( LUMPUH )
AURA tersedar dari lena. Dia bangun perlahan - lahan lalu menyandarkan tubuhnya pada kepala katil. Dia berasa tenang apabila dia lansung tidak melihat figura suaminya.
Plak,
Zaffrel menapak masuk kedalam wad Aura. Aura mengeluh sesaat. Baru nak tenang tapi kena hadap muka dia lagi.
“Sayang dah sedar. Alhamdulillah. Abang ada belikan makanan ni . Sayang makan dulu ye.” Ujar Zaffrel dengan ceria sambil meletakkan makanan yang dibelinya diatas meja.
“Aku tak nak makan.” Mendatar sahaja suara Aura saat ini.
Zaffrel tegamam seketika. Hatinya terasa apabila Aura masih membahasakan panggilan aku kau.
“Sayang makan la . Sikit pun tak pa. Nanti nak makan ubat pula.” Zaffrel membuka makanan yang dibelinya lalu duduk disisi Aura.
“Aku cakap tak nak kan.” Aura memandangkan wajahnya kearah lain.
“Sikit je sayang.” Pujuk Zaffrel lagi lalu mensuakan sudu yang dipenuhi nasi ke mulut Aura.
“Kau ni dah kenapa? Aku cakap tak nak tak nak la!” Aura menepis kuat sudu tersebut sehingga habis berterabur nasi pada selimutnya.
“Maaf, abang cuma nak sayang makan. Sayang belum makan lagi.” Ujar Zaffrel dengan lembut sambil mengutip nasi yang berteraburan.
“Tepi la tangan kau tu. Aku nak turun.” Aura menepis tangan Zaffrel yang sedang mengutip nasi yang tumpah lalu ingin turun dari katilnya.
Namun pergerakannya terhenti . Zaffrel tergamam seketika. Perasaan bersalah mula mengusai dirinya. Bagaimanakah penerimaan Aura apabila dia mengatahui bahawa kudratnya untuk menggerakkan kaki kini terhalang.
“Sayang.. sebenarnya.. sebenarnya..”
“Aku dah lumpuh.” Terluah segaris ayat yang amat berat untuk diterima.
Zaffrel mati kata - kata. Wajah sayu Aura dipandang. Zaffrel menyedari bahawa setitik demi setitik air mata mula mengalir di wajah Aura. Dia cuba untuk mengesat air mata tersebut namun terus ditepis oleh Aura.
“Puas hati kau sekarang? Puas bila tengok aku cacat macam ni?” Aura mengesat air mata yang keluar dari tubir matanya. Dia memejamkan matanya sesaat. Aku kena kuat.
“Aura, abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Abang lelaki paling tak guna buat Aura. Abang minta maaf.” Tangan Aura diraih lalu digengam. Namun Aura tetap menarik tangannya dari dipegang oleh Zaffrel.
“Kau memang lelaki tak guna yang aku pernah kenal! Kau pentingkan diri sendiri, kau tuduh aku tanpa bukti, kau memang nak aku mati pun kan. Mesti kau menyesal sebab aku hidup lagi.” Aura senyum sinis. Kau dah buat aku lupa apa itu erti kesabaran.
“Sayang kenapa cakap macam tu? Abang tak pernah fikir macam tu. Abang sayangkan Aura.”
“Macam ni ke cara kau sayang aku? Aku tak pernah nampak keikhlasan tu pada kau. Dan sekarang, aku dah lumpuh. Aku dah jadi beban. Aku tak rasa aku perlu hidup lagi.” Aura menekur wajahnya. Aku kecewa dengan sikap kau Zaff.
“Aura jangan hukum abang macam ni. Abang sayang Aura. Abang perlukan sayang. Maafkan abang, abang berdosa. Jangan hukum abang macam ni, abang rindu Aura yabg ceria Aura yang selalu senyum.” Zaffrel memegang tangan Aura dengan kuat agar Aura tidak menepisnya.
“Buat apa kau nak minta maaf? Kau tak salah. Yang salahnya aku, yang jahatnya aku, yang curangnya aku. Kau tak salah . Semua ni salah aku. Kau dah tak perlukan aku Zaff, jangan bohong diri kau sendiri. Aku dah muak dengan cinta palsu kau.” Aura memegang kakinya. Dia memejamkan mata sesaat.
Zaffrel mula rasa bersalah. Ya Aura jadi macam ni sebab aku. Kau tak pernah buat Aura happy, kau cuma mampu buat dia derita. Dia berhak untuk bahagia.
“Aura rehat la dulu. Abang nak pergi solat Jumaat. Jangan lupa makan ni.” Zaffrel banguh dari kesuri lalu berjalan keluar. Dia menghentikan langkahnya saat diirnya berdiir di pintu wad.
“Maafkan abang, abang manusia, tak boleh lari dari buat silap. Abang sedar abang tak mampu nak beri kebahagiaan buat sayang, tapi abang janji abang akan cuba jadi yang terbaik. Cuma abang dahagakan peluang kedua dari sayang. Bagi abang peluang untuk jadi suami yang baik untuk sayang. Abang sayangkan Aura. Sayang tak perlu nilai keikhlasan abang, sebab hanya abang saja yang tahu betapa ikhlasnya cinta abang pada Aura.” Luah Zaffrel lalu meninggalkan wad tersebut.
Aura hanya mendiamkan diri. Aku tak nak tersungkur dengan cinta palsu lagi. Aku akan bagi kau peluang, tapi bukan bagi cinta aku lagi.
Aura menyapu semua nasi yang tumpah diatas selimutnya. Dia cuba untuk bertenang. Ingat Aura, perkahwinan bukan seperti apa yang kau selalu baca dalam novel. Tak semua yang kau inginkan akan kau miliki.
Plak,
Pintu wad dibuka dari arah luar. Aura terus menoleh. Terjengkul wajah Linda dimuka pintu. Aura senyum lebar. Tepat pada masanya.
“Hello orang cacat. Kesian dekat kau semalam normal eh hari ni dah cacat.” Linda menutup mulutnya lagak terlepas cakap. Dia duduk di kerusi sebelah katil Aura sambil menyilangkan kakinya.
“Terima kasih datang melawat aku. Datang tepat waktu pula.” Aura senyum sebaris. Wajah Linda dipandang penuh senyuman.
“Ohh aku pun tak hingin nak melawat orang cacat macam kau ni. Kesian dekat kau. Kau rasa bila kau cacat macam ni, Zaff nak lagi ke dekat kau? Lelaki ni mulut je cakap nak tapi last - last buang terus. Lebih - lebih lagi bini cacat macam kau. Buat beban je pelihara kau ni.” Linda menggosok kaki Aura yang diselimuti penuh hingga ke pinggang.
“Iye ? Macam tu ke? Habis Zaff akan tinggalkan aku dan pergi dekat kau? Macam tu? Ouh tahniah Linda sayang. Mesti Zaff sayang ketat - ketat dekat kau kan.” Aura senyum lagi. Bahagia aku rasa.
“Good bijak pun kau. So kau sedia la untuk jadi janda ye. Janda cacat , hanya mampu jadi beban orang.” Linda menepuk - nepuk kaki Aura lalu bangun untuk beredar.
“Kau nak tahu kenapa kau ‘cacat’?” Soal Aura saat Linda sudah melangkah untuk keluar.
Linda senyum sebaris tanpa memusingkan badannya. Dia hanya beriak biasa.
“Aku cacat sebab kau. Puas hati kau?” Aura masih lagi mempamerkan senyuman diwajahnya.
“Puas , puas sangat . Lagi puas bila kaki kau tu takda lansung. Or terus mampus.” Linda gelak besar. Padan muka kau Aura!
“Aku rasa kau yang akan mampus hari ni!” Aura lantas bangun dari katilnya lalu terus menerkam Linda . Rambut Linda ditarik sehabis kuat lalu dia mendekati pintu wadnya lalu terus dikunci.
“Kau..kau tak lum..lumpuh?” Soal Linda dengan penuh kejutan sambil menahan sakit. Kulit kepalanya seakan terkoyak akibat tarikan kuat dari Aura.
“Aku? Aku okay je. Tapi kau yang tak okay sekarang ni!”
Pang!
Terteleng wajah Linda akibat ditampar kuat oleh Aura. Rambutnya masih lagi ditarik kuat tanpa ingin dilepaskan oleh Aura.
Pang!
Pipi Linda sebelah kanan pula menjadi sasaran Aura.
“Sakit..” Linda meraung dan menangis menahan sakit.
“Apa sakit? Habis aku ni tak sakit la? Aku lagi sakit tahu tak!” Aura mencengkam kuat pipi Linda sehingga terdongak kepala wanita itu.
“Kau tahu tak kau manusia paling sial yang aku pernah kenal. Rasanya kau masih tak kenal aku siapa.” Aura senyum sinis. Matanya teralih pada bakul sampah yang berada disebelahnya. Idea mula masuk kedalam fikiran wanita itu.
“Aura lepas la! Aku sakit!” Linda cuba untuk meleraikan rambutnya dari terus ditarik oleh Aura, namun Aura makin kuat menariknya.
“Aku akan lepaskan kau bila aku puas!” Aura menarik Linda sehingga ke bakul sampah. Dia menolak tubuh Linda sehingga terhumban kelantai. Aura duduk berlutut dan kembali menarik rambut Linda lalu menyumbat wajah Linda kedalam bakul sampah yang dipenuhi sisa makanan dan sampah sarap. Mungkin sisa makanan Zaffrel.
Linda menggelepar agar dilepaskan wajahnya itu.
Aura mengangkat wajah Linda dengan menarik kuat rambut wanita itu. Lama - lama kan mati anak orang aku pula yang kena.
“Lepaslah!” Linda meraung lagi. Dia menangis teresak - esak. Rambut dan wajah Linda sudah dipenuhi sisa makanan dan sampah.
“Eee, menjijikkan. Sama macam tuan dia.” Aura buat gaya lagak ingin muntah.
“Stop Aura . Aku sakit . Aku tak nak buat lagi.” Linda merayu sambil menangis. Dia cuba untuk memegang tangan Aura, namun Aura lantas menariknya.
“Alolo kesiannya dekat dia. Tapi apa yang kau buat dekat aku tak setimpal dengan yang kau dapat. Aku tak kesah orang nak cakap aku jahat, yang penting aku puas.” Rambut Linda ditarik kembali untuk bangun. Aura menarik tubuh itu sehingga ke toilet.
“Mangkuk tandas hurmm.” Aura senyum lebar.
“No Aura jangan!” Linda menggelepar lagi. Dia berusaha melepaskan dirinya dari Aura.
“Baiklah sayang, macam kejam sangat pula kan. Tapi aku tak puas lagi ni macam mana eh?” Aura menolak kuat tubuh Linda sehingga tubuh itu kembali terhumban pada lantai.
Linda duduk memeluk lututnya sambil menangis. Kulit kepalanya dipegang akibat terasa pedih.
“Aku tak pernah dera orang macam ni, tapi sebab kau , kau ubah sikap aku. Kau buat aku jadi pedendam! Aku benci manusia macam kau. Aku benci manusia yang buat aku macam sampah. Kau upah orang untuk burukkan nama aku, kau buat aku gaduh besar dengan Zaffrel, dan sebab kau juga aku kemalangan.” Aura kembali duduk berlutut.
Memang dia tidak mahu menyiksa Linda, namun apabila dia ternampak Linda yang sedang menyorok di belakang tiang saat dia mengejar Zaffrel membuatkan dia benci yang amat pada wanita itu. Dan orang yang melanggarnya juga adalah, Linda.
Jelas Linda yang melanggarnya. Namun tiada yang sempat menangkapnya kerana Linda terus melarikan diri.
Aura kembali mencengkam kuat pipi Aura.
“Kau ingat sini eh, aku tak akan lepaskan kau Linda! Masa tak mengizinkan aku untuk balas semua yang kau buat. Tapi ingat, aku tak akan mudah lepaskan kau!” Wajah Linda ditolak kuat. Linda terus bangun untuk beredar. Namun sempat tangannya disambar oleh Aura.
“Maafkan aku Linda, aku bukan manusia yang baik untuk memaafkan kau. So jangan paksa aku untuk kejam dengan kau.” Tangan Linda dilepaskan.
“Dan kau kena ingat Aura, aku pun bukan manusia yang baik untuk mengalah dengan kau. Mungkin hari ni kau menang sebab buat aku macam ni. Tapi ingat, aku akan tetap buat hidup kau merana!” Linda terus keluar dari wad tersbut. Sisa makanan dan sampah sarap diwajahnya disapu kuat. Dia berlari dengan pantas kerana malu dengan wajahnya. Mata - mata yang memandang kearahnya diabaikan sahaja.
“Aku terlalu jahat ke? Maafkan Aura mama. Aura tak mampu nak jadi anak yang penyabar. Aura benci manusia yang hati hitam.” Aura lantas bangun lalu menuju ke toilet. Tangannya dicuci dengan sabun lalu kembali ke arah katil.
AURA teringat kembali sewaktu dia tersedar dari koma. Dia melihat ada seorang doktor lelaki yang sedang menulis laporan di meja kecil dihadapannya.
“Doktor..” Aura cuba untuk bangun namun dihalang oleh doktor lelaki tersebut.
“Puan rehat dulu, puan baru sedar. Saya panggilkan suami puan dulu ye.” Ujar doktor tersebut lalu ingin keluar dari situ.
“Doktor wait.”
“Ada apa puan?” Soal doktor lelaki itu.
“Boleh tolong saya?”
Doktor lelaki itu mengerutkan dahinya. Tolong apa pula ni.
“Tolong bagitahu suami saya dan yang lain yang saya lumpuh.” Jelas Aura.
“Maaf puan. Saya tak boleh buat semua tu.” Tolak doktor tersebut. Tak pernah lagi pesakit aku minta benda macam ni.
“Please, saya merayu sangat. Saya janji walau apa pun yang jadi , saya akan tanggung semuanya. Saya janji.” Aura memandang doktor lelaki itu dengan penuh pengharapan.
“Tapi puan..”
“Doktor sahaja harapan saya . Please, saya merayu.” Air mata Aura mula mengalir. Kesian dengan wajahnya itu, doktor lelaki tersebut bersetuju. Aura senyum lebar. Dia kembali memejamkan mata seakan masih tidak sedarkan diri.
ZAFFREL masuk ke dalam wad Aura. Dia menghampiri Aura yang sedang tidur. Makanan yang dibelinya dipandang seketika.
Dia tak makan pun. Zaffrel mengambil penyapu lalu menyapu nasi yang tumpah. Namun dia berasa pelik apabila melihat bakul sampah yang terbalik dan sisa makanan berada di merata tempat.
Dia baling bakul sampah ke sampai macam ni sekali? Zaffrel meneruskan kerjanya. Sisa makanan disapu lalu dibuang ke dalam tong sampah. Dia naik memanjat katil Aura lalu menyelak selimut yang menutupi kaki tersebut. Ubat diambil lalu disapu pada kaki isterinya itu.
Maafkan abang sayang, sebab abang sayang jadi macam ni. Abang akan usaha cari siapa dalang yang sanggup fitnah isteri abang. Tapi abang pun pesalah juga, sebab fitnah sayang tanpa periksa. Abang tak percayakan sayang. Abang terlalu cintakan sayang sampai abang takut sayang buat perkara macam tu.
Tok! Tok!
Pintu wad diketuk sebelum dibuka. Zaffrel kembali menyelimuti kaki Aura lalu berjalan mendapat kan mertua dan mummynya.
“La Aura tidur. Salah timing pula datang.” Ujar Datin Mona seakan berbisik agar tidak menganggu lena Aura.
“Takpa mama , papa , mummy duduk la dulu. Biar Zaff kejutkan Aura.” Ujar Zaffrel dengan sopan. Namun dia tidak tergamak untuk mengejutkan isterinya itu. Seeloknya beri Aura ruang untuk berehat.
“Eh takpa la Zaff, nanti kami datang petang nanti. Biar Aura rehat dulu. Ni mummy bawa makanan untuk Zaff dan Aura. Jangan lupa makan tau.” Ujar Datin Rasyidah lalu menghulurkan bakul yang dipenuhi makanan kepada Zaffrel.
“Thanks mummy.” Ucap Zaffrel.
“Zaff tak penat ke? Biar mama la yang jaga. Zaff balik rehat dulu. Kesian mama tengok muka Zaff ni.” Datin Mona memandang sayu kearah menantunya itu.
“Takpa mama. Zaff boleh jaga. Zaff tak penat pun.” Jawab Zaffrel dengan senyuman.
“Baiklah kalau macam tu. Kami balik dulu. Petang nanti kami datang pula.” Datin Mona menghampiri Aura lalu mencium dahi anaknya itu.
Zaffrel menghadiahkan sebuah senyuman kepda mertua dan ibunya itu saat mereka sudah keliar dari wad tersebut. Why daddy tak datang? Takut tembelang pecah ke.
Aura bangun dari tidurnya . Dia memandang kearah luar mencari kepastian akan ketiadaan ibu bapa dan mertuanya itu.
“Sayang tak tidur ke tadi? Kesian dekat mama nak jumpa sayang.” Zaffrel simpul senyum. Aku dah agak dah muka dia tadi pun nampak sangat buat - buat tidur. Bertuah punya anak, nasib mama tak perasan tadi.
“Aku tak sedia lagi nak jumpa diorang dengan keadaan aku yang macam ni.” Bohong Aura . Walhal dia tidak sanggup mempamerkan lakonan palsu dirinya dihadapan orang tuanya itu. Cukup aku tipu diorang dengan keadaan aku, aku tak nak dia tengok keadaan palsu aku ini.
“Kalau tak sedia lagi kena makan la. Makan banyak - banyak baru cepat sihat. Mama papa pun dah risau sangat nanti. Dah jom makan.” Ajak Zaffrel sambil mengeluarkan makanan dari dalam bakul yang diberi oleh Datin Rasyidah.
“Berapa kali aku cakap aku tak nak makan. Tak faham ke?” Aura pamer wajah tahan amarahnya. Aku ulang benda sama pun tak faham juga.
“Okay nanti abang bagitahu mummy yang menantu dia tak sudi nak makan masakan dia.” Ugut Zaffrel.
“Ha elok la tu burukkan nama isteri.” Aura menjeling sekilas.
“Dah tak nak makan sangat.”
“Dah tu cepat la bagi makanan tu. Tak makan kan cakap kita tak sudi la. Sikit - sikit nak ugut. Elok la perangai tu.” Bebel Aura walhal dalam perut dan buat rancangan meletop dah. Lapar oi.
Zaffrel sembunyi senyum. Kalau lapar cakap, tak payah nak cover line sangat. Malu tapi mahu. Jual mahal.
Zaffrel meletakkan bekas yang berisi bubur diatas meja . Dia kembali kearah Aura lalu ingin mengangkat tubuh Aura untuk duduk di atas wheelchair.
“Eh nak buat apa ni?” Soal Aura saat Zaffrel cuba untuk mengangkat dirinya.
“Nak bawa tuan puteri makan dekat sana la.” Jawab Zaffrel.
“Aku boleh jalan sendiri la.” Aura terdiam seketika. Kau lumpuh depan dia Aura. Kenapa boleh lupa.
“Aku lupa aku tak boleh jalan. Angkat la cepat.” Arah Aura lalu membiarkan sahaja Zaffrel mengangkat tubuhnya.
“Muda - muda dah nyanyuk.” Bidas Zaffrel tanpa selindung.
“Kau jangan nak mengutuk aku eh.” Aura memamerkan rolling eyes miliknya saat Zaffrel menolak wheelchairnya berhampiran dengan meja.
Terlopong Aura apabila melihat makanannya ialah bubur kosong manakala makanan Zaffrel ialan nasi Arab. Tak adil!
“Mana aci aku makan bubur kosong kau makan nasi arab. Ingat aku tak terliur ke?” Aura menolak bekas bubur tersebut jauh dari dirinya lalu memasamkan muka. Tak adil lansung!
“Awak tu sakit sayang oi. Makan bubur ni. Mummy masak untuk awak sayang.” Zaffrel menolak bekas itu menghampiri Aura.
“Aku sakit bukan pantang. Kalau pantang lain la nak makan bubur bagai.” Aura kembali menolak bubur tersebut.
“Iye la sayang. Makan nasi arab ni. Bubur ni biar abang yang makan.” Zaffrel menarik bekas bubur tersebut lalu memberikan nasi arabnya kepada Aura.
“Nampak macam dah sedia nak berpantang.” Ujar Zaffrel perlahan namun jelas didengari di corong telinga Aura.
“Apa?” Aura mengerutkan dahinya. Jangan cari pasal Zaff, aku karate nanti.
“Takda apa, makan - makan. Nanti sejuk nasi tu.” Zaffrel garu kepala. Silap cakap teruk aku kena nanti.
Aura memandang Zaffrel yang sedang menikmati buburnya itu. Rasa bersalah mula menyerang jiwanya. Nasi Arab dihadapannya lansung tidak disentuh.
“Erkk Zaff, kita share nasi arab ni boleh? Banyak sangat la. Aku tak ada selera nak makan.” Bohong Aura walhal dalam hati ni habis terliur dengan makanan ni.
“Nasi tu tak banyak pun sayang. Takda selera pun kena makan, nanti nak makan ubat. Lawan perasaan tu. Dah makan, abang dah nak kenyang ni, sayang tak makan lagi.” Jawab Zaffrel sambil menghabiskan bubur yang berada dalam bekas tersebut.
“Tapi..”
“Makan sayang. Nak abang cium ke?” Zaffrel mengangkat wajahnya memandang kearah Aura.
“Ish ye la.” Aura akhirna mengalah lalu menikmati nasi arab tersebut. Kita kesiankan dekat dia je.
Uish sedapnya. Tanpa disedari sekejap sahaja nasi arab tersebut sudah licin.
“Argggg..” Aura menutup mulutnya apabila dia terlepas sendawa.
“Tak senonoh anak dara sendawa macam tu.” Tegur Zaffrel sambil sembunyi senyum. Malu la tu.
“Ish sibuk suka hati la.” Berona merah wajah Aura saat ini. Dia cepat - cepat menolak wheelchairnya ke arah toilet.
“Nak nak masuk toilet ke?” Soal Zaffrel lalu menghampiri Aura.
“Dah duduk depan ni takkan nak masuk KLCC pula.” Bidas Aura.
“Ish budak ni. Meh sini abang angkat tak payah nak mengada nak masuk sendiri.” Zaffrel terus mengangkat tubuh Aura walau tidak dipinta. Tubuh tersebut diletakkan di atas mangkuk tandas.
“Aku boleh masuk sendiri la.” Bentak Aura.
“Bahaya tak payah nak mengada.” Jawab Zaffrel.
Aura memandang kearah Zaffrel, Zaffrel turut memandang kearah Aura. Masing - masing mendiamkan diri. Aura mengeluh sesaat.
“Tak reti nak keluar? Aku tak tahan nak kencing ni.” Ujar Aura sambil menyilangkan tangannya ke dada.
“Takpa la abang teman, nanti kalau sayang nak bangun nanti susah.” Jawab Zaffrel lalu menyandarkan tubuhnya pada dinding sambil berpeluk tubuh.
Amboi - amboi dia posing . Tak faham ke aku bi dah tak tahan.
“Zaffrel jangan nak mengada! Keluar sekarang!” Aura menunjuk ke arah pintu toilet agar lelaki itu keluar.
“Usik sikit pun tak boleh. Siap nanti bagitahu abang ye.” Ujar Zaffrel lalu keluar dari toilet tersebut.
“Tutup pintu!” Arah Aura sedikit menjerit apabila Zaffrel mengendahkan sahaja pintu yang terbuka luas.
“Lupa, baru nak intai.” Usik Zaffrel lagi lalu terus menutup pintu tersebut. Uishh jangan bergurau dengan ibu singa.
Menyesalnya aku menyamar jadi lumpuh macam ni. Kang Allah tarik nikmat tu betul baru nak menyesal. Takpa Aura sikit lagi, ajar sikit si Zaffrel tu!
Aura ni macam2
Share this novel
ya Allah nie cerita ditunggu dr kemaren skarang br up,,,suka sangat dgn cerita nie,,,,semangat daer dan sellu ditunggu