(KEHIDUPAN BARU)
ZAFFREL membaringkan badannya sambil merenung siling. Tangannya menongkat kepalanya. Aura duduk bersila disebelah Zaffrel.
“Abang dah penat dengan semua ni. Abang dah tak nak tahu semua benda ni. Biarlah abang terkurung dalam rahsia keluarga sendiri. Abang dah tak nak peduli semua ni.” Zaffrel mengeluh sesaat. Ada baiknya aku lupakan semua ni. Aku dah penat derita aku cuma inginkan bahagia.
“Kalau itu yang abang nak, Aura akan sokong. Aura akan selalu ada dengan abang.” Aura membaringkan badannya rapat sebelah Zaffrel. Tubuh Zaffrel dipeluk erat.
“Thank you sayang. Makin lama abang rasa takda nilai pun rahsia tu pada abang. Cukup ada sayang untuk bahagiakan hari - hari abang.” Pelukan Aura dibalas. Zaffrel tersenyum manis melihat wajah comel Aura didalam pelukannya.
“Abang, biarlah diorang nak buat apa dekat abang, yang penting Aura ada dengan abang. Aura tak nak tengok kesedihan dalam diri abang. Kalau abang rasa Aura kebahagiaan abang, stop tunjuk kesedihan tu. Simpan. Abang tak perlukan semua tu.” Aura mendongakkan wajahnya mencari wajah Zaffrel. Tangannya naik mengusap lembut pipi Zaffrel.
“Abang nak bina hidup baru. Abang nak ada rumah kita sendiri, abang tak nak bergantung dengan mummy daddy lagi. Kalau diorang anggap abang ni anak diorang, diorang takkan layan abang macam ni. Kita pindah jom” Ujar Zaffrel.
“Aura okay je. Bila kita nak pindah?” Soal Aura pula.
“Biarlah rahsia. Dah tidur lewat dah ni. Good night sayang.” Dahi Aura dikucup sesaat.
“Good night too abang.” Pipi Zaffrel pula dikucup sebelum keduanya melelapkan mata.
SUDAH seminggu Aura dan Zaffrel menetap di rumah Dato Khalid. Kerja mereka hanya dihabiskan dengan memanjakan diri makan dan tidur. Nak kerja Dato Khalid tak bagi, katanya ambil masa untuk honeymoon duduk rumah dulu. Entah berapa minggu nak honeymoon tak tahu la.
“Sayang, abang nak bawa sayang satu tempat ni, sayang pergi bersiap sekarang. Abang tunggu dekat luar.” Arah Zaffrel lalu terus keluar dari rumah.
Aura yang masih blur dengan arahan Zaffrel hanya menurut. Sepuluh minit kemudian, dia turun mendapatkan Zaffrel.
“Kita nak pergi mana?” Soal Aura saat memasuki perut kereta.
“Kejap lagi sayang tahu la. Sabar ye sayang.” Jawab Zaffrel sambil fokus pada lemanduannya.
Setelah mengambil dua puluh minit untuk tiba di destinasi yang dituju, tibalah mereka disebuah rumah banglo dua tingkat yang agak mewah bertemakan off white.
“Abang tu bukan ke kereta papa dan mama?” Soal Aura saat melihat kereta Honda NS-X diparking elok dipekarangan rumah tersebut.
“Iye , tu kereta mama dengan papa.” Jawab Zaffrel ringkas.
“Rumah siapa ni? Cantik.” Aura terpegun melihat keadaan rumah tersebut.
Zaffrel senyum sebaris. Dia membuka pintu utama dengan sebelah tangannya.
“Welcome to our home sayang..”
“Abang! Serius la! Cantiknya.” Tak lepas senyuman dibibir Aura saat dia meneroka setiap sudut rumah tersebut. Off white theme, cantik sangat.
“Sayang suka?” Soal Zaffrel.
“Sangat! Suka sangat - sangat.” Aua memeluk tubuh Zaffrel. Mama dan papanya sudah dipedulikan. Kurang ajar punya anak, fuh.
“Mulai saat ini, kita bina hidup baru ye sayang.” Zaffrel senyum lebar saat melihat senyuman yang terukir di wajah Aura.
“Asal abang selalu ada dengan Aura je. Jangan tinggalkan Aura , jangan pernah terdetik pun dekat hati abang ni untuk tinggalkan Aura. Aura dah cukup bahagia memiliki abang dalam hidup Aura.” Tangan Aura dan tangan Zaffrel dihengam antara satu sama lain.
“I love you sayang.”
“I love you more abang.”
“Ehem” Dato Khalid berdehem lalu menghampiri anak menantunya itu.
“Alahai , cemburu papa tengok ni.” Bahu Zaffrel ditepuk perlahan.
“Papa kan ada mama, buat apa nak cemburu lagi.” Jawab Aura .
“Mama garang.” Jawab Dato Khalid.
“Apa abang?” Datin Mona mengerling sekilas kearah suaminya. Malam ni tidur luar.
“Eh takpa saya cakap awak cantik.” Dato Malek senyum senget. Taknak tidur luar.
“Ish papa ni takut bini.” Bidas Aura dengan selamba.
“Lelaki takut bini ni limited tau tak. Ah dah sebelum papa lupa, ni Zaff, macam mana setuju tak?” Soal Dato Khalid.
“Setuju apa papa?” Soalan Dato Lhalid dibalas dengan soalan Aura.
“Papa tanya Zaff bukan tanya Aura. Zaff setuju tak?” Soal Dato Khalid lagi. Aura tayang wajah bosan. Tanya pun salah.
“Zaff fikir balik, Zaff setuju. Lagipun ada baiknya juga Zaff tolong Aura.” Jawab Zaffrel dengan lembut.
“Macam mana dengan daddy dia okay ke?” Soal Dato Khalid lagi.
“Takpa, syarikat daddy ramai lagi orang yang boleh urus. Ilham ada , ramai lagi la yang urus syarikat tu.” Terang zaffrel lagi.
“Kalau macam tu baguslah. Terima kasih sebab sudi bantu papa.” Bahu Zaffrel ditepuk lagi.
“Sampai hati berahsia dengan Aura. Cakap je la, tu pun nak rahsia bagai.” Aura berlalu pergi mendapatkan Datin Mona. Tubuh Datin Mona dipeluknya pula.
“Mama tengok tu, diorang tak nak bagitahu Aura.” Adu Aua dengan wajah cemberutnya.
“Sayang, boleh abang bagitahu, tapi malam ni kita makan yang sayang masak macam mana? Setuju?” Soal Zaffrel.
“Mana aci, Aura tak pandai masak.” Aura menyilangkan tangannya kedada. Nampak sangat nak perli aku.
“Tak pandai la kena belajar. Awak tu isteri orang sayang oi. Nanti mama ajar okay.” Ujar Datin Mona lalu mencuit hidung puteri kesayangannya itu.
“Ye la, cepat la bagitahu Aura sekarang.” Gesa Aura lagi.
“Papa nak Zaff kerja dekat syarikat papa. Dia boleh bantu Aura urus syarikat tu. Papa tengok Aura ni nak urus diri pun tak terurus lagi, ni nak urus syarikat papa.” Bidas Dato Khalid.
“Papa! Suka kutuk Aura. Kalau bukan sebab Aura, syarikat papa tak maju macam sekarang tau. Nasib Aura ni cantik sebab tu ramai terpegun dengan syarikat papa.” Aura mendabik dada. Hello ni Aura la, bak kata cermin ajaib, belum pernah lagi dia tengok wajah cantik macam aku ni.
“Dah la, hais sorang suka angkat bakul sendiri sorang lagi asyik nak buat anak merajuk. Macam - macam korang ni. Aura tolong mama sediakan minum petang.” Bebel Datin Mona laly memasuki ruangan dapur.
“Abang... tak sabar nak kerja sekali dengan abang. Macam dalam novel tu. Hero heroin kerja sekali. Auchh sweetnya.” Lengan Zaffrel dihayung lagak budak tadika.
“Aura! Dah - dah duk bergula dengan suami kamu tu. Tolong mama cepat!” Suara laungan dari arah dapur mula bergema.
“Ish mama ni, padahal makanan beli yang dah siap. Tunggu hidang je, taknak bagi can dekat Aura lansung.” Bebel Aura lalu melepaskan pegangan lengan Zaffrel.
“Mulut ni, jangan membebel macam tu. Pergi tolong mama sekarang.” Arah Zaffrel lalu menunjukan kearah dapur.
“Ish abang ni. Bukan nak backup Aura. Malam ni tidur luar.” Aura menghentakkan kakinya lalu memasuki ruangan dapur.
Haiss budak ni. Zaffrel tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“Zaff ada tilam lebih tak kat rumah ni?” Soal Dato Khalid.
“Ada, nak buat apa papa?” Soal Zaffrel kembali.
“Nak letak dekat luar. Kesian Zaff kena tidur luar malam ni.” Seloroh Dato Khalid.
“Eh papa ni. Mengata Zaff eh tunggu la nanti mama suruh papa tidur luar juga baru tahu.” Zaffrel simpul senyum. Kena dekat diri sendiri nanti baru tahu.
“MAMA, nak sembelih macam mana ikan ni?” Soal Aura sambil membawa seekor ikan kembung kearah Datin Mona yang sedang memotong sayur.
“Eh budak bertuah ni. Apa yang nak disembelihnya. Ikan tu dah mati la. Siang ikan tu bukan sembelih.” Datih Mona menghentikan kerja memotong sayurnya. Budak ni kalau aku letak dekat dapur sehari hancur terus dapur ni.
“Ikan ni kena siang macam ni...”
“Takpa mama biar Zaff yang ajar.” Zaffrel menghampiri Datin Mona dan Aura sambil mengikat apron di tubuhnya. Satu lagi apron diambil lalu dipakaikan pada tubuh Aura.
“Lain kali pakai apron, nanti kotor baju sayang.” Pesan Zaffrel lalu mengambil ikan ditangan Aura.
Zaffrel menyingsing lengan bajunya agar memudahkan kerjanya.
Satu persatu ekor ikan diambil lalu disiangnya sambil mulut Zaffrel tidak henti menerangkan cara menyiang ikan.
“Faham tak? Cuba buat.” Seekor ikan diberikan kepada Aura.
“Erkk, cuba abang buat sekali lagi” arah Aura pula.
“Buat macam ni, fokus tengok abang buat macam mana.” Zaffrel menyiang ikan tersebut dengan sedikit perlahan agar Aura dapat memerhatinya.
“Oo macam tu. Yang bahagian ni macam mana?” Soal Aura lagi.
“Dekat sini buat macam ni...” Zaffrel mengambil seekor lagi ikan lalu disiangnya.
“Okay dah habis ikan. Terima kasih abang.” Aura senyum senget. Tak sia - sia aku buat - buat tak faham, habis juga ikan ni dia siangkan.
“Bertuah punya bini. Abang nak sayang belajar dia kenakan kita pula.” Zaffrel mencuci tangannya. Tunggu kena sayang dengan abang.
“Haaa main - main lagi.” Perut Aura digeletek kuat. Terkekek - kekek Aura ketawa sambil menahan geli.
“Eee geli!” Aura melarikan diri mendaki anak tangga.
“Siapa suruh buat hal!” Zaffrel barlari mengejar langkah Aura .
“Hey siapa nak tolong mama masak ni!?” Laung Datin Mona saat anak menantunya sudah pun hilang entah kemana.
“Bertuah punya anak menantu. Dia berseronok bergelak ketawa , aku ditinggalkan macam tu je” sawi dihadapannya dipotong kuat. Geram!
“Takpa la, abang ada. Meh abang tolong.” Pisau ditangan Datin Mona dirampas perlahan. Dato Khalid mula memotong sayur dihadapannya itu.
“Auchh, my superhero.” Tangan Datin Mona naik mengusap pipi Dato Khalid.
“Jangan macam - macam sayang. Kita dekat dapur ni, takda orang dekat sini..” usik Dato Khalid.
“Ish abang ni. Potong sayur tu. Kang saya suruh tidur luar baru tahu.” Datin Mona bangun dari kerusi lalu membersihkan ikan yang siap disiang oleh Zaffrel.
Aku tak nak tidur luar. Bagai kilat Dato Khalid memotong sayur dihadapannya itu. Tak nak tidur luar dengan Zaffrel.
PAGI yang ceria dihiasi dengan suasana yang indah. Hari ini merupakan hari pertama Zaffrel bekerja dibawah mertuanya. Pagi - pagi lagi Zaffrel dan Aura sudah bersiap untuk ketempat kerja.
“Sayang, handsome tak abang? Ke kurang lagi? Rambut abang dah okay ke?” Soal Zaffrel bertubi - tubi sambil membaiki rambutnya yang sedikit senget.
“Abang nak pergi kerja ke nak pergi mengorat perempuan? Kalau nak mengorat perempuan lain abang duduk rumah tak payah nak gatal - gatal keluar.” Aura mencebik geram. Ni la lelaki rasa diri tu handsome sikit, mulalah nak gatal.
“Alaa abang nak handsome pun untuk isteri abang juga. Bukan untuk perempuan lain.” Rambut Aura yang terjuntai diselit kebelakang.
“Jangan nak gatal dengan perempuan lain tau. Berani abang buat hal Aura korek biji mata abang.” Aura berura - ura ingin mengorek biji mata Zaffrel.
“Sayang dah terlalu cantik bagi abang sampai abang tak nampak wanita lain yang lebih cantik dari sayang. Bukan sweet talker tau, tapi ikhlas dari hati abang ni.” Tangan Aura diambil lalu diletakkan dihatinya.
“Dah jom kita pergi, nanti bersemut bilik ni kalau abang cakap sweet lagi.” Tangan Zaffrel ditarik keluar dari bilik tersebut.
Setelah mengambil 20 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di syarikat Dato Malek. Zaffrel menghentikan kereta Lamborghini Avendator miliknya ditempat yang disediakan. Aura keluar dari perut kereta diikuti dengan Zaffrel.
“Sayang naik la dulu, kejap lagi abang naik. Abang nak pergi beli nasi lemak depan tu kejap. Teringin nak makan nasi lemak la.” Ujar Zaffrel saat mereka tiba di pintu utama syarikat.
“Okay hati - hati abang. Jangan lama sangat.” Pesan Aura.
“Nape? Takut rindu ?”
“Ish abang ni. Dah pergi beli nasi lemak tu. Nanti habis.” Aura menggelengkan kepalanya. Dia melangkah masuk kedalam syarikat tersebut. Rindunya nak kembali berbakti dekat sini.
“Morning puan Aura. Lama tak jumpa. Kuat betul eh Puan honeymoon.” Usik Rania selaku PA Aura.
“Alaa bukan selalu boleh bercuti panjang kan. Dah alang - alang boleh kita panjangkan terus la.” Jawab Aura sambil ketawa. Rindu nak berborak dengan pekerjanya ini.
“Bestnya, bilalah saya pula nak naik pelamin ni. Ya Allah ketemukanlah diri ini dengan jodoh yang terbaik.” Rania menadah tangan untuk berdoa.
“Nanti ada la jodoh awak tu Rania. Jodoh yang terbaik tak semestinya datang awal tapi jodoh yang terbaik adalah yang datang pada waktu yang tebaik. Saya masuk dulu ye.” Pamit Aura lalu memasuki bilik kerjanya.
“Ye betul tu. Jodoh datang pada masa yang terbaik.” Rania memusingkan badannya.
“Allah. Mak Allah dah makbulkan doa Rania.” Rania memegang hatinya, terkedip matanya memandang jejakan tampan dihadapannya.
“Hai encik...” sapa Rania dengan lembut. Rambutnya diselit kebelakang. Ya Allah handsomenya. Jantung duduk diam kejap, janhan dera aku macam ni.
“Eh Rania, siapa ni?” Soal Farah, kawan sekerja Rania pula.
“Bakal suami aku..” Rania menekup mulutnya. Aduhai, jangan buat hal.
Zaffrel mengerutkan dahinya. Dah kenapa dengan budak ni. Lembik macam jelly dah aku tengok.
“Rania, kau jangan buat hal.” Bisik Farah namun jelas didengari di telinga Zaffrel.
“Encik, cari siapa ye?” Sapa Aina pula. Ni lagi sorang, pantang dengan lelaki handsome mula la nak jadi wanita melayu terakhir.
“Erkk, saya nak jumpa Aura.” Jawab Zaffrel .
“Ouh, ingat nak jumpa mak saya tadi.” Aina senyum sehingga senget kepalanya. Aduhai inikah namanya cinta pandang pertama.
“Ish aku jumpa dia dulu la.” Bahu Aina disenggol kuat oleh Rania. Suka hati je rampas jodoh aku.
“Korang tak payah gaduh, dia aku punya.” Farah pula mula berangan.
“Farah!” Serentak Aina dan Rania bersuara sehingga menarik semua mata yang berada disitu.
Aura bangun dari menghadap komputernya apabila berbunyi bising. Dia mengintai disebalik tirai tingkap.
Uish, encik suami aku kena serang dengan persatuan single. Hihi, siapa suruh handsome sangat.
Aura berjalan keluar dari biliknya dengan riak biasa. Dia mendekati Zaffrel dan ahli kelab single yang lain.
“Ehem, saya suruh kerja korang mengorat orang pula ye.” Perli Aura sambil berpeluk tubuh.
“Maaf puan.” Serentak mereka bertiga meminta maaf sambil menunduk sedikit kepala.
“Encik ni siapa? Ada apa datang dekat sini?” Soal Aura sambil memandang tepat kearah Zaffrel
Zaffrel sembunyi senyum. Nak main - main eh.
“Saya nak cari something tapi tak jumpa. Tak silap saya ada dekat sini.” Zaffrel berpura - puta mencari sesuatu.
“Cari apa?” Soal Aura sambil berkerut dahi.
“Cari buah hati saya.” Jawab Zaffrel lalu menghadiahkan mini love buat Aura. Rania, Farah dan Aina sudah melopong.
“Ehh Encik, Puan Aura ni bini orang.” Lantas sahaja Rania memotong aksi tersebut. Fuh aku depan mata dia takda pula nak berpick up line bagai. Bini orang juga dia berkenannya.
“Laa bini orang ke? Melepaslah macam ni.” Zaffrel mengeluh sesaat.
“Ish abang tak payah nak berdrama sangat. Yang lain duduk tempat masing - masing saya nak buat pengumuman ni.” Arah Aura sambil tersenyum.
Abang? Suami dia ke? Rania , Farah dan Aina kembali duduk ditempat kerjanya dengan pelbagai persoalan yang berlegar - legar difikiran mereka.
“Assalamualaikum semua, kenalkan. Encik Zaffrel, suami saya dan akan bekerja di syarikat ini mulai saat ini.” Ujar Aura lalu mendapat tepukan dari orang ramai.
Rania, Farah dan Aina sudah mencebik. Mak jodoh kena tunda lagi la.
“Dan bagi persatuan single tu, mohon bersabar ye. Nanti ada la jodoh korang. Jangan nak ambil jodoh saya pula ye.” Aura memandang sekilas kearah wanita bertiga itu. Muka dan macam kena libas dengan charger dah aku tengok.
ZAFFREL masuk kedalam bilik kerja Aura. Dia duduk dihadapan Aura sambil berpeluk tubuh.
“Sayang, busy ke?” Soal Zaffrel.
“Tak, dah nak siap ni. Kenapa?” Sol Aura pula.
“Jom lunch.” Ajak Zaffrel.
“Jom, kita makan dekat restoran yang baru buka tu nak. Ramai cakap best.” Ujar Aura dengan teruja. Beg tangan disebelahnya dicapai lalu iphonenya dimasukkan kedalam beg tersebut.
Tok!Tok!
Pintu diketuk. Aura dan Zaffrel terus menoleh.
“Masuk.” Arah Aura.
“Errkk, puan. Ada orang nak jumpa...”
“Tepi!” Tubuh Rania ditolak sedikit memberi ruang untuknya menapak masuk.
“Daddy?”
Berani ke daddy nak buat hal?
Share this novel
daddy tk guna,,,jgn dia dtang buat hal sudah,,kang tk pasal" kena saound dgn aura br tau,,,,Best lah cerita nie,,,,semangat daer dan sllu ditunggu