(TIDUR LUAR RUMAH)
MENCERLUNG Adrian memandang ke arah Zaffrel.
“Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku hah!” Bahu Zaffrel ditolak kuat sehingga tubuh tersebut terdorong kebelakang.
“Adrian apa ni!” Kini bahu Adrian pula ditolak kuat oleh Aura
“Eh korang tak payah berpura - pura baik la. Korang memang nak aku merana je kan!” Jerkah Adrian.
“Hey, rilek bro. Tenang.” Bahu Adrian dipegang kemas oleh Zaffrel.
“Tenang kau cakap? Lepas kau buat aku derita kau suruh aku tenang!?” Tangan Zaffrel ditepis kuat oleh Adrian.
“Adrian, aku tak tahu apa yang aku buat. Sumpah. Sekarang, kita masuk dalam bincang elok - elok. Banyak sangat benda aku nak cakap dengan kau.” Sekali lagi bahu Adrian ditepuk lembut.
“Eh aku takda masa nak borak dengan kau bagai. Kau ingat aku hadap sangat nak jumpa manusia tak berhati perut macam kau!” Adrian senyum sinis.
“Kalau kau nak jumpa balik dengan mummy, kalau kau nak rasa hidup dengan seorang ibu, kalau kau nak rasa hidup berkeluarga, masuk dalam kita bincang elok - elok.” Selesai sahaja mengungkapkan kata tersebut, Zaffrel terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.
“Adrian, kini masa kau untuk bahagia. Jom masuk dulu.” Pamit Aura lalu turut memasuki rumah tersebut diikuti dengan Adrian.
Hati Adrian bagai diawangan. Apa yang didengarinya sebentar tadi bermain fikiran. Apa maksud Zaffrel?
Zaffrel kembali turut kebawah setelah menukar pakaiannya yang basah. Dia duduk dihadapan Adrian manakala Aura pula masih dibilik tidur menukar pakaian.
“Aku tahu yang kau dah sedia maklum yang aku dah kenal siapa kau sebenarnya. Yes, mula - mula aku tak sangka yang kau abang tiri aku. And now, aku sangat simpati dengan hidup kau.” Ujar Zaffrel sayu.
“Kalau kau simpati dengan aku, kau tak akan pisahkan nenek dengan aku. Kau tahu kan aku cuma ada nenek dengan tokdy. Aku nak jumpa mereka buat kali terakhir, tapi aku dapat tahu kau bawa mereka pergi. Hati mana tak sakit? Cukup aku hilang ibu aku cukup aku hilang segalanya kini nenek dengan tokdy pun kau nak ambil?” Adrian pandang Zaffrel dengan wajah yang kecewa.
“Adrian bukan macam tu, daddy aku dah tak ada, sebab tu aku nak nenek stay dekat Malaysia. Aku tahu nenek tak nak duduk Malaysia sebab daddy aku ada so bila daddy dah tak ada tak salah pun kalau dia tinggal dekat sini.” Jawab Zaffrel lagi.
“Maksud kau Dato Malek dah tak ada? Dia pergi mana?” Soal Adrian dengan kerutan di dahi.
“Dia dah meninggal dunia. Bunuh diri waktu dekat hospital. Waktu tu dah kena tangkap dengan polis.” Zaffrel menekur lantai. Tipulah kalau tak sedih, memang betul aku kecewa dengan daddy, tapi betul juga apa yang orang lain cakap, seburuk buruk dia , dia tetap ayah aku.
Adrian tergamam tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Bahagiakah dia ? Mahupun sedih, kerana bimbang sekiranya mummynya sedih dengan kepergian orang yang dicintainya.
“Dan kau jangan bimbang, semua harta yang dah dituliskan nama aku, kitaorang dah sepakat nak serahkan balik semuanya.” Celah Aura sambil membawa dulang yang berisi orange juice.
“Harta nama kau? Bukan ke sebelum ni harta tu nama Malek?” Soal Adrian pelik.
“No, dia tak pernah dapat semua tu. Mummy bijak, dia lansung tak bagi sedikit pun harta daddy kau jatuh di tangan daddy aku. Sebab tu daddy sanggup buat kerja luar fikiran demi nakkan harta tu. Dia tak nak harta tu kembali pada Zack.” Jawab Zaffrel lagi.
“Ye, mummy menyesal sebab percayakan daddy. Cuma dia tahu dia dah silap langkah. Dato Malek suaminya saat tu, nak tak nak dia kena patuh dengan suami dia. Tapi setiap saat setiap waktu dia tak pernah lupakan kau. Setiap doa dia wajib ada nama kau. Setiap tangisan dia terselit nama kau. Dia sayang kau Adrian, dia rindu kau.” Sambung Aura pula.
“Tadi dia tak kenal pun aku.” Tubir mata Adrian mula berasa panas. Air mata mula bertakung.
“Aku dah jumpa dia dekat airport, tapi dia lansung tak kenal aku. Aku nak peluk dia aku nak rasa hidup dengan seorang ibu. Aku nak mummy ada denga aku, layan aku macam anak dia. Aku tersedak kasih sayang dia. Tapi aku sedar aku tak layak untuk dapat semua tu.” Tanpa dipinta air matanya luruh membasahi segenap wajah.
“Aku boleh bantu kau Adrian. Kau penghuni pertama rahim mummy. Kau berhak dapat kasih sayang dia. Mummy tunggu kau, mummy nak jumpa sangat dengan kau. Aku akan bantu kau.” Zaffrel terus melabuhkan punggung disisi Adrian. Bahu lelaki itu dipeluk erat.
“Tak boleh Zaff. Aku tahu daddy aku tak bagi. Cukup aku kehilangan mummy aku tak nak kehilangan daddy aku. Takpa aku bahagia walau mampu tengok mummy dari jauh.” Air mata yang memberes keluar dilap kasar.
“Kau nak tahu tak kenapa dulu dekat universiti aku selalu ganggu kau? Sebba aku nak kau report dekat mummy, aku nak jumpa mummy. Tapi ka lansung tak mengadu dekat mummy.” Adrian tergelak kecil, teringat zaman dahulu sehingga Zaffrel mengecopnya budak psycho sebab selalu ganggu Zaffrel.
“Kau jangan bimbang, aku dah set dalam kepala nak buat apa ni. Aku akan pastikan kau akan hidup bahagia dengan mummy dan daddy kau . Dua dua kau dapat nanti tanpa buat daddy kau marah.” Ujar Zaffrel.
“Macam mana?” Soal Adrian pula.
“Satukan mereka.” Serentak Adrian dan Aura memandang ke arah Zaffrel.
“Aku yakin yang Zack masih cintakan mummy, dan mummy masih cintakan Zack. Cuma dia menafikan sebab dia tak nak berdosa sebab mencintai lelaki lain selain suaminya.” Jawab Zaffrel lagi.
“Dan semua harta tu, kini kau punya Adrian. Cukuplah kau bersedih selama ni. Kau berhak bahagia.” Bahu Adrian ditepuk lembut.
“Aku tak nak semua tu. Cukup aku dapat mummy. Lagipun syarikat tu maju sangat sekarang tu pun usaha kau . Aku lansung tak ada jasa dekat syarikat tu.” Tolak Adrian dengan lembut.
“No, kau berhak Adrian. Aku janji dengan kau, selagi aku mampu aku akan bahagiakan kau. Cukuplah kau derita selama ni.” Sambung Zaffrel lagi.
“Terima kasih Zaff. Aku tak sangka yang aku akan dapat layanan sebaik ni dari kau.” Adrian senyum sebaris.
“Kau bukan sesiapa lagi , kau abang aku. Salam berkenalan abang.” Tangan Zaffrel dihulurkan pada Adrian.
Adrian tergamam. Tubir matanya kembali panas.
“Salam berkenalan adik.” Tangan Zaffrel disambut. Terus tubuh tegap milik Zaffrel dipeluk erat. Dia menangis semahu - mahunya dibahu adik tirinya itu.
“Terima kasih dik, kau dah buat aku rasa disayangi . Kau buat aku bahagia. Perit sangat bila hidup terdesakkan kasih sayang. Terima kasih kerana sudi bantu aku.” Teresak - esak Adrian menangis di bahu Zaffrel.
“No hal la bang. Kau pun ahli keluarga aku juga.” Belakang Adrian digosok lembut.
“Aura tak setuju!”
Serentak Zaffrel dan Adrian memandang kearah Aura yang sudah mencerlung wajahnya.
“Hey kenapa ni sayang.” Zaffrel mula tidak senang duduk. Aduh apa nak jadi ni?
“Kalau abang panggil Adrian abang habis Aura macam mana? Nanti Aura panggil abang Adrian pula yang menyahut.” Aura mencebik.
Terlepas tawa Zaffrel dan Adrian dengan persoalak Aura.
“Ingat apa la tadi . Sayang ni ish geram kita. Sayang panggil la panggillan special sikit.” Zaffrel kembali mendapatkan Aura. Hidung Aura dicuit seketika.
“Special macam mana lagi? Ingat burger ke nak special bagai.” Aura menyilangkan tangannya kedada.
“Hubby..”
Aura tersenyum malu. Auchh dia still nak aku panggil dia hubby la. Auchh jimat blusher ni, pipi dah auto merah.
Krukk..krukk..
Terlopong Zaffrel memandang kearah perut Aura yang sudah membuat rancangan meletop.
“Aura lapar tadi lagi tak makan.” Aura senyum senget.
“Ish budak ni. Abang jom la makan sekali dah alang - alang ada dekat sini.” Ajak Zaffrel.
“ Takpa la dik. Aku dah kenya...”
Krukk..krukk..
Adrian ketap bibir. Kurang ajar kau perut.
Zaffrel terus ketawa terbahak - bahak.
“Kenyanglah sangat. Betullah orang cakap perut tak pandai menipu. Dah jom aku dah masak tadi. Kebetulan masak lebih.” Ajak Zaffrel lalu terus kearah dapur diikuti dengan Aura dan Adrian.
AURA duduk bersila diatas katil sambil memerhati tingkah laku Zaffrel. Pelik malam - malam pun pakai baju macam nak pergi interview.
“Abang nak pergi mana ni?” Soal Aura.
Zaffrel terhenti seketika kerjanya yang sedang menyikat rambutnya.
“Abang tak bagitahu sayang lagi ke?” Zaffrel garu kepala rasa dah bagitahu.
“Sejak bila jadi nyanyuk ni? Lansung tak bagitahu Aura lepas tu dah bersiap macam nak pergi kahwin.” Perli Aura. Setepek memang kau nyanyuk Zaffrel.
“Eh sorry la sayang, abang lupa. Tadi papa call dia nak abang gantikan dia jumpa client la.” Jawab Zaffrel sambil kembali mengemaskan rambutnya.
“Nak tinggalkan Aura sorang - sorang pula la ni?” Aura membaringkan badannya pada katil. Fuh kena tinggal lagi.
“Alaa sayang, abang pergi kejap je. Sayang jangan lupa makan tau, jangan tunggu abang , abang makan dekat luar and tidur je jangan tunggu abang.” Zaffrel mengambil tempat untuk duduk disebelah Aura.
Melihat kebisuan dari Aura membuatkan Zaffrel tak senang duduk. Tu la kau bukan nak bagitahu awal - awal. Kau ingat nak pujuk seketul Aura ni mudah ke? Buat ke dia lari pergi London pula tak pasal - pasal kau yang meroyan.
“Janganlah macam ni, abang nak pergi kerja. Ke sayang nak abang call Marsha temankan sayang?” Soal Zaffrel lagi. Lengan Aura digoncangkan seakan kanak - kanak kecil.
Aura masih diam membisu.
“Sayang , okay la abang tak pergi. Nanti abang bagitahu papa yang abang tak boleh pergi.” Zaffrel bermain dengan kedua belah tangannya.
Nak tinggal Aura tak sampai hati, nak bagitahu papa tak jadi last minute pun tak sampai hati. Ah kusut!
“Ish abang ni, bukan Aura tak bagi la. Cuma Aura nak kirim sesuatu boleh?” Aura bangun dari pembaringan . Wajah comel ditayangkan.
“Sayang nak kirim apa?” Soal Zaffrel.
“Nak kirim....”
“Kirim...?”
“Kirim cinta.”
Cup!
Pipi Zaffrel dicium sesaat. Merona merah wajah Zaffrel saat ini.
“Pandai nak ambil kesempatan eh sekarang. Ni kalau abang balas teruk tau.” Zaffrel mendekatkan wajahnya dengan wajah Aura. Terus sahaja wajah itu ditolak oleh Aura.
“Abang dah lewat cepat nanti papa bebel.” Aura terus lari keluar dari bilik tersebut. Fuh bukan boleh kira si Zaffrel ni, nampak jinak tapi sekali mood gatal dia datang habis dia terkam.
“Eh uji sikit dah gelabah. Ni tak betul - betul lagi.” Zaffrel senyum sendiri dia turut mengatur langkah keluar dari bilik tersebut.
JAM sudah mengenjak pukul dua pagi. Namun kelibat Zaffrel masih tidak dilihat. Aura mundar - mandir ke hadapan pintu utama rumahnya. Tangannya masih ligat menghubungi Zaffrel namun dia pasti iphone milik Zaffrel sudah di off atau kehabisan battery.
Aura mula risau. Bermacam - macam andaian mula bermain difikirannya. Hanya doa dan zikir menemaninya saat ini. Aura duduk bersandar dipintu utama rumahnya. Dia berzikir sehingga terlelap disitu.
Akhirnya Zaffrel menarik nafas lega setelah keretanya yang rosak telah baik dibaiki oleh pomen. Nasib ada pomen yang sudi membantunya saat dia memerlukan bantuan saat ini. Iphonenya yang kehabisan battery disimpan kembali kedalam kocek seluar.
‘Aura mungkin dah tidur, dia tak perasan kut aku balik lewat’ getus Zaffrel.
Dengan lafaz bismillah Zaffrel pulang kerumahnya. Tiba sahaja dirumahnya dia tersedar yang dia terlupa untuk membawa kunci rumah. Kepala yang tidak gatal digaru seketika.
Zaffrel termenung melihat pintu rumahnya. Nak bagi salam takut ganggu Aura yang dah tidur, nak masuk kunci tak bawa.
Setelah lama memikirkan nasib diri, Zaffrel memilih untuk tidur diluar sahaja memandangkan jam sudah mengenjak pukul tiga pagi. Kesiankan Aura yang sudah tidur, Zaffrel rela untuk tidur diluar sahaja bersandarkan pintu utama.
Mereka berdua setia tidur bersandarkan pintu utama yang disebaliknya tidak mereka mengetahui keberadaan pasangan mereka.
AURA tersedar dari lenanya saat menyedari Azan mula berkumandang. Dia bingkas bangun lalu membuka pintu setelah menyedari Zaffrel masih tidak pulang kerumah. Perasaan risau mula menggunung.
Alangkah terkejutnya dia saat melihat Zaffrel yang baru tersedar saat pintu dibuka. Keadaan Zaffrel yang duduk meringkuk membuatkan Aura rasa bersimpati.
“Kenapa abang tidur dekat luar ni?” Aura terus mendapatkan suaminya itu. Tubuh Zaffrel terus dipeluk erat.
“Abang balik lewat semalam. Kereta abang rosak. Abang tak nak ganggu sayang tidur tu yang abang tidur kat luar. Sorry sayang.” Ubun - ubun Aura dikucup seketika.
Terkedu seketika Aura mendengar pengakuan dari suaminya itu. Tubir matanya mula terasa panas. Begitu besar pengorbanan suaminya yang sanggup tidur di luar rumah semata - mata tidak mahu mengganggu tidurnya.
“Abang..” Tubir mata Aura mula bergenang. Rasa dirinya amat disayangi.
“Kenapa sayang nangis ni?” Ibu jari Zaffrel ligat mengelap lembut air mata Aura.
“Aura pun tidur kat pintu sebab tunggu abang balik. Aura risau sebab abang tak balik - balik.” Aura mencebik hendak menangis. Ah kenapa air mata ni mudah sangat nak keluar ni.
“Thank you sayang. Terima kasih sebab sudi tunggu abang. Bersalah pula abang rasa bila tahu sayang tidur dekat pintu. Tak sakit badan ke?” Soal Zaffrel sambil mengusap lembut pipi isterinya itu.
“Yang patut tanya soalan tu Aura bukan abang. Abang tak sejuk tidur kat luar?” Soal Aura pula.
“Tak. Nak abang cerita satu kisah tak?” Zaffrel berdiri diikuti sekali dengan Aura.
“Nak.” Jawab Aura teruja sambil berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.
“Bila tengok apa yang jadi dekat kita , abang teringat kisah Rasulullah dengan Saidatina Aisyah dulu.” Ujar Zaffrel dengan senyuman.
“Kisah apa?”
“Rasulullah pernah tidur diluar sebab baginda balik rumah lewat. Dia tak nak kejutkan Saidatina Aisyah sampai dia sanggup tidur luar rumah.” Ujar Zaffrel dengan senyuman dibibirnya.
“Jadi tak salah kalau abang pun buat apa yang Rasulullah pernah buat. Dalam rumah tangga ni, mesti ada onak durinya. Tapi kalau kita amalkan cara Rasulullah melayan isteri-isterinya , insyallah rumah tangga kita akan kekal.” Dahi Aura dikucup sesaat saat mereka tiba di bilik tidur.
“Bertuah kan Aura dapat suami macam abang. Sanggup tidur luar demi Aura. Sanggup layan karenah pelik Aura. Sanggup derita sebab nak cari Aura. Betul apa orang kata, jodoh yang Allah tetapkan adalah yang terbaik buat kita.” Aura senyum sebaris.
“Abang pun bertuah ada isteri yang sanggup susah senang dengan abang. Ingat, kebahagiaan sayang, kebahagiaan abang juga. Air mata sayang air mata abang juga. Hati abang ni hanya untuk sayang, selamanya untuk sayang.” Tubuh Aura terus dipeluk erat.
Bibir mungil Aura dicium lembut. Lama mereka berkeadaan begitu barulah ianya dilepaskan.
“Dah nak subuh ni, abang nak mandi dulu, nanti kita solat sama - sama.” Rambut Aura diusap lembut lalu Zaffrel menyusun langkah memasuki bilik air.
Aura terkaku seketika. Bibirnya yang dikucup lembut sebentar tadi disentuh. Senyuman di bibirnya mula terukir. Arghhh aku jatuh cinta. Jatuh cinta kali ke seribu.
Aura menekup wajahnya. Fuhh dia buat jantung aku ni terbang melayang ke angkasa lepas betul la.
“Sayang kenapa duduk dekat situ lagi tu?” Soal Zaffrel saat keluar dari bilik air.
“Eh cepatnya abang mandi.” Aura cuba untuk menukar topik. Malu bila ditegur begitu.
“Lupa nak ambil tuala.” Zaffrel berjalan menghampiri Aura. Semakin rapat tubuh tegap dengan dengan Aura , Aura melangkah setapak kebelakang. Zaffrel makin menghampirinya setapak lagi diundur kebelakang. Aura mula kaget saat tubuhnya sudah berlanggar dengan kerusi dibelakangnya. Tubuh Zaffrel yang makin menghampirinya dipandang dengan cemas.
“A..abang..abang.. cakap.. nak .. nak.. ambil tuala...kan.?” Aura mula gagap saat tangan kanan Zaffrel mengunci keduduknya.
“Nak ambil tuala la ni.” Tangan sebelah kirinya mencapai tuala yang berada di atas kerusi belakang Aura. Setelah mengambil tuala tersebut, Zaffrel kembali mengangkat tangannya dari terus mengunci kedudukan Aura.
Aura tarik nafas lega. Fuh nak ambil tuala dah macam nak goda orang. Kalau aku bergerak sekilas je terus berlaga dengan dia.
“Kenapa takut sangat je muka. Bimbang abang....”
“Erk abang pergi mandi. Lewat dah ni . Tak baik lewatkan solat. Dah pergi mandi.” Tubuh Zaffrel terus ditolak masuk ke dalam toilet. Saat pintu toilet ditutup Aura melepaskan hembusan lega. Fuhh makin lama makin terus aura suami kau ni Aura.
-RUMAH TANGGA AKAN BAHAGIA JIKA KITA BIJAK MENGURUSNYA. BERTOLAK ANSUR ADALAH ANTARA CARA UTAMA UNTUK KEKALKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA. NAK BAHAGIA DAN SWEET, BOLEH IKUT CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERI-ISTERI BANGINDA. INSYALLAH BAHAGIA RUMAH TANGGA DUNIA AKHIRAT.
Maaflah boring sikit bab kali ni ^_^ selamat membaca
Share this novel