JDMA-18 (KEJUTAN)

Romance Series 66915

(KEJUTAN)

AURA berjalan menuju ke arah biliknya. Dia menghentikan langkahnya saat dirinya kini berdiri dihadapan pintu bilik.

No Aura kau jangan lemah. Ingat kau sedang bertarung. Mungkin daddy mampu ugut kau , tapi ingat kau bukan manusia yang mudah untuk ditindas. Takpa daddy, rahsia daddy Aura simpan kemas - kemas tapi ingat, bila - bila masa saja daddy akan tersungkur dengan sumpahan daddy sendiri.

“Hey darling.” Sapa Zaffrel dari arah belakang Aura.

“Ish suka buat orang terkejut. Tak boleh ke kalau bagi salam dulu.” Bebel Aura sambil melurutkan dadanya. Sejak bila dia duduk dekat sini bukan ke dia dekat dalam.

“Darling buat apa depan pintu bilik ni? Kenapa tak masuk je?”

“Mana ada nak masuk la ni.” Aura berura - ura ingin masuk kedalam bilik namun dihalang oleh Zaffrel.

“Daddy cakap apa tadi?” Soal Zaffrel dengan perlahan. Nasih baik bilik Dato Malek dan Datin Rasyidah dekat bawah.

“Nothing” jawab Aura ringkas.

“Impossible. Bukan main lama berbual takkan tak ada apa yang daddy cakap.” Tangan Aura diraih lalu dikucup beberapa kali. Wangi , i like.

Aura terdiam. Untuk menerima itu agar sukar tapi untuk kehilangan itu mustahil. Mungkin aku perlu berhati - hati.

“Nape diam?”

“Tak ada apa la. Aku minta maaf and daddy maafkan so, tak ada apa kan.” Aura menghadiahkan sebuah senyuman. Yes i’m okay right now.

“Darling please, tak baik tau seorang isteri cakap aku kau dengan suami.” Zaffrel meleretkan suaranya. Kenapa dengan kau ni Zaff buat malu kaum adam betul. Tapi comel apa panggilan hubby.

“Eh kau merepek apa ni? Sebelum ni okay je . Ni nak main dosa pahala pula.” Bahu Zaffrel menjadi sasaran cubitan sepit ketam Aura.

“Sakit la sayang. Alaa sayang yang mula dulu kan. Kalau sayang tak sebut hubby malam tu , hubby pun tak jadi addicted dengan panggilan ni.” Terbuntang luas mata Aura apabila Zaffrel dengan selamba berhubby sayang.

“Tak payah nak hubby sayang sangat la. Jangan nak melebih eh.” Aura terus memasuki bilik menghiraukan sahaja Zaffrel yang sudah masam mencuka.

Zaffrel turut memasuki bilik dengan hati yang sebal. Dia mengambil bantal disebelah Aura lalu melabuhkan badannya di lantai. Nampak sangat dia masih tak boleh nak terima aku.

Aura mengerling kearah Zaffrel. Aik merajuk ke. Takkan dah nak merajuk.

“Hubby...” Aura meleretkan suaranya.

Diam je, fuh kena pujuk la ni.

“Hubby jom la tidur atas.” Cukup dengan itu Aura terus mengambil bantalnya lalu turut membaringkan dirinya dilantai sebelah Zaffrel.

“Hubby, jangan la merajuk macam ni.” Tubuh Zaffrel yang membelakanginya dipeluk erat.

“Pergi tidur Aura. Kalau tak ikhlas tak payah susahkan mulut tu.” Mendatar sahaja suara Zaffrel saat ini.

“Aura ikhlas ni. Hubby jangan la merajuk lagi.” Wajah Aura disembamkan pada belakang Zaffrel.

“Pergi tidur atas Aura. Aku tak nak paksa kau.” Tanpa disedari Aura terus menangis teresak-esak. Wajahnya tetap disembamkan pada belakang Zaffrel. Pelukan pada pinggang Zaffrel dieratkan lagi. Zaffrel tergamam seketika.

“Jangan marah Aura. Aura janji yang Aura akan panggil hubby. Jangan tinggalkan Aura.” Aura bersuara dalam keadaan sebak. Kalau Zaffrel merajuk mesti dia akan jauh dengan aku. Mesti dia dah tak sayang aku. Aku tak sedia nak berpisah dengan dia lagi.

“Kenapa ni aku tak nak paksa kau. Sorry, kalau kau tak sedia takpa, aku sanggup tunggu sampai kau sedia.” Zaffrel memusingkan badannya perlahan - lahan memandang kearah Aura. Aura kembali menyembamkan badannya pada dada bidang Zaffrel.

“Aura janji Aura akan panggil hubby. Aura tak nak kehilangan hubby. Aura tak sedia lagi nak kehilangan hubby.” Aura mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Zaffrel.

“Kenapa cakap macam ni? Aura masih tak terima perkahwinan ni ke sampai nak fikir macam ni? Pernah ke hubby cakap nak tinggalkan Aura, pernah?” Zaffrel mula berasa hampa. Macam mana dia boleh fikir aku nak tinggalkan dia ? Dia masih fikir perkahwinan ni tak akan kekal ke?

“Takpa salahkan je Aura. Salahkan semua atas Aura. Biar Aura je nampak jahat. Kalau hubby tak duduk tempat Aura, hubby tak akan faham. Hubby hanya mampu menyalahkan Aura je.” Aura mengambil bantalnya lalu terus naik kembali ke atas katil. Aku macam orang gila sanggup bertengkak dengan daddy semata-mata nak pertahankan perkahwinan ni tapi kau mudah-mudah je nak salahkan aku.

Zaffrel mengeluh sesaat. Kau pun satu, elok-elok si Aura tu sanggup panggil kau hubby kau pula buat hal.

“Aura sorry la. Hubby tak ada niat nak salahkan Aura. Hubby cuma tak nak Aura fikir macam tu lagi. Please darling, jangan la macam ni. Nanti siapa nak peluk hubby tidur.” Zaffrel duduk bersila disebelah Aura. Aku tak pandai pujuk perempuan merajuk ni. Menyesal tak belajar dulu sebelum kahwin.

“Diam. Aura nak tidur.” Aura terus melelapkan matanya. Tunggu kau esok aku sambung merajuk.

Ni la perempuan, sedih ke happy ke derita ke, kalau dah boleh tidur memang dah tak peduli apa - apa.

“MORNING mummy. Sedapnya bau, mummy masak apa ni?” Sapa Aura dengan ceria.

“Mummy masak nasi goreng je. Zaff mana?” Soal Datin Rasyidah dengan senyuman. Rindu nak berborak dengan anak menantu.

“Ada ni mummy. Morning mummy, morning sayang.” Zaffrel mencium pipi Datin Rasyidah dan turut mencium pipi Aura. Aura hanya tayang wajah tiada riaksi. Sekarang dah pandai nak melebih kan, aku tak cakap ya ke tidak dah pandai - pandai nak cium orang.

“Kenapa masam lagi muka ni. Senyum la” pipi Aura dicubit sessaat.

“Korang gaduh eh? Zaff buli Aura ke?” Tebak Datin Rasyidah.

“Ni kes merajuk mummy. Mummy tahu tak nak pujuk perempuan ni macam mana? Yang Zaff tahu cium je la.” Jawapan Zaffrel mengundang sepit ketam dari Aura. Tak malu betul cakap macam tu.

“Pandai buat masalah pandailah pujuk sendiri.” Terlopong Zaffrel mendengar jawapan dari Datin Rasyidah. Ingat boleh tolong tapi sama je.

“Zaff, daddy nak kamu masuk kerja esok.” Dato Malek tiba - tiba sahaja mencelah lalu duduk di meja berhadapan dengan Zaffrel.
Aura mula tidak selesa. Mengingati hal semalam sahaja mampu membuatkan Aura menyimpan amarah yang mendalam.

“Bagi Zaff beberapa hari lagi.” Jawab Zaffrel ringkas.

“No esok Linda masuk kerja. Dia perlukan Zaff.” Ujar Dato Malek.

So Linda jadi la kerja dengan Zaff. Bijak permainan daddy saja nak rapatkan diorang. Aku takkan biarkan semua ni terjadi.

“Linda , Linda , Linda. Boleh tak kalau daddy tak sebut nama perempuan tu. Daddy yang ambil dia kerja pandai-pandai la daddy uruskan dia. Zaff tak nak kena mengena dengan dia. Stop la daddy. Zaff penat dengan semua ni.” Zaffrel memicit kepalanya. Pening aku fikir masalah perempuan seekor ni.

“Dah la boleh tak jangan gaduh. Depan rezeki pun nak bergaduh.” Datin Rasyidah terus menjamu nasi goreng yang terhidang. Penat dengan suami sendiri, makin tua makin pelik perangai tu. Dah jatuh cinta dengan Linda agaknya. Pergi la kahwin kalau dah gatal sangat.

Mereka yang lain juga turut menikmati juadah tanpa bercakap sedikit pun. Rasa macam duduk semeja dengan orang luar.

“Aura pergi dulu ya mummy. Nanti Aura datang sini lagi.” Tangan Datin Rasyidah dikucup hormat lalu dicium kedua belah pipi tua tersebut.

Aura mendekati Dato Malek yang duduk termenung di kolam ikan. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman tetapi Dato Malek hanya mengendahkan sahaja memandangkan tiada orang nampak mereka disitu.

“Nampak gayanya Aura tak nak mengalah kan.”
Dato Malek memusingkan badannya menghadap Aura. Tangannya masuk ke dalam kocek seluar.

“Bukan Aura yang patut mengalah tapi daddy. Aura tak perlu mengalah sebab Aura memang berhak atas rumah tangga Aura. Daddy yang patut mengalah sebab daddy tak ada hak apa-apa pun. Ingat Linda tu anak tiri budak anak angkat. Sepatutnya kebahagiaan Zaffrel perlu diutamakan bukan Linda.” Aura menyilangkan tangannya kedada. Ingat aku takut dengan dia.

“Zaffrel hanya bahagia dengan Linda bukan dengan Aura. Jangan cabar daddy!” Keras suara Dato Malek saat ini.

“Ouh ye ke? Tak tahu la pula. Tapi Zaffrel lebih bahagia kalau orang luar tak masuk campur hal rumahtangga dia. So good luck daddy. Semoga berjaya runtuhkan masjid orang. Kalau masjid daddy runtuh tak apa, sebab daddy kan ada dua masjid.” Aura senyum sinis lalu terus meninggalkan Dato Malek yang sudah tidak tertahan amarahnya.

Beberapa saat kemudian Zaffrel pula mendapatkan Dato Malek untuk bersalaman sebelum pulang ke rumah Aura. Kalau nak ikutkan hati tak nak jumpa dah, tapi tak nak pula jadi anak derhaka.

“Zaff nak tahu Aura cakap apa dekat daddy semalam?” Soal Dato Malek. Zaffrel hanya mendiamkan diri.

“Dia cakap dia dah sanggup untuk tinggalkan Zaffrel.” Sambung Dato Malek lagi. Zaffrel masih lagi mendiamkan diri.

“Daddy tahu daddy salah sebab suruh Aura bagi Linda peluang untuk rapat dengan Zaff, tapi tak sangka dia setuju. Dia cakap dia dah sedia untuk tinggalkan Zaff. Dan dia cakap perkahwinan ni pun bukan yang dia inginkan. Dia dah sedia untuk pergi. Daddy harap Zaff dapat pujuk Aura. Daddy sayangkan menantu daddy.” Luah Dato Malek.

“Zaff pergi dulu, dah lewat ni.” Tangan Dato Malek terus diraih lalu dikucup sebelum meninggalkan lelaki itu seorang diri.

Dato Malek senyum sinis. Nenek yang menugaskan untuk menjaga Zaffrel di London dahulu pernah berkata bahawa Zaffrel seorang yang mudah ditipu.

DALAM perjalanan kerumah Aura, Zaffrel hanya mendiamkan diri begitu juga dengan Aura. Masing masing memilih untuk diam dari berbual.

“Berhenti dekat station minyak jap boleh. Tak tahan la.” Aura senyum senget. Nak kencing ni.

“Baik darling.” Beberapa minit kemudian, Zaffrel menghentikan keretanya di station minyak.

Usia membuang air kecil, Aura terus berjalan ke kereta milik Zaffrel. Namun langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Adrian sedang berbual dengan seorang lelaki. Muka diorang nampak sama, maybe saudara mara dia. Lantaklah malas aku nak peduli, tengok muka kau pun dah buat aku benci.

“Aura jom!” Tangan Aura ditarik lalu terus masuk kedalam perut kereta. Zaffrel menarik nafas dalam sebelum memulakan pemanduannya.

“Kenapa cemas sangat ni?” Soal Aura.

“Tak ada apa la.” Jawab Zaffrel lalu menghadiahkan sebuah senyuman.

Aura hanya mengangguk. Biarlah dia, nanti aku juga dia cari bila nak luah masalah dia.

Zaffrel cuba mengawal perasaan. Sungguh dia terkejut melihat Zack sedang rancak berbual dengan Adrian seperti sudah berkenalan lama. Diorang ada hubungan ke?

“Ala mama dan papa tak ada kat rumah la.” Aura mencebik hendak menangis apabila melihat kereta papa dan mamanya tiada di pekarangan rumah. Baru nak lepaskan rindu. Lama dah tak jumpa.

“Jom masuk dulu. Nanti mama dan papa balik la.” Aura hanya mengangguk. Dia keluar dari perut kereta lalu terus memasuki rumahnya.

“Suprise!”

“Happy Birthday darling.” Ucap Zaffrel lalu melabuhkan ciuman pada dahi Aura yang sedang tergamam melihat apa yang berlaku.

“Thank you. Aura sendiri tak ingat birthday Aura.” Tanpa sedar air matanya mula menitis. Terharu sangat.

“Only for you sayang. Thank you for being a ray in my life. Come.” Tangan Aura diraih lalu berjalan menuju ke arah dessert desk . Aura terpesona melihat kek yang begitu mewah sekali. Balloon gate yang berwarna biru muda pula cantik terhias dibelakang kek. Dekorasi kek dan hiasan latar sangat cantik dan tampak mewah.

Aura memandang kearah sisinya pula. Dia tergamam apabila melihat masih ada decoration balloon yang begitu cantik dan meriah. Ditengahnya pula ditulis ‘Love’ .

( Untuk tengok deco, boleh tengok di ig @anisyaaziz )

“Banyaknya balloon. Cantik sangat. Thank you hubby.” Aura memeluk tubuh Zaffrel. Rasa tak percaya dapat kejutan mewah macam ni.

“Ehem. Buat kita macam tak wujud je dekat sini.” Usik Dato Khalid. Tapi dalam hatinya dah banyak fikir, si Aura ni bukan boleh kira mood bertukar - kejar kejap okay kejap melayan orang kena sound dengan dia.

“Sorry - sorry excited sangat.” Aura menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hilang merajuk aku tadi. Tak boleh jadi ni malam ni sambung merajuk.

Zaffrel tersenyum melihat senyuman yang mekar di wajah Aura. Kalau duduk dirumah dia, hanya suram sahaja menghiasi wajah isterinya.

Mereka bergelak ketawa sambil menikmati juadah yang disediakan. Boleh pecah perut nak habiskan kek semua ni. Nasib baik Marsha dan Ilham turut menyertai party tersebut. Boleh la bagi diorang bawa balik kek yang tinggi macam gunung everest ni.

“Aura masuk bilik dulu, nak bersihkan diri. Nanti Aura tolong mama kemaskan semua ni.” Pinta Aura dengan sopan lalu memasuki bilik tidur.

“Hubby! Apa ni.” Aura mengecilkan matanya memandang kearah Zaffrel. Nak suprise sampai macam ni sekali.

“Cantik apa.” Jawab Zaffrel lalu duduk dikatil yang dipenuhi balloon sambil bermain balloon yang penuh menutup syiling bilik.

“Habis kita nak tidur dalam belon macam ni?” Aura berjalan sambil memerhati segenap ruang bilik tidur yang sudah dipenuhi dengan balloon berwarna hitam , putih dan gold.

“Setahun sekali je sayang.” Zaffrel senyum senget.

“Tahun depan nak buat lagi la macam ni.”

“Tahun depan kita tempah 10 tan belon letak dalam bilik.” Jawab Zaffrel.

“Mengada.” Aura terus masuk kedalam toilet untuk membersihkan dirinya.

Alhamdulillah, Aura dah macam boleh terima aku . Semoga perkahwinan yang dibina ni berkekalan hingga ke jannah.

Maaf bab kali ni boring sikit.. idea x keluar hahah.. kalau nk masukkan Linda atau Tasha nanti kesian dekat mereka teruk kena kecam hahahah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience