JDMA-42 (BAHAGIA BERSAMA)

Romance Series 66915

(BAHAGIA BERSAMA)

“Kahwin dengan saya!”

“Abang!” Terdiri Zaffrel akibat terkejut dengan pernyataan Adrian.

Adrian menekup mulutnya. Ya Allah sumpah aku nak lempang mulut ni. Aku nak cakap dalam hati je macam mana boleh terkeluar dekat realiti ni. Sumpah aku rasa nak menyorok dalam singki dapur.

“Apa Adrian? Ulang sekali lagi?” Soal Aura dengan wajahnya yang berkerut.

“Tak..Tak.. Erkk.. Erkk...” Tubuh Adrian mula menggigil. Celahan kulitnya mula mengeluarkan peluh. Terasa seperti dirinya dibakar.

“I pergi dulu.” Tasha menunduk sedikit lalu terus berlari dari situ.

Tiba sahaja diperhentian bas dia terus terduduk lemah. Dia menangis semahu - mahunya.

Hidup kau dah musnah Tasha. Jangan berangan akan hadirnya seorang lelaki yang ikhlas mencintai kau. Tiada siapa yang mahukan isteri macam kau. Kau dah tak ada dara, kau dah rosak. Kau pernah mengandungkan anak luar nikah. Hidup kau dah hancur!

Tasha menghemburkan segala tangisnya. Perutnya yang kempis diusap perlahan.

Kalau sayang masih ada, mesti mummy akan kuat kan. Kenapa sayang tinggalkan mummy. Kenapa sayang biarkan mummy menderita seorang diri? Walaupun orang lain panggil sayang anak haram, tapi sayang tetap anak syurga mummy.

“Jangan meratapi orang yang dah pergi. Hidup kena teruskan. Tak semestinya kisah silam kita adalah punca kehancuran masa depan kita. Hidup perlu diteruskan, cari kebahagiaan bukan meratapi kesedihan...”

“Encik..” Tasha terkedu seketika. Wajah Adrian dihadapannya dipandang penuh hairan.

Macam mana dia tahu kisah hidup aku? Siapa dia sebenarnya?

“Jangan ganggu saya!” Tasha terus berdiri untuk pergi namun pantas tangannya disambar oleh Adrian.

“Tasha tunggu. Jika kisah silam awak menghancurkan kebahagiaan awak, izinkan saya mencipta kebahagiaan itu bersama awak.” Luah Adrian sambil merenung dalam anak mata hazel milik Tasha.

Tasha terdiam seribu. No Tasha jangan terpedaya. Siapa dia? Kenapa dia tahu nama aku? No Tasha NO!

“Encik ni siapa? Kenapa semua hal pribadi saya encik tahu?” Soal Tasha lalu menarik lembut tangannya dari dipegang Adrian.

“Sayalah lelaki yang pernah bencikan awak, pernah tercrushkan awak dah kini bakal melamar awak untuk jadi isteri seumur hidup saya.” Luah Adrian lagi.

“Tak, apa semua ni? Saya tak faham..”

“Saya pernah benci awak sebab awak selalu ganggu hidup Zaffrel, saya pernah tercrushkan awak sewaktu saya ekori kemana sahaja awak pergi demi melindungi Zaffrel dan Aura. Saya pernah pukul lelaki yang buat hidup awak gelap. Dan kini izinkan saya untuk melamar awak untuk jadi isteri saya.” Adrian duduk melutut lalu mengeluarkan sebentuk cincin dari kocek bajunya.

“No saya tak percayakan awak!” Tolak Tasha. Siapa sahaja akan menerima lamaran dengan begitu mudah. Kenal tidak tiba - tiba sahaja dilamar.

“Tasha, ini adalah jalan untuk you kecapi kebahagiaan you. Fikirlah yang terbaik...”

Tasha menoleh pula kebelakang saat satu suara menyapanya.

“Aura..”

Aura mengangguk dengan senyuman.

Tasha memejamkan matanya seketika. Adakah ini dinamakan takdir? Adakah aku perlu menerima dan memberi peluang kepadanya.

“Saya setuju.” Jawab Tasha yang masih lagi memejamkan mata. Hidup aku dah hancur , nak tak nak aku kena cuba cari kebahagiaan aku sendiri.

Adrian sudah pun tersenyum lebar. Cincin ditangannya terus disarung di jari manis Tasha.

Tasha tergamam. Cincin yang tersarung cantik ditangannya ditilik dengan senyuman.

“Ehem, tu cincin Aura. Adrian pinjam tadi. Harap pulangkan ye. Abang kau pergi beli cincin baru.” Celah Zaffrel pula.

Tasha ketap bibir geram. Cis aku baru nak berangan tahap dewa sekali cincin pinjam. Kurang asam betul.

“Erkk, saya nak balik cincin tu boleh? Nanti saya belikan yang baru untuk awak.” Adrian senyum senget. Ahh malu pula aku rasa.

Tasha terus memberikan cincin tersebut kepada Aura. Aku pun sama la malu tau. Ingat dia memang nak bagi aku dah tadi.

HARI berganti hari minggu berganti minggu. Kini bulan pula menjelma. Sedar tak sedar sudah dua bulan mereka bahagia dengan keluarga baharu. Dan kini kandungan Aura sudah mengenjak ke tiga bulan.

Dan berita yang sangat mengembirakan seluruh ahli keluarga mereka adalah berita tentang perkahwinan Datin Rasyidah dan.. hurmm adakah Zack ? Tak bukan Zack. Tak percaya kan tapi itulah hakikatnya. Datin Rasyidah bakal berkahwin dengan lelaki yang dicintainya dan lelaki itu bukanlah Zack atau nama sebenarnya Syed Zackuan.

Perkahwinan mereka bakal berlansung pada hari esok dan yang lebih menggembirakan lagi perkahwinan mereka adalah serentak dengan perkahwinan Adrian dan Tasha.

Suasana rumah Datin Rasyidah riuh rendah dengan kehadiran saudara mara terdekat. Walaupun majlis yang diadakan hanyalah kecil sahaja namun cukup meriah dengan kehadiran saudara mara terdekat.

Uwekkk!!

Aura mengeluarkan segala isi perutnya didalam singki. Dari tadi lagi kepalanya asyik pening sahaja.

“Aura okay tak ni?” Soal Adrian yang turut sama berada diruangan dapur bersama Ilham.

Uwekkk!!

Soalan Adrian dibiarkan tidak berjawab. Aura masih lagi memuntahkan segala makanan didalam perutnya. Rambutnya yang terjuntai ketepi diselit ditepi telinga.

“Si Zaff mana? Kau pergi panggil Zaff. Kesian aku tengok Aura ni.” Arah Ilham pula.

“Kau tolong tengokkan Aura kejap. Zaffrel ni memang nak kena ada ke patut tinggal bini sorang diri macam ni.” Bebel Adrian lalu terus melangkah keruang tamu.

“Mummy ada nampak Zaff tak?” Soal Adrian saat mendapatkan Datin Rasyidah yang rancak berborak bersama Datin Mona.

“Ada kat luar rumah tu. Dari tadi duk muntah. Jenuh papa nak lurut belakang dia.” Jawab Datin Mona. Ya Adrian turut memanggil Dato Khalid sebagai papa. Begitu akrab hubungan keluarga mereka.

Adrian ketawa kecil. Hilang macho kau Zaff.

Adrian terus keluar rumah mendapatkan Zaffrel yang sedang tertunduk bongkak sambil muntah di longkang sebelah rumahnya.

Adrian duduk bersilang tangan. Kepalanya tersenget sedikit mengintai wajah Zaffrel yang sudah lemah.

“Rancak muntah..”

“Abang diam! Kau tak kena lagi sedap la kata orang. Nanti kena teruk dari aku baru tahu nak jaga mulut tu.” Marah Zaffrel sambil berkumur membersihkan sisa muntahnya.

“Adrian mana Aura? Panggil dia suruh ambik budak ni. Kesian dah daddy tengok si Zaff ni, ni kalau bini duduk sebelah tak ada nak muntahnya.” Celah Zack sambil membersihkan tepi longkang yang habis terkena muntah Zaffrel.

“Aura pun sama je daddy. Ada dekat dapur tu duk muntah. Pucat habis dah muka dia.” Jawab Adrian lalu duduk di meja batu sebelah rumahnya.

Penat. Esok dah majlis kahwin aku tapi hari ni berkejaran kesana kesini urus semua benda. Tak pa, esok hari raja sehari aku. Aku nak buli semua orang untuk dengar cakap aku.

“Zaff masuk dulu. Nak tengok Aura.” Celah Zaffrel lalu terus beredar dari situ.

“Mama Aura mana?” Soal Zaffrel saat kelibat Aura lansung tidak kelihatan.

“Ada dekat bilik mama suruh dia rehat. Penat sangat dah tu. Nanti pujuk dia makan, dia belum makan tu..”

“Baik thanks mama.” Tanpa menunggu Zaffrel terus mendaki anak tangga. Pintu bilik dikuak perlahan bimbang jika kehadirannya menganggu rehat Aura.

“Sayang kenapa tak tidur lagi? Sayang tidur la dulu, nanti abang kejutkan.” Ujar Zaffrel lalu duduk dibirai katil.

“I need you by my side right now and then my eyes can be closed calmly. Can you accompany with me to sleep for now? I need a break and my rest is with you.”

“Sure darling..”

HARI yang ditunggu sudah pun. Saat yang dinantikan turut berlansung dengan penuh kesyukuran. Kini Adrian sudahpun sah menjadi suami kepada Tasha dengan sekali lafaz sahaja. Tasaha kelihatan sangan anggun mengenakan busana ringkas seba putih dan yang paling menambahkan keangguannya apabila Tasha memilih untuk memakai tudung pada hari bahagiaanya itu.

Begitu juga Datin Rasyidah tetap anggun walaupun sudah berusia. Baju kurung modern yang agak simple namun tetap kelihatan jelita.

Dengan sekali lafaz Datin Rasyidah sah bergelar seorang isteri kepada Dato Syed Zackuan. Ya bukanlah Zack yang dikahwininya saat ini namun Dato Syed Zackuan. Orang yang sama namun gelarannya berbeza.

“Tahniah mummy. Mummy cantik sangat hari ni.” Tubuh ayu Datin Rasyidah dipeluk erat. Aura turut melabuhkan ciumannya pada kedua belah pipi Datin Rasyidah.

“And you too Tasha. Congrats. Nanti jangan lupa bagi I anak buah. Cepat sikit tau I baru tiga bulan ni kalau beza pun tak jauh sangat.” Seloroh Aura lalu turut sama memeluk tubuh Tasha.

“Ehem, amboi ingat buat anak macam buat air ke?” Celah Adrian lalu duduk disebelah Tasha.

“Kalau Aura cakap Aura mengidam nak anak saudara macam mana? Tak baik kalau tak tunaikan..”

Adrian dan Tasha sudah melopong. Mak kau dia punya mengidam tahap kritikal betul.

“Kalau abang cakap abang mengidam nak baby sorang lagi boleh tak?” Sampuk Zaffrel lalu menarik kerusi duduk dihadapan Aura.

Aura membalikkan bebola matanya.

“Kalau Aura cakap Aura mengidam nak gigit abang boleh tak?” Soal Aura sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

“Uish sayang takkan kat sini. Kalau ye pun tunggu la malam ni.” Zaffrel mencebik.

Aura sudah melopong. Memang tak boleh tersilap cakap lansung dengan dia ni. Dia punya gatal macam lapar garam dah.

“Eh kau ni, sejak dah kahwin gatal tu melebih kan. Sekarang tak kira depan orang pun kau nak menggatal.” Sampuk Ilham lalu menepuk bahu Zaffrel.

“Ehh korang borak apa tu? Aku ada berita nak cakap ni.” Sambung Ilham pula lalu turut duduk dimeja yang sama. Datin Rasyidah sudah jauh melarikan diri. Malas nak masuk campur urusan budak muda.

“Kau nak kahwin dengan Marsha kan? Kitaorang ni dah tahu la.” Jawab Adrian sambil meneguk air milik Tasha.

“Mana korang tahu ni. Ala tak suprise la macam ni.” Ilham sudah mencebik sedih.

“Hello Aura ni kawan baik Marsha tau. Semua tu dalam tangan ni je la. Apa apa pun tahniah. Jaga Marsha elok - elok. “ pesan Aura dengan senyuman. Marsha tidak dapat menghadiri majlis pada hari ini kerana terpaksa menjaga neneknya yang sakit.

“Thanks Aura. Ehh Adrian, nanti kita pergi honeymoon sama - sama tau. Majlis aku lagi sebulan , so kita pergi honeymoon sekali tau.” Bahu Adrian disenggol perlahan.

“Ehh kau ni geram betul aku tengok. Kecik besar kecik besar je. Aku pergi honeymoon dulu pun kau ganggu ehh sekarang kau nak ikut Adrian pula.” Bebel Zaffrel lalu menjentik perlahan dahi Ilham.

“Aduh sakitlah! Waktu tu aku tak kahwin lagi, nanti aku dah kahwin tak ada masanya aku nak ganggu Adrian, lagipun pergi sekali bilik suku boss.” Ilham menayangkan rolling eyes miliknya.

“Ehh tak sekarang ni kau nak kahwin lagi sebulan, tapi nak pergi honeymoon sekali? Otak kau, kalau lagi sebulan bukan honeymoon bro dah jadi babymoon.” Celah Adrian yang dari tadi menjadi pendengar setia.

“Amboi Adrian, tak menyempat ehh. Sejak bila jadi gelojoh ni? Jangan buat hal tau, kesian dekat Tasha.” Usik Aura sambil menggosok bahu Tasha. Tasha sudahpun kaku seperti di gam.

“Sayang pun hati - hati. Kang diorang baru nak timang first baby kita dah nak timang baby keempat dah.” Sambung Zaffrel pula.

“Abang , Adrian , Ilham semua sama! Gatal! Tu depan sana ada pasir, korang pergi sana tonyoh badan dekat sana. Buang semua gatal korang tu. Abang malam ni tidur luar!” Tegas Aura bersuara lalu terus meninggalkan meja tersebut.

Pap!

Bahu Zaffrel ditampar kuat. Sebelah kanan ditampar Ilham manakala sebelah kiri ditampar Adrian.

“Sebab aku aku sekali kena cop gatal!” Bentak Ilham.

“Ingat Zaff malam ni tidur luar!” Sambung Adrian pula lalu menarik tangan Tasha beredar dari situ.

“Malam ni tidur luar tau, jangan nak perasan nak timang baby keempat kalau setiap malam kau tidur luar.

Zaffrel mendengus kasar. Korang tunggu giliran korang teruk aku kenakan nanti.

SUASANA malam di rumah Datin Rasyidah sangat meriah. Malam pertama dimana semua ahli keluarga mereka bersatu atas satu ikatan yang sah. Bahagia? Ya mereka kini bahagia dengan pasangan masing - masing.

Zaffrel tersenyum bahagis melihat semua ahli keluarganya bersatu kembali. Bahagia benar dilihatnya. Aura yang duduk disebelahnya dipandang dengan senyuman. Tangan Aura yang berada diatas pahanya digengam erat.

“Cuba tengok tu, siapa yang kahwin sekarang ni. Ian rasa Ian yang kahwin, tapi kenapa pengantin lama tu pula yang melebih?” Adrian bersuara lantang. Semua mata tertumpu kepada Zaffrel dan Aura yang sedang suap menyuap sambil bergelak ketawa. Diorang buat macam kitaorang ni tak wujud.

“Lah pahal? Cemburu? Bini dah ada dekat sebelah tu dah sah pun. Pergi la suap bini.” Ujar Zaffrel sambil tangannya ligat menyuap nasi kepada Aura membiarkan sahaja pakcik bawang mengata mereka.

“Daddy tengok si Zaff tu. Apa je modal dia nak mengata kita balik.” Adu Adrian dengan perasaan tidak puas hatinya.

“Dah kahwin pun masih nak jadi anak daddy. Ehh daddy dah ada mummy tang mana sempatnya nak layan kau bang. Tu bini kat sebelah je la yang kena layan kau bang.” Bidas Zaffrel lagi.

“Apa ni Adrian, daddy dah ada mummy. Daddy kena layan mummy. Tasha, nanti layan Adrian baik - baik tau, budak ni nampak je ganas tapi manja. Seluar dalam terkoyak pun boleh nangis tau.” Sambung Zack pula.

“Daddy! Suka jatuhkan saham anak sendiri. Nasib Ian dah kahwin kalau tau kahwin lagi tak ke membujang sampai tua. Silap - silap Ian dapat adik baru dulu baru nak kahwin.” Bentak Adrian.

“Ian! Kang mummy tuntut cucu bulan ni juga baru tau.” Datin Rasyidah mula naik geram. Budak ni hari ni sahaja dah sepuluh kali minta adik.

“Aura dah cakap Aura mengidam nak anak saudara. Kalau korang sayang Aura wajib tunaikan.” Celah Aura pula sambil menelan nasi didalam mulutnya.

Adrian mengeluh berat. Bergadug dengan diorang memang tak akan menang . Win and win milik diorang manakala aku hurmm lose atau lebih tepat loser.

“Sayang..” sapa Zaffrel saat mendapatkan Aura di balkoni bilik mereka.

“Thanks sebab sudi hadir dalam hidup abang. Sudi jadi ibu kepada anak - anak kita. Bertuah sangat abang dapat jadikan sayang sebagai isteri abang.” Pinggang Aura dipeluk erat dari arah belakang.

“Cinta tu tak semestinya menyempurnakan setiap baris kehidupan, namun cukup ianya melengkapi setiap garis percintaan.” Sambung Zaffrel lagi.

"To love is nothing. To be loved is something. But to love and be loved, that's everything. I love you abang.”

“I love you more sayang.”

Jumpa di epilog.. maaf kalau bab ni boring sikit.. nk selesaikan semua kes di bab ni.. di epilog nk bahagia je..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience