( ‘dia’ )
ZAFFREL turun ke tingkat bawah. Mencerlung wajahnya memandang Dato Malek. Cukup daddy cukup! Cukup daddy sakitkan hati Aura.
“Stop Daddy! Kenapa dengan daddy sekarang? Asyik nak salahkan Aura dan Zaff and daddy bela perempuan murahan ni.” Zaffrel mengengam penumbuknya. Kesabaran aku ada had! Jangan cabar aku.
Datin Rasyidah yang sedar akan pakaian Linda pula terus mengambil kain dan menutup tubuh tersebut
Pang!
Terteleng wajah Zaffrel apabila ditampar kuat oleh daddynya.
“Linda bukan perempuan murahan! Jaga percakapan Zaff! Linda anak arwah ibu, kenapa Zaff benci sangat dengan Linda?” Dato Malek menikam tajam wajah anak lelakinya itu.
“Yes Linda anak arwah ibu tapi Zaff ANAK DADDY! Tapi daddy layan Zaff macam orang luar semata-mata nak bela perempuan ni. Stop blinding your eyes daddy..” Zaffrel memandang sinis ke arah Linda. Tahniah sebab buat aku makin benci dengan kau!
“Jom Aura.” Tangan Aura dicapai lalu dibawa keluar dari rumah yang penuh dengan keserabukan.
“Puas hati abang sekarang? Syidah pun tak faham la apa yang abang nak . Abang dah berubah. Sebab sikap abang, Syidah dah tak nampak senyuman di bibir anak menantu Syidah. Dan kau Linda, jangan berani nak ganggu hidup anak menantu aku. Aku hormat kau sebagai anak arwah Puan Zubaidah. Jangan kau nak melebih pula!” Datin Rasyidah melepaskan segala amarahnya lalu terus memasuki bilik tidur. Cukup selama ni aku hanya berdiam diri.
“Linda okay? Maafkan daddy sebab tak mampu nak gembirakan Linda. Daddy janji, apa sahaja yang buat Linda bahagia daddy akan tunaikan.” Rambut Linda diusap lembut menyalurkan segala kasih sayangnya.
“Linda sanggup jadi isteri kedua Zaff, Linda harap daddy mampu tunaikan hasrat Linda. Linda cuma ada daddy.” Mata Linda mula berair.
“Daddy sanggup tunaikan asalkan Linda gembira. Kebahagiaan Linda adalah keutamaan daddy. Linda dah jadi tanggungjawab daddy.” Tangan Linda diambil lalu digengam erat.
“Thanks daddy.” Aura senyum lebar, nampak gayanya makin hari makin mudah aku capai apa yang aku nak.
AURA memandang Zaffrel yang dari tadi memandu namun masih tidak sampai ke destinasi yang dituju.
“Kita nak pergi mana ni? Aku ni lapar lagi mengantuk lagi. Tadi cakap nak pergi makan.” Aura bersuara dalam keadaan memejamkan mata dan badannya disandarkan pada kusyen kereta.
“Sikit lagi dah nak sampai.” Zaffrel meneruskan pemanduannya. Setelah sepuluh minit berlalu, kereta yang dipandunya masuk ke sebuah resort
“Pukul 12 nak check in resort? Biar betul. Baik balik rumah mama je.” Aura kembali menyambung tidurnya. Ingat nak bawa aku makan , dia tak tahu ke yang perut aku ni dah mengamuk sakan tak dapat makanan.
“Ni resort kawan aku, dia dah tunggu kita dekat sana, dia dah siapkan makanan untuk kita. Jom la tadi cakap lapar sangat.” Zaffrel mencuit bahu Aura apabila Aura hanya mendiamkan diri.
“Wah dah ada makanan. Aku lapar ni. Jom la.” Aura terus keluar dari perut kereta meninggalkan Zaffrel berseorangan.
“Bertuah punya bini.” Zaffrel turut keluar dari perut kereta dan mengejar langkah Aura.
“Hello bro, lama tak jumpa. Tahu-tahu dah kahwin kau kan.” Lelaki yang lebih kurang sama usianya dengan Zaffrel mula berjabat tangan sesama mereka.
“Khalif kau buat apa dekat sini?” Soal Aura secara tiba-tiba.
“La kau ke Aura. Aku ingat siapa dah tadi. Makin cantik eh.” Puji Khalif dengan ikhlas.
“Jadi selama ni aku hodoh la?” Aura mengecilkan matanya memandang Khalif. Berani kau cakap ya , aku selam kau dekat pantai sana.
“Dulu cantik sekarang lagi cantik. Tak sangka pula yang kau isteri Zaffrel. Kahwin juga kau ye, kalau dulu bukan main nakal kau.” Khalif tergelak kecil apabila mengingati zaman universiti bersama Aura dahulu.
“Eleh kau pun sama je nakal. Nasib baik...”
“Ehem” Zaffrel mula berdehem. Amboi boleh berbual sampai lupa aku dekat sini. Siap puji-puji lagi. Hello tu bini aku tau.
“Ala bro takkan dah cemburu kut.” Usik Khalif saat melihat wajah cemberut Zaffrel. Aura tergelak kecil.
“Diamlah kau! Sekarang ni mana makannanya aku lapar ni.” Zaffrel cuba untuk menukar topik. Entah la kenapa tiba tiba rasa cemburu pula.
Aip memang cemburu la, tu bini aku kut.
“Ada dekat dewan makan sana. Ni kunci bilik kau. Aku bagi bilik favourite kau ni. “ Ujar Khalif lalu menghulurkan kunci bilik kepada Zaffrel.
“Thanks bro.”
“Aura aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi. Bye good night. Malam nanti jangan lupa mimpikan aku” Khalif mengeyitkan sebelah matanya lalu berjalan mengundur kebelakang. Dia tersenyum melihat kearah Aura. Kasi kau jealous sikit Zaff.
“Bye Khalif. Kau pun sama mimpikan aku juga tau” Aura turut melambai kearah Khalif yang mula menjauh dari dirinya. Rindu pula dengan sahabat universitinya dahulu. Boleh kata perangai mereka memang satu kepala.
“Pergi la dekat dia. Pergi mimpikan dia.” Zaffrel terus berjalan kehadapan mengendahkan sahaja Aura yang tersenyum seperti kerang busuk.
“Alaa Zaff cemburu ke.” Aura menekup mulutnya. Zaffrel pun ada perasaan cemburu ke.
“Eh taklah suka. Happy je aku ni. Nampak ni happy gila.” Zaffrel senyum selebar lebarnya diikuti dengan jelingan.
“Tapi aku yang tak happy.” Aura mengeluh sesaat. Dia menghentikan langkahnya lalu menekur pasir.
Zaffrel mengerutkan dahi. Kenapa pula tiba - tiba ni.
“Kenapa?” Soal Zaffrel lalu mengangkat wajah Aura memandang kearah dirinya. Aura hanya mendiamkan diri.
“Jangan diam je, cakaplah kenapa? Kalau diam macam ni macam mana aku nak tahu masalah kau.” Rambut Aura diusap lembut.
“Tak ada apa pun. Werkk! Saja nak tengok kau pujuk.” Aura ketawa bebas. Tadi jeling dekat aku sekarang pandai pula pujuk aku.
“Ish budak ni kang aku gadai dekat persatuan pontianak baru tahu.” Zaffrel menarik pipi gebu Aura. Suka main - main.
“Tak payah la cakap pasal pontianak. Dah la kita duduk dekat pantai. Aku tak nak kawan dengan kau. Pergi la kawan dengan pontianak tu.” Aura menghentak kakinya tanda protes. Dia terus berjalan masuk ke dewan makan.
“Hey makan tu sopan la sikit jangan gelojoh sangat.” Tegur Zaffrel lalu menyapu sos black pepper di tepi bibir Aura.
“Aku lapar la. Ala lagipun bukan ada orang dekat sini kita dua je. Nak kesah apa.” Aura menyambung makannya. Dari tadi aku dera perut aku ni, kesian dekat perut ni.
Zaffrel merenung wajah Aura . Kau mampu senyum kau mampu gelak even aku tahu dalam hati kau banyak benda yang kau tanggung. Maafkan aku Aura, sebab aku kau terpaksa hadap macam - macam.
“Erkk Zaff.”
Zaffrel masih ralik merenung wajah Aura. Aura tersenyum senget, ooo, kau tenung aku eh, siap kau.
Icing yang elok terhias cantik di atas permukaan cupcake diambil lalu dicalit pada wajah Zaffrel.
“Muka aku.. Ish kau ni Aura memang nak kena.” Icing tersebut diambil lalu dicalit pula pada muka Aura.
“Apa ni Zaff! Habis muka aku.” Tisu dicapai lalu dikesat pada wajahnya. Kau tunggu balasan aku .
Aura mengambil semua icing yang berada di meja makan tersebut lalu diletakkan penuh pada tapak tangannya.
“Aura.. no please Aura no!” Zaffrel sudah berdiri mengundur kebelakang.
“Come here hubby, jangan nak lari.” Aura mengejar Zaffrel. Riuh rendah dewan makan tersebut dengan suara mereka. Zaffrel sudah tidak peduli dengan suara tempikannya yang sudah seperti wanita nak bersalin.
“Aura no!” Zaffrel dan Aura berkejaran mengelilingi meja makan . Saat Aura mengejar Zaffrel kakinya tersadung dengan karpet namun sempat disambut oleh Zaffrel.
Bup!
“Oh no!” Zaffrel mengesat wajahnya yang sudah penuh ditutupi oleh icing. Aura yang masih berada di atas badannya mula bergelak sakan.
“Ya Allah korang buat apa ni? Aku dah bagi bilik sini juga korang nak. Kalau orang lain nampak macam mana?” Khalif menekup mulutnya. Nasib aku yang lalu kalau orang lain tak pasal - pasal layan drama free.
Aura terus sahaja bangun dari tubuh Zaffrel. Zaffrel turut bangun berdiri sambil mengesat wajahnya yang penuh dengan icing. Muka aku ni dah manis, bertambah manis pula, ceyy.
“Kau tak payah nak lebih eh Khalif. Kitaorang tak buat apa - apa pun.” Zaffrel menjeling ke arah Khalif. Budak ni kalau tak melebih tak sah.
“ Aku tak buta lagi la. Kau tahu tak kotor mata aku ni tau. Agak - agak la tempat terbuka juga korang pilih.”
“Khalif! Apa yang kau tengok tak sama macam yang kau fikir . Jangan nak memandai ehh.” Aura mencubit lalu memulas bahu Khalif yang berdiri di sebelahnya.
“Auch sakitlah! Tak jadi aku nak mimpikan kau malam ni. Dah aku pergi dulu. Ingat aku dah bagi bilik jangan nak buat free show pula, rosak nama resort aku.” Khalif terus beredar dari dewan makan tersebut. Nasib iman aku ni kuat tau.
“Ni semua salah kau!” Aura memandang tepat ke arah Zaffrel.
“Hello cik adik siapa yang mula dulu?”
“Kalau kau tak tenung aku semua ni tak akan terjadi.” Aura menyilangkan tangannya kedada.
“Siapa tenung kau ? Perasan je lebih.” Zaffrel terus berjalan keluar dari dewan makan. Aaa malunya macam mana boleh kantoi ni.
“Hey tunggu aku la!” Terkedek - kedek Aura berlari mengejar Zaffrel yang berjalan seperti kilat.
AURA masih lagi duduk bersila di atas katil. Alahai mata kenapa ni? Tidur je la.
“Agak- agaknya sampai bila kau nak duduk bersila macam ni? Tadi bukan main cakap mengantuk.” Zaffrel baring meniarap sambil menongkatkan dagunya dengan kedua belah tangannya.
“Aku tak boleh tidur la. Selalunya kalau aku tak boleh tidur aku akan dengar lagu. Tapi phone pun tak ada sekarang ni macam mana nak dengar lagu.” Aura mengeluh sesaat. Kan best kalau aku bawa sekali phone tadi.
“Kalau macam tu apa kata kalau aku nyanyikan untuk kau.”
“What?” Aura tergelak bebas. Kau ni layak masuk maharaja lawak mega la.
“Asal kau gelak?”
“Aku takut hujan je kalau kau nyanyi.” Aura membaringkam badannya. Nanti terlelap la tu.
Rebah hati menemankan
Cinta yang kembali
Merelakan
Hati yang pernah dilukai
Tak mahu kukenang
Tak mahu kuberserah
Biar perih pergi tinggalkanku
Zaffrel mula menyanyikan lagu ‘dia’ sambil menyandarkan badannya pada kepala katil.
Aura terdiam. Tidak sangka bahawa Zaffrel mempunyai suara semerdu itu. Dia memejamkan mata menghayati setiap bait perkataan dari lagu tersebut.
Kini aku ada dirimu
Yang selalu bersama
Dengan harapan
Kau jagakan diri ini
Tetapkanlah denganku
Tetapkanlah dirimu
Menyayangiku selamanya
Dia yang setia
Dia yang kucinta
Dia yang melengkapkan
Cintaku seadanya
Dia? Dia maksud kan Tasha ? Zaffrel masih tak lupakan Tasha. No Aura, ni hanya lagu. Tapi kalau betul ‘dia’ tu Tasha kenapa kau nak sedih? Ouh no , tak lupakan .
Dialah penawar hati ini
Yang akan kumiliki
Hingga akhir hayatku
Dia yang setia
Dia yang kucinta
Dia yang melengkapkan
Cintaku seadanya
Dialah penawar hati ini
Yang akan kumiliki
Hingga akhir hayatku
Zaffrel memandang kearah Aura. Dia simpul senyum. Cantik sangat wajah kau Aura.
“ ‘dia’ adalah Aura Fellisya” bisik Zaffrel namun cukup jelas didengari oleh Aura yang berpura - pura tidur.
Zaffrel mendekati wajahnya pada dahi Aura lalu mengucup lembut dahi tersebut. Rambut Aura yang menutupi wajahnya itu diselit kebelakang.
“Terima kasih kerana hadir sebagai penawar dalam hidup aku.” Sekali lagi dahi Aura dikucup lembut. Aura tergamam namun dia hanya memejamkan matanya. Adakah ini mimpi? Ataupun ianya adalah realiti?
Zaffrel merebahkan badannya. Beberapa minit kemudian dia turut melelapkan mata.
Kini giliran Aura membuka matanya. Dia merenung wajah Zaffrel. Adakah dia ikhlas dengan apa yang dia luahkan tadi?
“Good night Encik suami.” Aura senyum manis. Dia kembali menyambung tidurnya sambil tangannya memeluk lengan Zaffrel. Tak apa nanti aku cakap yang aku tak sengaja.
Selamat Hari Raya AidilAdha semua ^_^ bab kali ni kita kasi pendek sikit ye..
Share this novel