(DIA KEMBALI)
“Mummy!” Aura sudah tidak tenang saat Datin Rasyidah ingin membuka kabinet yang didalamnya adalah Adrian dan Ilham.
Zaffrel yang baru sahaja tiba di ruang dapur mula risau saat melihat Datin Rasyidah ingin membuka kabinet tersebut.
“Adrian!” Bunyi suara jerkahan seseorang dari arah pintu utama menghentikan niat Datin Rasyidah dari terus membuka pintu kabinet.
Jiwanya seakan luruh mendengar sebaris nama yang amat dirinduinya. Adrian? Adrian ada dekat sini?
Datin Rasyidah terus berlari ke arah ruang tamu mencari empunya suara. Zaffrel dan Aura makin cuak. Ini bukan masanya lagi.
“Aa..abang?” Tergamam Datin Rasyidah saat melihat Zack betul - betul berdiri dihadapnnya. Gelaran Abang masih terlekat dibibirnya. Begitu juga dengan Zack yang hanya kaku tidak bersuara.
Setelah hampir 29 tahun tidak bertemu akhirnya mereka dipertemukan tanpa sengaja.
Zack sedaya upaya mengawal perasaannya. Wajah polos Datin Rasyidah dihiraukan sahaja.
“Adrian keluar sekarang!” Jerkah Zack lagi.
“Adrian? Mana Adrian? Dia dekat sini ke? Adrian! Adrian mummy nak jumpa awak sayang.” Datin Rasyidah sudah menangis teresak - esak.
“Kau siapa nak jumpa anak aku? Kau takda hak nak jumpa Adrian!” Tegas Zack bersuara.
“Abang tolong bagi Syidah peluang untuk jumpa anak Syidah. Tolonglah Abang, Syidah merayu. Syidah rindu Adrian. Syidah nak jumpa dia.” Suara Datin Rasyidah sudah timbul tenggelam dek menangis teresak - esak.
“Abang? Siapa abang kau? Kau kena sedar yang aku ni bukan suami kau! Lagi satu, Adrian tu anak aku bukan anak kau! Kau tak berhak sentuh dia sedikit pun. Kau kena sedar yang kau ibu paling kejam yang aku pernah kenal! Kau sanggup buang anak kau semata - mata nak ikut jantan lain! Pernah tak kau fikir soal aku dengan Adrian? Kami merana! Faham tak merana!” Tengking Zack tanpa disedari air matanya mula memberes keluar.
“Syidah minta ampun. Syidah sedar Syidah salah. Tapi tak pernah terdetik dalam hati Syidah untuk buang Adrian. Dia tetap anak Syidah. Syidah dah cuba macam - macam untuk jumpa dia tapi Syidah gagal. Syidah berserah, Syidah tahu Adrian lebih selamat dengan abang. Kalau Syidah bawa dia hidup dengan Syidah dia tak akan selamat. Bila - bila masa sahaja Malek akan bunuh dia.” Menggigil tubuh Datin Rasyidah saat mengenangkan nasib hidupnya.
Kerana terlalu percayakan hasutan Dato Malek, Datin Rasyidah akhirnya lalai dalam kesetiaan. Bermacam - macam dihasut Dato Malek agar wanita itu membenci Zack. Dan akhirnya dia berjaya. Namun hanya seketika, saat Datin Rasyidah sedar dengan kesalahan dirinya, dia sudahpun dikongkong dengan kebahagiaan palsu. Memaksa hati untuk menerima Dato Malek seadanya. Sukar sangat sukar.
“Aku tak perlukan air mata palsu dari perempuan macam kau. Kau simpan je air mata kau tu. Hati aku dah mati semati kau bunuh hati aku. Aku hidup bagai takda hati, hancur. Tak salahlah kalau sedikit pun aku tak kasihan tengok kau, sebab hati ni, hati ni dah hancur.” Mendatar sahaja suara Zack saat ini.
“Adrian, keluar sekarang. Sini bukan tempat kita. Sudahlah kau menagih kasih dengan orang tak sudi. Tak cukup lagi ke kasih sayang aku selama ni? Tak cukup lagi ke aku jaga kau seorang diri sampai kau besar? Tak cukup lagi ke aku jadi ibu dan ayah kau? Keluar sekarang Adrian.” Suara Zack berubah kendur. Jelas terpampar wajah sedihnya.
“Abang, tolong bagi Syidah peluang untuk peluk anak Syidah walau untuk kali terakhir. Syidah takut Syidah pergi tanpa sebuah kemaafan dari seorang anak. Syidah tak sanggup....”
“Mummy..” Adrian tahan tangis. Sungguh dia rindukan ibunya itu.
“Adrian!” Datin Rasyidah terus berlari memeluk tubuh Adrian erat.
“Maafkan mummy... maafkan mummy..” teresak - esak Datin Rasyidah menangis di bahu Adrian.
“Mum..mummy peluk Adrian?” Soal Adrian dengan sebak. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang berlaku.
“Adrian anak mummy. Mummy sayang Adrian. Maafkan mummy sayang...”
“Adrian tak pernah benci mummy. Setiap doa Adrian tak pernah tertinggal nama mummy. Hari ni Allah makbulkan doa Adrian untuk peluk mummy. Adrian sayang mummy.” Adrian ingin mencium tangan Datin Rasyidah namun tubuh Datin Rasyidah sudah jatuh menyembah bumi.
“Mummy!” Mereka yang berada disitu terus mengelilingi Datin Rasyidah kecuali Zack yang hanya memerhati dari jauh.
“Mummy bangun! Adrian tak sempat nak bercakap dengan mummy lagi. Adrian tak sempat nak kucup tangan mummy. Bangunlah mummy, Adrian rindu mummy. Adrian nak rasa hidup dengan mummy. Mummy jangan tinggalkan Adrian.” Tubuh Datin Rasyidah dipeluk erat. Terhembur semua tangisannya saat itu.
“Abang, sabar ye, doakan yang terbaik buat mummy.” Bergetar hiba suara Zaffrel saat ini sambil tangannya menggosok bahu Adrian. Aura pula ligat menghubungi ambulans.
“Aku tak sedia untuk kehilangan mummy.” Adrian menyembamkan wajahnya pada perut Datin Rasyidah.
“Adrian, Adrian.. Adrian bangun!” Kini tubuh Adrian digoncang kuat oleh Zaffrel.
Zack yang perasan akan hal itu terus mendapatkan anaknya.
“Adrian bangun!”
ZAFFREL menghampiri orang lain yang setia menunggu khabar berita tentang Datin Rasyidah dan Adrian.
“Macam mana abang? Diorang okay?” Soal Aura.
Zaffrel senyum tipis. Dia menghampiri Zack lalu menepuk lembut bahu Zack.
“Zack, pergilah jumpa mummy. Aku tahu kau masih ada ihsan dengan mummy. Mummy tak salah. Dia dah cuba jadi yang terbaik. Mungkin silap dia sebab percayakan arwah daddy, tapi percayalah dia masih sayangkan kau. Dia tak pernah lupakan kau dalam doa dia. Cuma dia pegang prinsip dia, bila arwah daddy adalah suami dia, nak tak nak dia akan patuh. Sebab apa? Sebab dia rasa berdosa dengan kau. Dia tak sanggup jadi isteri derhaka lagi.” Ujar Zaffrel dengan lembut.
“Adrian dah okay, dia cuma perlukan rehat. Cuma..” Zaffrel mengeluh sesaat.
“Mummy tak okay. Jumpa dia Zack aku takut terlambat. Dia perlukan kemaafan kau , dia perlukan kau.” Ujar Zaffrel dengan pilu. Tanpa menunggu lama Zack terus merempuh masuk kedalam bilik rawatan. Tipulah kalau hati dia dah kosong pada Datin Rasyidah.
“Abang apa dah jadi?” Mata Aura mula berair.
“Zaff kenapa dengan mummy?” Soal Ilham pula . Matanya turut berair.
“Come.” Tubuh Aura ditarik lalu dipeluk kemas.
“Kenapa cengeng sangat ni? Kalau bini aku menangis aku tak kesah ni kau yang jantan nak cengeng juga ni kenapa?” Aura mendongakkan wajahnya memandang Zaffrel. Fuhh dia boleh buat bergurau benda macam ni.
“Apa kau cakap? Aku cengeng. Eh kau sedar tak mummy tu siapa? Mak kau tahu tak! Mak saudara aku.” Marah Ilham.
“Mummy okay je la.”
“Apa!” Serentak Aura dan Ilham bersuara.
“Ish kalau bukan sebab di Adrian tu aku tak sanggup tau nak cakap macam tu. Bongok la Adrian ni. Dah la aku nak jumpa dia kejap.” Zaffrel terus memasuki bilik rawatan Adrian.
Aura dan Ilham terpolong. Apa dah jadi sebenarnya ni?
“Adrian kau sakit bukan?” Soal Aura dengan pelik. Sakit tapi aku tengok macam tak sakit.
“Jap jap nak menang dah ni.” Adrian mengangkat tangan tanda sekejap.
“Jap apa? Menang apa? Apa semua ni?” Soal Ilham pula.
“Kejap la aku nak habiskan pubg dulu.” Balas Adrian.
Mereka bertiga tepuk dahi. Kurang asam punya budak sempat dia main pubg.
“Yess winner winner chicken dinner!” Sorak Adrian namun sorakannya terhenti apabila melihat wajah tengang Zaffrel , Aura dan Ilham.
Pap!
Adrian menggosok bahunya yang selamat ditampar oleh Ilham.
“Apa semua ni?” Soal Ilham dengan tegang.
“Ishh aku just nak satukan mummy dengan daddy je. Kalau mummy je yang pensang aku tak mesti la daddy aku tak datang sini. Cerdik kan aku. Tak sia - sia makan eraser dulu.” Adrian tayang wajah bangga.
“Banyaklah kau punya cerdik. Jantung aku ni dah macam terlompat jatuh bangunan klcc tau bila dengar mummy sakit macam tu. Kau boleh selamba badak je main pubg.” Bebel Ilham lalu mencapai air botol disebalah Adrian lalu diminumnya.
“Balasan sebab kau terhantuk kepala aku dekat dalam kabinet. Sakit tau, sini kepala kau.” Adrian terus bangun dari katil lalu menarik kepala Ilham.
“Kau nak buat apa ni?” Soal Ilham dengan cemas sambil meronta - ronta minta dilepaskan.
Kok!
“Aduh!” Ilham menggosok kepalanya yang selamat dihentak dengan kepala Adrian.
“Orang cakap kalau kita terhantuk kepala kena hantuk sekali lagi nanti darah tertukar.” Ujar Adrian.
“Betul la tak sia - sia kau makan eraser kan dah jadi bodoh macam ni.” Bidas Ilham yang mampu membuatkan mereka semua ketawa bebas.
“Ishh korang ni memyampah betul aku tengok. Wujud juga manusia spesis macam ni.” Ujar Zaffrel sambil menggelengkan kepalanya.
“Eh aku lagi serabut tengok kau dengan Aura. Peluk sana peluk sini. Cium sana cium sini. Hormat orang single please. Apa kau ingat kau dah ada lesen boleh sesuka hati je tayang depan orang bagai.” Perli Ilham sambil menyilangkan tangannya kedada.
“Ehh awak single sebab tak laku lepastu nak cemburu dengan orang. Tengok Adrian rilek je single...” Aura menekup mulutnya . Dia tahu dia sudah terlanjur bicara. Macam mana boleh lupa yang Adrian ni ex kau.
“Aku single sebab aku tak percaya pada cinta. Aku trauma dengan apa yang jadi dengan mummy dan daddy. Tapi bila semua dah okay, aku akan kembali mencintai. Dan kau Aura... “ jari telunjuk Adrian tepat menyasar wajah Aura. Aura mula tidak senang duduk.
“Kalau ada kawan perempuan yang lawa kasi dekat aku.” Sambung Adrian.
“Mana boleh! Kawan dia aku punya!” Bentak Ilham .
“What! Ulang sekali lagi? Awak suka dekat Marsha ehh?” Aura mengecilkan mata. Sah budak ni angau dengan Marsha.
Ilham hanya diam kaku di tempatnya. Coi mulut , kalau tak buat hal tak boleh ke. Sumpah aku rasa nak menyorok dalam lubang anai - anai.
“Ceyy aku tak nak la bekas kau. Aura kau cari yang lain la kasi lebih cantik dari apa nama tadi Ma apa? Mangkuk? Manggis?” Soal Adrian.
“Marsha la bongok.” Marah Ilham lalu menghempuk kepala Adrian. Adrian mendengus geram. Tunggu kau aku balas nanti.
“Eh korang ingin bini aku ni portal cari jodoh ke? Nak cari sendiri. Jangan nak order dengan bini aku pula.” Bidas Zaffrel yang hanya memerhati gelagat mereka bertiga.
ZACK menghampiri Datin Rasyidah yang sedang terbaring lesu di atas katil. Dia duduk disebelah katil tersebut, lalu menilik wajah wanita itu. Sungguh dia rindukan wanita dihadapannya itu.
“Syidah, jangan tinggalkan abang. Abang tak boleh bohong hati abang ni. 29 tahun, tapi perasaan benci tak pernah wujud dalam hati abang. Cuma abang kecewa. Ye abang masih sayangkan Syidah. Tapi abang tahu berdosa menaruh perasaan pada isteri orang. Bangunlah Syidah jangan tinggalkan abang.” Tangan Datin Rasyidah digenga erat.
Saat merasakan sesuatu ditangannya, Datin Rasyidah teris membuka mata.
“A..aabang..” Datin Rasyidah tersentak seketika. Tidak percaya saat melihat cecair putih keluar dari mata Zack. Dia menangis sebab aku ke?
“Syidah dah sedar? Syidah okay tak ni? Sakit tak?” Soal Zack dengan cemas.
“Syidah, okay je. Syidah dah sedar dari tadi cuma doktor yang suruh rehat dulu.” Ujar Datin Rasyidah dengan jujur.
Zack ketap bibir. Kau tunggu Zaffrel kena kau dengan aku nanti. Banyaklah kau punya tak sempat. Kurang asam boi punya budak!
“Kenapa abang menangis?” Soal Datin Rasyidah.
“Tak da apa la. Habuk masuk mata.” Zack meleraikan tangannya yang memegang tangan Datin Rasyidah.
Datin Rasyidah sembunyi senyum. Eleh macam aku tak dengar dia cakap apa tadi.
“Abang masih sayangkaj Syidah?” Duga Datin Rasyidah lagi.
“Tak.” Jawab Zack sepatah.
“Syidah pun sayang abang juga.” Balas Datij Rasyidah selamba.
Zack ketap bibir lagi. Ni semua sebab kau Zaff! Fuhhh mana nak letak muka ni.
“Garang - garang pun cute.” Sambung Datij Rasyidah lagi.
“Diam la Syidah” Zack memandang kearah lain. Fuhh dugaan apakah ini.
“Alolo blushing ke?” Datin Rasyidah mengusik lagi. Sumpah comel bila lelaki yang dikenali sebagai mafia la sangat, bila blushing fuhh iman terus nipis.
“Dahla nak solat.” Zack terus keluar dari wad tersebut. Sekarang ni satu je yang aku nak, jumpa si Zaffrel!
ZAFFREL , Aura dan Ilham sedang menikmati makan petang di restoran berhampiran dengan hospital. Adrian tidak mengikuti mereka kerana bimbang jika Zack mencari dirinya.
“Eh Zaff, lamanya tak jumpa.” Sapa seorang lelaki lalu berjabat tangan bersama Zaffrel.
“Kau apa khabar Amar?” Soal Zaffrel kepada sahabat lamanya itu.
“Baik je. Ni kau makin handsome sekarang eh.” Puji Amar dengan ikhlas.
“Aku dari dulu tak pernah tak handsome. Duduk la kita makan sekali.” Ajak Zaffrel. Amar duduk dihadapan Aura. Entah mengapa perasaan lain saat melihat Aura.
Wajah Aura ditenung lama. Aura mula berasa tidak selesa. Zaffrel yang menyedari akan hal itu terus bersuara.
“Kau kerja dekat mana sekarang ni Amar?” Soal Zaffrel.
“Aku kerja dekat firma guamam dekat Kelantan.” Jawab Amar sambil matanya masih melirik ke arah Aura. Ilham yang sedar akan hal itu ingin bersuara tetapi dihalang oleh Zaffrel.
“Lawyer la ni?” Sambung Zaffrel lagi.
“Haah. Eh by the way, apa nama awak?” Soal Amar kepada Aura.
“Aura” celah Zaffrel. Takpa aku nak tengok sejauh mana permainan dia.
“Cantik secantik namanya. Aura kerja dekat mana?” Soal Amar lagi. Entah mengapa dia tertarik dengan wanita itu. Adakah ini namanya cinta pandang pertama.
“Kerja dengan Zaffrel.” Bohong Aura. Malas aku nak layan orang macam ni.
“Haii Zaff, tak pernah pula kau bagitahu aku kau ada kerja cantik macam ni. Ni kalau buat bini sah puas hati.” Ujar Amar dengan berani. Dia senyem meleret kearah Aura. Aura sudah tidak senang duduk.
“Kalau aku bagitahu pun kau boleh buat apa?” Duga Zaffrel.
“Kalau aku cakap mesti korang tak percaya.” Amar menyandarkan badannya pada kerusi . Tangannya disilangkan kedada. Ah sudah kau jangan buat hal kat sini jantan.
“Apa?” Soal Zaffrel dengan kerutan didahi.
“Aku cintakan dia. Aku tak tahu kenapa hati aku tertarik sangat dekat Aura walau pertama kali pandang. Korang tak akan percaya sebab tiba - tiba. Tapi percayalah aku dah jatuh cinta pandang pertama pandang Aura. Aura saya janji saya akan jadikan awak isteri saya.” Luah Amar dengan berani. Tangan Aura tang berada diatas meja ingin dicapainya lalu terus ditarik oleh Zaffrel.
“Kau tahu tak Aura ni siapa?” Soal Zaffrel tenang.
“Aku tak kesah siapa pun dia. Aku terima dia seadanya. Sebab aku tak boleh bohong perasaan aku. Tak kesah la siapa dia, aku terima seadannya.” Air Zaffrel dihadapannya diambil lalu dihirup.
“Bini aku tu.” Jawab Zaffrel.
Bruppp!
Habis tersembur air yang diminum oleh Amar. Dada yang berasa lemas diurut lembut.
“Kau..kau tipu aku kan?” Wajah Amar mula merah padam. Tu la berani tak bertempat.
Cup!
Pipi Aura dicium seketika. Lalu tangan Aura diraih lalu dikucup hormat oleh Zaffrel.
“Zaff.. aku..aku minta maaf.. aku .. aku tak tahu Aura isteri kau.” Amar ketap bibir. Benarlah cinta itu rumit.
“Tu la lain kali berani tu simpan sikit.” Bidas Ilham.
“Aku.. aku minta maaf.” Amar terus memecutkan langkahnya meninggalkan mereka bertiga.
“Eh Zaff kau rilek je orang mengorat bini kau? Kalau aku mahu arwah budak tu.” Ujar Ilham sambil menggengam penumbuk.
“Buat apa nak marah? Patutnya aku happy orang mengorat bini aku. Maknanya bini aku ni cantik and yang paling penting aku percayakan Aura , dia tak akan layan punya lelaki lain.” Rambut Aura diusap lembut.
Aura simpul senyum. Haiss dia ni suka usik hati aku ni. Sampai hati ni tak pandai duduk diam - diam dah.
“Zaff, Aura..”
Mereka berpaling serentak saat diseru oleh seorang wanita.
Aura terdiam melihat wanita itu. Lama aku tak jumpa dia , dia berani munculkan diri lagi. Apa yang dia cuba buat ni?
Share this novel