JDMA-29 (DARAH?)

Romance Series 66915

(DARAH?)

PIPI Aura dicengkam kuat. Marahnya pada wanita dihadapannya makin menggunung.

“Aku bagi kau cakap elok - elok kau taknak. Kau nak juga cari pasal dengan aku kan.”

Pang!

Sekali lagi pipi itu ditampar kuat.

“Stop jadi bodoh Linda. Kau ingat dengan perangai kau macam ni Zaff akan terima kau sebagai isteri dia? Dan kau tak perlu nak susahkan hidupkan demi orang tua tak sedar diri tu. Kau tak dapat apa - apa pun Linda.” Aura mengesat cecair merah yang mula keluar ditepi bibir dengan bahunya.

“Siapa kata yang dia tak akan dapat apa - apa? Kami akan bahagi lima puluh lima puluh. Yang penting segala harta tu atas nama aku.” Jawab Dato Malek lalu terut mendekati Aura.

“Dan kau tahu kan harta tu atas nama kau? Jadi aku nak kau serahkan semua pada aku. Aku takkan harta tu kembali pada Zack!” Sambung Dato Malek lagi.

“Kau sendiri tahu tu harta Zack. Kau dah rampas harta Zack kau rampas kebahagiaan dia, apa lagi yang kau nak. Silap - silap mummy kahwin dengan kau pun sebab terpaksa.”

Pang!

Terteleng wajah Aura apabila ditampr kuat oleh Dato Malek.

“Yes! Aku hasut mummy suruh kahwin dengan aku sebab aku nak harta tu puas hati kau! Sekarang ni bagi balik harta tu dekat aku! Aku taknak satu sen pun harta tu dapat semula pada Zack!” Ujar Dato Malek dengan suaranya dinaikkan beberapa oktaf.

“Then, bunuh je la aku. Tak perlu cakap banyak lagi. Tadi cakap nak bunuh aku sangat.” Aura senyum sebaris.

“Kau ingat aku bodoh nak bunuh kau macam tu je? Kalau kau mampus lagi susah kerja pemindahan harta tu. Takpa kalau kau masih berdegil lagi, aku akan pastikan kau takkan jumpa lagi dengan Zaff!”

“Ouh yakinnya kau.” Jawab Aura dengan suara mengangjing.

“Kau kena ingat, tempat ni tak ada orang pun yang pernah tahu kecuali aku dan orang suruhan aku. Jadi jangan bernagan nak jadi cinderella yang hero kau akan bantu kau.” Ujar Dato Malek lalu terus beredar dari situ.

“Kau dengar tak perempuan? Kau memang tak akan jumpa Zaffrel lagi. So padan muka kau!” Kepala Aura ditunjal oleh Linda. Linda turut berlalu pergi dari kawasan tersebut.

Aku yakin Zaffrel mampu selamatkan. Mungkin masa yang diambil agak lama, tapi dia tetap akak datang selamatkan aku. Aku yakin dengan suami aku.

“TUAN dah dapat kesan lokasi tu?” Soal Terry yang sedang fokus memandu. Beberapa orang pihak polis sudah diminta untuk mengikuti mereka dari arah belakang.

“Jalan straight dalam 1 kilometer lagi, nanti aku akan bagitahu maklumat lagi. Buat masa sekarang aku masih tidak dapat mengesan kawasan tu.” Jawab Zaffrel dengan suara mendatar.

Tangannya ligat mengesan lokasi berdasarkan nombor yang menghubunginya saat tadi. Dia yakin bahawa tempat tersebut sangat suka untuk dikesan.

“Yes! Aku dah dapat kesan!” Telifon ditangannya dihulurkan pada Terry.

“Jauh jugak ni Tuan. Mungkin dalam dua jam lagi nak sampai.” Jawab Terry sambil memandu mengikut lokasi yang sudah dikesan.

“Takpa, lajukan lagi pemanduan. Aku nak kita sampai cepat dekat sana.” Arah Zaffrel lalu mengeluarkan sedikit kepalanya keluar tingkap kereta memberi arahan kepada pihak polis yang lain untuk mengikut arah kereta yang dipandu oleh Zaffrel.

AURA memandang kearah Bob orang suruhan Dato Malek. Dia tersenyum riang apabila dia mula mendapat idea. Linda dan Dato Malek sudah masuk tidur. Dan dia yakin bahawa Zaffrel akan menyelamatkannya tidak lama lagi.

Aura mengangkat sedikit kakinya sehingga kainnya terselak sedikit hingga ke paras paha.

“Erkk, boleh tolong tutupkan tak?” Soal Aura dengan suara yang menggoda.

Bob masih membatukan diri walhal jiwa sudah mengamcam dengan godaan Aura.

“Aku.. aku malu nak cakap. Tapi.. aku rindukan suami aku.. waktu macam ni sepatutnya aku bersama dengan dia. Tapi dia takda. Aku rindu setiap sentuhan dia.” Aura meleretkan lagi suaranya.

“Kau nak apa hah perempuan?” Soal lelaki itu dengan suara yang sedikit keras namun jelas dia terkesan dengan apa yang berlaku.

“Boleh kau gantikan suami aku malam ni?” Soal Aura dengan suara yang sengaja dilunakkan.

“Kau jangan cabar aku perempuan!” Bob memandang tajam kearah Aura. Fuh berani cari pasal betul perempuan ni.

“Aku tak cabar, kalau kau sudi aku terima. Aku dah tak tahan..”

“Kau dah buat hal kau jangan nak menyesal.” Bob terus kearah Aura lalu ingin mencium wajah Aura namun cepat Aura mengelak.

“Tapi takkan nak buat dekat lantai ni? Aku tak selesa dekat sini..”

Tubuh Aura terus dicempung dan dibawa kesofa. Saat Bob ingin memulakan kerjanya sekali lagi dielak oleh Aura.

“Yang kau masih nak mengelak ni kenapa?” Soal Bob dengan nada yang timbul tenggelam. Nafsunya mula mengusai diri.

“Macam mana aku nak balas sentuhan kau tu kalau kau ikat aku macam ni. Kau ingat aku puas bila kena ikat macam macam ni?” Soal Aura dengan riak selamba.

“Kau cuba nak larikan diri eh?” Tebak Bob.

“Cuba cakap macam mana aku nak larikan diri sedangkan pintu besar tu kau kunci macam nak kurung gajah. Dan aku yakin dekat luar sana tu ramai lagi yang jaga kawasan ni. Habis kau rasa aku boleh keluar ke? Sekarang ni, aku cuma nak puaskan nafsu aku . So lepaskan aku dulu. Lepas tu kau nak ikat balik pun suka hati kau la.” Bebel Aura lalu membetulkan duduknya agar Bob melepaskan ikatan pada tangan dan kakinya.

“Kalau kau lari siap ehh!” Bob membuka ikatan pada kaki Aura. Lalu dia membuka pula ikatan pada tangan Aura.

Tanpa menunggu lagi. Aura terus menekup kuat mulut Bob lalu melutut perut lelaki itu bertubi - tubi. Makin kuat Bob meringai kesakitan, makin kuat Aura menekup mulut tersebut agar tiada orang yang mendengarnya.

Tali yang berada diaebelahnya dicapai lalu disumbat kedalam mulut Bob sehingga berbirat merah mulut lelaki itu. Satu lagi tali diambil lalu diikat tubuh lelaki tersebut pada kerusi.

“Hurmm, maaf eh geli aku nak bersama dengan kau.” Sekali lagi Aura menendang tubuh Bob . Bob hanya mampu menahan kesakitan tanpa mampu melawannya kembali.

Aura menarik nafas dalam. Tenang Aura, sekarang ni kau kena fikir macam mana nak keluar dari sini.

Aura mundar mandir dihadapan lelaki tersebut. Pintu dikunci rapat, penjaga ramai diluar, tingkap tinggi, habistu aku nak keluar maca mana?

“Woi, ada cara lain tak aku nak keluar dari sini?” Soal Aura kepada Bob. Namun Bob hanya mendiamkan diri.

“Baik kau cakap sebelum....” Aura menggosokkan lututnya.

Bob lantas memberi isyarat kepala kearah pintu belakang. Takut jika dirinya terkena tendangan lutut Aura lagi.

“Thank you Bob! Nanti kita jumpa lagi.” Ucap Aura dengan ceria lalu terus berlari anak menuju ke arah pintu belakang. Langkahnya diperlahankan saat melalui hadapan bilik Linda.

Saat dia berjaya keluar dari rumah agam tersebut. Dia lantas menyorok di belakang tong - tong besar apabila menyedari ada orang suruhan Dato Malek melalui kawasan tersebut.

Lelaki itu lantas menyuluh lampu suluhnya kearah tong abapila terperasan dengan pergerakan sesuatu.

Aura mula cemas.

No tak boleh jadi ni.

“Sksk..sksk...hieyyyy...” Aura mula meniru suara hantu menangis dan ketawa kecil. Aura tahan tawa, nak ketawa pula aku buat macam ni.

Lelaki tersebut mula cuak. Namun dia tetap memberanikan diri untuk menghampiri tempat tersebut.

Aura lantas menutup wajahnya dengan rambut lalu mengeluarkan sedikit kepalanya sahaja memandang tepat kearah lelaki itu.

“Hann..hannn..hantu...” lelaki tersebut sudah selamat pengsan di atas tanah.

Aura ketawa kecil. Namun ketawa terhenti apabil melihat kawasannya saat ini yang agak gelap dan dilitupi hutan tebal.

Aku kena menyorok dahulu, aku tak boleh larikan diri macam tu je.

Aura terus menyorok dibawah tong besar. Batu sebesar ibu jari diambil bagi menampung tong tersebut agar memberi sedikit udara kepadanya. Aura hanya mendiamkan diri sambil memikirkan cara terbaik untuk melepaskan diri.

ZAFFREL akhirnya tiba dikawasan yang dapat dikesannya tadi bersama sekumpulan polis. Puas dia mengesan tempat tersebut akhirnya dia berjaya mengesan rumah agam yang dikatakan rumah kongsi gelap. Namun siapakah empunyanya lansung tidak deketahui oleh Zaffrel.

“Walau apa pun yang jadi, pastikan Aura selamat. Aku nak korang dapatkan penculik dia walau jasad yang tinggal sekalipun. Kita boleh serang sekarang!” Arah Zaffrel dengan tegas lalu terus meneroka hutan tersebut.

Setelah hampir 200 meter diteroka, akhirnya mereka melihat satu rumah agam yang agak usang betul - betul dihadapan mereka. Masing - masing mengambil tempat menyorok disebalik semak samun.

Zaffrel memberi arahan tangan agar menyerang penjaga - penjaga yang menjaga rumah agam tersebut.

Bum!Bum!

Bunyi tembakan bertubi - tubi mengejutkan Aura yang sedang ralik memikirkan jalan keluar. Jantungnya sudah mengepam laju saat kedengaran bunyi tembakan menghampiri kawasannya.

Linda dan Dato Malek juga turut terkejut mendengar tembakan tersebut. Mereka bergegas ke bahagian ruang utama untuk memeriksa keadaan Aura.

“Daddy, Aura dah larikan diri!” Laung Linda saat melihat tubuh Bob yang diikat manakala figura Aura lansung tidak dilihatnya.

“Macam mana kau jaga dia hah!” Tubuh Bob ditendang kuat oleh Dato Malek.

“Daddy, dah sekarang ni kita kena larikan diri. Pihak polis ramai dekat luar sana.” Ujar Linda dengan cemas setelah mengintai keadaan di luar pada celahan pintu utama.

“Kita lari ikut pintu belakang!” Arah Dato Malek lalu mereka bergegas melarikan diri mengikut pintu belakang.

Saat Dato Malek melarikan diri, dia terlanggar tong besar yang menempatkan Aura sehingga Tong tersebut terbalik dan jelas kelihatan Aura dibawahnya.

“Sial kau perempuan!” Rambut Aura ditarik kuat oleh Dato Malek. Aura tidak mampu melawan lagi apabila tubuhnya terasa sakit seluruh badan.

“Daddy lepaskan dia. Kita perlu selamatkan diri dulu.” Linda menggesa Dato Malek agar melepaskan Aura. Namun Dato Malek masih lagi menarik kuat rambut Auta tanpa ingin melepaskannya.

“Suka hati daddy la!” Linda terus melarikan diri meninggalkan Dato Malek disitu. Dia menyorok disebalik semak yang tebal agar tiada orang melihatnya ditambah pula dengan keadaan yang gelap gelita.

“Lepaskan dia!” Arah salah seorang anggota polis sambil mengacukan pistol pada Dato Malek.

Dato Malek senyum sinis, dia turut mengeluarkan sepucuk pistol lalu mengacukannya tepat di kepala Aura.

“Daddy!” Jerkah Zaffrel yang tiba di kawasan tersebut saat itu.

“Aku tak sangka kau manusia celaka tu! Apa yang kau nak hah!” Tengking Zaffrel lalu berlari bagi mendapatkan Aura.

“Selangkah kau dekat dengan aku, aku bunuh Aura. Kau jangan cabar aku, aku mampu buat apa sahaja demi kepuasan aku!” Pistol tersebut didekatkan lagi dikepala Aura.

“Bagitahu aku apa yang kau nak. Tolong lepaskan Aura.” Soal Zaffrel dengan berhati - hati agar Dato Malek tidak membuat kerja gila.
Tangan kananya diletakkan dibelakang sambil memberi isyarat pada piha polis yang lain untuk menyerang dari arah belakang sementara dirinya menarik perhati Dato Malek.

“Ceraikan Aura dan serahkan segala harta tu pada aku kembali!” Arah Dato Malek dengan suara yang meninggi.

“Baik aku terima. Aura Fellisya...” Sambil dirinya berura - ura menceraikan Aura, sempat dia memberi isyarat mata agar pihak polis terus menyerang.

Bum!

Satu das tembakan tepat mengenai belakang tubuh Dato Malek.

“Biadap kau orang tua!” Kolar baju Dato Malek ditarik kuat. Zaffrel melabuhkan tumbukan padu pada wajah tua tersebut.

“Aku hormat kau sebagai seorang ayah, tapi kau tetap pilih jalan seperti binatang!”

Buk! Buk!

“Abang dah cukup.” Aura menarik tangan Zaffrel dari teris menumbuk wajah Dato Malek. Seteruk mana sekali pun Dato Malek, dia tidak akan membiarkan suaminya menyakiti lelaki yang bergelar ayah.

“Sayang okay?” Tubuh Aura terus dipeluk erat. Berkali - kali ubun - ubun Aura dicium melepaskan semua kebimbangan di jiwanya.

“Aura okay, abang jangan risau.” Aura mendongakkan wajahnya memandang Zaffrel. Senyuman manis dipamerkan.

“Mesti sayang sakit kan? Maafkan abang sebab gagal lindungi sayang. Abang suami tak guna kan.” Pipi Aura yang dibasahi cecair merah disapu lembut. Perasaan bersalah mula mengusai dirinya.

Pada waktu yang sama, pihak polis membawa Dato Malek pergi dari kawasan tersebut, meninggalkan Zaffrel dan Aura sahaja disitu.

“Jangan cakap macam tu. Abang tak pernah gagal dalam lindungi Aura. Aura bersyukur sebab dikurniakan suami seperti abang.” Kedua belah pipi Zaffrel dipegang oleh Aura lalu diusap lembut.

“Aku tak akan biarkan Aura bahagia dengan Zaff. Zaffrel hanya milik aku!.” Linda mula mengeluarkan pisau kecil dari poketnya.

Dia terus berlari laju bagi menikam Aura.

“Sayang!” Zaffrel memeluk belakang Aura sehingga tubuhnya yang ditikam kuat oleh Linda. Zaffre menahan kesakitan. Tubuh Aura masih kiat dipeluknya.

“Zaff..Lin..Linda tak.. sengaja. Zaff sakit ?” Linda menekup mulutnya. Tak.. aku taknak bunuh Zaffrel. Aku sayang dia.

“Kau boleh bunuh aku, kau boleh cederakan aku, tapi aku takkan biarkan kau sakiti isteri aku!”

Zaffrel lantas menarik rambut Linda lalu menampar kuat wajah itu berkali - kali. Pisau yang tertikam dibelakangnya ditarik keluar.

“Aku benci kau seumur hidup aku, dan jangan kau berani munculkan diri depan aku lagi!”

Pang!

Sekali lagi wajah Linda ditampar kuat olehnya. Darah segar mula keliar dari hidung dan mulut Linda.

Zaffrel memanggil salah seorang polis yang mendekatinya agar menggari Linda.

“Dah sayang jom kita pergi.” Ujar Zaffrel lalu membawa Aura untuk pergi dari situ.

Saat Linda ingin Linda ingin digarikan oleh pihak polis, dia lantas berlari lalu menolak kiat tubuh Aura sehingga Aura terhumban di tanah.

“Sayang!” Zaffrel terus mendapatkan Aura lalu membantu Aura untuk berdiri. Linda sudah selamat digari oleh pihak polis.

“Kau ni memang...”

“Abang dah biarkan dia.” Halang Aura saat Zaffrel ingin menampar lagi wajah wanita tersebut.

“Bawa dia pergi sekarang.” Arah Zaffrel dengan suara yang mendatar. Jika ingij diikutkan hatinya mahu sahaja dia menumbuk - numbuk wajah Linda itu.

“Sayang okay?” Soal Zaffrel dengan cemas.

“Aura.. Aura okay.” Bohong Aura walhal tubuhnya mula berasa sakit.

“Sayang jangan macam ni, kalau sakit bagitahu abang, jangan buat abang risau.” Bahu Aura dipegang dengan kedua belah tangannya.

“Abang..Aura.. Aura sakit..” Perutnya ditekan perlahan. Rasa sakit pada bawah perutnya mula menguasai diri.

Aura menyentuh belakangnya saat terasa cecair panas mula keluar membasahi kainnya.

“Abang.. darah..” Tangannya yang terkena darah ditunjukkan pada Zaffrel. Matanya mula berair menahan sakit.

“Astaghfirullah...” Tubuh Aura terus dicempung lalu dia berlari keluar dari kawasan tersebut.

“Ilham ikut aku sekarang! Kita pergi hospital!” Laung Zaffrel sambil mencempung tubuh Aura. Sakitnya dibahagian belakang yang ditikam oleh Linda dibiarkan sahaja. Keselamatan Aura lebih penting dari kesakitannya.

“Abang sakit..” Aura menyembamkan wajahnya pada dada bidang Zaffrel.

“Sabar sayang, tahan kejap je...”

P/S-( Kenapa nak mengapa sebab harta Zack , Malek sanggup buat kerja bodoh sedangkan dia dah ada harta dan segalanya, akan diterangkan di bab - bab seterusnya. Buat waktu ni memang banyak yang tergantung, nanti Rose akan terangkannya nanti. Mungkin tak logik sebab harta Dato Malek sampai jadi begini, jadi nanti Rose logikkan ia di bab - bab seterusnya. Tq yang mana masih sudi membaca novel ni, maaf kalau boring ke apa, sesungguhnya diri ini masih lagi belajar untuk menjadi penulis novel. Walau usia yang kecil , tapi Rose ada keinginan yang besar. Tq)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience