Series
67386
(PERPISAHAN)
SATU PERSATU ruangan rumah kecil itu diteliti. Almari dan bekas - bekas semua dibuka oleh Aura. Aura mengeluh sesaat apabila benda yang ingin dicarinya masih tidak dijumpai. Zaffrel yang duduk disofa hanya menjadi pemerhati setia. Apalah yang budak ni cari dari tadi lagi.
“Zaffrel, dekat sini tak ada ubat ke?” Soal Aura setelah puas mencari ubat sapu merata tempat.
Zaffrel tepuk dahi, aku ingat apalah yang dicari dari tadi, kalau dia tanya je aku terus kan mudah boleh aku terus bagi.
“Ada jap aku ambilkan.” Zaffrel terus berlalu masuk kedalam satu-satunya bilik tidur dirumah tersebut.
“Ni , nak buat apa dengan ubat ni?” Soal Zaffrel sambil menghulurkan ubat sapu kepada Aura. Nak cakap sapu dekat luka tak ada luka pun dekat wajah dengan lengan dia.
“Aku pinjam jap eh.” Ujar Aura lalu terus memasuki bilik tidur lalu menutup pintu.
Zaffrel mula berasa pelik. Dia sakit ke? Sakit dekat mana?
Zaffrel terus ke bilik tersebut lalu membuka pintu. Saat itu Aura sedang menyapu ubat dibahagian betisnya yang sudah tercalar dan kelihatan amat pedih.
“Kenapa dengan betis kau ni?” Soal Zaffrel dengan cemas. Zaffrel terus mengambil tisu lalu menyapu calar dibetis Aura yang mula mengeluarkan beberapa titis cecair merah.
“Auchh!” Aura mengadu kesakitan apabila tisu tersebut terkena pada lukanya yang sedikit dalam.
“Maaf. Kenapa tak bagitahu aku? Kau kena apa sampai jadi macam ni?” Soal Zaffrel lagi. Ubat sapu ditangan Aura diambil lalu disapu pada betis tersebut.
“Betis aku terseret sikit tadi dengan batang pokok masa nak turun.” Jawab Aura yang hanya membiarkan sahaja Zaffrel merawat betisnya.
“Maaf tau, sebab aku kau sakit, sebab aku kau takut dan sebab aku kau terpaksa tinggal dekat sini. Maafkan aku, ini je cara yang mampu aku selamatkan kita.” Luah Zaffrel sambil tangannya ligat membalut betis Aura. Wajahnya hanya difokuskan pada rawatannya, sungguh dia tidak kuat untuk memandang wajah Aura saat ini. Rasa bersalah mula menyerang lubuk jiwa.
“Apa yang kau cuba sampaikan ni? Tolonglah Zaff aku dah penat merayu, tolong jelaskan semuanya.” Sekali lagi Aura merayu. Berharap Zaffrel menceritakan hal sebenar.
“Aku bukan tak nak cerita, cuma aku takut kau tak boleh terima.” Akhirnya wajah polos Aura dipandang. Maafkan aku Aura.
“Aku lagi tak boleh terima bila aku terpaksa hadap semua ni tanpa sebab. At least aku tahu kenapa aku berada dekat sini, tak ada la aku tetap salahkan kau. Aku cuma inginkan penjelasan. Aku penat Zaff, aku penat nak hadap semua benda ni.” Sedaya upaya Aura mengawal air matanya. Cukuplah Aura kau menangis, tak ada orang nak pujuk kau, tak ada orang kesah pasal kau. Semua orang dah benci kau.
“Okay aku akan cerita. Tapi aku harap kau mampu terima. Aku ada kembar..”
“Aku tahu, kembar kau meninggal sebab kemalangan kan? So apa kaitan kita dekat sini?” Eh kau Aura tadi nak orang ceritakan, ni kau pula buka cerita.
“Macam mana kau tahu?” Soal Zaffrel dengan seribu kerutan di dahi.
“Well ni Aura Fellisya la. Ala cepatlah cerita!” Paksa Aura lalu membetulkan duduknya agar menghadap Zaffrel. Cepat, cepat tak sabar nak dengar ni.
“Kembar aku mati dibunuh bukan sebab kemalangan.”
“What! Jangan main- main la!” Aura memotong Ayat Zaffrel.
“Kau jangan nak jawab lagi boleh tak? Kang aku tak cerita merajuk pula.” Rolling eyes Zaffrel dipmerkan. Budak ni nak kena sengkeh ke apa.
“Okay, okay silakan sambung.” Aura senyum senget. Ala sorry la, perempuan kalau dengar cerita memang emosi sikit.
“Sebenarnya tak ramai orang tahu tentang kembar aku tu, sebab diorang hanya tahu aku dan kembar aku adalah orang yang sama sebab kami kembar seiras, perangai semua sama tak ada beza lansung. Kami terpaksa menyamar orang yang sama sebab nak jauhkan diri dari ancaman Zack, lelaki yang cuba rampas harta daddy. Kembar aku Zaffier dibesarkan di London manakala aku dibesarkan di Malaysia, bila umur dah masuk 22 tahun kami tukar posisi, tapi tak sangka pula bila dia balik Malaysia aku duduk London dia dibunuh kejam oleh Zack.” Nafas Zaffrel ditarik sedalam-dalamnya. Wajah Zaffier mula bermain difikirannya.
“Takkan sebab harta sanggup bunuh-bunuh?” Aura cuba memusingkan fikirannya, tak logik nak harta sampai nak membunuh.
“Iri hati punya pasal. Kalau pewaris MR Holdings tak ada, Zack akan dapat miliki sepenuhnya syarikat tu dengan surat palsu dia. Dekat surat tu ada tulis, kalau pewaris MR Holdings tak ada dia akan dapat syarikat tu selepas daddy berusia 65 tahun. Dia banyak pengaruh besar sebab tu dia mampu cipta surat palsu macam tu. So bila dia tahu yang daddy ada anak so dia rancang nak bunuh and dia berjaya , tapi dia tak tahu yang kami kembar. Bila dia dapat tahu dia mula rancang nak bunuh aku, and bila dia tahu aku dah kahwin dengan kau lagilah dia nak marah sebab lagi susah dia nak rampas syarikat tu, sebab syarikat daddy dan papa akan bergabung. So target diorang adalah kau dan aku , faham.” Jelas Zaffrel sambil menguap.
“So diorang nak bunuh aku jugalah!” Aura mula gelabah. Apa perasaan korang kalau tahu ada orang nak bunuh korang? Of course la takut.
“Maafkan aku Aura, sebab aku kau kena tempiasnya..” Wajah Aura dipandang penuh simpati.
“Aku tak nak salahkan kau, sebab aku dididik untuk menerima takdir . Tak semua takdir kita mampu terima tapi bila dah namanya takdir, nak tak nak kena terima.” Aura memandang kosong kearah dinding. Kalau nak ikutkan hati nak je marah nak je mengamuk, tapi aku tak mampu, aku kena akur , dia suami aku dan dia dah berusaha nak lindungi aku. Dan aku tak nak rasa menyesal kahwin dengan dia sebab aku tahu besar dosanya.
“Terima kasih sebab faham aku.” Mulia sangat hati kau Aura, sedangkan aku pernah ungkap bahawa aku telah buat keputusan yang salah tapi kau mampu terima semua ni dengan hati terbuka.
“Cerita la lagi, banyak lagi masih menjadi persoalan ni. Kenapa tak report polis je?” Gesa Aura lalu menggongcang lengan Zaffrel.
“ Dia banyak pengaruh besar , setakat nak keluar penjara tu petik jari je. Dah banyak kali kena tangkap, tapi main - main je boleh bebas. Lain kali la pula aku cerita, aku mengantuk la.” Zaffrel bangun dari katil tersebut lalu berjalan keluar.
“Eh nak pergi mana?” Soal Aura apabila Zaffrel mula keluar dari bilik tersebut.
“Pergi tidur la.” Jawab Zaffrel sambil menguap.
“Tidur dekat sini la, please.” Wajah dua puluh sen dipamerkan.
“Kau tak kesah ke aku tidur tepi kau?” Biar betul budak ni, selalu nak marah aku ni ajak tidur sekali.
“Aku... aku cuma takut la.” Aura senyum senget.
“Kau sendiri cakap yang dekat sini banyak..”
Bup!
“Aaaaaa!”
Aura terus menerjah kearah Zaffrel saat terdengar sesuatu jatuh dengan kuat mengakibatkan kedua dua mereka terhumban ke lantai. Tawa Zaffrel terlepas bebas. Terbahak-bahak Zaffrel ketawa. Aura yang duduk menempel dengannya mula seram, aku takut kau boleh mengilai macam tu, jangan cakap kau.. eh Aura jaga mulut.
“Sampai jatuh aku kau terkam. Kau ni dah terlebih penakut la. Tu bunyi buah kelapa jatuh la. Haiss penakut betul.” Mengekek Zaffrel ketawa apabila melihat wajah cemberut Aura.
“Ish kau ni!” Bahu Zaffrel dipukul semahu mahunya. Padan muka, bukan nak hilangkan takut aku, tapi ejek aku. Aku tahulah aku ni penakut. Aura bangun dari lantai, sakit tau pinggang aku ni.
“ Aduh sakit badan aku tau, dah la kau tu berat.” Adu Zaffrel sambil membetulkan pinggangnya.
“Padan muka!” Aura berjalan menghentak kaki kearah katil tanda protes. Tubuhnya diselimut sepenuhnya.
“Aku tidur luar ye.” Usik Zaffrel lagi.
“Tidur sini!” Suara Aura dinaikkan seoktaf. Tubuhya masih lagi diselimuti penuh hingga ke kepala.
“Adik aku pun tak takut macam kau.” Bidas Zaffrel lalu membaringkan badannya sebelah Aura.
“Sejak bila pula kau ada adik? Bukan ke kembar kau tu abang ke?” Aura menyelak sedikit selimutnya menampakkan sedikit matanya.
“Aku tak ada adik eh? Nantilah aku suruh mummy beranak sorang lagi.” Selamba Zaffrel menjawab lalu memejamkan matanya.
Aura tergelak dengan jawapan Zaffrel. Tangannya naik menampar lembut bahu Zaffrel.
“Apa punya anak la kau ni.” Aura sembunyi senyum. Dah la mummy cakap dia dah monopos, aip Aura tak baik.
Zaffrel hanya tersenyum, matanya dipejam rapat. Mengantuk sangat , semalam baru kahwin hari ni dah berkejaran dengan penjahat.
JAM MENUNJUKKAN pukul 3 pagi, Aura tersedar dari lenanya apabila mendengar ketukan pintu dari arah luar. Aura cuba menyambung tidurnya namun apabila ketukan itu makin bertalu-talu , Aura mula cuak.
‘Tolonglah pergi! Jangan la ganggu aku dekat sini.’ Tubuh Aura diselimut penuh hingga ke kepala.
Tok! Tok!
“Zaff, bangun. Zaffrel bangunlah.” Tubuh Zaffrel digongcang kuat.
“Ada apa Aura? Aku mengantuk la.” Zaffrel menggosok matanya lalu bangun menyandarkan badannya pada kepala katil.
“Kau dengar tak bunyi tu?” Aura mengesot sedikit menghampiri Zaffrel.
“Eh dah pukul 3 pagi ” Zaffrel terus bangun dari katil lalu ingin berjalan keluar
“Nak pergi mana tu?” Dengan pantas Aura terus berlari ke arah Zaffrel lalu memeluk lengan Zaffrel.
“Nak pergi buka pintu la.”
Pap!
Lengan Zaffrel ditampar oleh Aura dengan sebelah tangannya. Lagi sebelah masih erat memeluk lengan Zaffrel.
“Tu bukan orang la. Dah la masuk tidur, abaikan je.” Aura kembali menarik tangan Zaffrel untuk masuk tidur.
“Ada orang dekat luar tu , takkan nak biar je.” Tangan Aura pula kembali ditarik untuk ke pintu utama.
“No Zaff.” Aura menggelengkan kepalanya. Jangan la buat hal jom la masuk tidur. Zaffrel sembunyi senyum, penakut betul.
Aura hanya memejamkan matanya apabila Zaffrel cuba membuka pintu. Perlahan lahan dia menyorok di belakang Zaffrel.
“Hai boss!”
“Oh mak kau jatuh gedebuk!” Latah Aura saat beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam menegur Zaffrel.
“Aku dah cakap kan, tu bukan manusia.” Pinggang Zaffrel dipeluk erat sambil matanya terpejam. Tutup la pintu tu Zaffrel oi.
Lima orang lelaki di muka pintu muka pelik dengan riaksi Aura. Bukan manusia? Siapa ? Dia nak cakap aku hantu ke.
“Aura diorang ni manusia la bukan hantu.” Zaffrel mula tersenyum. Alahai bila takut tahu nak bermanja, kalau tak asyik garang je.
Aura membuka sedikit matanya memandang lima orang lelaki yang berdiri dimuka pintu.
“Buktikan yang korang bukan hantu.” Arah Aura yang masih memeluk tubuh Zaffrel.
“Buktinya, kami rasa cemburu tengok Tuan kami kena peluk depan kami yang single ni.” Ujar salah seorang dari lelaki itu. Aura cepat- cepat melepaskan pelukan apabila ditegur begitu. Wajahnya mula berona merah.
“Dah masuk la , kat luar ni sejuk, jangan nak usik bini aku ni , nanti aku yang kena lepas ni.” Arah Zaffrel sambil tersenyum kearah Aura. Jelingan maut Aura mula beraksi.
“Siapa tu?” Soal Aura saat kelima lima lelaki tadi sudah memasuki rumah tersebut.
“Orang suruhan daddy. Selama ni diorang la duduk rumah ni , cuma sekarang diorang bagi kita duduk untuk berlindung, diorang datang sebab nak pastikan keselamatan kita je.” Jelas Zaffrel .
“Bukan hantu la?” Soal Aura lagi sambil memandang satu persatu kaki lima orang lelaki tadi. Orang cakap kalau kaki tak rapat ke lantai atau ke tanah maknanya hantulah tu.
“Cuba peluk macam tadi, tengok hantu ada perasaan tak.” Usik Zaffrel lalu menghampiri Aura.
Pap!
Sekali lagi bahu Zaffrel menjadi sasaran Aura. Jangan cari pasal kalau tak nak kena tamparan aku ni.
“Jangan nak perasan eh, aku pun tak nak la peluk kau. Terpaksa je tadi.” Aura terus berjalan masuk kedalam bilik tidur. Mata ni dah berat , letak kepala atas bantal ni confirm terus tidur.
“Korang tidur la dulu ye, aku masuk dulu.” Pinta Zaffrel dengan sopan.
“Baiklah boss, nanti bini cari.” Usik Terry salah seorang orang suruhan Dato Malek.
“Jangan cemburu ye semua, maaflah kalau kena sakit mata tengok aku dengan bini aku. Maklumlah bini aku ni perangai dia manja sikit, so kalau nak bini kahwin cepat-cepat.” Usik Zaffrel lalu terus memasuki bilik tidur. Banyaklah kau punya manja, garang macam singa adalah.
Mereke yang mendengar hanya tersenyum.
SUASANA pagi yang damai ditambah lagi dengan bunyi ombak amat menenangkan. Aura mencari cengkerang yang bermucung tirus lalu mengukir namanya pada pasir tersebut.
‘Aura Fellisya, perfect!’ Aura tersenyum gembira setelah namanya diukur cantik pada pasir.
“Buat apa tu?” Soal Zaffrel yang mula mendekati Aura.
“Tak payah nak sibuk la.” Aura mengendahkan sahaja Zaffrel dihadapannya. Aura mendekati pasir yang hampir mengenai ombak lalu menulis nama Zaffrel disitu. Belum sempat nama Zaffrel ditulis, ombak telah datang menghancurkan semuanya.
“Tengok tu nama kau dah tersasar dalam laut. So pergi main jauh- jauh jangan ganggu aku.” Cengkerang yang berada ditangan Aura dibaling ke pasir.
“ Ni la perempuan, time susah cari kita, time happy lupakan kita.” Zaffrel tayang wajah budak tadika.
“ Aku tak nak kawan dengan kau selagi kau tak cerita sepenuhnya lagi. “ Aura buat muka seakan merajuk.
“ Tak nak kawan sudah. Tak payah aku cerita . Aku ank cerita dekat orang yang nak kawan dengan aku je.” Zaffrel membalas rajukan Aura. Zaffrel berjalan tepi pantai buat-buat tak melayan Aura.
“Ala, Zaff cerita la!” Aura berjalan mengejar langkah Zaffrel.
“Boleh, tapi kena kawan dengan aku.” Zaffrel menghentikan langkahnya lalu memandang ke arah Aura.
Kawan? Tapi aku isteri kau. Takpa aku faham, perkahwinan ni pun adalah keputusan salah bagi kau. Mungkin benar, aku hanya layak jadi kawan bukan isteri.
“Okay.” Jawab Aura ringkas.
Maafkan aku Aura, mungkin dengan cara ni je mampu rapatkan kita. Kau isteri aku, cinta atau tidak aku nak cuba dekat dengan kau. Aku nak lindungi kau. Kalau kau tak mampu nak terima aku sebagai suami kau, cukuplah kau terima aku sebagai kawan kau.
“Bila kau nak cerita?” Soal Aura dengan nada yang dikawalnya. Tipulah kalau tak terasa, aku cuma inginkan seorang suami yang ikhlas terima aku. Tak cinta tak apa, benda boleh cuba, tapi kalau tak ikhlas, perit sangat.
“Malam ni” Zaffrel turut membalas ringkas. Kenapa Aura tak nak terima aku sebagai seorang suami? Dia hanya mampu terima aku sebagai seorang kawan . Aku tak minta cinta dari kau , cuma cukup sekadar keikhlasan dari kau.
“Tuan lari!” Jerit Petter salah seorang daripada orang suruhan Dato Malek.
Tanpa berfikir panjang, Zaffrel terus menarik tangan Aura untuk lari dari tempat tersebut.
Bum! Bum!
Bunyi tembakan makin mendekati mereka . Aura sudah menangis ketakutan. Zaffrel terus menarik tangan Aura menghampiri Terry dan orang suruhannya yang lain.
Bum!
“Arghhh” Zaffrel mengaum kesakitan apabila tembakan terkena tepat pada lengannya. Lututnya perlahan- lahan rebah ke pasir. Dia menggenggam lengannya yang mula mengeluarkan darah yang banyak.
“Zaffrel!” Aura terus berlari ingin mendapat kan Zaffrel namun dirinya terus disambar oleh Petter .
“Bawa Aura jauh dari sini!” Laung Zaffrel dengan kuat sambil menahan kesakitannya.
“No ! Zaff!” Aura sudah meraung dan meronta ronta. Wajahnya sudah lencun dengan air mata. Namun dia tidak mempunyai kudrat untuk menghalang Petter dari menariknya .
“Pergi Aura! Sini tak selamat untuk kau!” Laung Zaffrel lagi. Air matanya mula mengalir. Maafkan aku Aura. Ya Allah selamatkan isteri aku.
“Zaff! Jangan tinggalkan aku...” suara Aura makin tidak kedengaran. Tangisan Aura makin lebat apabila melihat kelibat seorang lelaki yang mula mendekati Zaffrel dari arah belakang sambil memegang secupuk pistol. Pandangannya makin kabur apabila dia semakin dibawa jauh oleh orang suruhan Dato Malek dengan bot express.
“Lepaskan aku! Selamatkan Zaffrel!” Tengkin Aura sambil meronta-ronta pinta dilepaskan. Terry dan Petter memegang kedua belah tangan Aura manakala Brody membawa bot express tersebut dengan pantas.
“Sabar Puan, kita hanya mampu berserah. Sekarang ni nyawa Puan adalah keutamaan. Kami hanya mengikuti arahan Tuan, kami cuma diarah untuk selamatkan Puan.” Terry mengalihkan pandangannya kearah pulau yang makin jauh dari pandangannya. Semoga Tuan baik-baik sahaja, bertahanlah demi kami.
“Korang kejam, korang jahat.” Aura sudah kehabisan tenaga. Dia tidak lagi meronta-ronta . Wajahnya disembamkan pada kedua belah lututnya. Ya Allah selamatkan suami aku, panjangkan usia dia.
Selamat membaca semua ^_^
Share this novel