(PERHITUNGAN)
SUASANA malam yang dingin tidak menghalang kerancakan mereka berbual. Rindu mahu berkumpul dan bergelak ketawa seperti ini. Kau usik aku , aku usik kau. Benarlah kenangan yang manis adalah kenangan bersama orang tercinta.
“Mummy, daddy jom la ikut Syidah balik Malaysia. Kina tinggal dekat sana. Kita duduk sama - sama. Kalau mummy dengan daddy tinggal sini jauh dari kami semua. Kalau sakit siapa nak jaga?” Pujuk Datin Rasyidah sambil mengulas lembut belakang tapak tangan nenek dan tokdy.
“Mummy bukan tak nak tinggal Malaysia cuma..”
“Mummy Malek dah tak ada. Syidah tahu mummy tak nak tinggal dekat Malaysia sebab ada Malek kan. Dia dah tak da. Jom la tinggal dengan kami dekat Malaysia.” Pujuk Datin Rasyidah lagi.
“Baiklahh mummy setuju.” Nenek senyum segaris.
“Yey!” Semua bersorak kegembiraan begitu juga dengan Zaffrel. Bukan main dia bersorak macam tengok bola.
“Tapi ada satu syarat.” Nenek memandang tepat kearah Zaffrel.
Ah sudah! Apa pula ni?
“Syarat apa mummy?” Dahi Datin Rasyidah berkerut seribu.
“Mummy tak nak tinggal dengan Syidah. Mummy dah tinggal dengan Zaff. Boleh Zaff?” Duga nenek.
“La ingat apa dah tadi. Boleh je la nenek. Tapi Zaff kesiankan dekat mummy sebab duduk sorang.” Jawab Zaffrel pula.
“Nak nenek duduk Malaysia tak?” Soal nenek lagi.
“Eh nak nak.” Zaffrel garu kepala.
“Tapi dengar la syarat nenek dulu.” Ujar nenek lagi.
“Aik tadi bukan dah bagi syarat ke?” Soal Zaffrel pelik. Yang lain turut pelik dengan apa yang disampaikan oleh nenek.
“Syarat nenek tak habis lagi.”
“Tadi cakap satu je.” Jawab Zaffrel lagi.
“Nak nenek duduk Malaysia kena dengar jangan menjawab.” Tegas nenek memberi amaran.
Zaffrel hanya mengangguk. Serius benar muka nenek.
“Nenek nak tinggal dekat rumah Zaff, and.....” jari telunjuk nenek naik seakan memberi isyarat penting.
“And?” Soal mereka serentak.
“Nenek nak tidur sebilik dengan Zaff dan Aura. Nenek nak rasa feel dapat tidur ramai - ramai dengan cucu nenek.” Jawab nenek.
“Apa?!” Serentak Zaffrel dan Aura menyoal. Terlopong besar mulut mereka mendengar bait - bait yang keluar dari mulut nenek.
Zaffrel telan air liur kesat. Nak duduk serumah aku okay lagi, ni tak tidur sebilik, oh no. Takkan aku nak peluk Aura depan nenek. Ah tak boleh jadi.
“Kalau tak setuju takpalah nenek tinggal je dekat sini. Kalau nenek sakit pun biar nenek sakit sorang - sorang.” Nenek tayang wajah merajuk. Mereka yang lain sudah tahan tawa melihat wajah cemberut Aura dan Zaffrel.
“Bukan macam tu nek, kalau nenek duduk sebilik dengan Zaff...” Zaffrel mati kata - kata . Kepala yang tidak gatal digaru.
“Zaff tak boleh nak peluk Aura macam tu? Semalam elok je beraksi depan nenek dengan tokdy . Mummy mama papa semua tengok. Takkan nak malu pula. Setakat nenek dengan tokdy je. Semalam ramai lagi okay je.” Usik nenek sambil tahan tawa. Wajah Zaffrel dan Aura yang sudah berona merah cukup membuatkan hatinya makin geli.
“Nenek!” Serentak Aura dengan Zaffrel membalas. Wajah protes ditayangkan.
“Betul la apa yang nenek cakap. Nak malu apa ye. Lagipun Zaff kan pandai cover benda - benda macam ni. Macam yang malam tu, siap cakap naik belon udara panas pagi buta. Pandai cover.” Sambung Datin Rasyidah.
“Eh memang betul kitaorang naik belok udara panas.” Aura pula mempertahankan kebenaran.
“Dah la tak kesian ke dekat diorang. Muka dah merah macam kena sembur cat. Tak kesian je dekat diorang? Aura Zaff tak payah layan sangat diorang semua ni.” Pesan tokdy pula.
“Orang cakap tak baik fitnah tanpa bukti. Dah jom sayang masuk tidur. Kita merajuk jom.” Tangan Zaffrel dihulur pada Aura. Aura menyambutnya.
“Tengok pandai bagi alasan nak merajuk padahal nak masuk bilik awal . Nak berdua duaan dengan bini katakan.” Seloroh Dato Khalid pula. Mereka yang berada disitu terus terpecah tawa.
“Kenapa papa cemburu ke? Tu mama ada dekat tepi, pergi usung masuk bilik. Dah la nak merajuk dengan semua orang.” Aura menyilangkan tangannya kedada.
“Jom la abang.” Kini tangan Zaffrel pula ditarik masuk kedalam bilik.
“Comel je muka malu diorang. Syukur sangat tengok diorang gembira.” Ujar Datin Rasyidah dengan senyuman.
“Jodoh diorang kuat.” Jawab Datin Mona pula.
Datin Rasyidah hanya tersenyum manis. Kalau aku tak derhaka dengan Zack dahulu, mungkin aku dah bahagia dengan lelaki yang ikhlas cintakan aku. Tapi silap aku, sebab tak pernah yakin dengan keikhlasan hatinya. Kenapa aku buat semua ni? Dah la Syidah tak baik kau persoalkan takdir macam ni.
ZAFFREL DAN AURA duduk merenung permandangan kapal terbang dihadapannya. Nenek tokdy, mama papa dan mummy pula rancak berborak sambil menunggu flight yang delay.
“Mummy Syidah nak pergi toilet kejap. Tolong tengokkan handbag Syidah tau.” Pesan Datin Rasyidah. Nenek hanya mengangguk.
“Mummy biar Aura temankan mummy. Lagipun Aura nak pergi kedai depan tu la kejap.” Ujar Aura lalu menghampiri Datin Rasyidah.
“Hati - hati sayang, mummy.” Pesan Zaffrel saat mereka ingin melangkah pergi.
“Baik boss.” Aura tayang senyum.
“Aura tunggu dekat luar ye mummy, Aura nak masuk kedai tepi tu kejap.” Ujar Aura saat mereka tiba di toilet.
“Yela, jangan pergi mana - mana pula.” Pesan Datin Rasyidah pula lalu terus memasuki toilet.
Bup!
“Sorry, madam.” Ujar seorang lelaki yang terlanggar bahu Datin Rasyidah.
Datin Rasyidah panggung kepala.
Mummy! Jerit hati kecil Adrian. Mahu sahaja dia memeluk mencium tubuh yang amat dirindui dan disayanginya itu. Mahu sahaja dia menangis disitu.
“Sir, are you okay?” Soal Datin Rasyidah sambil mengibas ngibas tangannya dihadapan wajah Adrian.
Adrian bagai tersentak. Lansung tidak kenalkah mummy pada aku?
“Are you okay sir?” Soal Datin Rasyidah lagi apabila Adrian masih kaku tidak bersuara.
“Yes , yes I’m okay.” Adrian senyum kelat. Sungguh dia tidak kuat. Mahu sahaja dia memberitahu wanita dihadapannya itu, bahawa dia anak dari rahim wanita itu. Mahu sahaja dia memeluk erat tubuh wanita itu.
Datin Rasyidah tayang senyuman lalu dia memasuki toilet wanita. Namun entah mengapa jantungnya seakan berdetak hebat. Dia terdiam seketika. Entah apa yang dirasakan saat ini. Perasaan yang sukar untuk diungkap. Namun Datin Rasyidah hanya membiarkan perasaannya menguasai diri , dia terus melangkah masuk ke dalam toilet.
Aura terpandang susuk tubuh yang baru sahaja keluar dari toilet. Dia terus mengejar langkah lelaki itu.
“Adrian!” Adrian menghentikan langkahnya saat namanya diseru.
“Adrian kau buat apa dekat sini?” Soal Aura.
“Bukan urusan kau.” Jawab Adrian dengan suara mendatar. Jiwanya masih tidak mampu dikawal. Hatinya cukup pedih, bila seorang ibu lansung tidak mengenalinya.
“Adrian aku nak cakap dengan kau sekejap.” Pinta Aura dengan sopan.
“Aku tak ada masa nak cakap dengan kau.” Adrian terus berjalan meninggalkan Aura. Aura berlari anak mengejar langkah Adrian. Namun langkahnya terhenti apabila kelibat Zack mula kelihatan. Dia menyorok disebalik dinding.
“Adrian! Kenapa degil sangat ni! Daddy dah cakap kan jangan datang sini lagi. Kenapa degil sangat!” Marah Zack pada anaknya itu. Aura hanya mempu berdiam diri mencuri dengar perbualan mereka.
“Daddy, please. Adrian cuma ada nenek je. Bagilah Adrian peluang untuk jumpa dengan nenek.” Jawab Adrian dengan kesal.
“Tolonglah faham semua orang benci kita Adrian. Kau rasa nenek sayang ke dekat kau? Kalau mak kau sendiri sanggup tinggalkan kau inikan pula nenek. Daddy dah banyak kali cakap, jangan mudah percayakan orang. Tak mustahil nenek pun rancang perkara yang buruk pada kau. Tolonglah dengar cakap daddy.” Luah Zack sambil memegang kedua belah bahu Adrian.
“Baik daddy, Adrian tak buat lagi. Adrian cuma rindukan mummy. Adrian nak mummy. Kenapa mummy sanggup tinggalkan Adrian.” Tanpa sedar air mata jantannya luruh membasahi pipi.
“Adrian, tak semua yang kita inginkan kita akan dapat memilikinya. Ini semua dugaan. Daddy dah hilang segalanya daddy tak nak hilang Adrian. Adrian sahaja satu - satunya kebahagiaan daddy. Tolong dengar cakap daddy. Lupakan nenek lupakan semua orang. Kita bina hidup kita.” Bahu Adrian ditepuk lembut.
“Tapi izinkan Adrian jumpa nenek buat kali terakhir. Cukup Adrian dapat kucup tangan nenek walau Adrian tahu ianya tak sama dengan seorang ibu.” Bagai luruh jiwanya memikirkan nasib diri.
“Ye, daddy izinkan..”
“Aura, buat apa dekat sini?” Aura tersentak saat bahunya ditepuk dari arah belakang.
“Eh mummy, tak ada apa la Aura saja nak tengok kawasan ni. Jom kita pergi sana nanti diorang tunggu pula.” Tangan Datin Rasyidah terus ditarik agar wanita itu tidak menyedari akan kehadiran Zack dan Adrian.
Aura berjalan beriringan bersama Datin Rasyidah. Saat dia melangkah pergi beg duit kecil ditangannya terjatuh pada lantai. Aura tunduk untuk bagi mengambil beg duit tersebut.
Saat dia mengangkat wajahnya, hidungnya betul - betul berlaga dengan dagu milik Zaffrel yang berdiri rapat dihadapannya.
“Abang.” Aura mendongak wajahnya memandang kearah Zaffrel.
“Sayang, I will make today one of the historic days in your life.” Tangan Aura diraih lalu dikucup lembut. Mata - mata yang memerhati sudah memenuhi ruangan tersebut.
“What are you trying to do, abang?” Aura terkesima. Membahang wajahnya saat menjadi bahan tontonan orang ramai. London Heathrow, lapangan kedua tersibuk didunia , bayanglah macam mana ramainya orang yang sedang menonton drama akasia ni.
Zaffrel duduk melutut dihadapan Aura, kotak baldu merah dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu disua pada Aura.
“Dulu abang lamar sayang dalam panggung wayang, tak romantik lansung. Nasib sayang terima.” Zaffrel senyum sebaris.
“Hari ini, di kota London, bersaksikan Allah dan semua yang ada, abang nak lamar sayang..”
Aura ketap bibir. Jantung kau duduk elok - elok sikit.
“Aura Fellisya, sudi tak sayang jadi bidadari hidup abang, ibu kepada anak - anak abang, peneman sepanjang hayat abang, dan jadi kebahagiaan abang?” Zaffrel mendongakkan kepalanya memandang tepat kedalam anak mata coklat milik Aura.
“Accept! Acccept! Accept! Accept!” Riuh rendah kawasan airport tersebut dengan sorakkan dari pengunjung disitu. Terima apanya diorang ingat aku dengan Zaff belum kahwin agaknya.
Aura cuba membalas renungan mata Zaffrel. Perasaan malu cuba dihalau. Tiba - tiba sahaja lagu Perfect nyanyian Ed Sheeren bergema disetiap penjuru airport.
I found a love for me
Oh darling, just dive right in and follow my lead
Well, I found a girl, beautiful and sweet
Oh, I never knew you were the someone waiting for me
'Cause we were just kids when we fell in love
Not knowing what it was
I will not give you up this time
But darling, just kiss me slow, your heart is all I own
And in your eyes, you're holding mine
Aura menekup mulutnya tidak percaya dengan apa yang terjadi. Perlahan - lahan dia mengangguk dengan air matanya mula bergenang ditubir mata.
“Horeyyy!” Mata - mata yang memandang terus bersorak sakan.
Zaffrel simpul senyum, dia bangun dari melutut lalu menyarungkan cincin di jari manis Aura.
Well I found a woman, stronger than anyone I know
She shares my dreams, I hope that someday I'll share her home
I found a love, to carry more than just my secrets
To carry love, to carry children of our own
We are still kids, but we're so in love
Fighting against all odds
I know we'll be alright this time
Darling, just hold my hand
Be my girl, I'll be your man
I see my future in your eyes
Lagu yang berkumandang merancakkan lagi suasana. Zaffrel mendekati wajahnya pada telinga Aura dan membisikkan sesuatu.
“Terima kasih kerana sudi bahagiakan abang, sudi jadi peneman hidup abang. Abang adalah lelaki paling bertuah kerana memiliki cinta sayang. Dan sayang adalah wanita yang paling bertuah kerana sentiasa ada dalam doa abang.” Ucap Zaffrel dengan penuh syahdu.
Tiba - tiba datang sekumpulan remaja lelaki dan perempuan mengelilingi mereka lalu menabur kelopak bunga mawar sekeliling mereka.
Tiba pula dua orang remaja wanita yang sedang mengusung sejambak besar bouquet roses datang menghampiri mereka berdua.
“Enjoy your sweet love.” Ucap remaja itu lalu menghulurkan bouquet besar itu kepada Aura.
“Abang besarnya.” Ujar Aura dengan teruja sambil bouquet tersebut sudah menutup wajahnya.
“Bunga ni ada 1000 kuntum, tapi masih tak mampu nak lawan banyakknya cinta abang pada sayang.” Ujar Zaffrel lalu membantu Aura untuk memegang bouquet gergasi tersebut.
“You make me fall in love with you like crazy abang..” Aura ketap bibir. Rasa nak pecah dah pipi aku ni asyik tersenyum.
“Alahai sweetnya, melompat - lompat mama tengok korang dua orang ni.” Celah Datin Mona saat menghampiri Aura dan Zaffrel.
“Tu la, mummy dah rasa macam badan ni dah kena serang dengan semut.” Datin Rasyidah turut bersuara.
“Kami rasa nak muda balik, nak sweet macam dulu.” Serentak nenek dan tokdy bersuara sambil terkebil - kebil memandang ke arah Aura dan Zaffrel. Kurang asam punya cucu, tahu la aku dah tua tak payah dera aku dengan aksi sweet diorang.
Zaffrel tunduk malu. Nak sweet pun salah. Suka hati la bini aku.
“Papa rasa la kan, tak lama lagi dapat cucu la kita.” Celah Dato Khalid pula.
“Setuju!” Serentak mereka menjawab termasuk Zaffrel sambil ketawa. Namun tidak bagi Aura, dia hanya terlopong lalu menggarukan kepala.
“Aura tunggu mama dulu, tak nak la nanti anak Aura lebih tua dari adik Aura.” Jawab Aura lantang.
“Setuju!” Sekali lagi mereka menjawab dengan serentak. Terlopong Datin Mona mendengar jawapan mereka. Kurang asam boi betul!
“ZAFF, tak nak tidur sini ke dulu?” Soal Datin Rasyidah saat mereka berada di hadapan pintu pagar rumah Datin Rasyidah.
“Zaff tidur rumah Zaff la. Lagipun banyak barang nak kena kemas ni.” Jawab Zaffrel.
“Baiklah kalau macam tu, hati - hati bawa kereta malam macam ni.” Pesan Datin Rasyidah lalu masuk kedalam rumahnya bersama nenek dan tokdy.
Zaffrel masuk kedalam perut kereta. Aura yang sedang lena ditempat duduk penumpang dipandang seketika.
“ I love you my sweetheart”
Dahi Aura dikucup seketika. Wajah penat itu dipandang tanpa jemu.
ZAFFREL ralik mencuci kolam renang. Daun - daun yang mula memasuki kolam renang disauk dengan jaring.
“Abang, dekat sini rupanya. Penat Aura cari tau.” Aura berjalan terhuyung hayang kearah Zaffrel sambil menguap. Rambutnya yang berserabai dibiarkan sahaja.
“Eloknya perangai tu waktu macam ni baru nak bangun , dengan mandinya belum lagi rambut tu nak buat sarang dinasour ke?” Sindir Zaffrel saat melihat keadaan Aura yang seperti zombie kelaparan.
“Aura ngantuklah, lagipun semalam sampai lewat kan.” Aura duduk dibirai kolam lalu menyelamkan kakinya.
“Dah alang - alang duduk depan kolam tu, terjun terus. Mandi dekat sini.” Zaffrel turut duduk menyelam kaki disebelah Aura.
“Biar tak pun pagi - pagi buta nak mandi kolam. Sejuk beku badan ni.” Aura menggelengkan kepala. Ada ke patut nak aku mandi pagi buta macam ni.
“Pagi buta apanya sayang. Tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? Pukul dua belas tahu tak.” Zaffrel mengerling kearah Aura seketika. Ada ke patut dia cakap pagi buta, bangun pun lewat tapi nak claim bangun awal la tu.
“Serius la pukul dua belas!? Fuh kalau tahu macam tu Aura sambung tidur ingat dah pukul dua.” Jawab Aura selamba sambil menguap seketika.
“Haa elok sangat la perangai tu. Ingat sayang, awak tu bini orang belajar bangun awal, ni tak selagi matahari tak terpacak atas kepala mana ada nak bangunnya. Nak tunggu ayam menjerit dekat telinga baru nak bangun.” Bebel Zaffrel.
Aura pandang Zaffrel. Sejak bila pandai membebel ni? Hurmm takpa , ni Aura Fellisya la.
Aura mengesot menghampiri Zaffrel. Kepalanya dilentokkan pada bahu Zaffrel.
“Ni dah kenapa nak bermanja bagai?” Soal Zaffrel pelik.
“Abang dah mandi?” Soal Aura lembut.
Zaffrel kerut dahi. Takkan nak ajak aku mandi sekali dengan dia. Biar betul Aura ni. Ishh apa kau fikir ni Zaff.
“Dah pagi buta lagi dah mandi.” Jawab Zaffrel.
“Pagi buta ye...”
Bum!
Tubuh Zaffrel terus ditolak masuk kedalam kolam.
“Mandi pagi buta kan, mandi la tengah hari pula.” Aura ketawa terkekek - kekek . Geli hati melihat Zaffrel yang sudah jatuh ke dalam kolam renang.
“Amboi sayang, suka hati je tolak orang.” Zaffrel terus berenang kearah Aura lalu menarik Aura jatuh ke dalam kolam.
“Abang! Sejuklah!” Bentak Aura apabila selamat terjunam ke dalam kolam.
“Bercakap macam kita duduk London. Sayang ni Malaysia tak payah nak berlagak sejuk macam duduk London sangat.” Bebel Zaffrel.
“Suka hati la. Dah kita terpikat dengan London, tu yang terbawa - bawa feel London tu.” Jawab Aura lalu terus menyelamkan dirinya kedalam air.
Zaffrel meleretkan senyuman apabila dia mendapat akal untuk mengenakan Aura. Dia turut menyelam bertentangan dengan Aura lalu menghampiri Aura yang sedang menyelam.
Cup!
Membulat mata Aura saat terkejut dengan tindakan Zaffrel. Dia terus mengangkat wajahnya dari menyelam.
“Abang! Ish dalam kolam pun nak jadi ulat bulu! Suka ambil kesempatan.” Bentak Aura lalu memercikkan air pada wajah Zaffrel.
“Hukuman sebab bangun lewat dan tak mandi.” Zaffrel ketawa bebas. Suka benar tengok muka blushing Aura.
Ting Tong! Ting Tong!
Loceng rumah kedengaran. Zaffrel terus mendaki tangga kolam naik ke atas bagi melihat tetamu yang hadir. Aura turut mengikut langkah Zaffrel dari arah belakang.
“Adrian kau buat apa dekat sini?” Soal Zaffrel . Jelas riak terkejut di wajahnya.
“Aku perlu buat perhitungan dengan kau!”
Share this novel