(KEGUGURAN)
ZAFFREL mendekati Aura yang sedang lena dibuai mimpi. Sesekali rambut Aura diusap lembut. Kata - kata dari Doktor yang merawatnya sedikit sebanyak bermain difikirannya.
“Encik, duka cita kami ingin memberitahu, bahawa isteri encik keguguran...”
“Isteri saya gugur? Dia mengandung?” Zaffrel terkedu seketika. Kalau aku tak gagal lindungi Aura, mungkin saat ni aku sedang bahagia dengan dia dengan berita yang sangat indah ini.
“Ye, Puan Aura mengandung, dah tiga minggu. Tapi Allah hanya pinjamkan seketika sahaja..”
“Allah..” bagai luruh hatinya saat ini. Siapa sahaja tidak sedih dengan kehilangan cahaya mata yang sangat dinantikan dan selalu didoakan.
Zaffrel mengesat air matanya apabila teringat kembali pernyataan doktor tersebut. Tangan Aura dicapai lalu digengam erat.
Aura tersedar apabila terasa tangannya disentuh. Dia memandang kearah sebelah kananya. Jelas kelihatan wajah Zaffrel yang sedikit lesu.
“Sayang..”Zaffrel senyum sebaris saat melihat senyuman yang terbit dibibir Aura.
“Abang, Aura gugur ke?” Soal Aura dengan sedikit sayu.
“Sayang tahu ke yang sayang pregnant?” Soal Zaffrel terkejut.
Aura mengangguk perlahan.
“Dah seminggu Aura tahu.” Aura senyum sebaris. Namun senyuman itu hanya seketika.
“Aura cuma nak tunggu masa yang sesuai nak bagitahu abang, tapi tak sangka Allah pinjamkan sekejap sahaja. Tapi Aura gembira, walau seketika, tapi Aura dapat merasai ada malaikat kecil dalam rahim Aura.” Perutnya diusap perlahan. Bukan rezeki aku nak jadi seorang ibu lagi.
“Bukan rezeki kita sayang. Takpa, kalau ada rezeki kita adalah nanti.” Ujar Zaffrel sambil mengusap lembut tangan Aura.
“Sayang..”
Aura hanya mengangkat keningnya tanpa menyoal apa.
“Sayang bahagia hidup dengan abang?”
“Kenapa tanya macam ni? Aura tak pernah rasa bahagia macam mana Aura bahagia bila bersama abang.” Aura memandang kearah Zaffrel. Soalan Zaffrel bagai menimbulkan tanda tanya.
“Walau abang gagal lindungi sayang..”
“Abang tak pernah gagal lindungi Aura. Abang selalu ada dengan Aura. Kenapa cakap macam ni? Aura tak suka.” Aura mencebik bibir. Suka buat aku rasa geram dengan dia.
“Abang cuma takut abang tak mampu bahagiakan sayang.” Sayu sahaja suara Zaffrel saat ini.
“Habis? Abang nak tinggalkan Aura? Abang dah cukup buat Aura bahagia. Stop la tanya soalan macam ni. Aura tak suka la.” Aura membaringkan badannya.
“Sayang jangan la merajuk. Abang tanya je.” Zaffrel garu kepala. Tu la kau tanya lagi soalan pelik - pelik.
“Tak payah cakap dengan Aura.” Aura menutup telinga dengan kedua belah tangannya.
“Dia yang setia
Dia yang kucinta
Dia yang melengkapkan
Cintaku seadanya
Dialah penawar hati ini
Yang akan kumiliki
Hingga akhir hayatku~” lagu Dia nyanyian qody mula bergema disetiap sudut bilik.
“Dah berhenti? Sambung la lagi abang.” Aura menoleh kearah Zaffrel lalu menggesa suaminya untuk menyambung kembali nyanyian.
“Tidur dah pukul dua ni. Tadi cakap nak merajuk sangat.” Zaffrel mengeyitkan sebelah matanya. Mengada.
“Okay fine. Nak sambung merajuk.” Aura kembali memusingkan badannya membelakangi Zaffrel.
Zaffrel hanya mampu tersenyum nipis. Entah mengapa dia kembali serabut memikirkan masalah Dato Malek. Sungguh dia tidak menyangka sebegitu sanggup Dato Malek ingin melihat kehancuran hidupnya demi sebuah harta yang tidak mampu membawa bahagia.
AURA merenung wajah Zaffrel saat mereka sedang menikmati sarapan bersama. Dari tadi Zaffrel hanya mendiamkan diri. Mungkin fikirannya sedang melayang pada Dato Malek.
“Abang, Aura nak tanya boleh?” Soal Ahra sambil menguis - nguis nasi dihadapannya.
“Apa?”
“Macam mana dengan daddy?”
Zaffrel terus mendongak kepalanya memandang kearah Aura sebaik sahaja soalan itu yang keluar dari bibir isterinya.
“Entah.” Jawab Zaffrel sepatah.
“Tadi Aura tanya nurse, dia cakap daddy dirawat dekat hospital ni juga. Abang tak nak melawat daddy?” Soal Aura lagi.
“Malaslah”
“Sejahat jahat dia pun dia tetap ayah abang.” Aura kembali memandang wajah Zaffrel.
“Kalau dia anggap abang anak dia, dia tak buat semua ni. Abang boleh terima kalau dia nak tipu abang, nak benci abang. Tapi abang tak boleh terima kalau dia nak pisahkan kita, kalau dia nak sakitkan sayang. Abang bukan semulia nabi nak memaafkan macam tu je.” Luah Zaffrel kesal.
“Sebab kita tak semulia nabi la kita perlu memaafkan. Sedangkan nabi ampunkan umat dia siapalah kita nak menghukum orang. Aura pun kesal dengan apa yang daddy buat. Tapi , selagi dia bernama manusia, dia tak dapat lari dari buat salah. Memaafkan itu adalah jalan yang terbaik.”
“Nantilah abang fikirkan. Sayang makan nasi tu jangan tenung je, sayang tu tak sihat lagi. Kalau nak makan apa - apa bagitahu abang.” Zaffrel cuba untuk menukar topik. Bila difikirkan ada baiknya apa yang dikatakan Aura, tapi memaafkan dengan ikhlas tu agak sukar baginya.
Tok! Tok!
Pintu wad diketuk lalu dibuka terjengkul wajah Datin Mona dan Dato Khalid disitu.
“Mama ! Papa ! Sini nak peluk!” Aura mendepakan tangannya. Datin Mona terus memeluk tubuh anaknya itu. Dato Khalid pula melabuhkan ciumannya di dahi puteri kesayangannya itu.
“Jarang mama tengok orang sakit ceria macam ni.” Ujar Datin Mona lalu menarik kerusi duduk disebelah Aura.
“Orang ada suami, sakit pun suami layan je perangai dia.” Usik Dato Khalid. Datin Mona tergelak kecil.
“Ni Aura, bunyi kata Aura bleeding. Kenapa sayang? Aura ada luka kat mana - mana ke?” Soal Datin Mona pula.
“Erk sebenarnya, Aura miscarriage.” Aura garu kepala. Sebut sahaja pasal gugur ni, perasaan aku dalam dua. Happy sebab pernah tahu yang aku mengandung tapi sedih sebab ianya hanya sementara.
“Ya Allah! Aura tak cakap pun dekat mama yang Aura pregnant.” Datin Mona menekup mulutnya. Sedih dengan berita yang didengarinya sebentar tadi.
“Aura pun baru je tahu. Zaff pun tak tahu lagi berita happy ni. Tapi bukan rezeki ma.” Aura simpul senyum.
“Mama, papa. Zaff nak minta maaf dengan apa yang daddy dah buat pada Aura. Zaff tahu Zaff salah. Kalau Zaff tak gagal lindungi Aura semua ni tak akan jadi. Mama papa mesti bakal timang cucu dah. Maafkan Zaff mama papa.” Zaffrel menekur lantai. Rasa dirinya sangat tidak berguna.
“Zaff kenapa cakap macam tu. Semua yang berlaku ni takdir Allah. Kita tak pernah minta pun semua ni jadi. Zaff dah mampu bahagiakan Aura dah cukup baik buat kami.” Bahu Zaffrel ditepuk lembut oleh Dato Khalid. Jelas terlihat keikhlasan pada wajah menantunya itu.
“Assalamualaikum ,” sapa satu suara yang berdiri menghadap mereka berempat.
“Mummy” Zaffrel terkedu.
“Zaff, maafkan mummy. Aura maafkan mummy ye sayang. Aura okay tak? Aura sakit?” Datin Rasyidah merintih sedih.
“Aura okay. Mummy apa khabar?” Soal Aura saat melihat Datin Rasyidah seakan kekok dengan situasi tersebut.
“Mummy khabar baik. Mummy rasa bersalah sangat dengan apa yang berlaku. Mummy minta maaf.” Tangan Zaffrel dan tangan Aura diraih lalu digengam. Air mata yang memberes keluar dibiarkan sahaja.
“Mummy apa sebenar yang terjadi? Kenapa banyak sangat rahsia yang mummy dan daddy nak sorok dari Zaff. Kenapa daddy benci Zaff mummy?” Wajah Zaffrel kembali pilu dan sayu.
“Sebab cemburu.” Luah Datin Rasyidah. Dia menarik kembali nafas mencari udara buat dirinya.
“Zack sepupu daddy, dari kecil dia disayangi oleh semua orang. Sebab dia baik, pandai. Sementara daddy selalu dikutuk sebab daddy budak jahat, bodoh dan daddy tak pernah rasa bahagia macam mana Zack rasa. Sampai daddy tekad nak jatuhkan Zack. Bila Zack ada segalanya, daddy mula cemburu. Zack ada kewangan yang baik, ada keluarga yang bahagia. Daddy cemburu, dia rampas semua harta Zack, dia juga selalu burukkan Zack dekat mummy. Mummy pun bodoh sebab percayakan daddy. Sampai la segala yang dia inginkan dia dapat. Dia dapat semua harta Zack, termasuk mummy, mummy adalah kebahagiaan Zack waktu tu. Tapi daddy cemburu dia taknak Zack bahagia.” Datin Rasyidah mengesat air mata yang keluar mengalir membasahi pipi. Rasa bersalah pada Zack tidak pernah pudar dalam hidupnya.
“Jadi Zack baiklah? Orang yang Zaff benci adalah orang yang baik. Sedangkan ayah Zaff sendiri yang sanggup menghancurkan hidup Zaff.” Zaffrel mula kesal mendengar segala penjelasan dari Datin Rasyidah.
“Kadang - kadang kita hanya menilai orang tanpa pernah mengetahui asal usul. Tapi Zaff tak salah, yang salah mummy sebab mummy tak pernah ceritakan hal sebenar.”
“Tapi kenapa Zack bunuh Zaffier? Zaffier tu kembar Zaff. Zaff terlalu sayangkan dia.” Soal Zaffrel.
“Sebab daddy pernah cuba untuk bunuh Adrian . Daddy nak Zack hilang segalanya dalam hidup. Bukan Zack yang bunuh Zaffier tapi daddy.” Bergetar hiba suaranya saat melafazakan perkataan itu.
“Habis kenapa mummy masih pertahankan daddy? Kenapa mummy?” Zaffrel memegang dadanya. Sebak mendengar pengakuan dari Datin Rasyidah.
“Sebab mummy taknak Zaff pula jadi mangsa dia. Cukup mummy hilang Adrian mummy hilang Zaffier. Mummy cuma ada Zaff. Mummy tak nak daddy apa - apa kan Zaff. Mummy macam orang bodoh sebab setia dengan daddy semata - mata demi keselamatan Zaff. Daddy bunuh Zaffier sebab Zaffier tahu segala rahsia. Mummy tak nak Zaff jadi mangsa dia pula.” Datin Rasyidah mula menangis sebak.
“Mummy Zaff minta maaf.” Tubuh tua itu dipeluk erat.
“Takpa Zaff. Zaff anak yang baik. Daddy dah kena tangkap pun. Mummy syukur sangat dengan apa yang berlaku. Mungkin semua yang berlaku ni ada hikmah.” Belakang tubuh Zaffrel digosok lembut.
“Aura bila boleh keluar hospital ni?” Datin Rasyidah mula mendapatkan Aura.
“Doktor cakap petang ni dah boleh keluar.” Aura simpul senyum. Bahagia dengan apa yang berlaku.
“Alhamdulillah. Zaff jaga Aura baik - baik ye. Mona, Khalid. Terima kasih sebab sudi terima keluarga kami yang selalu buat masalah ni.”
“Jangan cakap macam tu, kita dan berbesan. Mana baik kita terima mana kurang kita sama -sama betulkan.” Jawab datin Mona.
Semua yang berada disitu mula memanjatkan kesyukuran.
ZAFFREL merenung kolam ikan dirumahnya. Dia mengambil peluang untuk membersihkan halaman rumahnya saat Aura berehat dibilik. Sejam tadi mereka sudah sampai dirumah. Zaffrel hanya membiarkan sahaja Aura untuk berehat memandangkan Aura kelihatan letih tidak bermaya.
Beg sampah berwarna hitam ditangannya diikat kemas. Dia berlajan keluar dari pagar rumahnya untuk membuang sampah tersebut.
“Zaff...”
Zaffrel lantas berpaling saat suara yang amat dikenalinya menegur dirinya dari arah belakang.
“Tasha? Kau buat apa dekat sini?” Soal Zaffrel dengan suara yang sedikit tinggi.
“Zaff tolong I please. You je harapan terakhir I.” Wajah polos Tasha lansung tidak menarik perhatian Zaffrel untuk memandangnya.
“Kau nak apa Tasha? Baik kau balik sekarang sebelum nama kau pun aku benci nak dengar.” Mendatar sahaja suara Zaffrel saat ini.
“Zaff, I pregnant..”
“So! Bila kau dah terlanjur kau nak cari aku!? Nak aku jadi pak sanggup? Kau ingat aku bodoh sangat ke nak tunaikan permintaan kau!” Berdesing telinga Zaffrel mendengar setiap bait yang keluar dari bibir Tasha.
“No, I bukan nak you jadi pak sanggup. Family I dah buang I .. I cuma....”
“Memang layak dia buang kau.” Bidas Zaffrel.
“Zaff I cuma nak pinjam seratus ringgit dari you.” Tasha mula menangis.
“You nak benci I sekali pun silakan. Tapi tolong kesiankan anak I. I tak sihat. I nak pinjam duit untuk beli ubat I , untuk beli susu I. I tak nak sebab kesalahan I anak I yang tanggung semua ni. I nak sihat macam dulu, I nak kuat demi anak I. I taknak anak I sakit..” Perut Tasha yang sedikit memboyot diusap lembut.
“Simpati apa yang kau cuba pamerkan ni Tasha?”
“Zaff, I yakin yang you pun bakal jadi seorang ayah. Dan waktu tu you akan faham perasaan I. You nak hina I , nak benci I nak kutuk bagai silakan Zaff. I merayu dengan you, cuma pinjamkan I seratus ringgit. I janji cukup duit nanti I bayar balik.” Lengan Zaffrel disentuh lembut meminta simpati.
“Lepaslah!” Zaffrel merentap kasar tangannya hingga menyebabkan Tasha tidak dapat menyimbangkan badannya.
“Tasha!” Tubuh Tasha sempat dipeluk oleh Zaffrel dari terus terhumban ketanah.
“You okay tak ni?” Soal Zaffrel cemas. Berita keguguran Aura masih tidak hilang difikirannya, dia tidak mahu untuk melihat satu lagi janin yang pergi dihadapannya.
“Abang!” Air mata Aura sudah memberes keluar. Jiwanya bagai disiat hebat.
“Sayang...” Zaffrel kelu seketika. Tubuh Tasha dilepaskan. Dia terus mendapatkan Aura.
Pang!
Terteleng wajah Zaffrel akibat ditampar oleh Aura.
“Cukuplah selama ni abang pura - pura cintakan Aura. Jujur dengan Aura, yang dalam hati abang ni , tak pernah wujudnya nama Aura.” Dada bidang Zaffrel ditunjal - tunjal .
“Sayang, dengar dulu apa yang abang nak cakap.” Tangan Aura diambil lalu digengam.
“Abang nak cakap apa lagi! Nak cakap yang abang cintakan Aura, abang sayangkan Aura. Dah la abang. Aura penat dengan semua ni. Kalau Tasha mampu bahagiakan abang, pergilah dengan dia. Lupakan Aura.” Luah Aura penuh kesal . Aura berjalan perlahan menghampiri meja kecil.
“Dia mengandung Aura!” Sedikit tinggi suara Zaffrel saat ini.
“Sebab dia abang tinggikan suara dengan Aura. Terima kasih abang, sebab buat Aura macam orang bodoh sebab percayakan cinta palsu abang!.” Kunci kereta diatas meja diambil lalu dia terus keluar dari rumah tersebut.
Zaffrel terus mencapai lengan Aura yang berlalu meninggalkannya .
“Sayang, abang tak ada niat...”
“What! Takda niat nak tinggikan suara dengan Aura? Habis apa niat abang? Apa!” Lengannya yang dipegang Zaffrel direntap kasar.
“Dan kau Tasha, pergilah bahagia dengan Zaffrel. Maafkan aku sebab dah rampas kebahagiaan kau selama ni. Walaupun hanya sekejap, tapi aku bahagia dengan Zaffrel. Tapi aku percaya, kebahagiaan itu tak akan berkekal lama bagi perampas macam aku.” Air mata yang membasahi pipinya dilap kasar.
“Aura..” Tasha cuba untuk bersuara namun Aura terlebih dahulu memasuki perut kereta.
Zaffrel lantas mencapai kunci keretnya lalu mengejar kereta Aura yang sudah jauh meninggalkan dirinya.
Telifon bimbitnya dicapai lalu nombor Aura dihubungi beberapa kali. Namun satu pun panggilannya tidak dijawab.
Zaffrel lantas membuka aplikasi whatapps saat menyedari Aura menghantar mesej kepadanya.
‘Kalau abang sayangkan Aura, jangan cari Aura. Biarkan Aura pergi.’
Zaffrel ingin membalas mesej tersebut, namun dia sedar bahawa dirinya sudah diblock oleh Aura.
Aura yang menghentikan keretanya ditepi jalan diantara kereta - kerata besar hanya mampu melihat kereta Zaffrel melunjur laju seakan mengejar keretanya yang lansung tidak kelihatan.
Aura memejamkan matanya mengumpul segala kekuatan. Dia kembali memandu keretanya bertentangan dengan arah kereta Zaffrel.
Mungkin aku perlu pergi jauh dari sini.
Kata - kata Zaffrel saat dirinya berada dihospital mula berlegar difikiran .
‘Abang cuma takut abang tak mampu bahagiakan sayang.’
Adakah itu tanda dia ingin memberitahu aku perasaan sebenar dia? Adakah dia sudah berubah hati? Adakah semua ini hanya alasan untuk dia berjauhan dari aku?
Aura memecut laju keretanya kembali dirumah mereka. Dia lantas memasuki rumah tersebut mengambil semua keperluan penting seperti beg duit , kad pengenalan dan passport.
Aura kembali meninggalkan rumah tersebut, sebelum sempat Zaffrel pulang kerumah itu.
(Emosi orang lepas gugur plus sakit ni, kadang - kadang okay kadang - kadang tak. Kalau kita duduk tempat Aura pun mungkin kita akan buat benda yang sama. Jelas depan mata kut.)
Dato Malek tak habis macam tu je, nanti kita tambah lebih dekat dia hihi
Share this novel
sama andai sy ad diposisi aura,,tp ap"pun yang terjadi yg pastinya akn ad hikmahnya