(PERGILAH SAYANG)
[Maaf, sepatutnya bab kali ni dah ending, tapi disebabkan bab kali ini terlalu panjang, jadi saya jadikan dia dua bab. So ni bab sebelum epilog. Insyallah lepas bab ni epilog akan muncul dan novel ini bakal melabuhkan tirai]
BAHAGIA tidak semestinya hadir dari sebuah cinta, namun ia hadir dari sebuah takdir dan takdir itu adalah jodoh.
Biarlah cinta hadir tanpa diundang, dari ia pergi tanpa dipinta.
“Abang..”
Zaffrel menolehkan badannya. Senyuman manis dihadiahkan buat isteri tercinta. Langkahnya diatur kemas mendekati Aura yang sedang berdiri dihadapannya.
Perut Aura yang sudah memboyot besar diusap penuh kasih. Waktu beraksi begitu pantas. Namun setiap kenangan sentiasa tersemat dalam fikiran.
“Morning baby, baby sihat?” Soal Zaffrel lalu duduk melutut meletakkan kepalanya pada perut Aura yang sudah mencecah 9 bulan.
Terasa gerakan kaki dari kulit perut tersebut sehingga jelas menampakkan pergerakannya pada kulit perut tersebut.
Zaffrel tersenyum bahagia melihat setiap pergerakan bayi tersebut. Perasaan yang paling bahagia bagi seorang suami apabila dirinya dipilih untuk menjadi seorang bapa.
“Tak sabar nak jumpa daddy ehh.” Senyuman Zaffrel tidak lepas dari bibir manisnya. Diusap lembut perut Aura dengan penuh kegembiraan. Seketika perut Aura dicium lembut.
Tidak dinafikan, walaupun usia kandungannya sudah mencecah 9 bulan namun bayi di dalam kandungannya masih aktif. Bagai ruang didalam perutnya begitu banyak.
“Baby nak ajak daddy makan. Jom la mummy dah lapar ni.” Adu Aura comel sambil mengusap perutnya.
“Sorry baby sorry mummy. Tunggu kejap eh daddy pergi masak. Mummy nak makan apa?” Soal Zaffrel sambil meraih tangan Aura lalu diciumnya.
Dari dahulu hingga la kini, mencium tangan Aura seakan memberi seribu satu ketenangan buatnya.
Aura tersenyum nakal. Tak salah kan sekali sekala gatal dengan suami sendiri.
Dengan senyuman penuh makna, Aura mendekatkan wajahnya pada telinga Zaffrel lalu membisikkan sesuatu sehingga membulat besar mata Zaffrel.
“Jangan paksa abang sayang...”
“Mana ada Aura paksa. Cuma...”
Aura senyum meleret. Leher Zaffrel dirangkul kemas.
“Tak salah kan kalau Aura nak....”
Jeda.
Dada bidang Zaffrel diusap lembut. Tangannya naik pula mengelus lembut pipi Zaffrel. Perlahan - lahan tangannya turun menyentuh bibir mungil milik Zaffrel.
“When you touch it, you must pay it with a fair amount..”
Perlahan - lahan Zaffrel mendekatkan wajahnya dengan wajah Aura. Aura sudah tidak keruan. Niatnya hanya ingin mengusik Zaffrel, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Saat dia cuba untuk berundur, Zaffrel lebih pantas menahan kuat belakang tubuhnya.
Dan akhirnya bibir mereka bersatu. Dari ciuman ringan bertukar menjadi ciuman lebih hangat saat Aura mula membalas ciuman tersebut.
Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah masing - masing berhenti untuk mencari nafas.
Saat Zaffrel mula ingin menyambung ciuman tersebut, kedengaran satu bunyi yang menghentikan perbuatannya itu.
Krukk..krukk
“Ish potong line!” Bebel Zaffrel lalu terlepas tawanya.
“Aura dah cakap lapar kan, sebab Abang habis tersasar jauh.” Bebel Aura.
“Eh abang pula kena, siapa yang cakap nak eat abang tadi? Huh?” Kening sebelah kirinya diangkat.
“No matter who started it, the fault remains yours. You're wrong. So to atone for all your mistakes, please go to the kitchen now and cook the most special dishes for me before I abstain. Did you get it?” Arah Aura dengan selamba sambil tangannya menyilang ke dada.
“Yes, I have to give up because women are impossible to give up. And all the wrongs that exist will be blamed on the men. Because I love you, there is no objection from me. Menurut perintah tuan puteri.” Zaffrel mengundur kebelakang setapak lalu menundukkan sedikit kepalanya seakan dayang mendapat arahan dari permaisuri.
Kerana itu juga janjinya. Dimana sepanjang Aura mengandung, Aura lansung tidak dibenarkan untuk memegang periuk kuali. Semua makanan akan dimasak oleh Zaffrel dan layanan seperti layaknya seorang permaisuri tetap diberikan kepada Aura.
“Wait..”
“What?” Aura menyoal dengan keningnya terangkat sebelah.
“A morning kiss..”
“You already did it. And that's enough.” Jawab Aura lalu menolak lembut wajah Zaffrel dari terus menghampirinya.
“Because you're hungry, I'll let you go. But next time, don't hope. Willing to accept all my temptations” Ujar Zaffrel penuh drama sambil mencium lembut belakang tangan Aura.
“Try me.” Jawab Aura lalu terus beredar dari situ.
SEMUA ahli keluarga termasuk Dato Khalid dan Datin Mona sudah berkumpul di halaman rumah Zack atau gelaran baru oh bukan baru sudah 7 bulan hidupnya bersama gelaran tersebut iaitu Dato Zack.
Malam ini mereka akan mengadakan aktiviti bbq sempena menyambut kelahiran yang sangat ditunggukan tidak lama lagi, siapa lagi kalau bukan baby didalam rahim Aura.
“Malam ni makan puas - puas tau . Nanti dah berpantang makan nasi putih dengan air kosong je la. Sedangkan orang lain enak menikmati makanan yang terhidang seakan di kilang makanan.” Usik Adrian sambil membuat gaya berlagak dengan tangannya didepakan dengan matanya dipejamkan.
Pap!
“Aduh!” Adrian mengadu kesakitan sambil menggosok bahunya yang selamat dihempuk dengan dulang yang disediakan untuk diisikan dengan ayam yang sudah dibakar.
“Kau pahal! Kang aku hempuk kau dengan kaki ayam tu baru tahu.” Bebel Adrian sambil memandang tajam kearah Ilham.
“Kau tu pahal. Dari kau duk usik orang baik kau pergi intai bini kau yang dari tadi pucat dah muka tu.” Bebel Ilham sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah Tasha yang duduk tidak jauh dari mereka.
Aura hanya memandang drama aksia itu dengan tiada perasaan.
“Ehh bini aku!” Adrian terus berlari anak saat dirinya hampir terlupa meninggalkan Tasha seorang diri.
“Sayang okay?” Soal Adrian yang serta merta mendapat jerkahan dari Ilham.
“Woi bini aku tu!”
Tergelak besar ahli keluarganya yang lain saat Adrian tertukar Marsha dengan Tasha. Tasha yang duduk disebelah Marsha sudah menjeling terbalik kearah Adrian.
“Sorry sayang, baju Marsha sama dengan baju sayang. Dah la dua - dua sanggul rambut macm tu, macam mana tak tertukar bini.” Kepala yang tidak gatal digaru.
“Teruk dah kau ni bang. Nasib tak tertukar dengan bini aku sudah, kalau tertukar dengan bini aku ada yang koma hari ni.” Celah Zaffrel sambil membawa pinggan yang diisi dengab ayam yang sudah dibakar.
“Takda makna aku nak tertukar dengar bini kau. Perut bini kau tu dah besar tengok bini aku punya, mendatar lagi bro. Kan sayang.” Jawab Adrian sambil duduk disebelah Tasha.
Tasha hany menjeling sekilas. Aku tengah pening dia boleh pula nak buat main dekat sini.
“Abang!” Panggil Aura dengan suara yang agak lantang.
“Dah pergi main jauh - jauh bini dah panggil tu.” Halau Adrian.
Zaffrel hanya mampu menghadiahkan jelingan maut buat Adrian. Manakala Adrian pula sibuk melayan Tasha yang alahan. Alahan? Ye alahan. Minggu lepas, mereka mendapat berita gembira setelah 6 bulan perkahwinan mereka. Tasha disahkan mengandung. Dan berita itu sangat menggembirakan seluruh ahli keluarga.
Marsha pula , bunting pelamin. Sekarang kandungannya sudah mencecah lima bulan. Rezeki ini Allah sudah tetapkan yang terbaik. Rezeki tentang anak pula, Allah sudah aturkan yang terbaik, masa yang terbaik dan keadaan yang terbaik. Ada insan yang tidak dikurniakan cahaya mata, ada insan yang lansung tidak mampu mengandungkan cahaya mata, namun segalanya sudah diatur oleh Allah, dan segala yang terjadi adalah sebaik - baik perancangan.
“Sorry sayang, abang pergi toilet tadi. Ni makan la dulu, abang nak tolong Ilham bakar ayam kejap.” Ujar Zaffrel sambil menghulurkan pinggan ditangannya.
Aura menggeleng perlahan. Huluran Zaffrel turut ditepis perlahan.
“Kenapa ni? Sayang nak makan benda lain ke?” Pinggan ditangannya diletakkan kembali diatas meja. Dia turut melabuhkan punggung disebelah Aura.
Aura masih lagi menggeleng. Tubuh Zaffrel dipeluk erat. Dia menyembamkan wajahnya pada dada Zaffrel.
“Sayang kenapa ni? Jangan buat abang risau macam ni. Bagitahu abang cepat.” Pujuk Zaffrel sambil menggosok belakang Aura.
Ahli keluarga yang lain sudah mengalihkan pandangannya pada Aura dan Zaffrel.
“Sayang, okay tak ni?” Pujuk Zaffrel lagi.
Aura masih lagi menggeleng.
Datin Mona dan Datin Rasyidah berjalan mendekati mereka. Diikuti dengan ahli keluarga yang lain.
“Kenapa ni Zaff?” Soal Datin Mona.
“Entah la mama. Zaff tanya Aura tak nak cakap.” Jawab Zaffrel sambil menggosok belakang tubuh Aura.
“Aura sayang, kenapa ni? Bagitahu mummy sayang.” Pujuk Datin Rasyidah pula lalu duduk disebelah Aura.
“Sayang jangan macam ni, bagitahu abang cepat.” Zaffrel masih lagi memujuk. Tubuh Aura diangkat sedikit dari memeluk tubuhnya.
Zaffrel mula resah saat melihat wajah Aura sudah dilencuni air mata.
“Kenapa ni sayang?” Serta merta ibu jari Zaffrel mengelap air mata Aura.
“Perut Aura sakit..” Adu Aura sambil memegang perutnya.
“Sakit? Sayang nak bersalin ke?” Soal Zaffrel dengan cemas. Nafasnya sudah turun naik tidak terkawal.
Aura menggeleng. Aura pun tidak tahu sakit bersalan itu seperti apa. Maklumlah tiada pengalaman.
“Aura sakit macam mana?” Soal Datin Mona pula.
“Tak tahu nak cakap macam mana tapi sakit..” Adu Aura lagi.
“Zaff bawa Aura pergi hospital! Ian! Pergi ambil kunci kereta!” Arah Zack pula lalu terus bergegas kearah keretanya.
“Aura boleh jalan tak?” Soal Dato Khalid pula.
“Bo..”
Belum sempat Aura menghabiskan kata - katanya Zaffrel terlebih dahulu mengendong tubuh Aura.
BUKAAN Aura masih lagi 5cm, saat Zaffrel menunggu Aura sebelum melahirkan zuriatnya, matanya seakan kilang air mata. Tidak henti - henti dia menangis melihat keadaan Aura yang sedang menahan sakit.
“Sayang kena kuat tau, ingat abang akan selalu ada disisi sayang. Abang tahu sayang kuat.” Ucap Zaffrel sambil berkali - kali mengucup dahi Aura. Tangisannya tidak berhenti dari tadi.
“Abang sakitt..” Adu Aura lagi.
Zaffrel hanya mampu menahan perasaan. Tubuh Aura yang sudah lemah dipeluk erat. Bibirnya tidak henti - henti membaca surah suci al-Quran.
“Abang, kalau apa - apa terjadi pada Aura, jaga anak kita baik - baik...”
“Sayang kenapa cakap macam ni. Jangan cakap macam ni sayang, mengucap.” Bergetar hiba suara Zaffrel saat Aura melafazkan kata - kata tersebut.
“No abang, Aura cuma nak abang bersedia untuk kehilangan Aura. Cari pengganti Aura bila Aura tiada nanti. Halalkan makan minum Aura selama ni, maafkan semua silap Aura. Jaga anak kita baik - baik. Jika ditakdirkan Aura tak sempat nak tengok zuriat kita, abang jangan risau, Aura akan jumpa dia di syurga nanti...”
Zaffrel hanya terdiam sambil memeluk erat tubuh Aura. Bukan dia tidak mahu menyekat Aura dari terus merapu, namun hatinya terlalu sedih mendengar setiap bait yang keluar dari bibir Aura.
“Sayang, sayang tak ada dosa dengan abang. Abang maafkan segalanya. Jangan tinggalkan abang sayang, abang masih tidak bersedia untuk kehilangan sayang. Biar abang pergi dulu. Jangan tinggalkan abang sayang...”
“Abang, ajal maut ditangan Allah. Terima kasih kerana telah menjadi suami terbaik buat Aura. Jika jodoh kita didunia masih panjang, Aura akan kembali pada abang, tapi jika jodoh kita sampai disini, kita jumpa disyurga ya abang. Aura sayang abang...”
SUDAH hampir lima jam Aura dibilik pembedaan. Namun masih tiada berita tentangnya. Sungguh pilu hati Zaffrel saat mendapat khabar Aura terpaksa bersalin secara czer saat mendapat berita bayi didalam kandungannya sudah lemas.
Zaffrel bagai dihempap batu besar saat mendengar berita tersebut. Niatnya untuk menemani Aura bersalin berakhir disitu.
Terngiang - ngiang kata - kata Aura sebelum dimasukkan kebilik bedah.
“Jika jodoh kita didunia masih panjang, Aura akan kembali pada abang, tapi jika jodoh kita sampai disini, kita jumpa disyurga ya abang.”
Zaffrel seakan hilang arah. Air matanya terlalu murah saat ini. Badannya terlalu lemah. Sungguh dia tidak mampu menerima kehilangan Aura saat ini. Tidak mampu.
Ahli keluargnya yang lain hanya mampu melihat Zaffrel mengalirkan air mata. Doa mereka tidak pernah putus buat Aura.
“Zaff, sabar. Kita doakan yang terbaik buat Aura.” Pujuk Dato Khalid sambil menggosok bahu menantunya itu.
“Kalau dia tinggalkan Zaff macam mana? Zaff tak kuat papa. Zaff tak sanggup..”
Tergelam timbul suara Zaffrel saat ini. Dadanya yang sebak dipegang seketika.
Semua mata terus tertumpu pada figura seorang doktor lelaki saat keluar dari bilik bedah tersebut.
“Doktor macam mana keadaan isteri saya?”
“Alhamdulillah bayi girl selamat dilahirkan...” ucap Daktor tersebut. Mereka yang lain mamanjatkan kesyukuran namun tidak bagi Zaffrel.
“Isteri saya doktor, dia okay kan..” Zaffrel masih lagi bersoal jawab.
“Isteri encik..”
Jeda.
“Isteri encik masih tidak sedarkan diri..”
“Allah..” Zaffrel meraup kasar wajahnya. Air matanya kembali beraksi. Kata - kata Aura terus bergelar kembali kedalam fikirannya.
“Puan Aura mengalami pendaran yang agak teruk. Banyakkan berdoa, semoga Allah beri keajaiban buat Puan Aura..”
“Dia akan sedar kan, dia tak akan tinggalkan saya kan...”
Zaffrel sudah menangis teresak - esak. Kepalanya digelengkan beberapa kali.
“Doakan yang terbaik. Saya pergi dulu.” Pamit doktor tersebut sambil menepuk bahu Zaffrel..
ZAFFREL menghampiri seorang bayi lelaki yang lena dibuai mimpi. Perlahan - lahan dia mendukung bayi tersebut dengan juraian air mata.
“Selamat datang suri hati daddy.” Luah Zaffrel sambil matanya masih masih lebat dengan air mata.
“Sayang, doakan mummy selamat ya, daddy tak kuat..”
Zaffrel teringat kembali kata - kata Aura dahulu,
“Abang, Aura tak sabar nak tengok abang azankan atau iqamahkan anak kita depan Aura nanti. Saat itu lah yang paling Aura tunggu sekali...”
Zaffrel mengesat air matanya.
“Sayang, maaf daddy terpaksa azankan awak tanpa mummy disisi..”
Dengan lafaz bismillah, Zaffrel mengalunkan azan yang sangat merdu walau suaranya sudah tergelam timbul dengan tangisan. Ahli keluarga yang lain hanya mampu menangis melihat keadaan Zaffrel.
“Zaff, sabar Zaff. Kadangkala kita perlu reda dengan semua yang terjadi. Tak semua yang kita sayang, akan kekal jadi milik kita. Zaff kuat, Zaff kena sabar.” Pujuk Zack saat Zaffrel menghabiskan alunan suci azan.
“Zaff dah reda, Aura pernah cakap, jika jodoh kami panjang didunia, dia akan kembali pada Zaff, tapi jika jodoh kami hingga saat ini sahaja, Zaff reda. Zaff akan tunggu dia dia disyurga.” Luah Zaffrel sambil tersenyum lemah memandnag kearah zuriatnya. Aku kena kuat demi zuriat kami.
“Zaff...!” Adrian terkedu seketika. Adakah dia perlu menyampaikan berita ini atau dia hanya perlu berdiam diri sahaja. Namun Zaffrel berhak mengetahuinya.
Zaffrel berpaling kearah Adrian yang baru sahaja melangkah masuk dengan wajahnya seperti baru sudah menangis.
“Cakaplah abang, aku setia untuk dengar..” ujar Zaffrel sambil memejamkan matanya.
“Aura..Aura...” Adrian tahan air mata. Sungguh dia tidak sanggup mengucapkan kata - kata tersebut.
Zaffrel kembali mengeluarkan air matanya sambil matanya masih lagi terpejam.
“Oksigen dia drop 40%..”
Zaffrel cuba untuk kuat, namun dia tidak mampu. Perlahan - lahan lututnya rebah di lantai. Dia duduk berlutut sambil menangis teresak - esak.
“Tunggu abang sayang, kita pergi sama - sama...”
Ping!
“Zaffrel!”
Sad ending or happy ending?
Share this novel