( TASHA YANG SEBENAR )
JAM sudah menunjukkan pukul sebelas pagi. Datin Rasyidah mendekati bilik tidur Zaffrel dan Aura apabila dia masih tidak melihat kelibat anak menantunya itu.
Tok!Tok!
Masih tiada sahutan.
Tok!Tok!
Aura yang tersedar dengan ketukan itu membuka sebelah matanya.
“Zaff, bangun.” Tangan Aura menepuk badan Zaffrel sementara dirinya masih memejamkan mata. Pukul 6:30 pagi baru mereka terlena akibat terlalu ralik menaiki hot air balloon.
“Zaff bangunlah!” Aura menguatkan lagi tepukan pada badan Zaffrel.
“Ada apa? Aku mengantuk la.” Zaffrel hanya menghiraukan sahaja Aura.
“Mummy ketuk pintu tu, pergi la buka.” Ujar Aura yang masih dalam keadaan memejamkan mata.
“Kau la pergi.” Zaffrel masih membatu lalu meneruskan tidurnya.
“Aku mengantuk. Kau pergilah.” Tubuh Zaffrel ditolak kuat oleh Aura. Zaffrel hampir terjatuh dari katilnya namun sempat dia bertahan dengan sebelah kakinya. Aura hanya mengendahkan sahaja lalu menyambung tidurnya.
Baik sungguh perangai bini aku ni.
“Ada apa mummy?” Soal Zaffrel sambil menguap.
“Dah pukul sebelas ni, kenapa tak bangun lagi?” Datin Rasyidah memandang pelik kearah anak lelakinya itu. Tak pernah tak cukup tidur sampai macam ni sekali.
“Zaff ngantuk la mummy. Semalam Zaff kerja keras tau sampai tak tidur.” Zaffrel menggosok matanya. Cepat la mummy Zaff nak sambung tidur ni.
Datin Rasyidah menggarukan kepalanya. Apa maksud budak ni? Kerja keras? Tubuh Zaffrel ditilik. Mak kau pakai seluar pendek je. Kut ye pun Zaff, benda macam tu tak payah cakap dekat mummy sayang oi.
Zaffrel hairan dengan pandangan mummynya. Dia turut memandang kearah dirinya sendiri. Mak kau macam mana aku boleh lupa yang aku pakai seluar pendek saja ni. Panas punya pasal la ni.
“Erk, mummy...”
“Takpa mummy faham.” Datin Rasyidah simpul senyum.
“Tak mummy, semalam Zaff bawa Aura naik belon udara panas. Tu yang mengantuk sangat ni.” Kini giliran Zaffrel menggarukan kepalanya. Bukan boleh kira mummy ni, lain yang kita maksudkan lain yang dia fikir.
“Coverline dah cantik tu, tapi cuba belajar nak cover lagi ye. Agak-agak la nak naik belon udara panas pagi-pagi buta.” Datin Rasyidah simpul senyum lagi. Nak tipu orang konon, macam kita tak boleh agak.
“No mummy, betul.” Zaffrel cuba mempertahankan kebenaran. Ni kalau Aura tahu mummy silap faham memang parah aku kali ni.
“Jangan tidur lama sangat, dah lewat ni. Mummy turun dulu.” Datin Rasyidah terus meninggalkan Zaffrel terkulat-kulat disitu. Yey! Tak lama lagi aku dah nak dapat cucu.
“Ah sudah, orang tua memang mudah salah faham. Lantaklah aku mengantuk.” Pintu bilik ditutup lalu Zaffrel kembali kearah katil. Masa untuk sambung tidur.
Aura menguap. Tangannya mencapai iphonenya yang berada dimeja sebelah katil. Kenapa aku tak bunyi lagi alarm hari ni. Iphone tersebut ditilik.
“Zaffrel!” Mata Aura yang kuyup mengantuk bertukar segar.
“Ada apa?” Zaffrel terus bangun dari tidurnya setelah mendengar jeritan Aura.
“Dah pukul satu ni, kenapa tak kejut aku?” Aura menayang wajah marahnya.
“Kau isteri kau la patut kejutkan aku . Ni tak sanggup tolak aku jatuh katil sebab tak nak bangun buka pintu.” Bidas Zaffrel sambil menggeliat.
“Aku tolak kau?” Aura mengerutkan dahinya. Sejak bila aku tolak dia eh?
“Nyanyuk! Dah pergi mandi kita solat zohor. Nanti mummy cari kita pula.” Zaffrel banguh dari katilnya lalu mencapai tuala.
“Kau cakap apa dekat mummy tadi?”
“Aku tak cakap apa-apa lagi tadi tapi mummy dah silap faham.” Tuala yang berada ditangannya dihulurkan kearah Aura. Zaffrel menarik tangan Aura untuk masuk kedalam toilet.
“Nantilah, mummy salah faham apa?” Soal Aura sambil menahan dirinya daripada ditolak Zaffrel masuk kedalam toilet. Tak sabar betul. Aku pandai la masuk sendiri.
“Biasalah pemikiran orang yang berpengalaman.” Jawab Zaffrel dengan tenang. Tenang mulut je dalam hati ni dah sumpah seranah, macam mana la nak sorok muka aku depan mummy .
“Pemikiran orang berpengalaman? Apa?” Aura menyoal lagi.
“Pergi mandi!” Tubuh Aura ditolak perlahan masuk kedalam toilet lalu Zaffrel terus menutup pintu tersebut. Banyak tanya betul la budak ni, tak sedar ke dah lewat ni.
Tangan Zaffrel dicapai lalu dikucup hormat. Ini kali pertama Zaffrel menjadi imam kepada Aura. Perasaan tenang yang tidak pernah dirasainya apabila diimamkan oleh suami sendiri.
“Zaff, aku nak tanya sikit. Tapi kau jangan marah tau.” Kain telekung yang dipakai Aura dibuang lalu diletakkan di tepi almari.
“Macam seram je bunyi. Apa? Tanyalah.” Zaffrel mengecilkan matanya lalu duduk dibirai katil. Aura turut duduk disebelah Zaffrel memandang tepat kearah lelaki tersebut.
“Kenapa kau tinggalkan Tasha? Kenapa kau sudi kahwin dengan aku. Aku harap kau mampu jawab semua ni. Hati aku tak tenang selagi aku tak dapat jawapan.” Wajah Aura saat ini sangat sayu.
“Dia layak ditinggalkan. Ye aku mengaku aku salah sebab masih layan dia. Aku layan dia sebab aku tak nak berdendam dengan mana-mana wanita. Aku tak suka sakitkan hati wanita. Si Linda tu, bukan aku benci, tapi aku nak bagi pengajaran dekat dia.” Jelas Zaffrel lalu membalas renungan Aura.
“Maksud kau macam mana? Dia layak ditinggalkan ? Aku tengok dia baik je. Cuma hari tu dia marah aku maybe sebab dia terluka.” Soal Aura lagi.
“Tasha kenal aku sebagai orang sederhana, bukan anak dato , tak kaya. Aku menyamar sebab nak cari insan yang ikhlas terima aku. Dan aku bersyukur sebab Allah hadirkan Tasha buat aku. Tasha terima aku seadanya. Even aku miskin pun dia mampu terima aku.” Zaffrel simpul senyum. Indahnya kenangan dahulu, namun kini semuanya musnah.
Aura mula menekur lantai. Baiknya Tasha, Zaffrel tak layak dapat isteri macam aku.
“Tapi semua tu hanya lakonan. Everyday dia hina aku, dia caci aku. Cakap aku orang miskin. Tapi waktu tu aku dah tak kesah, sebab cinta dah halang jiwa aku dari memberontak. Aku sayang sangat dekat dia waktu tu. Bila aku dah sedia nak bagitahu dia siapa diri aku yang sebenar, dia hina aku lagi. Dia tak bagi aku pergi majlis kau malam tu sebab aku bukan anak dato. Waktu tu Allah hadirkan kekuatan untuk aku cari kebahagiaan aku sendiri. Dan waktu tu aku nampak Adrian lari , aku rasa itu masa yang sesuai untuk aku lupakan dan tinggalkan Tasha. Dan malam tu juga aku dapat tahu yang papa Tasha , Dato Jefri yang rancang semunya dengan Tasha, dia nak Tasha terima aku sebab dia nak jadikan aku bahan dalam perniagaan dia. Ye la aku ni miskin dimata diorang, kalau tawar duit sikit mesti aku sanggup buat apa-apa je” Luah Zaffrel ikhlas. Jujur dalam hati ni Tasha Swizzella bukan lagi penghuninya untuk saat ini dan selamanya.
“Aku tak sangka pula Tasha macam tu. Tapi kan, aku nak tahu juga kenapa kau pilih aku.” Aura simpul senyum. Mesti sebab aku cantik kan.
Kruk..kruk..
Zaffrel terlepas tawa saat mendengar bunyi dari perut Aura. Patutlah dah pukul dia, perut dia mesti dak merepek dekat dalam tu.
“Jawapan dia kita kita isi perut kau dulu.” Jawab Zaffrel.
“Ish tak behave lansung perut ni. Jom makan aku lapar.” Aura terus bangun lalu keluar dari bilik tersebut.
Zaffrel masih berkira-kira untuk keluar. Nak keluar nanti jumpa mummy. Tak keluar perut aku dah berbunyi. Oi Zaff kau anak jantan, tunjuk macho sikit.
Zaffrel melilaukan matanya mencari Datin Rasyidah saat kakinya menapak di tingkat bawah.
“Zaff!”
“Oh mak kau mummy terbang.” Zaffrel memegang dadanya akibat terkejut dengan sergahan Aura.
“Ish kau ni kalau sehari tak buat aku terkejut tak sah kan.” Zaffrel menjeling kearah Aura.
“Kalau aku tak buat kau terkejut aku tak tahu la yang suami aku ni melatah juga.” Aura ketawa kecil. Dia punya muka terkejut tu sumpah lawak.
“Mummy mana?” Soal Zaffrel.
“Mummy pergi spa. Kenapa?” Soal Aura pula.
“Nothing.”
“Baik tak payah tanya.” Aura menyilangkan tangannya kedada.
“Kau nak tahu kenapa?” Zaffrel berjalan mendekati Aura. Wajahnya didekatkan dengan wajah Aura.
Aura mengerutkan dahinya. Dia cuba menjauhkan wajahnya dengan Zaffrel.
“Mummy ingat kita nak bagi dia hadiah.” Wajah Zaffrel didekatkan lagi dengan wajah Aura.
“Hadiah apa?” Aura menolak dada Zaffrel berjauhan dengan dirinya. Kau nak goda aku ke apa ni? Lansung tak tergoda.
“Tak payah faham la, kau budak mana nak faham.” Zaffrel terus berjalan masuk ke ruangan dapur.
“Eee bencinya! Suka buat aku tertanya-tanya.” Aura menghentakkan kakinya lalu turut memasuki ruangan dapur.
Zaffrel memandang Aura yang sudah siap mencuci tangan dan mencuci pinggannya.
Aura duduk disebelah Zaffrel lalu menghirup orange juice.
“Sikitnya kau makan.” Ujar Zaffrel saat melihat Aura hanya menjamah sedikit makanan sahaja.
“Aku nak pergi pantai lepas ni. Nak minum coconut shake. So aku tak nak makan banyak nanti gemuk.” Jawab Aura sambil membawa gelasnya ke singki setelah orange juice habis diminumnya.
“Kau tak cakap pun dekat aku yang kau nak pergi pantai.” Zaffrel pandang Aura tidak puas hati. Suka betul keluar tak bagitahu aku.
“Aku dah cakap kan ni. So cepat sikit makan aku nak pergi sekarang ni.” Arah Aura .
“Nak pergi dengan aku ke?” Soal Zaffrel yang masih lagi blur dengan permintaan Aura.
“Dah takkan aku nak pergi dengan pakcik kantin sekolah rendah aku pula. Dah kau je ada dengan aku , so aku pergi dengan kau la. Dah cepat sikit makan. Aku nak pergi ambil beg dekat bilik.” Aura terus meninggalkan Zaffrel yang masih kebingungan.
“Nasib bini, kalau orang lain dah lama aku buka gelanggang gusti.” Zaffrel terus membawa pinggannya ke singki. Nak makan pun dah tak ada selera.
“Bestnya coconut shake ni.” Aura memejamkan matanya saat menghirup coconut shake di tangannya .
“Manis sangat ni , suka minum manis. Nanti kena potong kaki baru tahu.” Bebel Zaffrel sambil menghirupkan coconut shakenya sehingga habis. Nasib aku beli yang kecil he.
“Muka aku kan manis, so kena la minum manis.” Jawab Aura. Zaffrel menjelingkan matanya. Ada je modal dia nak menjawab.
“Minum cepat sikit. Aku nak pergi sana la. Macam best je.” Arah Zaffrel sambil menunding jari kearah kawasan riadah yang sangat cantik.
“Dah habis dah. Meh sini bekas kau aku nak buang.” Aura terus mengambil bekas coconut shake Zaffrel lalu berjalan mencari tong sampah. Mana tong sampah ni. Mata Aura menangkap sebuah tong sampah yang berada dibelakang pokok ru.
“Auch.” Aura mengadu kesakitan apabila tangannya ditarik denga kuat memandang kearah empunya badan yang sedang berdiri dihadapannya.
“Jumpa lagi dengan kau. Ingat dah lari dah.” Tasha senyum sinis memandang Aura. Tangannya masih kuat menggengam lengan Aura.
“Lepaslah!” Aura merentap kasar lengannya yang kuat dicengkam oleh Tasha.
“Wow dah pandai melawan.” Tasha menepuk tangan mengejek.
“Kau nak apa hah perempuan? Boleh tak jangan ganggu aku. Aku tak suka orang luar ganggu hidup aku.” Aura menikam tajam wajah Tasha.
“What aku ganggu hidup kau? Aku tu yang rampas hak aku. Zaffrel milik aku!”
Pang!
Aura yang masih tidak dapat meneka tindakan Tasha sudah selamat ditampar. Aura memegang pipinya yang pedih akibat ditampar. Kau memang cari pasal dengan aku Tasha!
“Tasha!” Jerkah Zaffrel lalu menghampiri Aura dan Tasha. Pipi Aura yang mulai merah ditilik oleh Zaffrel.
“Kau memang dah melampau!” Zaffrel menengking Tasha lagi. Wajah Tasha dipandang dengan penuh amarah.
“Awak sanggup marahkan saya demi perempuan ni. Perempuan perampas ni tak sepatutnya dibela la!” Tasha menunding jarinya kearah Aura.
“Perempuan ni isteri aku!”
Pang!
Zaffrel pula ditampar oleh Tasha. Tangan Tasha terketar-ketar tidak percaya dengan apa yang dibuatnya.
“Saya tunang awak Zaffrel. Takkan awak lupakan saya macam tu je.” Bergetar hiba suara Tasha saat ini. Tangannya dipandang seketika. Masih tidak percaya dengan tindakan drastiknya.
“Sebelum ni aku hormat kau sebagai seorang wanita. Aku cuba sabar dengan kau. Tapi dengan apa yang kau dah buat pada isteri aku, kau adalah wanita pertama yang mampu buat aku benci kau seumur hidup!” Suara Zaffrel dinaikkan seoktaf. Tangan Aura dicapai lalu terus beredar meninggalkan Tasha yang sudah melorot kemuka pasir.
ZAFFREL memegang kedua belah pipi Aura saat mereka kini berada di dalam perut kereta . Pipi Aura yang sudah merah digosok lembut.
“Sakit? Maafkan aku, sebab tak mampu nak lindungi kau. Aku dah buat kau sakit.” Air mata jantan Zaffrel mula menitis. Aura tergamam melihat situasi tersebut. Dia menangis sebab aku?
“Tak apa, sikit je ni. Bukan salah kau.” Aura memandang keluar tingkap. Entah mengapa perasaannya bertukar terharu apabila melihat Zaffrel menitiskan air mata kerana dirinya.
“Maafkan aku Aura.” Zaffrel menyembamkan wajahnya pada bahu Aura . Dia mula menangis. Aura terkedu. Kenapa dia menangis? Tak mungkin sebab benda kecil ni dia nak menangis sampai macam ni.
“Zaff, hey kenapa ni?” Soal Aura sambil menggosok belakang Zaffrel. Namun Zaffrel hanya mendiamkan diri. Apabila menyedari tangisan Zaffrel sudah tidak kedengaran, Aura mula tidak sedap hati.
“Zaff, Zaffrel bangun!” Aura menggongcang tubuh Zaffrel namun tubuh tersebut hanya kaku lansung tidak bergerak.
“Zaffrel bangun!” Aura menolak perlahan tubuh Zaffrel sehingga tubuh tersebut tersandar pada kusyen kereta.
Aura menepuk pipi Zaffrel berkali-kali namun masih sama, tiada tindak balas. Aura mula cemas. Dia cuba menghubungi Dato Malek namun panggilannya tidak dijawab. Aura mengambil iphone milik Zaffrel lalu menghubungi Ilham. 10 minit kemudian Ilham sampai . Mereka terus membawa Zaffrel ke hospital berdekatan.
Slow update ye minggu ni, sorry ^_^
Share this novel