(BELUM BERSEDIA)
ZAFFREL menuruni anak tangga menghampiri Aura yang sedang berada didapur. Tangan Aura yang cuba untuk mengikat tali apron dihalang. Zaffrel mendekati dirinya lalu mengikat tali apron tersebut dengan lemah lembut.
“Sayang nak buat apa ni?” Soal Zaffrel setelah selesai mengikat tali apron tersebut. Dagunya diletakkan pada bahu Aura. Pelukan dieeratkan.
“Aura nak masak. Abang jangan nak ganggu pula.” Pelukan tangan Zaffrel cuba untuk dileraikan oleh Aura.
Zaffrel mula cuak. Mimpi apa sampai nak masak bagai ni? Fuh rilek Zaff, sekarang ni kau cuma pergi bersedia dengan pemadam kebakaran, kemas semua pakaian ready nak lari rumah kalau rumah terbakar and yes, kena ready nombor bomba mudah sikit kalau apa - apa terjadi.
“Yang abang termenung ni kenapa? Lepaslah Aura nak masak ni. Kalau abang peluk macam tak nak lepas macam ni , satu kerja pun tak jadi.” Bebel Aura sambil menghayung senduk ditangannya. Tak nak dengar lagi aku hempuk la.
“Ehh sorry sayang.” Zaffrel meleraikan pelukan. Dia duduk dimeja kaunter sambil memandang setiap gerak geri Aura.
Fuh nampak macam pro. Harap tak sakit perut aku makan lepas ni. Aip apa kau cakap ni Zaff, patut bersyukurlah Aura cuba belajar memasak demi kau. Tak supportive lansung suami pun.
“Sayang nak abang tolong tak?” Soal Zaffrel saat melihat Aura seperti tidak cukup tangan.
“Takpa Aura boleh buat sendiri.” Balas Aura ringkas sambil meneruskan kerjanya.
“Sayang biar abang tolong eh.” Sekali lagi Zaffrel memujuk. Bukan apa kesian satu hal , takut dapur hancur satu hal. Nak potong sayur pun dah macam nak sembelih unta.
Aura menghentikan kerjanya. Dia berpusing lalu memandang tajam ke arah Zaffrel. Ah sudah apa pula silap aku kali ni. Pandangan dia macam ultraman nak bertukar dah.
“Aura cakap Aura boleh buat sendiri kan. Abang pergi dekat luar jangan ganggu Aura. Nampak sangat tak yakin dengan Aura.” Aura sudah bercekak pinggang. Tak nak dengar lagi aku merajuk masuk ke pelusuk gua. Tak pun lari masuk dalam batu belah batu bertangkup.
“Ye ye abang pergi kat luar. Tapi kalau nak abang tolong....”
“Tak payah!”
“Okay okay menurut perintah tuan puteri.” Zaffrel tunduk seketika lalu terus berlari ke ruang tamu. Fuhh sejak bila kau takut bini ni Zaff. Memalukan keturunan. Beras kau beli Zaff.
Aura mula menyibukkan diri memasak pelbagai jenis masakan. Dapur yang berselerak seperti bot karam dibiarkan sahaja. Ini masanya untuk tunjuk bakat sebenar. Good luck chef Aura Fellisya!
Aura senyum sebaris saat masakan yang dimasaknya dihidang elok diatas meja. Fuh , akhirnya masakan istemewa dari chef Aura Fellisya sudah siap! Peluh ditepi dahinya dilap seketika. Aku masak ke aku berperang ni? Penat dia macam nak lari acara 100m olimpik punya.
“Abang makanan dah siap!” Laung Aura dengan bangga. Biar dia kenal siapa Chef Aura Fellisya. Chef Wan pun menangis kalau rasa masakan aku.
Aura kerut dahi. Aik tadi bukan main nak ganggu orang sekarang aku dah meraung macam tarzan pun masih tak datang. Tak kan merajuk kena marah dengan bini kut.
Aura berjalan keluar dari ruang dapur. Dia menghadapi sofa yang sedang terbaringnya Zaffrel disitu. Aura simpul senyum, tidur rupanya.
Aura duduk melutut disebelah Zaffrel. Tangannya ligat bermain di pipi Zaffrel. Pipi Zaffrel diulas lembut. Kini tangannya turun pula ke bibir merah Zaffrel. Air liur ditelan. Aipp kenapa kau ni Aura. Woi tangan kau berhenti buat kerja mengarut ni sebelum aku lempang kau.
Zaffrel membuka matanya. Dia tersenyum manis. Melihat sahaja wajah gelabah Aura membuatkan dirinya makin geli hati.
“Rindu bibir ni ke?” Usik Zaffrel sambil mengambil tangan Aura lalu diletakkan bibirnya.
“Ish geli la.” Bibir Zaffrel ditampar lembut lalu terus dia berlari ke arah dapur. Aura menyandarkan badannya pada peti sejuk. Apa kau buat ni Aura. Ni kalau mummy tahu aku ganggu bibir anak dia agak - agaknya kena bom atom tak?
“Hai sayang takkan dengan suami sendiri pun nak malu. Macam tak biasa je. Bukan ke sebelum bukan setakat sentuh bibir abang ni tapi.....”
“Abang stop! Boleh tak jangan nak merepek. Sekali lagi abang merepek bukan - bukan Aura stapler mulut tu.” Ugut Aura sambil membuat gaya mahu mestapler mulut Zaffrel.
Zaffrel jungkit kening. Tadi dia juga yang sentuh bibir aku. Nasib iman di tebal kalau tak dah lama dia jadi mangsa aku.
Zaffrel menarik kerusi duduk dimeja yang terhidang pelbagai jenis makanan. Kecur liur dibuatnya.
“Wah! Seriuslah sayang masak semua ni. Tak sabar abang nak ma....”
Kata - kata Zaffrel terhenti saat melihat keadaan dapur yang seakan - akan perang dunia ke empat belas. Terkebil - kebil matanya melihat sisa sayur yang berselerak diruangan dapur, kepala ikan yang sudah melayang ke atas rak pinggan, kaki ayam yang sudah selamat mencium lantai.
“Kenapa abang? Tak suka ke lauk yang Aura masak?” Wajah Aura mula mendung. Sedih melihat riaksi dari Zaffrel.
“Ehhh semua ni favourite abang, gila tak suka. Cuma terkedu sebab tak percaya yang Aura sanggup masak banyak ni untuk abang.” Dalih Zaffrel.
“Alaa Aura cuma nak belajar jadi isteri terbaik tak salah kan?” Aura simpul senyum . Dia menarik kerusi duduk dihadapan Zaffrel. Nasi dicedok kedalam pinggan lalu dihulurkan buat Zaffrel.
“Makanlah. Abang orang pertama yang rasa masakan Aura tau.” Ujar Aura lagi. Gelas disebelahnya diambil lalu dituangkan air. Sebiji gelas dihulurkan kepada Zaffrel manakala sebiji lagi diminumnya.
“Abang nak gelas sayang jap.” Pinta Zaffrel.
“Nak buat apa?” Soal Aura namun tetap menghulurkan gelasnya itu.
Zaffrel membelek gelas Aura lalu tersenyum manis.
“Abang cari apa?” Soal Aura lagi. Pelik betul la dia ni.
“Bekas bibir sayang.” Jawab Zaffrel lalu meletakkan bibirnya pada bekas bibir Aura lalu diminum air tersebut.
Aura tersipu malu. Merona merah wajahnya saat ini apabila melihat kelakuan Zaffrel.
“Jom la makan, abang tak sabar ni.” Ujar Zaffrel pula.
Dengan bismillah , masakan tersebut masuk ke dalam mulut Zaffrel.
Sedap! Tapi rasa pelik, entah la mungkin resepi dia memang macam ni kut.
“Macam mana sedap?” Soal Aura teruja.
“Sedap sangat. Sedap sangat - sangat.” Puji Zaffrel bersungguh - sungguh.
Aura tersipu malu. Kan dah cakap aku pandai masak.
Sedikit demi sedikit masakan Aura dimakan seginggalah licin dihabiskan oleh mereka.
ZAFFREL dan Aura kini berada di dalam bilik tudur. Masing - masing terbaring kenyang di atas katil. Sendawa demi sendawa mula keluar.
Namun Zaffrel mula berasa pelik. Perutnya dari tadi lagi memulas tanpa ingin rasa berhenti. Ditekan perut yang memulas itu namun masih sama rasanya.
Aura juga turut merasakan hal yang sama. Dia bangun dari pembaringan. Melihat Aura bangun Zaffrel turut bangun. Mereka bergegas berlari untuk berebut toilet.
“Ish tepi la abang, Aura sampai dulu kan.” Tubuh Zaffrel ditolak dengan bahunya. Tangannya masih ligat menekan perutnya.
“Bagi abang dulu la abang tak tahan ni.” Zaffrel cuba memboloskan diri kedalam bilik air namun sempat ditarik oleh Aura.
“Ladies first!” Ujar Aura lalu terus masuk ke dalam toilet dan mengunci pintu toilet.
“Sayang buka abang tak tahan ni!” Pintu toilet diketuk berkali - kali.
“Pergi toilet lain la!” Bebel Aura.
“Ish selfish!” Zaffrel terus berlari ke bilik sebelah lalu terus merempuh masuk toilet di dalam bilik tersebut.
Lama mereka bertapa di dalam toilet sehinggakan seluruh tenaganya mula kehabisan. Zaffrel dan Aura keluar dengan lemah lalu kembali terbaring lesu keatas katil.
“Penat!” Luah mereka serentak.
Aura mula mencebik. Tanda disedari air matanya mula keluar. Zaffrel terus menoleh saat mendengar esakan kecil dari arah Aura.
“Kenapa ni sayang?” Soal Zaffrel lalu terus mendapatkan Aura.
“Ni semua salah Aura! Dah tahu tak pandai masak gatal juga nak masak. Last - last sampai abang sakit perut. Aura jahat kan.” Makin kuat esakan Aura membuatkan Zaffel kaget.
“Sayang jangan cakap macam ni. Sayang tak salah. Sayang dah cuba yang terbaik untuk jadi isteri yang terbaik, jangan cakap macam ni lagi.” Tubuh Aura dipeluk erat.
“Tapi Aura masih gagal.” Aura menangis teresak - esak.
“No sayang, sayang tak pernah gagal.” Rambut Aura diulas lembut.
ILHAM menghendap pintu pagar rumah Zaffrel. Kereta ada okay cun maknanya dia ada dekat rumah. Saat tangannya ingin menekan loceng pintu, Adrian terlebih dahulu menepis.
“Kau buat apa menghendap rumah orang?” Soal Adrian dengan sedikit kasar.
“Kau buat apa dekat sini Adrian? Kau ada niat jahat eh ?” Tebak Ilham.
“Suka hati aku la nak pergi mana . Kau sibuk apa?” Adrian duduk menyilangkan tangannya kedada.
“Ni kalau penumbuk aku melayang kat muka kau memang puas hati.” Ilham menghayunkan penumbuknya.
“Ni kalau aku hayung kaki size 11 aku ni boleh robek muka buruk kau” balas Adrian dengan berani.
“Amboi kau memang nak makan penampar aku ni.” Ilham seakan akan ingin menampar Adrian.
“Macam perempuan nak tampar - tampar bagai. Kenapa tak gaduh tarik rambut je?” Perli Adrian lagi.
Mendengar kekecohan diluar rumah, Zaffrel terus melangkah keluar. Pagar rumah dibuka. Zaffrel bercekak pinggang. Suka hati je nak buat perang dunia dekat depan rumah aku ni.
“Zaff kau tengok Adrian ni, berani dia datang rumah kau.” Adu Ilham .
“Dik kau tengok si Ilham ni, datang rumah orang macam nak merompak. Elok sikit sepupu sendiri pun kalau dah ada niat jahat tak boleh nak percaya juga.” Bidas Adrian.
“Amboi sedapnya mulut kau.” Ilham sudah naik geram.
“Kau pernah makan mulut aku ke?” Jawab Adrian dengan wajah dibuat terkejut.
“Eh dah la korang. Aku sibuk duk pujuk bini dalam rumah korang sibuk duk bergaduh macam budak tadika. Nak masuk rumah aku masuk sekarang kalau tak berjemur la kornag dekat sini. Aku nak sambung pujuk bini aku ni.” Ujar Zaffrel lalu terus melangkah masuk kedalam rumah.
“Ni semua sebab kau!” Marah Ilham.
“Ehh sebab aku pula. Sedapnya kau mengata aku kan.” Adrian bercekak pinggang.
“Dari aku layan kau baik aku masuk dalam rumah. Rimas aku tengok muka kau.” Balas Ilham.
“Ingat aku hadap sangat nak tengok muka kau tu. Aku pun nak masuk dalam nanti hitam muka aku duduk luar ni.” Adrian mengibaskan tangannya seakan panas.
“Kau dah hitam asal.” Ayat Ilham menghentikan Adrian dari terus melangkah.
“Eh aku hitam pun nampak jantan dari kau putih nampak pondan.” Bidas Adrian lagi.
“Kurang asam punya budak.” Ilham menggempal penumbuk.
“Diam kau pendek.” Sekali lagi Ilham dibidas . Adrian terus melangkah masuk ke dalam rumah. Panas!
“Eh kau dengan aku takda beza la. Setakat jambul tinggi mengalahkan gunung everest boleh la nak berlagak tinggi. Kalau aku cukur rambut aku tu entah - entah kau dekat pusat aku je.” Bentak Ilham sambil memasuki rumah Zaffrel.
“Eh kau datang rumah orang tak reti nak hormat tuan rumah eh? Mulut tu macam telaga buruk. Bising je kau ni. Ni kalau ada bini nanti comfirm bini tak payah beli alarm. Dengar suara kau pun dah tak lena nak tidur.” Balas Adrian lalu duduk bersilang kaki disofa.
“Nasib ni rumah Zaffrel kalau tak dah lama aku humban kau dalam perigi belakang rumah opah aku.” Ugut Ilham pula.
“Opah kau pun tak mengaku aku cucu dia.” Rolling eyes Adrian dipamerkan.
Ilham menarik nafas dalam. Bergaduh dengan jantan ni sumpah kalah dengan bergaduh dengan perempuan. Mulut dia sumpah takda insurans. Geram je aku nak sita!
Zaffrel yang sedang mendaki anak tangga untuk kebiliknya kembali mendapatkan Adrian dan Ilham.
“Eh kalau korang nak minum pergi ambil sendiri air dalam pe....”
Belum habis kata - kata Zaffrel mereka berdua terus sahaja berlari ke arah dapur. Fuh aku dsri tadi dah dahaga. Alang - alang tuan rumah bagi kebenaran kita apa lagi kan, terima dengan ikhlas hati.
“Fuh tak malu betul.” Luah Zaffrel. Namun segera dia berlari ke arah Adrian dan Ilham.
“Eh korang dengar sini ye, nak minum nak makan silakan, tapi ingat satu benda ni jangan berani nak makan lauk yang ada bawah saji tu kalau tak nak sakit perut macam aku. Dah la aku nak sambung pujuk bini aku ni.” Ujar Zaffrel sedikit berbisik . Bimbang jika didengar oleh Aura.
Terlopong Adrian dan Ilham mendengar arahan Zaffrel sehingga kelibat Zaffrel tidak kelihatan.
“Jahatnya suami, isteri dah masak dia kutuk pula. Ya Allah semoga aku tak dapat suami macam tu.” Doa Ilham sambil menadah tangan.
“Apa kau ni?” Soal Adrian sambil menepuk kuat bahu Ilham.
“Kau tu apa? Sedap tangan kau je nak tampar aku.” Bebel Ilham sambil menggosok bahunya.
“Kau tu lelaki apa yang kau malalut sampai doa tak nak suami macam tu? Ke kau gay!” Tebak Adrian lalu menekup mulutnya.
“Eyy mulut kau nak je aku hempuk dengan cawan ni!” Ilham tahan sabar. Ni kalau bukan dekat rumah Zaffrel dah arwah budak ni.
“Mana la tahu kan. Tapi kan ni dapur ke tempat pelupusan sampah?” Soal Adrian sambil melihat sekeliling kawasan dapur yang berselerak.
“Maybe.” Jawab Ilham.
ZAFFREL menarik nafas lega. Fuh ingat dia nak sambung merajuk lagi, sekali aku cium terus okay.
“Jom la sayang kita turun . Adrian dengan Ilham dari tadi lagi tunggu kita.” Ajak Zaffrel.
“Abang turun la dulu. Aura nak cuci muka. Malu la muka dah merah macam sos cili.” Jawab Aura lalu terus melangkah ke arah toilet. Namun langkahnya terhenti saat mendengar enjin kereta memasuki pekarangan rumahnya.
“Abang mummy datang!” Jerit Aura dengan gelabah.
“Hey kenapa nak gelabah sangat ni? Mummy je pun.” Soal Zaffrel dengan selamba.
“Adrian! Dia dekat bawah kan.” Aura mula gelabah. Mendengar sahaja sebaris nama itu Zaffrel terus melompat turun dari katil bergegas ke tingkat bawah.
Ting Tong! Ting Tong!
Zaffrel mula cuak. Adrian dan Ilham pula sudah berpusing mengelilingi meja makan. Entah apa yang diorang perlu buat saat ini.
“Adrian kau menyorok sekarang!” Arah Zaffrel.
“Wey nak menyorok kat mana ni?” Soal Adrian sambil memerhati segenap kawasan dapur.
“Kabinet!” Ujar Ilham dan Adrian serentak.
Mereka terus memasuki kabinet kosong yang berada disebelah mereka.
“Yang kau masuk sekali ni kenapa?” Soal Adrian berang sambil menggeliat menyelesakan dirinya walau lansung tidak berasa selesa dengan keadaan yang sempit ditambah pula dengan seketul Ilham.
“Aku tak tahu aku panik sangat.” Jawab Ilham sambil menggerakkan kakinya lalu diletakkan atas paha Adrian.
“Ewah - ewah kau , sedapnya kau parking kaki...”
“Shuuu..” mulut Adrian terus ditekup saat menyedari Datin Rasyidah mula memasuki rumah tersebut.
“Mummy, nenek tokdy.” Sapa Zaffrel lembut walhal dalam hatinya dan gelabah tak cukup tanah.
“Zaff Ilham datang sini ke? Sebab mummy nampak kereta dia dekat luar.” Soal Datin Rasyidah.
Zaffrel garu kepala. Yang ni lagi sorang, yang kau pergi menyorok sekali tu kenapa . Tunggu kau aku hempuk dengan tong gas lepas ni.
“Errkk tadi dia datang sini, lepas tu dia terserempak dengan kawan dia dekat pagar tadi. Then diorang keluar sama - sama tinggal kereta dia dekat sini. Petang nanti dia ambil la tu.” Bohong Zaffrel. Sebab kau la Ilham aku tipu mummy aku.
“Habis tu kereta satu lagi kereta siapa?” Soal Datin Rasyidah lagi. Zaffrel makin kelu. Ah sudah nak jawab apa ni.
“Tu kereta entah la Zaff pun tak kenal. Kereta dia habis minyak dia tumpang parking dekat situ dulu.” Dalih Zaffrel lagi.
“Macam - macam la. Mummy daddy duduk la dulu, biar Syidah buat air.” Ujar Datin Rasyidah kepada nenek dan tokdy.
“Eh mummy, biar Aura yang buatkan.” Halang Aura yang baru sahaja turun dari anak tangga. Sekarang ni pasal Adrian aku tak kesah lagi, tapi kalau mummy tengok dapur aku rasanya boleh pitam.
“Takpa la mummy tolong.” Jawab Datin Rasyidah.
“Mummy duduk je takpa biar Aura yang buat.” Halang Zaffrel pula.
“Ye la.” Akhirnya Datin Rasyidah mengalah. Aura terus sahaja berlari anak keruangan dapur.
Dapur dikemas seketika sebelum tangannya ligat membuat air. Namun dia terasa pelik saat mendengar sesuatu dari arah kabinet sebelah kirinya. Takkan la Ilham dengan Adrian menyorok kat situ kut.
“Adrian, Ilham korang ke kat bawah tu?” Soal Aura perlahan.
“Ye, panas gila dekat sini.” Jawab Ilham.
“Yang kau masuk sekali tu dah kenapa? Padan muka.” Bidas Adrian. Aura tergelak kecil , lucu dengan kelakuan mereka.
“Ala tahan la sekejap je...”
“Aura cakap dengan siapa?” Sapa Datin Rasyidah. Aura bagai terkena renjatan. Macam mana mummy boleh datang sini. Nasib aku sempat kemas dapur.
“Aura.. Aura nyanyi lagu tiktok mummy.” Fuhh jawapan yang boleh diterima.
Datin Rasyidah kerut dahi. Sejak bila menantu aku ni main tiktok.
Tok!
Tiba - tiba sahaja kedengaran sesuatu berlaga dari arah kabinet. Ilham dan Adrian masing - masing menggosokkan dahi mereka. Sakit akibat kepala mereka berlaga.
“Bunyi apa tu?” Soal Datin Rasyidah lalu seakan mencari sesuatu.
“Takda apa la mummy, tikus tu.” Jawab Aura dengan tenang walaupun hatinya tidak tenang.
Tikus? Sedap dia je panggil aku dengan Ilham tikus. Sabar - sabar.
“Tikus tak bunyi macam tu. Mummy takut benda lain la. Bahaya ni.” Datin Rasyidah mula membelek kawasan dapur. Belakang peti diintainya. Kabinet atas dibukanya. Aura mula cuak.
“Mummy!” Aura sudah tidak tenang saat Datin Rasyidah ingin membuka kabinet yang didalamnya adalah Adrian dan Ilham.
Ilham sudah panik, ye dia mahu berjumpa dengan Datin Rasyidah, namun dia masih belum bersedia.
Tikus dah tertangkap ke tu? Hihi ^_^
Share this novel