(ANGKARA)
BUNYI loceng masih tidak berhenti. Zaffrel bangun dengan malas menuju ke arah pintu. Pintu dibuka , terjengkul muka Ilham didepan pintu.
“Ish kau nak apa! Boleh tak jangan ganggu aku. Aku datang honeymoon ada la yang nak mengacaunya.” Bebel Zaffrel lalu ingin menutup pintu. Namun pintu tersebut sempat ditahan oleh Ilham.
“Eh kau dah pukul berapa ni takkan tidur lagi. Penat semacam je muka kau, kau...”
Pap!
Dada Ilham terus ditampar. Ni la sebab kenapa aku tak suka orang ikut akau kalau aku nak berdua - duaan dengan bini aku.
“Eleh dengan aku pun nak malu - malu.” Ilham memandang Zaffrel dari atas ke bawah. Dulatak suka tapi sekarang, entahlah.
“Eh kau jangan nak mengada eh. Aku hempuk juga budak ni. Kau nak apa datang pagi buta ni? “ Soal Zaffrel dengan marah. Orang nak rehat ada la pengacaunya.
“Cakap nak pergi rumah nenek. Jom la pergi sekarang. Aku dah tak sabar nak jumpa nenek.” Ajak Ilham dengan ceria.
“Mende kau ni, awal lagi la. Lepas ni la. Kita pergi lepas breakfast. Waktu macam ni nenek pun tidur lagi. Kau nak kena hempuk dengan tokdy (atok) sebab ganggu bini dia tidur ke.” Tangan Zaffrel naik memicit kepala. Pening sungguh aku dengan perangai budak ni.
“Alaa aku nak breakfast dekat rumah nenek. Boleh la Zaff. Kau sayang aku kan.” Wajah sedih ditayang Ilham.
“Aku malas pergi. Lepas ni la..”
“Okay aku tunggu kau dalam kereta. Aku pergi ambil Marsha kejap ehh. Jangan lambat, tak baik buat orang tertunggu - tunggu.” Pesan Ilham lalu terus memasuki perut kereta.
“Fuh budak ni kalau aku lempang memang dapat pahala.” Pintu homestay ditutup kuat. Geram je aku .
Zaffrel berjalan menghampiri Aura yang sedang lena. Dia mendaki katil perlahan - lahan lalu membaringkan dirinya disebelah Aura. Tangan kanannya naik menongkat kepala manakala badannya dipusingkan kearah Aura.
“Sayang, bangun. Nak pergi rumah nenek ni.” Rambut Aura diulas lembut. Tangannya turun pula mengulas lembut pipi Aura.
“Aura ngantuk” adu Aura lalu memeluk badan suaminya itu. Dia menyembamkan wajahnya pada dada bidang Zafffrel.
“Nanti sayang sambung tidur dalam kereta. Ilham dan Marsha dah tunggu diorang nak breakfastt dekat sana.” Ubun - ubun Aura dicium sesaat. Wangi.
“Nenek garang tak? Aura takut nak jumpa nenek.” Soal Aura sambil wajahnya masih disembamkan pada dada Zaffrel.
“Nenek tak garang. Nenek macam nenek orang lain la. Dia fasih bahasa melayu, dia ceria, apa nak takutnya.” Tangan Zaffrel masih ligat bermain di rambut Aura.
“Tunggu la kejap, Aura nak siap.” Aura bangun dari baring. Dia duduk berteleku di atas katilnya. Malasnya nak bangun, subuh tadi pun aku terus lelap dah tak tunggu Zaffrel.
“Dah pergi siap. Nanti lama Ilham dengan Marsha tunggu.” Arah Zaffrel lalu turut turun dari katil.
“10 minit siap!” Jawab Aura lalu terus masuk ke dalam toilet.
ILHAM memandu kereta untuk ke rumah nenek. Marsha duduk disebelahnya manakala Aura dan Zaffrel duduk dibelakang.
“Kau buat apa dekat Aura sampai dia penat macam tu Zaff?” Usik Ilham sambil memandang sekilas kearah Zaffrel dan Aura melalui cermin pandang belakang.
“Janganlah tanya soalan macam tu.” Marah Marsha yang duduk disebelahnya itu. Ada ke pergi tanya soalan macam tu.
“Kau jangan sampai ada yang koma hari ni.” Zaffrel menjeling saat matanya bertemu mata Ilham.
Aura yang jadi pendengar hanya mendiamkan diri.
Lantaklah korang nak cakap apa. Aku nak tidur.
Pelukan pada pinggang Zaffrel dieratkan.
Saat mereka tiba di pekangan rumah nenek, mata mereka tertumpu pada figura yang membelakanginya sedang berborak mesra dengan nenek. Mereka lansung tidak dapat meneka figura tersebut selain dari Marsha.
“Sayang bangun, dah sampai ni.” Zaffrel mengejutkan Aura yang sedang lena.
Aura bangun lalu memggosok matanya seketika. Matanya turut tertumpu pada figura tersebut.
“Kenapa dia ada dekat sini sekali?” Soal Aura dengan hairan.
“Siapa?” Zaffrel mengerutkan dahinya. Takkan Aura kenal kut.
“Adrian.” Jawab Aura dan Marsha serentak.
“Adrian? Terkejut Zaffrel dan Ilham setelah segaris nama tersebut keluar.
Saat yang sama juga, Adrian berpaling badannya melihat kedatangan kereta yang memasuki pekarangan rumah nenek. Namun dia beriak biasa apabila dia lansung tidak mengetahui siapa yang menjadi tetamu tersebut.
Zaffrel dan Ilham terus sahaja keluar dari perut kereta lalu mendapatkan Adrian. Adrian yang terkejut dengan kehadiran mereka cuba melarikan diri.
“Adrian kau nak pergi mana!?” Lengan Adrian ditarik oleh Zaffrel dari terus melarikan diri.
“Kau buat apa dekat sini?” Soal Ilham pula.
“Aku..aku..”
“Kau intip kitaorang ehh.. sampai London kau ikut aku!” Kolar baju Adrian ditarik kuat.
“Zaff, stop ! Lepaskan Adrian.” Arah tokdy lalu mendapatkan Adrian daripada genggaman Zaffrel.
“Tokdy kenal dia? Siapa dia? Kenapa dia datang sini?” Soal Zaffrel dengab marah.
Bum!
Semua yang berada disitu menutup telinga apabila mendengar bunyi tembakan dengan kuat. Zaffrel lantas menarik tubuh Aura lalu dipeluknya.
“Dia anak aku!” Suara garau yang melepaskan tembakan seketika tadi dipandang dengan penuh kejutan.
“Zack! Kau buat apa dekat sini!?” Zaffrel cuma untuk mendapatkan Zack namun terus dihalang oleh Aura.
“Aku datang nak ambik anak aku. Ada masalah dengan kau ke?” Soal Zack dengan sinis lalu menghampiri Adrian.
“Anak? Tak mungkin. Apa yang kau nak hah!” Zaffrel sudah tidak dapat mengawal amarahnya.
“Aku datang sini bukan untuk membunuh. Jadi kau jangan paksa aku untuk bunuh kau. Adrian balik! Siapa yang benarkan kau datang sini?” Tangan Adrian ditarik kuat kearahnya.
“Daddy please bagi Adrian peluang untuk jumpa dengan nenek.” Adrian cuba untuk melepaskan diri dari terus dipegang oleh Zack. Hanya nenek sahaja yang menjadi tempat luahan perasaannya. Dia sudah tidak mempunyai sesiapa didunia ini melainkan nenek dan Zack.
“Siapa nenek kau! Ni nenek aku!” Tengking Zaffrel.
“Dasar budak tak kenal asal usul. Kau diam sebelum aku bunuh korang semua. Jangan cabar aku!” Tangan Adrian terus ditarik kuat meninggalkan mereka semua. Aku takkan pastikan keturunan Malek bahagia.
“Nenek apa yang dah jadi ni? Siapa Zack? Siapa Adrian?” Soal Zaffrel saat Zack dan Adrian sudah jauh meninggalkan mereka.
“Masuk dulu jom. Hari macam nak hujan ni.” Ajak nenek lalu terus memasuki rumahnya. Dia cuba sedaya upaya untuk mengelak dari menjawab soalan Zaffrel.
Zaffrel masuk dengan hati yang sebal. Aura dan yang lain hanya mengikut arahan mereka.
ZACK memejamkan matanya saat dia, Adrian dan beberapa orang suruhannya sedang berada di dalam private jet miliknya.
Kenangan lama mula berlayar di screen fikiran.
“Kenapa Syidah selalu keluar malam? Siapa lelaki tu? Tolonglah kesiankan anak kita. Adrian perlukan perhatian dari Syidah.” Zack meraih tangan isterinya lalu dikucup. Akibat terlalu sayangkan isterinya itu, dia sanggup melihat isterinya keluar bersama lelaki lain asalkan perkara itu membahagiakan isterinya.
“Syidah bosan la duduk rumah. Abang jagalah Adrian ni, bukan selalu pun. Lagipun Syidah bukan abaikan anak , cuma Syidah nak release tension dengan kawan - kawan salah ke?” Datin Rasyidah bangun dari meja solek dia terus keluar dari bilik tidur tersebut.
“Syidah tunggu! Syidah bukan nak keluar dengan kawan - kawan tapi Syidah nak keluar dengan Malek kan!” Suara Zack dinaikkan beberapa oktaf.
“So what! Boleh tak jangan sibuk hal Syidah!” Datin Rasyidah sudah hilang kesabaran. Ayat Dato Malek mula bermain difikirannya.
‘You, Zack tu cuma pergunakan you. Dia tak cintakan you pun. Kalau dia cintakan you, dia takkan biarkan you keluar dengan orang lain. Dia tu sebenarnya nak halau you dari rumah tu. Tapi dia tak tahu cara. Takpa I janji I akan sayang you macam permata. I ikhlas cintakan you’
“Syidah dah buat abang hilang sabar. Selangkah Syidah keluar dari rumah ni, abang ceraikan Syidah. Dan jangan harap Syidah dapat jumpa Adrian lagi.” Keras sahaja suara Zack saat ini.
“Memang itu yang abang nak pun. Betul la apa yang Malek cakap. Abang tak sayangkan Syidah pun. Abang memang nak halau Syidah abang memang dah lama nak ceraikan Syidah. Takpa, Syidah setuju.” Datin Rasyidah terus keluar dari rumah tersebut.
“Rasyidah binti Rasyid, aku ceraikan engkau dengan talak satu.” Usai sahaja lafaz tersebut keluar dari bibir Zack, Dato Malek terus datang mendapatkan Datin Rasyidah.
“Thanks Zack, sebab kau dah mudahkan kerja aku.” Tangan Datin Rasyidah terus ditarik pergi meninggalkan Zack.
Dato Malek senyum kemenangan. Syidah aku dalat harta kau pun aku dapat. Terima kasih Zack, kau mudahkan lagi kerja aku.
Zack menitiskan air mata pertama untuk isterinya. Dia sungguh kecewa dengan apa yang berlaku. Bunyi esakan Adrian menyebakkan lagi hatinya sebagai seorang ayah.
“Adrian sayang, mummy dah pergi tinggalkan kita. Mummy sayang Adrian cuma daddy yang salah. Adrian jangan kecil hati dengan mummy tau. Nanti kita jumpa mummy di syurga ya. Mungkin kita takda rezeki nak jumpa mummy didunia.” Adrian yang berada dalam buaian diambil lalu dikucup. Zack menangis teresak - esak mengenangkan nasib anaknya itu.
“Maafkan daddy Adrian. Daddy janji daddy akan sayangkan Adrian sepenuh hati daddy. Walaupun mummy dah tinggalkan kita, tapi daddy ada. Daddy boleh jadi ibu dan ayah buat Adrian. Daddy sayang zuriat daddy ni. Daddy pun sayang mummy.” Terduduk Zack akibat sedih dengan nasibnya. Adrian yang baru berusia 2 bulan dipeluk erat.
Kau tunggu Malek, aku takkan biarkan keturunan kau bahagia. Macam mana derita anak aku tanggung, macam tu la derita bakal anak kau akan tanggung.
ZAFFREL mendekati Aura yang sedang duduk termenung di balkoni rumah nenek. Datang honeymoon tapi macam datang perang. Tabahlah Aura.
“Sayang buat apa dekat sini?” Tubuh Aura dipeluk dari arah belakang.
“Takda la, saja ambil angin.” Jawab Aura dengan senyuman.
“Sayang sedih?” Soal Zaffrel sambil mencium ubun - ubun isterinya itu.
“Kenapa nak sedih?” Aura memusingkan badannya. Dia kembali memeluk tubuh Zaffrel.
“Sebab datang honeymoon tapi macam - macam terjadi.” Zaffrel mengeluh sesaat.
“Takpa, lagipun bukan kita yang minta kan.” Aura mendongak memandang ke arah Zaffrel. Pelukan dilepaskan. Aura kembali memeluk tubuh sendiri.
“Sayang sejuk ke?” Soal Zaffrel penuh prihatin.
Aura mengangguk.
“Aura lupa nak bawa sweater.” Aura tayang wajah sedih.
“Kejap abang minta dengan nenek.” Pamit Zaffrel lalu terus mendapatkan nenek.
“Nek, ada sweater tak?” Soal Zaffrel.
“Ambillah dalam bilik nenek dekat dalam almari.” Ujar nenek yang sedang menyediakan sarapan.
“Okay thank you nenek.” Zaffrel terus memasuki bilik nenek lalu mengambil sweater yang berada didalam almari. Namun saat dia mencapai sweater tersebut. Kotak berwarna hitam yang turut ada pada ruang tersebut terjatuh pada lantai. Zaffrel ingin mengutip gambar yang keluar dari kotak tersebut.
“Mummy? Zack?” Satu persatu gambar tersebut ditilik.
“Siapa baby ni?” Zaffrel merenung lama gambar Datin Rasyidah bersama Zack sedang tersenyum lebar bermain dengan bayi seperti yang baru lahir.
“Zaff.” Nenek terkaku seketika. Betul firasat hatinya yang Zaffrel akan menemui gambar tersebut.
“Nenek, I need an explanation” Zaffrel menghulurkan gambar yang dilihtanya seketika tadi.
“No Zaff nenek tak boleh cerita.” Gambar yang berada ditangan Zaffrel diambil lalu terus disimpan.
“Nenek, Zaff perlu tahu semua ni. Sampai bila semua orang nak sorokkan rahsia dari Zaff. Zaff bukan kanak - kanak sampai nak rahsiakan semua benda.” Zaffrel duduk dikatil nenek. Selagi aku tak dapat jawapan, aku takkan keluar.
“Nenek tak akan cerita semua ni.” Nenek masih lagi dengan pendiriannya.
“But why?”
“ Zaffier meninggal sebab nenek ceritakan semua rahsia ni. Dan nenek tak akan ulang perkara yang sama lagi. Because I want to protect you Zaff!” Wajah Zaffrel dipandang lama. No aku takkan ulangnya lagi.
“What? Zaffier meninggal sebab Zack yang bunuh bukan sebab nenek.” Zaffrel mengerutkan dahinya. No Zaffier meninggalkan bukan sebab lain tapi sebab Zack!
“Yes sebab Zack tapi puncanya dari nenek. Sebab nenek ceritakan semua rahsia pada dia. Dan nenek takkan ulang benda yang sama pada Zaff , nyawa Zaff sangat penting untuk nenek.” Nenek duduk disebelah Zaffrel. Rasa seperti dirinya terlalu banyak yang tersilap langkah.
“Zaff sanggup mati la nenek asal Zaff tahu rahsia tu..”
“Abang!” Mencerlung Aura memandang kearah Zaffrel. Tanpa sedar air matanya mula menitis.
Sampai hati abang.
“Aura abang...”
“Stop abang! Bukan kali pertama dan bukan kali kedua. Dah tiga kali abang ulang benda yang sama. Abang tak pernah fikirkan Aura. Aura tak pernah ada dalam fikiran abang sebab tu abang tak pernah fikirkan Aura.” Aura terus keluar dari bilik tersebut lalu memasuki bilik lain. Pintu bilik dikunci.
Aura merebahkan badannya pada katil. Dia menangis semahu - mahunya. Saat segalannya aku berikan pada kau, kau buktikan lagi bahawa aku tak pernah ada dihati kau.
“Aura, buka pintu ni. Abang tahu abang salah cakap macam tu. Tapi..”
“Zaff tepi,” nenek datang membawa kunci bilik lalu membuka bilik tersebut. Zaffrel yang cuba memasuki bilik tersebut dihalang oleh Zaffrel.
“Tunggu luar.” Arah nenek lalu memasuki bilik tersebut.
“Aura..” nenek mendekati Aura yang sedang menyambamkan wajahnya pada bantal. Aura lantas bangun lalu memeluk tubuh nenek.
“Jangan macam ni sayang, Zaff sayangkan Aura. Mulut dia memang macam tu dari dulu macam tu. Cakap je lebih tapi buatnya takut.” Nenek cuba untuk memujuk Aura.
“Tapi nek, dah banyak kali dia cakap nak mati, dia pernah nak bunuh diri, siapa Aura bagi dia? Aura tak penting pun untuk dia.” Aura mengesat air mata yang keluar .
“Zaff tu sayang sangat dengan Aura. Percayalah dia takda niat pun nak cakap macam tu. Dia cuma nak bagitahu yang dia sangat perlu tahu rahsia tu. Dia pun taknak mati sebab rahsia. Mulut dia memang macam tu nanti nenek sumbat gigi palsu nenek biar dah tak cakap mengarut lagi.” Seloroh nenek. Terlepas tawa Aura mendengar gurauan nenek.
“Nek..” Aura mendekatkan wajahnya ditelinga nenek.
“Nenek, Aura nak buat merajuk dengan Zaff, nanti nenek cakap la dengan dia siapa suruh buat hal. Macam nenek sokong Aura tak sokong dia tau. Nak tengok riaksi dia macam mana.” Ujar Aura secara berbisik.
“Okay deal.” Nenek memberi jari kelingkingnya.
Aura menyambut tanda setuju.
Hurmm jangan bimbang, sikit baru kita cerita.. banyak rahsia cerita ni ^_^
Share this novel