(MUSLIHAT DATO’ MALEK)
AURA mendekati Ilham yang sedang menunggu kedatangannya di kawasan menunggu.
“Macam mana keadaan Zaffrel?” Soal Ilham saat Aura sudah berada dihadapannya.
Aura mengeluh sesaat. Dia duduk dibangku sebelah Ilham. Tubuhnya disandarkan pada kerusi.
“Kenapa daddy buat semua ni?” Aura memandang Ilham. Sungguh dia kelu dengan apa yang terjadi.
“Daddy? Kenapa Daddy buat apa?” Ilham mula rasa tidak sedap hati. Ilham turut memanggil Dato Malek dengan gelaran Daddy, kerana Ilham sangat rapat dengan Zaffrel sejak mereka kecil lagi.
“Saya lansung tak dibenarkan masuk dalam wad Zaffrel sebab ada dua orang lelaki suruhan Daddy jaga depan pintu bilik Zaffrel. Bila saya nak masuk diorang halang saya. Saya isteri Zaff, kenapa saya tak dibenarkan masuk?” Aura mula berada tidak puas hati. Apa motif daddy nak halang dia dari berjumpa dengan Zaffrel.
“What! Tak boleh jadi ni. Ikut saya sekarang, biar saya cakap sendiri dengan lelaki tu.” Ilham berdiri dari duduknya lalu terus ke wad Zaffrel. Aura hanya mengikuti langkah lelaki tersebut.
“Korang berdua sila ketepi! Puan Aura isteri Zaffrel dia berhak masuk jumpa suami dia.” Tegas Ilham memberi arahan namun lelaki yang berdiri dihadapan mereka langsun tidak memberi ruang.
“Korang pekak ke!” Ilham cuba untuk menumbuk salah seorang dari lelaki tersebut namun sempat di halang oleh Aura.
“Kenapa saya tak boleh masuk? Saya isteri dia. Bukan orang luar. Awak ingat saya nak bunuh suami saya sendiri ke?” Aura sedaya upaya mengawal amarahnya. Kalau nak ikutkan hati, aku biar je si Ilham ni belasah sorang-sorang. Ilham dengan Zaffrel bab belasah orang ni main-main je. Cuma tu la nanti apa pula daddy akan cakap.
“Maaf Puan Aura kami hanya menurut arahan Dato Malek . Tiada orang yang boleh melawat Tuan Zaffrel kecuali ....” Lelaki dihadapan Aura mematikan kata-kata. Dia sedar yang dia hampir terlanjur bicara.
“Kecuali siapa? Bagitahu saya sekarang!” Aura menengking lelaki dihadapannya itu.
“Maaf kami diminta untuk merahsiakannnya.” Lelaki itu menundukkan wajah. Dia tahu Tuannya Zaffrel memerlukan Aura saat ini. Namun dia hanya mengikut arahan.
“Baik, teruskan kerja awak berdua. Kalau apa-apa terjadi pada Zaffrel, korang yang saya akan cari sampai lubang cacing sekali pun!” Jari telunjuk Aura naik menikam wajah kedua lelaki dihadapannya.
“Jomlah Ilham.” Aura terus berjalan berjauhan dengan dua orang lelaki sebentar tadi.
“Takkan awak nak mengalah macam tu je? Apa kata awak jumpa daddy.” Cadang Ilham saat mereka sudah berjauhan dengan orang suruhan Dato Malek.
“Jangan bimbang, saya takkan pernah mengalah. Saya dah tahu apa yang saya nak buat. Awak balik la dulu. Terima kasih sudi bantu saya.” Aura melemparkan sebuah senyuman manis kepada Ilham. Ilham hanya mengangguk lalu beredar meninggalkan Aura.
“Kita tengok siapa lagi cerdik.” Aura senyum sinis. Mungkin daddy mampu halang aku dari jumpa Zaffrel, tapi aku ada idea jauh lebih baik.
Aura mendekati seorang doktor lelaki yang sudah lanjut usianya. Nampak macam mudah diperdaya.
“Hai abang handsome.” Aura tayang senyum manis.
“Hai, ada apa yang boleh saya bantu.” Doktor lelaki tersebut mula senyum lebar. Tak sangka dah tua pun masih ada orang berkenan.
“Cantiklah kot abang ni, saya sebenarnya dah lama nak kot doktor macam ni. Tapi tu la saya bukan doktor.” Aura tayang wajah sedih. Harap menjadilah godaan aku ni.
“ Ehh abang ada banyak kot macam ni. Apa kata ambil je kot yang ni. “ Doktor tersebut terus menanggalkan kot ditubuhnya. Doktor tapi sayang bodoh, tapi tak apa asal kerja aku berjalan lancar.
“Thank you abang. Abang ni baik la. I love you.” Aura membuat gaya manja. Ha kan dah senyum lebar, aku pula yang geli.
“Sama sama sayang.” Doktor lelaki itu mengeyitkan sebelah matanya.
“ Saya balik dulu ye, nanti jumpa lagi. Bye.” Aura melambai manja kearah doktor tua itu. Flying kiss dilemparkan buat lelaki tua itu. Wekk geli aku.
Tanpa menunggu lama, Aura terus ke toilet untuk menukar pakaiannya. Wajahnya disolek tebal tetapi nampak biasa. Bab solek muka kasi nampak lain ni kacang je la.
Setelah puas dengan solekannya, Aura mengikat rambut yang asalnya dilepaskan. Puas dengan penampilannya Aura terus ke wad Zaffrel. Harap menyamaran dia kali ini berhasil. Aura berdehem beberapa kali, nasib aku ada kelebihan ubah suara walau tak hebat tapi boleh la sikit.
Jantung Aura berdetak hebat saat kakinya melangkah menghampiri wad Zaffrel. Namun dua cuba mengawalnya. Saat dia sampai di pintu wad Zaffrel, salah seorang daripada orang suruhan Dato Malek membukan pintu buat Aura. Aura terkedu, dia lansung tak kenal aku ke? Tanpa banyak menyoal dia terus memasuki bilik tersebut lalu menutup pintu.
“Zaff.” Aura mendekati Zaffrel yang sedang memejamkan matanya pada kepala katil.
“Doktor,” Zaffrel menyahut lalu memandangkan kearah Aura.
“Zaff ni aku Aura la.” Aura duduk dikerusi sebelah katil Zaffrel.
“Kenapa wajah kau lain?” Zaffrel mengerutkan dahinya.
“Aku make up tebal nak menyamar punya pasal la.” Aura membuang kot yang dipakainya. Panas la pula kot ni.
“Menyamar? Buat apa?” Soal Zaffrel lagi.
“Entahlah Zaff, dekat luar ada dua orang suruhan daddy jaga tau. Dia cakap aku tak boleh masuk kecuali seorang ni. Tapi dia tak bagitahu siapa.” Aura menceritakan hal sebenar.
“Hah? Kenapa daddy buat macam ni? “ Zaffrel mula kebingungan.
“Entahlah aku pun tak pasti. Aku curi-curi masuk ni nak tengok keadaan kau. Kau okay tak? Kenapa sampai boleh pengsan?” Soal Aura dengan risau. Suami aku suka hatilah aku nak risau ke apa.
“Aku perlukan kau disisi aku saat ni. Doktor cakap aku terlalu banyak berfikir, and aku terlalu stress. Aku perlukan kau saat ni Aura. Aku perlukan orang yang mampu aku luahkan segalanya.” Zaffrel memandang kearah Aura. Tangan Aura dicapai lalu digengam.
“Aku pun nak ada disisi kau saat kau sakit macam ni. Tapi, aku dah buntu aku tak tahu nak buat macam mana lagi.” Aura mengeluh sesaat. Kenapa daddy buat aku macam ni.
“Lately ni aku makin hairan dengan daddy. Aku rasa...”
Plak,
Saat terdengar bunyi pintu dibuka , Aura terus berlari menyorok ditepi almari yang terlindung dengan langsir. Nasib pintu wad Zaffrel dihalang oleh dinding sebelum ke katil pesakit, sempat juga Aura melarikan diri.
“Hai Zaffrel” Linda mendekati Zaffrel lalu duduk dikerusi sebelah katil Zaffrel. Aura yang mendengar suara tersebut terus mencanak naik darahnya. Jadi Linda la orang yang dibenarkan masuk tu. Tapi kenapa? Apa motif daddy?
“Kau buat apa dekat sini Linda?” Mendatar sahaja suara Zaffrel. Kalau nak ikutkan hati nak je halau perempuan ni, aku tengah stress kau datang pula.
“Daddy cakap yang Zaff sakit. Dia yang suruh Linda datang, tapi kalau daddy tak suruh pun Linda memang akan datang melawat Zaff.” Linda melembutkan suaranya.
“Kau balik sekarang Linda. Kau bagitahu dekat daddy aku, Aura isteri aku bukan kau, so kau tak payah sibuk nak peduli hal aku. Aku ada isteri yang mampu jaga aku. Aku tak perlukan kau.” Tangan Zaffrel naik menunjuk kearah pintu .
“But why? Linda cuma nak ada disisi Zaff . Linda nak jaga Zaff. Salah ke Linda buat semua ni?” Linda mengesat air mata palsunya. Seakan sedih dengan layanan Zaffrel terhadapnya.
“Get out from here now!” Tengking Zaffrel dengan lantang. Linda yang terkejut dengan situasi tersebut terus keluar meninggalkan Zaffrel.
“Zaff..” Aura mendekati Zaffrel lalu menggosok belakang Zaffrel. Zaffrel perlukan rehat dia tak sepatutnya tertekan sebegitu.
“Apa motif daddy?” Zaffrel memandang Aura. Dia yakin Aura mesti terkesan dengan tindakan daddy.
“Dah jangan fikir sangat. Kau rehat dulu. Nanti kita jumpa lagi. Aku kena keluar sekarang. Aku akan selesaikan semuanya.” Tangan Aura dicapai saat wanita itu ingin melangkah pergi.
“No Aura, jangan tinggalkan aku.” Redup sahaja wajah Zaffrel saat ini.
“Aku takkan tinggalkan kau. Aku cuma nak selesaikan apa yang patut. Aku tahu kau perlukan aku saat ni. Aku tahu kau tertekan. Tapi aku pun buntu, aku perlu selesaikan semuanya dengan daddy. Kau rehat dulu.” Zaffrel hanya mengangguk lalu melepaskan tangan Aura. Dengan berat hati Aura terus meninggalkan Zaffrel disitu.
“Arghhhhhh!” Zaffrel meraung sekuat hati saat Aura sudahpun keluar dari wadnya. Bantal disebelahnya dilempar kuat kelantai.
“Kenapa daddy buat semua ni? Kenapa daddy terlalu banyak rahsia dengan aku. Siapa sebenarnya Zack?” Zaffrel memegang kepalanya yang mula sakit. Makin banyak dia berfikir makin sakit kepalanya. Zaffrel akhirnya mengambil keputusan untuk tidur . Dia hanya tidur tanpa beralaskan bantal dikepala.
AURA memerhati kawasan rumah Zaffrel namun kelibat Datin Rasyidah lansung tidak kelihatan.
“Aura.” Sapa Dato Malek dari arah belakang Aura.
“Daddy, Kenapa Daddy buat semua ni?” Aura terus meluahkan hasratnya saat melihat kelibat Dato Malek.
“Daddy buat apa?” Dato Malek berpura-pura tidak memahami apa yang berlaku.
“Please daddy, Aura isteri Zaff, Aura berhak jaga dia kenapa Aura tak boleh jumpa dia?” Aura menahan amarahnya. Dia tidak mahu kelihatan kurang ajar.
“Aura, abang kenapa ni?” Soal Datin Rasyidah saat dia mendekati suami dan menantunya.
“Tak ada apa lah. Saya naik dulu.” Pinta Dato Malek lalu terus mendaki anak tangga. Aura menggengam tangannya menahan amarah.
“Zaffrel mana? Dari tadi tak nampak dia?” Soal datin Rasyidah lagi.
“Zaffrel kena tahan wad.” Jawab Aura ringkas. Marahnya pada Dato Malek belum selesai.
“Kenapa?” Soal Datin Rasyidah dengan cemas.
“Aura tak tahu apa-apa. Daddy tak bagi Aura jumpa Zaffrel.” Aura cuba bercakap jujur. Nak jadi apa lantaklah. Siapa yang cari pasal dulu.
Datin Rasyidah hanya mendiamkan diri. Dia sangat memahami sikap suaminya itu. Kalau dia cakap A maka A lah.
“Aura naik dulu.” Pinta Aura lalu terus mendaki anak tangga. Ingat Datin Rasyidah boleh bantu, tapi sama je tetap nak dera perasaan aku. Ingat aku tak ada perasaan ke? Buat aku macam orang luar!
JAM sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Aura masih merenung nasibnya di balkoni bilik. Satu persatu bintang dipandang silih berganti.
“Kenapa dengan kau ni Aura? Kenapa kau tak tenang bila berjauhan dengan Zaffrel? Tak mungkin semua ni sebab cinta, kau baru je kenal dia. Kau sendiri pernah cakap, kau tak akan mudah jatuh cinta dengan lelaki lagi. Tak, semua ni bukan sebab cinta, tapi sebab kau rasa selamat disisi dia.” Aura memejamkan matanya. Ya Allah kuatkanlah diri ini dalam setiap apa yang dilakukan.
“Aura..”
Aura terus membuka mata dan menoleh saat suara Zaffrel mula didengari.
“Zaff, macam mana kau boleh ada dekat sini?” Aura mendekati Zaffrel yang sedang berdiri dihadapannya.
“Aku lari, aku tak nak duduk dekat sana sorang-sorang. Aku perlukan kau saat ni. Kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang?” Tubuh Aura ditarik lalu dipeluk erat.
“Maafkan aku Zaff, aku tahu aku isteri tak guna sebab tak mampu nak pertahankan hak aku sebagai seorang isteri. Aku tak mampu nak pujuk daddy dari halang aku jumpa kau.” Aura membalas pelukan Zaffrel. Akhirnya mutiara jernih Aura mula membasahi segenap wajahnya.
“Aura tolong aku.. Aura tolong.. aku sakit....”
“Zaffrel!”
Aura tersedar dari mimpinya. Dia mengucap dan beristighfar. Ya Allah petanda apa yang Engkau cuba sampaikan ini?
Aura mencapai iphone disebelah katilnya , jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Entah mengapa perasaan Aura saat ini seperti ada yang tidak kena.
No, aku tak boleh berdiam diri. Aku sepatutnya ada dengan Zaffrel.
Aura terus menukar pakaiannya lalu turun ke tingkat bawah. Saat kakinya ingin melangkah keluar rumah, dia terus menyorok disebalik langsir saat Dato Malek berjalan keluar memasuki perut kereta lalu meninggalkan pekarangan rumah.
Pukul 3 pagi, daddy nak pergi mana? Ya Allah semoga semuanya baik-baik sahaja. Kenapa aku rasa lain macam ni?
Aura terut memasuki perut kereta lalu mengikuti Dato Malek dengan jarak yang agak jauh. Dia tidak mahu Dato Malek perasan akan kehadirannya. Aura tergamam saat kereta Dato Malek memasuki kawasan hospital.
Aura hanya menurut lalu keluar dari perut kereta saat kelibat Dato Malek mula memasuki hospital tersebut. Saat Aura sudah hampir dengan wad Zaffrel, dia terus melajukan langkah apabila tiada penjaga dihadapan pintu tersebut. Aura lantas membuka pintu tanpa menunggu lebih lama.
Kosong!
Jantung Aura mula berdetak kuat. Apa dah jadi ni? Mana Zaffrel. Tak mungkin daddy dah bawa Zaffrel jauh dari aku.
Aura terus berlari kearah kaunter. Doktor yang ditugaskan menjaga kaunter saat itu terus disapa oleh Aura.
“Pesakit bernama Tengku Zaffrel Luftman ada dekat mana sekarang?” Soal Aura saat dia menghampiri kaunter tersebut.
“Jap saya check.” Doktor tersebut meneliti kertas yang berada dihadapannya. Aura menunggu dengan penuh debaran. Berharap agar semuanya baik baik sahaja.
“Tengku Zaffrel Luftman sedang dirawat di wad kecemasan.” Jelas doktor wanita tersebut.
“What! Kenapa? Kenapa sampai boleh masuk wad kecemasan?” Soal Aura dengan cemas.
“Pesakit overdose, pesakit mengambil ubat dalam kuantiti yang terlalu banyak.” Pernyataan doktor tersebut melemahkan jiwa Aura. Kenapa Zaffrel buat semua ni?
“Aura, buat apa dekat sini?” Sapa Dato Malek dari arah belakang Aura.
Aura lekas menoleh dengan pandangan menikam wajah Dato Malek. Air matanya mula luruh , mukanya mula merah, menahan sedih dan amarah.
“Puas hati daddy? Apa salah Aura sampai daddy sanggup pisahkan Aura dengan Zaffrel? Walaupun daddy anggap Aura ni orang luar tapi Zaffrel tetap suami Aura! Aura berhak jaga dia. Tengok la sekarang apa dah jadi. Ini yang daddy nak kan.” Aura menghiraukan sahaja mata-mata yang memandang kearahnya.
“Aura, daddy..daddy..” Dato Malek mati kata-kata. Apa yang cuba dia lakukan mesti diteruskan. Maafkan daddy Aura, Daddy tak boleh terima semua ni.
“Daddy boleh bencikan Aura, daddy boleh anggap Aura macam orang luar, tapi jangan daddy berani nak halang Aura dari jaga tanggungjawab Aura . Zaffrel suami Aura, apa keadaan sekali pun, Aura berhak segalanya atas dia.” Air matanya dilap kasar. Aura terus berjalan ke arah wad kecemasan. Dari aku bergaduh dengan daddy ada baiknya aku pinta doa agar segalanya berjalan lancar. Zaff, tolong kuat demi aku.
Share this novel