( HADIAH )
LINDA menerjah masuk office Dato Malek. Dia duduk dengan keadaan marah. Beg tangannya dihempap kuat pada permukaan meja kaca tersebut.
“Kenapa nk Linda. Tak pernah daddy tengok Linda macam ni sekali.” Tegur Dato Malek yang masih lagi fokus pada screen komputer.
“Daddy tengok la muka Linda ni. Dah macam kena simbah cat tahu tak. Habis merah lebam bagai. Sakit tau tak!” Bentak Linda sambil memegang wajahnya yang disolek sedikit bagi menampakkan lagi lebam dan merah pada wajah tersebut.
Dato Malek menoleh kearah Linda. Dianlamtas bangun lalu mendapatkan Linda.
“Kenapa sampai macam ni sekali. Siapa buat dekat Linda ni?” Soal Dato Malek dengan cemas. Wajah Linda ditilik satu persatu.
“Siapa lagi kalau bukan menantu kesayangan daddy la. Dia buat Linda macam hamba tau tak. Dia pukul saya sini. Linda sakit, tapi dia buat endah je.” Linda mula menangis air mata palsu.
“Tak mungkin Aura yang buat. Dia kan lumpuh, kenapa Linda tak lawan je? “ soal Dato Malek dengan hairan. Dia menarik kerusi duduk di sebelah Linda.
“Dia tu penipu. Dia tak lumpuh pun. Dia menyamar je daddy. Dia serang Linda waktu Linda melawat dia. Dia cakap dia gaduh dengan Zaff sebab Linda. Tapi Linda tak tahu apa - apa pun.” Adu Linda lagi.
“Tak guna punya Aura. Apa masalah budak tu hah? Memang patut puh daddy tak suka dia, perangai tah apa - apa.” Luah Dato Malek dengan geram.
“Betul la tu daddy, cakap je tak suka padahal daddy suka je dekat Aura kan. Tak mungkin sebab Linda daddy tak suka Aura. Nampak sangat daddy tipu Linda.” Linda mempamerkan rolling eyes. Tangan naik menyilang di dada.
“Bukan sebab tu je. Daddy tak suka Aura sebab dia...” Dato Malek mengeluh sesaat.
“Sebab dia apa?” Soal Linda ingin tahu.
“Daddy yakin yang Aura mampu pecahkan rahsia yang dah lama daddy dan mummy simpan. Daddy tak boleh pandang rendah pada Aura, Aura mampu buat apa sahaja. Daddy tak nak sebab dia rahsia yang lama akan pecah macam tu saja.” Terang Dato Malek.
“Rahsia apa daddy?” Linda cuba untuk mengorek segalanya. Kalau aku tahu rahsia tu lagi mudah aku nak jatuhkan Aura.
“Biarlah, daddy tak nak cerita pasal tu. Cuma selagi Aura dengan Zaffrel, daddy tak akan tenang. Aura mampu bocorkan segalanya.” Dato Malek mengenggam kuat tangannya. Aku tak akan biarkan Aura jadi punca segala rahsia bocor macam tu sahaja.
AURA merenung dinding sesekali dia merenung Zaffrel pula. Zaffrel hanya duduk disofa dambil merenung ke arah Aura. Sesekali dia tersengguk akibat mengantuk.
“Sayang tak nak tidur ke?” Soal Zaffrel sambil berjalan lemah menuju ke arah Aura.
“Pukul 5 nak tidur apanya?” Aura mengerutkan dahinya. Ada ke patut ajak aku tidur waktu macam ni.
“Mana la tahu sayang mengantuk ke ? Sayang ada nak apa - apa tak?” Soal Zaffrel sambil mengambil ubat lalu duduk bersila diatas katil sebelah kaki Aura.
“Nak belasah orang.” Jawab Aura tanpa selindung. Aku punya tak puas hati pada Linda tak habis lagi ni. Geram je nak lempang sampai koma.
“Apa nak belasah orangnya sayang oi. Macam - macam isteri abang ni.” Selimut yang menutupi kaki Aura ditarik. Zaffrel menyelak sedikit seluar yang dipakai oleh Aura hingga ke paras lutut.
“Eh nak buat apa tu?” Soal Aura dengan cemas sambil dirinya mencuba untuk menutup kembali seluar yang sudah diselak.
“Buat apanya sayang? Abang nak sapu ubat je. Tapi kalau Aura nak buka terus seluar pun tak apa, mudah sikit abang nak urut.”
Bap!
Terpejam wajah Zaffrel apabila bantal yang berada ditepi Aura selamat mendarat kemukanya.
“Jangan nak gatal eh, nanti sampai kau lumpuh sekali.” Aura mencapai kembali bantal yang jatuh ke kakinya.
“Abang nak tolong sapukan ubat je, Allah akan mudahkan kerja hambanya yang memudahkan kerja orang lain. So kalau sayang mudahkan kerja abang, nanti Allah mudahkan kerja sayang.” Lancar sahaja Zaffrel bersuara.
“Kalau nak ambil kesempatan tak payah nak cakap banyak....”
“Sayang akan terus bagi kan. Faham . Rugi pula abang cakap banyak - banyak sedangkan sayang nak je...”
Plak,
Pintu dibuka dari arah luar. Terjengkul wajah Datin Mona, Dato Khalid dan Datin Rasyidah. Alah datang salah timing lagi, aku baru je nak bermanja dengan bini .
“Mama! Datang pun ingat dah tak nak jumpa Aura.” Aura mencebik. Tapi bagus juga nanti hilang sabar aku hadap si Zaffrel ni tak pasal - pasal ada yang koma dengan aku.
“Tak payah nak buat muka merajuk, ambil ni hadiah untuk budak merajuk ni.” Datin Mona menghulurkan plastik yang dipenuhi buah mangga harum manis.
“Mama macam tahu je Aura nak makan mangga ni.” Aura menyambut huluran dengan ceria.
“Bukan mama yang beli mummy yang belikan untuk menantu dia ni.” Jawab Datin Mona.
“Thank you mummy. Dapat juga Aura makan.” Aura mengeluarkan buah mangga yang berada dalam platik. Buah tersebut dicium baunya seketika.
“Zaff yang minta mummy belikan untuk Aura.” Balas Datin Rasyidah pula.
Aura tersentak seketika. Dia mengangkat wajahnya perlahan - lahan lalu memandang kearah Zaffrel. Zaffrel senyum meleret sambil mengangkat sebelah keningnya.
“Tak nak cakap terima kasih juga ke sayang?” Zaffrel senyum lebar sambil mengangkat kedua belah keningnya.
“Terima kasih mummy tolong belikan. Kalau mummy tak beli tak boleh juga nak makan.” Aura melarikan diri dari menjawab soalan Zaffrel.
“Tak pa la orang tak sudi nak cakap dengan kita.” Zaffrel mula merajuk lalu mengambil buat mangga tersebut untuk dipotong.
“Tak malu nak merajuk dengan bini.” Bidas Datin Rasyidah.
Zaffrel mencebik. Semua sokong Aura habis aku ni. Tabahlah wahai hati.
“Jom la kita makan sama - sama buah ni.” Ajak Aura dengan ceria.
“Aura makan dekat sini kami makan dekat meja sana.” Ujar Dato Khalid lalu berjalan ke arah meja bulat.
“Tapi Aura nak..”
“Makan dekat sini je sayang.” Zaffrel terus menghulurkan mangga yang dipotong kepada Aura.
“Sibuk je.” Tanpa menunggu Aura memasukkan satu persatu mangga ke dalam mulutnya. Uishh sedapnya.
“Cepat la potong tu.” Arah Aura sambil menghabiskan mangga yang sudah dipotong.
“Eh budak ni tak menyempat.” Zaffrel melajukan lagu tangannya untuk memotong buah.
“Amboi Aura, minat betul mangga tu. Ke ada berita gembira ni?” Usik Dato Malek.
“Berita gembira apanya papa?” Aura mengerutkan dahinya. Makan mangga boleh sembuh lumpuh ke? Tapi tak makan pun memang dah sembuh sebab aku bukan lumpuh pun.
“Berita gembira la. Mana tahu mummy nak dapat cucu nanti.” Jawab Datin Rasyidah.
Uhuk..uhuk..
Aura menepuk dadanya. Fuh ayat mummy. Tak ada benda lain ke jadi isu.
“Macam mana nak ada isi mummy kalau..”
Pap!
“Jangan nak mengada eh.” Aura menjeling ke arah Zaffrel. Kau sambung ayat kau memang lunyai kena dengan aku.
Yang lain terus memecahkan tawa mereka namun tidak bagi Datin Rasyidah. Dia menggarukan kepalanya. Kalau tidak apa? Bukan ke hari tu, ehh apa kau fikir ni Rasyidah.
“Mummy , daddy mana? Tak datang sekali ke?” Soal Zaffrel setelah masing - masing rancak berborak.
“Daddy cakap kejap lagi dia sampai la tu. Dia ada meeting tadi.” Bohong Datin Rasyidah. Dia tidak mahu anak menantunya terasa apabila mereka lansung tidak melihat suaminya itu.
Zaffrel hanya berdiam diri begitu juga dengan Aura. Tahu sangat nak mengelak la tu. Tak lama lagi bocor juga.
Tok! Tok!
Pintu wad diketuk lalu dibuka. Semua yang ada terus menoleh. Aura terkejut melihat wajah Linda yang lebam dan merah. Apa lagi yang budak ni nak. Over, nampak sangat kau tambah make- up . Nak aku hempuk sampai lebam sungguh budak ni.
Dato Malek berjalan menghampiri Aura. Lantaklah depan mak bapak dia sekali pun, aku tak nak diorang bersatu lagi. Biar diorang tahu perangai anak diorang.
“Apa yang Aura dah buat dekat Linda?” Soal Dato Malek dengan serius. Mereka yang lain terus terdiam.
“Tak tahu. Bagitahu Aura apa yang Aura buat.” Aura beriak selamba. Oh takutnya aku, dia datang bawa geng. Uish hebatnya kamu. Sial kau Linda. Kau tak serik lagi. Tunggu kau , lunyai kau kena dengan aku.
“Jangan nak buat tak tahu Aura, apa yang Aura dah buat? Teruk macam tu sekali Aura buat dekat Linda , ingat dia tak sakit ke?” Soal Dato Malek dengan suara yang agak tinggi.
“Abang apa ni.” Tegur Datin Rasyidah. Mukanya sudah merah manahan malu dengan besannya.
“Aura cakap Aura tak tahu. So bagitahu apa yang Aura buat. Semalam Aura dengan Zaff, lepas tu excident. Hari ni duduk dekat hospital ni tak keluar lansung. Dan sejak bila pula Aura jumpa si Linda sampai nak tahu muka dia kena apa bagai.” Jawab Aura dengan berani.
“Eh Aura kau tampar aku kau tarik rambut aku bagai. Kau ni depan orang nampak baik tapi belakang orang macam setan!”
“Diam kau setan! Jangan berani kau kutuk isteri aku. Sebelum kau nak cakap dia setan kau cermin diri kau tu dulu. Diri sendiri pun lebih teruk dari setan.” Zaffrel sudah tidak dapat mengawal amarahnya. Mahu sahaja dia menampar wajah Linda saat ini.
“Fuhh, semua dah tertipu dengan lakonan palsu Aura. Buat - buat cacat , tapi tak pun. Semua bodoh sebab tertipu dengan dia. Tadi boleh pula kau bangun serang aku. Eh datang balik terus cacat balik.” Sindir Linda sambil menyilangkan tangannya ke dada.
“Yeke Linda? Apa lagi yang kau nak fitnah? Tak cukup kau upah orang untuk rogol aku, tak cukup kau cuba nak bunuh aku. Langgar aku terus lari. Mesti kau sedih kan sebab aku hidup lagi. Kau mesti nak tengok aku mati kan.” Aura senyum sinis. Kau ni terlalu bodoh Linda, buat ikut apa yang ada dalam otak.
Semua yang berada disitu terus terkejut dengan apa yang diluahkan oleh Aura.
“Apa yang kau buat dekat anak aku hah!” Dato Khalid ingin menyerang Linda namun cepat dihalang oleh Datin Mona.
Pang!
Terteleng wajah Linda akibat ditampr kuat oleh Zaffrel.
“Zaffrel!” Tengking Dato Malek.
“Diam daddy! Rupanya kau la dalang semua ni. Pandai kau buat kerja kan. Puas hati kau lepas buat Aura macam ni? Dasar perempuan murahan!” Zaffrel mengambil air kosong yang berada disebelahnya lalu terus disimbah pada muka Aura.
“Dah la Linda , kau balik sekarang. Aku tak nak buka aib kau depan orang , tapi kau cabar aku untuk buat semua tu. Dan jangan cabar aku untuk sumbat kau dalam lokap pula. Tuduhan upahan merogol dan percubaan membunuh. Dan kau tahu la apa nasib kau nanti. Tapi takpa aku maafkan kau kali ni.” Aura pula mula mencelah. Kesian, cari publisiti murahan, tapi macam tu la, tetap kalah. Aku tak nak sumbat kau dalam lokap, sebab aku nak uruskan sendiir manusia bodoh macam kau ni.
“ Kau balik sekarang!” Tubuh Linda ditolak kasar pula oleh Datin Mona. Kalau nak ikutkan apa yang kau buat dekat anak aku, memang aku bunuh terus dah budak ni. Nasib aku ada iman lagi.
Linda terus berlari keluar. Kau tunggu Aura, aku akan balas segalanya. Mungkin kali ni silap aku, tapi aku tak akan mengalah .
“Daddy dah tengok kan macam mana perangai Linda yang sebenar. Tak tahu la kalau masih tak nampak. Takut dah terkena guna - guna si Linda.” Bidas Zaffrel.
Dato Malek hanya mendiamkan diri. Dia turut keluar dari wad tersebut. No aku takkan biarkan mereka bersatu. Aura terlalu bahaya untuk aku.
“Mona, maafkan Syidah. Syidah malu dengan suami Syidah. Malek maafkan Syidah ye.” Datin Rasyidah mula menangis teresak - esak.
“Takpa , kami faham. Semua ni bukan salah Syidah dah jangan nangis lagi.” Belakang tubuh Datin Rasyidah digosok lembut. Kesian dengan besannya itu.
“Sayang kenapa tak bagitahu abang yang Linda buat semu ni?” Soal Zaffrel lalu duduk disebelah Aura.
“Kalau daddy pisahkan kita macam mana?”Aura menekur bawah. Aku takut, walau aku kecewa dengan Zaffrel tapi aku tak sanggup berpisah dengan dia. Aku sayangkan dia.
“No sayang. Abang akan selalu ada dengan sayang. Janji dengan abang, walau apa pun yang jadi, jangan pernah tinggalkan abang.” Zaffrel mengusap air mata yang keluar dari tubir mata isterinya.
“Aura tak nak tinggalkan abang, abang tetap milik Aura.” Pinggang Zaffrel dipeluk erat. Aura menyembamkan wajahnya pada dada bidang Zaffrel. Dia menangis dalam pelukan suaminya.
Zaffrel menitikkan air matanya. Tidak sangka Aura masih lagi sanggup memanggilnya abang. Aura masih cintakan dirinya. Tubuh Aura dipeluk erat. Dia mencium ubun - ubun isterinya itu.
“Dah jangan nangis lagi. Tak comel nanti muka isteri abang ni.” Zaffrel mengesat air mata diwajah Aura.
“Aura nak minta maaf sebab marahkan abang. Aura tak nak abang buat Aura sedih lagi.” Wajah Zaffrel dipandang sayu.
“No Aura tak perlu minta maaf. Semua ni salah abang. Dah la jangan nangis macam ni.” Dahi Aira dicium seketika.
“Abang sebenarnya Aura...” Aura terdiam seketika. Nak cakap ke tak eh. Nanti mama papa mummy sekali marahkan aku.
“Sebenarnya Aura tak lumpuh kan.” Celah Datin Mona. Semua yang berada disitu terus ketawa terbahak - bahak kecuali Zaffrel. Zaffrel masih kelu dengan apa yang berlaku.
Aura menggarukan kepala. Macam mana pula mummy tahu ni. Takkan Zaffrel pun dah tahu . Tak mungkin , muka blur semacam je tu.
“Mana mama tahu?” Soal Aura.
“25 tahun mama jaga Aura, mama kenal la anak mama ni. Pandai eh berlakon. Kesian dekat menantu mama ni.” Jawab Datin Rasyidah lagi.
“Takpa Aura mummy sokong. Jarang sekali nak tengok muka terdesak Zaffrel ni. Bukan main risau dia bila tahu Aura lumpuh.” Datin Rasyidah kembali ketawa. Hilang segala sedihnya tadi.
“Sampai hati sayang buat abang macam ni. Jadi betul la yang Linda cakap tu?” Soal Zaffrel dengan wajah merajuk.
“Linda lagi dah la malas nak cakap dengan abang.”Tubuh Zaffrel ditolak perlahan.
“Ehh abang tanya je.” Zaffrel menggarukan kepalanya. Perempuan memang suka merajuk eh?
“Ye betul kenapa? Nak marah Aura sebab Aura tampar dia macam tu?” Duga Aura.
Terlopong yang lain apabila mendengar jawapan jujur dari Aura.
“Erkk, dia yang mula dulu. Aura tampar la. Tapi tak ada la teruk macam tu sekali. Nampak sangat make up tadi over je lebih.” Aura mencelah lagi. Adui Aura yang kau jujur sangat ni kenapa.
“Tak kami bangga. Puas juga hati ni.” Jawab Datin Rasyidah sambil menepuk tangan.
“Good job my dear.” Dahi Aura dicium oleh Zaffrel. Tak sangka Linda kena tampar dengan Aura dulu sebelum kena dengan dia. Mantap la Aura.
AURA sudah dibenarkan untuk pulang kerumah. Gembira tak terkata apabila dia sudah bebas dari terus terkurung dalam wad.
Aura mendekati Zaffrel yang sedang rancak berborak dengan Dato Khalid dan juga dua lagi jirannya.
“Abang sini kejap.” Panggil Aura lalu menunjuk kearah basikal yang terparking elok dibawah garaj.
“Ada apa sayang?” Soal Zaffrel.
“Nak naik basikal. Jom la.” Tangan Zaffrel ditarik menghampiri basikalnya yang sudah lama tidak digunakan.
“Macam best je. Tapi janji jangan buas sangat. Kalau jatuh nanti macam mana.” Zaffrel mengambil basikal tersebut lalu ditunggangnya.
“Cepat naik tak sabar ni.” Arah Zaffrel dengan teruja.
“Jangan kayuh laju - laju tau.” Sempat Aura memesan sebelum basikal tersebut mula bergerak.
Zaffrel dan Aura mengelilingi kawasan perumahan. Zaffrel menghentikan basikal tersebut di taman berhampiran dengan rumah mereka.
“Sayang jom kita pergi taman dulu. Lama dah tak datang taman.” Tangan Aura dipimpin menuju ke arah bangku.
“Sayang pejam mata cepat.” Arah Zaffrel saat mereka sudah duduk dibangku.
“Nak buat apa?”
“Pejam je la.”
Aura memejamkan matanya. Zaffrel mengeluarkan bekas kecil yang berada di dalam koceknya lalu dibuka. Rantai leher emas yang berbentuk love disarungkan pada leher Aura.
“Okay buka mata.” Arah Zaffrel lagi.
“Wow cantiknya abang. Abang beli bila ni?” Soal Aura dengan teruja. Rantai leher tersebut ditilik lalu dicium.
“Abang beli waktu kita dekat resort tu. Tapi tak sempat nak bagi ada yang halang. Nasib Khalif sempat ambil kalau tidak dah kena curi.” Jawab Zaffrel.
“Thank you abang. Cantik sangat.”Aura memeluk tubuh suaminya itu.
“Ada satu lagi hadiah.” Zaffrel senyum senget. Mesti dia happy punya.
“Hadiah apa?” Soal Aura lagi. Bestnya dapat hadiah maca ni.
“Minggu depan kita pergi honeymoon dekat London. Boleh abang jumpa nenek sekali dekat sana. Sayang okay tak?”
“Wow dah lama tak pergi bercuti. Nak kalau pergi esok teris pun takpa.” Jawab Aura sambil senyum girang. Happynya. Dah lama duduk rumah je .
“Kalau macam tu, kita pergi sekarang. Jom!” Tangan Aura terus ditarik untuk pulang.
“Eh abang biar betul.” Terloponh Aura mendengar jawapan dari Zaffrel. Betul ke tidak suami aku ni.
“Betul la sayang. Jom la abang pula tak sabar ni. Dah lama tak lergi London.” Zaffrel terus mengayuh basikal untuk pulang.
“Abang tunggu Aura! Aura tak naik lagi!” Aira melaung setelah Zaffrel sudah jauh meninggalkannya.
Zaffrel tepuk dahi. Apa kau ni Zaff, tak sabar sangat dah ni.
“Sorry sayang.” Zaffrel kembali mengayuh ke arah Aura.
“Ish sampai hati. Dah la jom kita balik.” Rolling eyes Aura mula beraksi.
“Pergi London, macam best. Kalau aku ikut sekali macam mana?” Sepasang mata yang asyik memerhati mereka kini tersenyum lebar.
Maaf boring sikit bab kali ni, busy sangat lately ni tak sempat nak mengarang elok sikit :(
Share this novel
menjalankan biduk rumah tangga itu gampang tp mempertahankannya yg susah,iyanya btuh perjuangan yg extra,btuh kesabaran dan keikhlasan untk semuanya bisa sejalan hingga ke jannahNya,,,,sllu ditunggu daer