JDMA-32 (ORANG MINYAK?)

Romance Series 66915

(ORANG MINYAK?)

-Rose baru teringat yang Datin Rasyidah takda iddah hihi.. Sepatutnya dia beriddah 4 bulan 10 hari dulu (kalau tak silap), tapi terus fly London, hihi memang tak ingat lansung pasal iddah.. anggap ini novel , tiada yg mustahil, tapi ia tetap salah disisi syarak ye, dekat dunia realiti jangan tiru tau, yang mana kematian suami harus ikut iddah yang telah ditetapkan.

ZAFFREL mengikuti langkah Aura dari belakang. Otaknya masih ligak mencari idea untuk menerangkan apa yang berlaku.

“Aura dah cakap jangan ikut Aura kan.” Aura bersuara tanpa memusingkan badannya.

“Tasha datang waktu tu, dia minta seratus, sebab dia nak beli ubat family dia buang dia..” Zaffrel terus menceritakan perkara sebenar tanpa meminta Aura untuk memberinya ruang.

“Then? Family dia buang dia habis ada kaitan dengan kita? Sebab abang terlau sayangkan dia la sebab tu abang mudah tertipu. Logik sangat family dia buang dia sampai lansung tak ada duit dekat tangan. Habis kawan dia saudara mara dia tak ada la? Fuh alasan tak boleh pakai.” Aura meneruskan lagi perjalanannya. Nak pergi mana tak tahu la.

“Abang tak kesah pasal duit tu, tapi dia mengandung sayang..” sayu sahaja suara Zaffrel saat ini. Bukan sedih dengan nasib Tasha tapi sedih dengan sikap Aura yang tidak pernah yakin dengan keikhlasannya.

“Habis kalau dia mengandung abang perlu la peluk dia? Sebab apa sebab dia ada baby, tak macam Aura. Aura tak bagi abang anak, dah ada pun gugur. Sebab tu kan?” Aura memusingkan badannya. Mencerlung dia memandang wajah Zaffrel.

“Sayang apa sayang cakap ni. Tak pernah terdetik dekat hati abang perkara macam tu. Abang bukan peluk dia abang cuma sambut dia dari jatuh. Sejahat mana pun dia, kita tak boleh nak hukum kejahatan anak dalam kandungan tu. Baby tu tak berdosa sayang. Apa salah baby tu sampai abang nak biarkan je Tasha jatuh macam tu? Dia pun nak tengok dunia, dia pun nak hidup sayang. Sayang sendiri sedih sebab keguguran Tasha pun sama. Dia merayu minta duit semata - mata nak beli ubat demi kesihatan anak dia. Takkan tergamak abang nak biarkan dia keguguran. Abang tak nak jadi manusia kejam sayang.” Zaffrel mengawal nafasnya. Sikap Aura sedikit sebanyak mencabar kemarahannya.

“Jadi abang nak cakap Aura kejam la? Sebab tu abang tinggikan suara dengan Aura depan Tasha! Abang ingat Aura takda perasaan ke? Aura sakit waktu abang. Aura perlukan abang. Tapi abang sanggup tinggikan suara dengan Aura. Sebab apa? Sebab Aura kejam? Aura tak mulia macam abang?” Air mata Aura mula memberes keluar.

“Sebab abang kecewa. Tak salah pun abang tinggikan suara dengan Aura. Abang suami Aura, abang berhak didik isteri abang. Abang kecewa sebab Aura sanggup tinggikan suara dengan abang, Aura sanggup fitnah abang macam - macam tanpa bagi sedikit pun ruang untuk abang terangkan segalanya. Siapa sebenarnya abang bagi Aura? Aura sakit hati sebab abang tinggikan suara dengan Aura, habis hati abang ni tak sakit la bila Aura tinggikan suara, Aura fitnah abang. Salah ke kalau Aura hormat abang sebagai suami Aura?...” Zaffrel menarik nafas dalam mencari kekuatan.

“Abang tinggikan suara Aura dah lari jauh ni. Habis Aura tinggikan suara dengan abang, fitnah abang macam - macam burukkan abang dekat orang lain, pernah tak Aura fikir pasal abang?”

Aura hanya mampu menekur lantai. Air mata yang berjurai keluar dibiarkan sahaja. Rasa bersalah mula menyerang jiwanya.

“Aura tuduh abang tak cari Aura sedangkan abang macam orang gila cari Aura. Daddy pula meninggal waktu tu, mana nak urus daddy mana nak fikir pasal Aura. Bila abang jumpa Aura depan mata, satu je dalam jiwa abang ni, syukur. Abang nak sangat peluk Aura waktu tu, cium bidadari abang, tapi apa yang abang dapat? Aura tuduh abang macam - macam. Jahat sangat ke abang di mata Aura? Kenapa Aura selalu mempertikaikan keikhlasan cinta abang?” Terluah juga segala yang terpendam. Tubuh Aura ditarik lalu dipeluknya.

“Janji dengan abang, jangan buat macam ni lagi. Abang tak kuat sayang. Abang perlukan sayang sebagai sayap abang.” Ubun - ubun Aura dicium lama.

“Abang Aura...”

“Shuu.. abang dah maafkan. Abang faham emosi sayang tak stabil. Abang tak nak salahkan sayang. Sayang isteri yang baik. Cuma satu je abang minta. Janganlah menilai keikhlasan hati abang lagi. Sebab keikhlasan ni hanya Allah sahaja yang tahu betapa cintanya abang pada sayang. Jangan tinggalkan abang lagi sayang.” Wajah Aura diangkat. Ibu jari Zaffrel ligat menyapu air mata yang memberes keluar. Rasa bersalah pula kerana meluahkan isi hatinya. Adakah Aura akan terkilan dengan kata - katanya?

“Aura janji Aura tak buat lagi. Maafkan Aura..” Aura menyambung tangisnya.

“Hey dont cry sayang. Abang dah maafkan. Jangan nangis lagi.” Belakang tubuh Aura digosok perlahan.

“Dah jom balik. Sejuk sayang oi. Abang ni sweater pun tak pakai.” Pelukan dilepaskan. Kini Zaffrel kembali memeluk tubuhnya pula. Angin sejuk mula menampar segenap tubuhnya.

“Jom balik. Sorry tau. Nanti abang cerita la pasal daddy dekat Aura.” Suara Aura masih lagi bersisa tangisan.

“Iye sayang, boleh.”

“HAI anak menantu, tadi bukan main perang dunia, alih - alih dah sejuk sesejuk suhu di London.” Seloroh Datin Rasyidah sambil menyusun bunga didalam pasu. Seronok tengok mereka semua berkumpul dekat luar sambil layan teh panas.

“Nak pujuk pun kena berdrama air mata dulu mummy.” Jawab Zaffrel lalu duduk dikerusi batu menghadap Dato Khalid. Teh panas yang berada didalam cawan diterus dihirup. Hilang sikit sejuk badan aku ni.

“Macam tu baru gentle, ni tak pujuk bini pun fail.” Datin Rasyidah duduk disebelah Zaffrel.

“Zaff mummy nak cakap sikit.” Tangan Zaffrel diraih lalu digengam.

“Apa mummy.”

“Pasal syarikat MR Holdings tu...”

“Mummy, Zaff dengan Aura dah bercadang nak kembalikan balik pada Zack. Adrian lebih berhak mewarisi syarikat tu bukan Zaff dengan Aura.” Celah Zaffrel tanpa sempat Datin Rasyidah bersuara.

“Mummy pun fikir macam tu. Tapi mummy rasa bersalah. Sebab yang majukan syarikat tu Zaff, tapi..”

“Mummy, Zaff tak perlukan semua tu. Cukuplah kita dah guna semua harta Zack selama ni. Cukuplah Zaff fikir buruk pada Zack. Zaff nak jumpa Zack Zaff nak minta maaf Zack nak pulangkan segalanya.” Terang Zaffrel.

“Tapi abang, tak perlu bahayakan diri jumpa Zack.” Bantah Aura.

“Dia tak bahaya macam yang kita fikir. Sebelum ni pun dia cuma ugut kita, bukan dia nak bunuh pun. Dia cuma sakit hati dengan daddy sebab daddy cuba nak bunuh Adrian. Zack baik, dia tak akan buat perkara diluar jangkaan.” Jawab Zaffrel lagi.

“Aura hormat keputusan abang.” Aura menghadiahkan sebuah senyuman.

“Zaff, mummy harap sangat mummy dapat jumpa Adrian kembali. Mummy rindu dia. Mummy dah cukup menderita sebelum ni. Mummy nak anak - anak mummy. Mummy rindu Adrian mummy rindu Zaffier.” Datin Rasyidah mula bergenang air mata. Rasa rindu yang menyiksa jiwanya kini hadir.

“Insyallah , nanti ada rezeki Zaff bawa Adrian jumpa mummy.” Tubuh Datin Rasyidah dipeluk kemas.

“Terima kasih Zaff.”

ZAFFREL mendekati Aura yang sedang tersengguk menonton televisyen. Dia duduk disisi Aura lalu mencuit lembut dagu Aura.

“Dah la sayang pergi masuk tidur, kesian abang tengok tersengguk macam ni.” Rambut yang menutup wajah Aura diselit kebelakang.

“Takpa Aura boleh tunggu abang siapkan kerja.” Aura menguap malas.

“Sayang pergi la masuk tidur dulu, nanti abang siap abang masuk bilik. Nak tunggu abang lambat lagi. Dah pergi masuk tidur.” Arah Zaffrel lalu menarik tangan Aura untuk bangun.

“Baik abang, jangan lama sangat tau, sambung esok la kerja tu.” Pesan Aura sambil berjalan malas menuju ke bilik tidur.

ZAFFREL meneroka segenap beg tangan Aura mencari charger kerana dia terlupa untuk membawa chargernya. Namun saru paket berbentuk petak menarik minat Zaffrel. Zaffrel mengambil paket tersebut lalu ditiliknya.

“Black mask!” Zaffrel singgul senyum. Aura yang sedang lena disebelahnya dipandang seketika.

“Ni kalau aku curi confirm dia tak perasan punya. Thank you sayang.” Zaffrel terus memasuki toilet untuk memakai mask tersbut. Lampu tandas tidak pula dibuka, hanya sinaran lampu bilik yang samar - samar menerangi bilik air tersebut.

Aura menggeliat seketika. Dia bangun lalu duduk berteleku di atas katil. Suhu dekat London ni sejuk sangat, 24 jam rasa nak kencing.

Aura berjalan sambil menguap kearah toilet. Dia mengerling sekilas keatas katil, kelihatan Zaffrel masih tidak masuk tidur lagi.

Aura membuka pintu tandas lalu menolak perlahan pintu tandas yang sedikit tertutup. Bunyi sahaja pintu tandas berbuka Zaffrel terus menoleh dengan mata yang membulat. Mak kau dia bangun, agaknya dia marah tak kalau aku curi mask dia ni.

“Arghhhhhhhhhhhhh!” Aura menjerit semahunya saat melihat lelaki berwajah hitam berdiri membulatkan mata kearahnya.

Aura terus berlari mencapai botol air plastik disebelahnya.

Suasana bilik yang gelap menyukarkannya untuk memerhati wajah lelaki itu.

Zaffrel menghampiri Aura, Aura lantas membaling botol air tersebut tepat mengenai kepala Zaffrel lalu menolak jatuh tubuh Zaffrel.

“Aduh.” Zaffrel menggosok kepalanya yang mula membenjol dan belakangnya yang sakit akibat ditolak. Zaffrel kembali bangkit lalu menghampiri Aura.

“Arghhhhhhhh!” Aura menjerit lagi sambil memukul kuat dada bidang Zaffrel. Zaffrel menukup mulut Aura yang meraung seperti melihat Zombie yang kelaparan.

Aura meronta sambil memcuba untuk melepaskan tangan Zaffrel dari menukup mulutnya. Makin takut dirasakan apabila wajah lelaki itu hampir dengan dirinya. Keadaan bilik yang gelap menyeramkan lagi apabila wajah Zaffrel begitu gelap sekali.

“Zaff! Aura! Kenapa tu!” Laung tokdy sambil mengetuk pintu bilik mereka berkali - kali.

Aura meronta kuat sehingga tubuh mereka selamat mencium lantai. Zaffrel mengadu kesakitan lagi apabila tubuhnya dihempap kuat oleh tubuh Aura.

“Arghhh!”

Mulut Aura kembali ditekup.

“Hey ni abang ni.” Zaffrel mencabut mask hitam diwajahnya. Sumpah menyesal aku pakai mask ni.

Aura meraba - raba wajah Zaffrel bagi memastikan benar - benar suaminya saat ini. Khuatir juga jika orang minyak yang memasuki biliknya.

Plak!

Terlopong mereka berlima saat memasuki bilik Zaffrel.

“Pandang belakang semua!” Arah tokdy setelah mereka melihat keadaan Aura yang selamat mendarat di atas tubuh Zaffrel.

“Saya dah cakap kan, jangan masuk, awak degil juga!” Marah nenek sambil menutup matanya dengan kedua belah tangan sambil membelakangi Aura dan Zaffrel.

“Zaff buat apa ni, Aura dalam pantang kut!” Datin Rasyidah pula mula mencelah.

“Dah semua keluar!” Jerit Dato Khalid pula. Bergegas mereka berlima keluar lalu menutup pintu bilik.

“Zaff kau jangan macam - macam Aura dalam pantang!” Sempat nenek menjerit sebelum berlari pergi.

Aura pandang Zaffrel dengan wajah tidak bersalah. Dia bangun dari menindih tubuh Zaffrel. Kepala yang tidak gatal digaru.

“Sorry abang.” Aura senyum sumbing.

“Sakit..” Zaffrel duduk bersila dihadapan Aura. Kepala yang terasa benjol digosok perlahan.

“Ahh, sorry abang, Aura ingat orang minyak tadi.” Aura mengesot menghampiri Zaffrel. Benjol dikepala Zaffrel digosok perlahan.

“Ya Allah sayang, suami sendiri pun tak kenal ke? Sampai hati, free - free kepala abang benjol.” Zaffrel tayang wajah sedih. Sakit dapat malu pun dapat. Tabahlah wahai hati.

“Ala abang, bilik ni gelap kut. Lagipun Aura ngantuk sangat tadi, tak boleh nak cam orang.” Aura senyum senget sambil menguap . Ya Allah bersalahnya aku.

“Comel! Bini siapa la ni.” Hidung Aura dicuit.

“Bini orang minyak.” Wajah Aura selamba.

“Amboi, sayang tengok abang ni sesuai sangat ke jadi orang minyak?” Zaffrel mengecilkan mata. Terlepas tawa Aura melihat wajah cemberut Zaffrel.

“Sesuai je, abang kalau nak jadi perompak, lanun semua sesuai. Tapi lagi sesuai kalau abang jadi...”

“Jadi apa?” Soal Zaffrel.

“Jadi ayah kepada anak - anak kita.” Aura simpul senyum. Sejak bila kau gatal ni Aura.

“Lima dozen , okay? Boleh buat team bola sepak.” Seloroh Zaffrel.

“Lima dozen tu nak buat sukan sea pun takpa.” Rolling eyes dipamerkan. Melebih.

Aura terus bangkit lalu memanjat katilnya.

“Sayang, boleh la ni nak lima dozen?” Zaffrel turut mendaki katil.

“Beranak sendiri!” Aura menepuk bantalnya lalu merebahkan kepalanya pada bantal.

“Kalau tak boleh takpa, abang ada 3 lagi kouta ni. Sorang satu dozen dah ada 4 dozen. Hurmm.” Zaffrel tayang wajah tidak bersalah.

“Perasan nak pasang empat, bini ada sorang pun dah benjol kepala, ni ada hati nak pasang empat.” Perut Zaffrel dipulas lembut.

“Kepala abang benjol pun sebab siapa?”

Diam.

Wajah Aura ditelik seketika. Mak kau terus tidur . Ni la orang cakap lari dari kesalahan sendiri.

“MORNING , nek , tokdy, mummy, mama papa.” Habis semua yang berada diruang dapur disapa ceria oleh Zaffrel.

“Zaff ni dah kenapa pagi buta senyum sampai ke dahi. Ha dahi tu pula kenapa benjol semacam?” Soal Datin Rasyidah saat menyediakan makanan diatas meja.

“Ni? Aura yang buat.” Jari telunjuk Zaffrel tepat menunding kearah Aura.

Terlopong Aura seketika. Kurang asam punya suami, bukan nak backup aku.

“Padan muka kamu Zaff, bini dalam pantang pun kamu terkam memang patut la kena macam tu.” Bidas tokdy pula. Mereka yang lain terus terlepas tawa. Namun tidak bagi Aura dan Zaffrel masing - masing menggaru kepala.

“Tokdy! Mana ada Zaff buat semua tu.” Zaffrel mencebik. Suka la tuduh tanpa mengetahui asal usul.

“Kalau dah buat salah mana ada nak mengakunya. Lebih - lebih lagi benda macam ni. Nenek ni makan garam dulu Zaff.” Bidas nenek pula.

“Tapi...”

“Dah - dah makan kesian dekat diorang. Muka dah merah macam udang kena panggang. Biasalah pengantin baru katakan.” Celah Datin Mona pula sambil menuangkan air kedalam cawan.

“Ni semua sebab sayang tau.” Ujar Zaffrel dengan perlahan.

“Eh apa pula sebab Aura. Abang yang salah sebab pakai mask tu. Dah la tak buka lampu.” Jawab Aura pula.

“Apa yang membisik lagi tu, tak elok membisik depan orang ramai.” Tegur Dato Khalid.

“Eh takada apa la papa, Aura ni dia cakap nak adik.” Seloroh Zaffrel. Tadi seronok sangat usik aku ye.

Uhuk!Uhuk!
Datin Mona meneguk air dengan rakus. Budak ni kalau tak buat aku sakit jantung memang tak sah.

Zaffrel dan Aura terlepas tawa. Mengusik orang tak ingat dunia kena batang hidung sendiri, tahu nak gelabah.

“Aura jangan nak minta macam - macam.” Datin Mona mengecilkan matanya memandang kearah Aura.

“Apa salahnya kalau Aura nak adik. At least boleh hilangkan boring mama papa kalau Aura takda nanti.” Jawab Aura lagi.

“Betul, boleh buat kawan dengan anak Aura nanti.” Celah Datin Rasyidah pula.

“Setuju, tapi mama kena expres la sebab Zaff dah minta lima dozen dengan Aura. Mama lagi satu dozen pun tak apa.” Seloroh Zaffrel pula. Mereka yang berada dimeja makan tersebut terus ketawa terbahak - bahak.

“Macam - macam korang ni. Muka mama dah merah macam tomato dah.” Dato Khalid menggelengkan kepala. Kalau duk main mengusik macam ni memang tak akan habis.

“Siap Zaff dengan Aura, tunggu mama balas habis - habisan.” Datin Mona menayangkan rolling eyesnya.

“Kami setuju!” Serentak Datin Rasyidah, Dato Khalid, nenek dan tokdy bersuara.

“Sayang..”

“Abang..”

Aura dan Zaffrel saling berpandangan. Tabahlah duhai hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience