil mengeluarkan rantai tangan emas yang dilitupi dengan berlian dan diukir huruf , A.C.H.A
“Tapi, Acha? Siapa Acha? Abang nak bagi gelang ni dekat perempuan lain eh.” Wajah Aura bertukar merah. Sakit hatinya saat melihat nama wanita lain yang terukir cantik pada gelang tersebut.
Zaffrel ketawa kecil. Dah agak dah mesti dia silap faham.
“Tak la sayang, gelang tu memang untuk sayang. A, Aura C,cinta H,hati A,abang. Jadi la A.C.H.A. Aura Cita Hati Abang.” Terang Zaffrel pula.
Wajah Aura kembali berona merah. Auch dag dig dug, dag dig dug, jantung berdebar , hati berbunga amboi.
“Thank you abang.” Ucap Aura dengan penuh senyuman.
“Sebenarnya dah lama abang beli ni. Ingat tak time kita gaduh besar yang Linda upah orang suruh kacau sayang tu. Abang nak bagi ni la time tu. Tapi bila tengok benda yang tak sepatutnya, terus abang lupa abang letak dekat mana. Nasib Khalif tolong simpankan.” Terang Zaffrel dengar jujur.
Aura terdiam seketika mendengar kisah lama.
“Ehh sayang jangan silap faham pula, abang just nak bagitahu abang beli bila gelang ni. Bukan nak ungkit benda lepas” Zaffrel cepat - cepat mengawal keadaan sebelum ianya menjadi parah.
“Bukan macam tu, Aura cuma tertanya - tanya macam mana keadaan Linda sekarang. Sihat ke dia? Okay tak dia.” Luah Aura dengan jujur.
“Kifarah sayang. Dia dah dihukum dengan apa yang dia dah buat.” Jawab Zaffrel. Linda sudah dijatuhkan hukuman dibawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan. Namun Linda hanya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun sahaja.
“Kalau Aura nak jumpa dia boleh?” Pinta Aura pula.
“Tak pay.. boleh sayang.” Zaffrel garu kepala. Baru nak cakap tak payah sekali dia tayang wajah comel dia terus tak berani nak halang. Adoii.
“Haa elok la buat aku tak wujud dekat sini. Cuma nak pesan nak buat aku tak wujud takpa, tapi jangan nak buat mummy kau sekali dengan nenek tokdy kau tak wujud sudah . Rasanya dari tadi dia tunggu korang.” Celah Khalif yang dari tadi menjadi patung cendana tidak bernyawa disitu.
“Ehh mummy, nenek tokdy.” Zaffrel mula gelabah. Tangan Aura diraih lalu mereka berdua berlari mendapatkan Datin Rasyidah, nenek serta tokdy.
“Kurang asam limau nipis betul! Korang tinggal je aku dekat sini. Siap korang aku selam dalam pasir kejap lagi.” Laung Khalif yang sudah hilang sabar dengan kedua perangai sahabatnya itu.
Share this novel