JDMA-19 (KANTOI)

Romance Series 66915

( KANTOI )

AURA mendekati Zaffrel yang sedang lena dibuai mimpi. Wajah Zaffrel ditatap seketika. Handsome juga suami aku. Jauh lebih handsome dari si Adrian belalang kunyit tu.

Entah la Zaff, aku pun tak faham dengan perasaan aku sendiri. Aku takut nak berpisah tapi aku takut untuk menerima semua ni. Aku takut kau berubah hati nanti. Aku tak nak kecewa.

“Zaff, bangunlah . Pergi mandi dulu baru tidur.” Aura menggongcang lengan Zaffrel. Sesekali tali belon yang beterbangan terkena pada wajah Aura. Ish serabut pula aku.

“Ya Allah terlelap pula.” Zaffrel bangun sambil menggeliat. Penatlah pula.

“Zaff, nak cakap sikit boleh.” Aura tayang wajah cute nak membodek la ni.

Zaff lagi, suka hati la Aura nak panggil apa pun. Kalau merajuk dia cakap aku marah dia pula.

“Ada apa?” Soal Zaffrel.

“Esok aku nak masuk kerja. Eh tak Aura nak masuk kerja. Kesian dekat daddy banyak kerja dekat office.” Ujar Aura dengan sopan.

“Boleh je. Tapi jangan nak melayan lelaki lain eh. Ingat sayang tu bini orang.” Zaffrel bangun dari katil lalu mencapai tuala mandinya.

“Cakap orang, baik cakap dekat diri sendiri. Hubby tu yang patut kena pesan . Tahu la dah nak kerja sekali dengan Linda. Mulut cakap tak nak nanti kena goda sekali dua dah mula nak tergoda.” Aura tayang wajah merajuk. Lelaki ni cakap je tak nak tapi kena goda sikit je mula la nak pasang baru.

“Ehh sayang cemburu ke? Orang cakap cemburu tu tanda dia sayang” Zaffrel mengecilkan matanya. Oh tidak, Aura dah pandai cemburu.

“Entah siapa yang nak cemburu. Tak da orang pun nak sayang dekat dia. Perasan je lebih.” Aura menyilangkan tangannya kedada.

“Takpa kalau tak sayang hubby, hubby pun tak nak sayang Aura.” Zaffrel turut menyilangkan tangannya kedada. Wajahnya memandang kearah lain.

“Eleh tak nak sayang konon. Dia adalah Aura Fellisya. Siap menyanyi penuh syahdu lagi.” Aura meniru suara Zaffrel. Ingat aku tak dengar apa dia cakap malam tu.

“Amboi, sayang tak tidur lagi la malam tu.” Zaffrel mencubit lembut bahu Aura. Pandai menipu eh.

“Nape malu sebab kantoi dengan bini sendiri.” Usik Aura lagi.

“Cakap orang eh, habis tu yang good night encik suami tu macam mana? Siap tenung hubby sampai nak keluar biji mata. Ingat hubby dah tidur ke?” Haa merah dah muka. Tahu pun malu.

“Eyy jahat la. Aura bukan cakap dekat hubby perasan je lebih. Dah pergi mandi.” Aura terus keluar dari bilik tidur. Lain kali kena pastikan dia betul - betul tidur baru boleh nak tenung. Ah malunya aku.

ZAFFREL menghentikan keretanya dihadapan syarikat milik Dato Khalid. Aura mengeluh sesaat. Orang lain kahwin boleh cuci mata rehat - rehat pergi honeymoon , tapi aku pergi honeymoon dekat pulau duk berkejar dengan penjahat.

“Jauh termenung. Tak sanggup nak tinggal hubby ke?” Usik Zaffrel.

“Takda maknanya. Aura masuk kerja dulu. Petang nanti jangan lambat tau. Kalau abang lambat Aura tak nak kawan”. Tangan Zaffrel terus diraih lalu dikucup hormat.

“Abang? Siapa pula abang ni?” Zaffrel mengerutkan dahinya. Aku abang dia ke? Aku suami dia bukan. Ke dia tertukar dengan kekasih lain ni. Curang eh?

“You want me to call you abang or i will just call you Zaff? So, choose your best option okay.” Aura melambai tangannya lalu terus keluar dari perut kereta. Abang pun okay apa.

Abang pun abang la. Kau ni kenapa Zaff kemaruk sangat nak orang panggil hubby bagai. Makin hari makin hilang macho kau ni. Fokus Zaff.

“Morning Puan Aura. Berseri -seri ye wajah pengantin baru kita ni.” Usik Rania selaku PA Aura.

“Hello saya ni selalu berseri - seri tau. Bukan macam dia tu , single sampai sekarang.” Aura menunding jari ke arah Marsha yang sedang berjalan menghampirinya. Mereke ketawa kecil.

“Amboi korang , mengata aku nombor satu kan. Tak jadi la nak belanja lunch nanti.” Marsha memasamkan mukanya. Apa teruk sangat ke orang single ni.

“Tak pa lagi pun Puan Aura ada meeting lunch nanti.” Jawab Rania sambil membelek tab ditangannya.

“Ish benci la korang ni, kalau aku nak buat baik je mesti ada yang nak halang.” Marsha terus berjalan masuk ke dalam bilik kerjanya. Tapi bagus juga jimat duit aku.

“Saya ada meeting dekat mana Rania?” Soal Aura. Ingat boleh buat kerja dekat office je tapi terpaksa pergi meeting.

“Meeting dengan syarikat TRX Holdings pukul 2 nanti. Tapi saya tak boleh ikut sebab pukul 2:30 saya ada meeting dekat Damansara.” Jelas Rania.

“Baik thank you. Nanti share location dekat saya.” Pinta Aura lalu terus masuk kedalam bilik kerjanya. Rania hanya mengangguk lalu meneruskan kerjanya.

Tepat jam 2 petang, Aura masuk ke dalam restoran yang dinyatakan oleh Rania. Dia duduk di meja yang kosong sambil menunggu kedatangan
wakil dari TRX Holdings.

“Hai Aura nice to meet you again.” Tasha duduk dikerusi hadapan Aura. Aura hanya beriak biasa. Aku dah agak dah TRX Holdings ni milik Tasha. Geram pula aku tengok muka budak ni , rasa nak lempang je.

“Kau nak apa? Aku tak ada banyak masa ni.” Aura menyilangkan tangannya kedada . Sesekali dia mengerling jam ditangannya.

“Ni, kau setuju atau tak?” Sebauh fail hitam dihulurkan kepada Aura.

“Kalau kau tak setuju untuk bagi 1 juta dekat aku, syarikat Zaffrel akan bankrupt . As you know daddy aku ada saham dalam syarikat tu, setakat nak jatuhkan syarikat Zaff tu main - main je. So kau pilih la 1 juta atau kau nak tengok Zaffrel sedih sebab syarikat yang dia sayang bankrupt macam tu je.” Ugut Tasha sambil tersenyum sinis. Ada guna juga aku kenal dengan si Aura ni.

“Kesian dekat kau. Miskin sangat dah ke sampai nak minta sedekah macam ni? Tak cukup makan sampai nak minta duit orang? Muncul - muncul je terus nak minta duit orang. Memalukan betul” Sindir Aura.

“Well aku memang kemaruk duit orang. Sebab tu aku gunakan Zaff untuk jadi kambing hitam. Tapi tak sangka aku silap orang.” Tasha diam seketika. Kalau aku tak buat hal mesti aku dah dapat untung besar.

“Sebab kau bodoh. So simpan bodoh kau tu dan balik sekarang. Menyampah aku tengok muka tak malu kau ni. Dah macam pengemis. Aku bukan bank nak cop duit bagi dekat kau.” Bidas Aura lagi.

“Kurang ajar kan kau. Nampak gayanya kau dah sedia nak tengok kehancuran syarikat Zaff. Tunggu kau dalam masa terdekat sahaja aku akan pastikan syarikat Zaffrel musnah!” Tasha menumbuk kuat meja tersebut. Nasib meja marble tangan dia yang sakit.

“Aku memang kurang ajar. So good luck la ye. Tak sabar nak tengok kau musnahkan syarikat Zaff.” Aura duduk menongkatkan dagunya dengan tangan. Macam ni muka budak tak tahu malu.

“Kau tak kenal siapa aku Aura. Setakat kau tu hujung kaki aku je la.” Tasha bangun dari duduknya dengan penuh amarah. No kau akan menyesal sebab kutuk aku.

“Kau Ingat aku bodoh macam kau.” Aura mengeluarkan iphone dalam beg tangannya lalu menghentikan rakaman suara. Come on ni Aura la.

“Sayang are you okay?” Zaffrel yang baru sahaja sampai di restoran itu terus mendapatkan Aura. Terkejut juga tadi apabila Rania memberitahu bahawa Aura ada meeting dengan TRX Holdings.

“Aura okay je.” Jawab Aura ringkas.

“Lain kali kalau bunyi je TRX Holdings tak payah layan.” Pesan Zaffrel lalu duduk dihadapan Aura.

“Careful, Tasha ada niat jahat.” Luah Aura.

“I know it sayang.” Jawab Zaffrel dengan selamba sambil memilih menu yang tersedia di atas meja.

“How do you know about that?” Aura mengerutkan dahinya. Aku tengok dia macam blur tak tahu apa - apa je.

“ Abang kenal dia lagi lama dari sayang kenal dia.”

“So abang ada bukti kalau apa - apa terjadi?” Duga Aura.

“Tak perlu semua tu. Because I know, my wife already has that proof. Dah jom makan lapar dah ni.” Zaffrel terus mengangkat tangan untuk memanggil waiter. Dia ni intip aku ke apa?

Orang kenal aku sebagai orang yang mudah ditipu. Tapi silap semua ni rancangan nenek untuk mengelirukan musuh. Nenek nak musuh pandang rendah pada aku, so diorang tak akan bersedia jika aku bertindak lebih drastik.

Saat Aura sedang menikmati makanan yang dipesan, matanya tertangkap pada susuk tubuh Dato Malek bersama Linda sedang menjamu selera dengan mesra sekali. Wow, nampak gayanya ada game hari ni. Kini masanya untuk aku mulakan perlawanan.

“Abang, cuba tengok dekat sana. Tu bukan ke daddy dengan Linda. Aura takut silap orang je. Rabun Aura ni bukan boleh kira sangat.” Aura mula cucuk jarum. Alahai daddy, kesian. Belum apa - apa dah kantoi.

“Ouw patutlah pertahankan sangat si Linda tu. Dah jadi sugar daddy rupanya.” Zaffrel bangkit dari kerusi lalu terus berjalan mendekati meja Dato Malek dan Linda.

“Sweet sangat, makan berdua - duaan sambil bergelak ketawa. Bakal bini baru ke?” Sindir Zaffrel dengan senyuman sinis.

Dato Malek dan Linda terkejut dengan kehadiran Zaffrel. Segala sumpah seranah bermain dihatinya.

“Zaff, daddy jumpa Linda tadi, tu yang ajak makan sekali . Jangan nak fikir lebih - lebih pula.” Dato Malek cuba mengawal riak wajahnya. Sesekali dia mengerling kearah Aura yang asyik menayang senyum sinisnya.

“ No Zaff tak fikir pelik. Zaff cuma happy sebab bakal dapat ibu tiri . Tak sabar nak bagitahu mummy.” Perli Zaffrel lagi. Tua - tua pun gatal, patut la asyik bela perempuan ni.

“No Zaff! Linda tak ada apa - apa hubungan dengan daddy. Linda sayang Zaff sorang je.” Linda bangun dari kerusi lalu memegang lengan Zaffrel . Zaffrel merentap kasar lengannya dengan kuat lalu mengambil air kosong diatas meja untuk mencuci lengannya. Mata - mata yang memandang ke arahnya dibiarkan sahaja.

“Kotor lengan aku. Maaf ganggu teruskan bersuka ria. By the way daddy, hantaran Linda kasi lebih sikit, sebab dah terbiasa pegang jantan yang bukan mahram.” Zaffrel terus keluar dari restoran tersebut dengan amarah yang menggunung. Patut la beria sangat nak aku terima si Linda ni, rupa - rupanya tak sabar nak duduk sebumbung.

“Tahniah daddy.” Perli Aura pula. Senyuman tak hilang di bibir Aura.

“Jangan nak biadap Aura. Daddy tak gila nak kahwin dengan anak tiri daddy sendiri!” Mencerlung Dato Malek memandang kearah Aura.

“La anak tiri, ouh lupa la anak tiri. Tapi anak tiri pun sah nikah ye. By the way, mummy dengan Zaff tak tahu pun pasal ni, so daddy rasa apa yang mereka fikir. Mesti diorang fikir yang Linda ni bakal jadi isteri daddy kan.” Aura membuat suara seakan menganjing.

“Biadap kau Aura! Linda anak tiri daddy! Daddy tak akan kahwin dengan dia. Dia untuk Zaffrel!” Terdiri Dato Malek akibat terlalu marah.

“Then pergi bagitahu mummy dan Zaff yang Linda ni anak tiri daddy bukan anak ikan daddy.” Aura senyum sinis . Bahagia pula aku rasa.

“Aura jangan ...”

“No daddy, keputusan ada pada daddy. Bagitahu hal sebenar atau sedia untuk terima apa yang mummy dan Zaff fikir. Mana tahu balik rumah lepas ni dah siap pelamin mummy tolong hiaskan.” Bidas Aura lagi.

“And kau Linda, kau rasa Zaff nak ke dekat kau bila dia tahu yang kau bakal jadi ibu tiri dia? Mungkin mimpi kau nak Zaff panggil sayang tu hancur. Nanti Zaff akan panggil kau ibu tak pun umi.” Aura tayang senyum lagi. Dia terus beredar keluar dari restoran tersebut. Kesian daddy, belum apa - apa dah tersungkur. Aku baru nak mulakan game , tapi daddy kantoi dengan kecuaian diri sendiri.

“Daddy macam mana ni , kalau Zaff dah benci kan Linda macam mana.” Linda kesat air mata palsu yang keluar dari matanya.

“Daddy akan usaha pujuk Zaff. Daddy tak nak Linda hidup seperti tiada keluarga sedangkan Linda pun anak daddy. Macam mana sekali pun daddy akan ingat pesan arwah ibu untuk jaga Linda. Daddy rindu arwah ibu.” Dato Malek termenung seketika. Aku tak akan biarkan rahsia ni bocor. Tapi Aura terlalu licik, aku kena hati - hati.

Tukar panggilan Abang la , sorry.. terbiasa dengan abang pula.. btw Dato Malek macam mana? Awal kantoi cakap je besar..

Share this novel

JihaAlcatraz
2024-01-09 10:40:25 

maaf author. anak tiri x boleh kawin dgn bapa tiri sbb bapanya sudah menggauli ibu kandung

Yasmin Cyg
2021-07-25 09:21:02 

padan lah muka datuk malek tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience