JDMA-15 (SALAH FAHAM)

Romance Series 66915

(SALAH FAHAM)

AURA memandang Zaffrel yang duduk dibangku sebelahnya. Aku ingat dekat mana dah nak bawa aku. Rupa - rupanya dekat taman hospital ni je.

“Apa pandang - pandang? Kau ingat aku nak bawa kau pergi siam jual kau dekat sana?” Zaffrel menjeling , budak ni dari tadi lagi duk pandang aku macam aku ni panggung wayang.

“Tak pelik pun kalau kau nak jual aku dekat Siam, muka kau pun dah macam muka pecah rumah. Kau tahu tak sebelum kita kahwin aku pernah upah penyiasat nak tanya pasal kau. Mati - mati aku ingat kau ni perogol bersiri, pembunuh, pengamal ilmu hitam.” Aura tersenyum bila mengingatkan kembali kenangan dahulu.

“Amboi kau, teruk sangat ke muka aku ni? Aku ni lelaki paling kacak di Asia tau.” Zaffrel mengeluarkan sikat dari kocek bajunya lalu mengemaskan rambutnya. Sakit - sakit pun sempat nak berlagak, entah apa ada dalam kocek dia tu , entah - entah pomade pun ada sekali.

“Kalau lelaki kacak ni dunia ni pupus baru la kau tu nampak la jugak kacak. Kalau tak , faham -faham la sendiri.” Balas Aura.

“Amboi mengutuk suami sendiri. Muka macam penjahat ni la yang kau lamar malam tu.” Haa muka dah merah malu la tu.

“Dah jangan ungkit benda yang dah lepas. Sekarang ni jom pergi naik dekat bilik, mama papa, daddy mummy datang nak jumpa kau, tapi kau duduk sini pula.” Aura cuba menukar topik. Fuh jatuh saham aku lamar anak teruna orang. Zaffrel ketawa kecil. Tahu pun malu, kutuk la aku lagi.

“Aku malas nak jumpa daddy. Makin hari makin banyak benda yang daddy cuba sorokkan dari aku.” Akhirnya Zaffrel meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya.

“Daddy rahsiakan apa? Aku pun perasan, daddy macam lain daripada dulu.” Aura mengeluh sesaat. Teringat saat dia memarahi Dato Malek semalam. Bukan niat nak berkurang ajar , tapi apa yang Dato Malek buat dah melampau.

“Waktu aku kena tembak masa dekat pulau, aku jumpa gambar Mummy dengan Zack dekat orang suruhan Zack. Bila aku tanya daddy dia cakap Zack cuma nak perdayakan aku. Tapi aku kuat merasakan ada sesuatu mengenai gambar tu.” Luah Zaffrel sambil dia ligat mengoyak halus daun kering ditangannya.

“Gambar macam mana?” Soal Aura.

“Gambar mesra. Mesra sangat macam pasangan kekasih. Gambar tu nampak real sangat lansung tak nampak macam edit. Kalau kau duduk tempat aku apa yang kau fikir?” Zaffrel memandang ke arah Aura. Berharap Aura turut memikirkan perkara yang sama.

Aura terdiam. Tak mungkin. Apa motif daddy nak rahsiakan semua ni.

“Kau fikir sama macam aku kan. Aku tak rasa Zack berdendam sebab harta semata-mata. Mesti ada sebab lain. Bukan tu je , banyak lagi benda yang bermain dekat fikiran aku ni. Tapi aku tak mampu nak ceritakan semuanya. Kalau boleh aku nak tenang dulu, makin aku fikir makin sakit kepala aku.” Zaffrel kembali menoleh kearah Aura. Dia tahu Aura turut memikirkan perkara yang sama.

“Encik Zaffrel..” tegur seorang jururawat wanita yang sudah menghampiri Zaffrel dan Aura.

“Encik dah boleh discaj hari ni.” Ujar jururawat tersebut. Fuh penat aku cari kau, rupa-rupanya kau duduk dating dekat sini. Sabar je la.

“Seriuslah nurse? Thank you. Saya pun dah boring kena kurung dekat sini.” Zaffrel senyum kegembiraan. Akhirnya boleh balik rumah, makan masakan mummy. Makanan hospital, erkk faham- faham la.

“ Nurse kalau ada pakej bercuti dekat hospital bagitahu saya , saya nak letak budak ni biar dia berkurung dekat sini sampai jadi tarzan.” Aura menjeling ke arah Zaffrel. Dia terus bangun meninggalkan Zaffrel disitu.

“Amboi, kalau encik suami berkurung dekat sini si isteri tak rindu ke?” Zaffrel mengejar langkah Aura sambil bergelak ketawa.

“Amboi korang tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini. Boleh tak tolong hormat aku, aku single faham tak single! Umi nak kahwin.” Jururawat wanita itu menghentakkan kakinya beberapa kali lalu turut mengikuti langkah Zaffrel dan Aura yang sudah jauh dengannya. Sabar je la duhai hati.

ZAFFREL dan Aura terus pulang kerumah selesai sahaja urusan discaj di hospital. Parents mereka sudah pun pulang kerumah saat Zaffrel dan Aura masuk ke dalam wad tersebut. Memang patut diorang balik, ada ke patut orang datang nak jumpa dia boleh dia keluar pergi tempat lain.

Zaffrel menyandarkan badannya pada kusyen kereta saat mereka sudah memasuki pekarangan rumah Dato Malek.

“Kenapa? Penat? Tu la aku nk drive tadi tak bagi, degil.” Bebel Aura lalu turut menyandarkan badannya pada kusyen kereta. Macam mana aku nak hadap Dato Malek lepas ni.

“Eyy suka membebel.” Hidung Aura ditarik lembut oleh Zaffrel.

“Sakitlah. Ingat hidung aku ni squishy ke nak picit-picit!? “ Aura menggosok hidungnya sambil mulut terkumat - kamit mengata si Zaffrel. Kalau penyek hidung aku siap kau.

“Oh no aku cau dulu sebelum singa betina mengamuk.” Zaffrel terus keluar dari perut kereta. Isteri siapa la ni, tak boleh nak bergurau lansung.

“Kurang asam limau punya suami!” Aura turut keluar dari perut kereta namun langkahnya terhenti apabila melihat figura Linda sedang memandang kearahnya sambil tersenyum sinis.

Biarkan dia Aura, ingat kau tak pernah kalah dengan manusia tocix macam si Linda tu.

Aura berjalan mendekati Zaffrel. Dia mengendahkan sahaja pandangan Dato Malek yang tepat memandang kearahnya.

“Dah balik pun Zaff, penat Linda tunggu Zaff tau.” Linda mendekati Zaffrel lalu mengusap lembut dada Zaffrel. Zaffrel terus menepis kuat tangan Linda lalu mengesat kembali dadanya yang sudah disentuh oleh Linda. Menjijikkan! Bini aku pun tak pernah belai dada aku kau siapa nak sentuh!

“Ada aku suruh kau tunggu aku? Yang kau datang sini dah kenapa? Tak cukup mummy aku bagi kau rumah kau nak duduk sini lagi?” Bidas Zaffrel sambil memandang tajam kearah Linda.

“Zaffrel jangan nak biadap! Tolong hormat Linda” Dato Malek yang hanya mendiamkan diri terus mencelah. Datin Rasyidah hanya mampu mendiamkan diri.

“Bukan Zaff yang kena hormat dia, tapi dia yang patut hormat Zaff. Zaff ni suami orang, tolong hormat bukan tergedik - gedik macam ni.” Zaffrel terus mendaki anak tangga. Makin lama makin benci aku tengok si Linda ni.

“Aura naik dulu ye.” Pinta Aura dengan sopan. Sudah segala raja gugup dah masuk dalam badan ni.

“Aura jangan nak hasut Zaffrel pula, daddy hormat Aura sebagai menantu dekat sini, daddy harap Aura hormat juga daddy sebagai mertua Aura.” Ujar Dato Malek yang setia memandang tepat ke arah Aura.

“Baik.” Aura hanya mengangguk lalu mendaki anak tangga. Hormat macam menantu tapi layan macam hantu!

“Gaa!”

“Ouh mak kau terbang!”

Aura melurutkan dadanya apabila disergah oleh Zaffrel. Nasib jantung aku tak melayang terbang kalau tak memang arwah kau hari ni.

“Suka buat aku terkejut. Kalau aku sakit jantung dekat sini macam mana?” Marah Aura lalu membaringkan badannya pada katil.

“Garanglah kau ni.” Zaffrel turut merebahkan badannya disebelah Aura. Masing - masing hanya diam merenung siling.

“Zaff kalau kau dah tak ada pilihan, kau akan kahwin dengan Linda tak?” Soal Aura lalu memusingkan badannya menghadap Zaffrel.

“Apa punya soalan kau ni. Tak nak aku kahwin dengan perempuan tu. Apa kau nak bermadu ke?” Usik Zaffrel lalu turut memusingkan badannya menghadap Aura.

“Apa salahnya bermadu kalau tu je boleh buat semua orang gembira.” Jawab Aura dengan sayu. Siapa je yang rela bermadu?

“Cuba cakap siapa yang bahagia kalau aku kahwin dengan Linda? Aku? Daddy? Tak pun Linda? Hello, kalau bahagia tu mungkin Linda. Tapi yang deritanya aku, kau. Kau sanggup ke?” Zaffrel cuba menduga Aura. Manalah tahu Aura ni sanggup lepaskan dia.

“Janji kau tak nak kahwin dengan dia?”Aura menyoal lagi. Bukan boleh kira, mulut cakap tak nak hati cakap nak. Aku tak nak bermadu, aku sanggup jadi janda dari bermadu.

“Kau dah lupa janji aku macam mana?” Zaffrel senyum lebar apabila dapat mengusik Aura. Dia mengesot mendekati Aura.

“Ish tak payah!” Aura terus bangun lalu mengundur ke belakang.

“Alaa tadi nak berjanji, meh la sini nak janji ni.” Zaffrel makin galak mengusik Aura. Dia makin berani mendekat dengan Aura. Aura mula gelabah. Dia terus mencapai cawan yang berisi air dimeja kecil sebelah katil.

“Selangkah kau dekat dengan aku, aku simbah kau dengan air ni.” Aura berura - ura untuk menyimbah air ke muka Zaffrel.

“Tapi kita promise dulu.” Zaffrel berani sahaja mendekati Aura.

Puff!

Terpejam seketika mata Zaffrel kerana selamat disimbah air. Silap orang kau nak bergurau Zaff.

“Lain kali aku tak nak janji dengan kau lagi! Pergi la nak kahwin dengan siapa pun.” Aura terus meninggalkan Zaffrel lalu masuk kedalam toilet.

Aaa Zaff, jangan bergurau macam ni aku tak kuat. Kau buat aku angau la. Sabar je la dapat suami suka mengusik ni.

Zaffrel menyapu wajahnya, dia tersenyum melihat gelagat Aura. Dia punya gelabah tak boleh bawa bincang.

Aura membuka pintu toilet perlahan - lahan. Dia menarik nafas lega apabila Zaffrel sudah terbaring lena di atas katil. Mesti dia penat kan.

Aura keluar dari toilet lalu mendekati Zaffrel. Dia turut membaringkan badannya di sebelah Zaffrel. Wajah penat Zaffrel dipandang seketika.

Beberapa minit kemudian Aura turut terlena disisi sang suami. Zaffrel membuka matanya. Dia sedar waktu Aura menenung wajahnya. Terasa yang Aura mula menerimanya.

AURA dan Zaffrel mula bersedia untuk solat maghrib berjemaah. Dari tadi mereka hanya menghabiskan masa melakukan hal masing-masing. Nak keluar bilik serabut dengan Linda maka terpaksalah berkurung dalam bilik.

Usai mereka solat berjemaah, Aura terus membuka pintu saat terdengar bunyi ketukan.

“Apa ada mummy?” Soal Aura saat melihat wajah Datin Rasyidsh berdiri dihadapannya.

“Jom turun makan, dari tadi lagi Aura dan Zaff tak makan.” Ujar Datin Rasyidah dengan lembut. Dia tahu Aura dan Zaff terkesan dengan layanan suaminya, namun apakan daya, dia hanya mampu mendiamkan diri.

Aura menoleh kearah Zaffrel meminta jawapan. Zaffrel hanya mengangguk .

“Baik mummy nanti Aura dan Zaff turun.” Jawab Aura lalu menghadiahkan senyuman buat mertuanya itu.

Datin Rasyidah hanya mengangguk lalu turun ketingkat bawah.

“Jom la turun makan. Lapar dah ni dari tadi tak makan.” Aura tayang wajah sedih. Perut aku ni dah buat konsert dari tadi lagi.

“Iyelah, jom kita makan. Kenapa tak cakap yang kau lapar? Lain kalu jangan nak diam , lapar cakap lapar.” Bebel Zaffrel sambil memandang tajam kearah Aura. Rasa bersalah pula aku, sebab aku sampai Aura tak makan sekali.

Aura hanya buat bodoh dengan bebelan Zaffrel. Kau yang tak ajak takkan aku nak makan sorang -sorang.

Zaffrel mengeluh sesaat saat melihat kelibat Linda masih lagi berada dirumahnya. Budak ni tak reti malu ke duduk rumah orang lama - lama.

“Zaff, hari ni mummy masak makanan favourite Zaff. Makan banyak - banyak tau.” Ujar Datin Rasyidah saat semua sudah duduk berkumpul dimeja makan.

“Aura malam ni kita layan drama nak tak? Lagipun Linda tidur dekat sini malam ni. Boring la kalau tak ada orang nak teman.” Linda cuba menyakitkan hati Aura. Biar kau sedar yang rumah ni pun rumah aku juga.

“Kau buat apa tidur dekat sini? Tak ada rumah sendiri yang nak menumpang rumah orang? Kau tu perempuan sepatutnya jaga sikit maruah tu bukan malam - malam pun sibuk nak duduk rumah orang.” Bidas Zaffrel tanpa sedikit pun berpaling kearah Linda.

“Linda tak sihat la Zaff, sebab tu Linda nak tidur dekat sini malam ni. Lagipun daddy dah benarkan Linda tidur dekat sini.” Linda menayang wajah sedih. Dia memandang sekilas ke arah Dato Malek.

“Habis kau ingat kitaorang ni pengasuh kau nak jaga kau. Rumah ni bukan rumah kebajikan.”
Bidas Zaffrel tanpa mempedulikan kesannya. Dia tahu dia terlanjur cakap.

“Zaff jangan nak biadap! Rumah ni bukan rumah Zaff suka suka hati je nak halau orang. Linda berhak nak tinggal dekat sini!” Marah Dato Malek sehingga mengejutkan semua orang yang berada di meja tersebut.

“Sebab perempuan ni daddy sanggup anggap Zaff menumpang rumah daddy. Ye betul rumah ni rumah daddy Zaff hanya menumpang. Terima kasih sebab bagi Zaff tumpang.” Zaffrel terus meninggalkan meja makan tersebut. Putus terus selera makannya.

Datin Rasyidah hanya mendiamkan diri. Sungguh dia rindukan suasana yang dahulu, anak beranak bergelak ketawa, Zaffrel selalu ceria. Tapi kini, penuh dengan pergaduhan.

“Aura naik jumpa Zaff dulu.” Aura meminta diri dengan sopan lalu turut mendaki anak tangga naik kebilik tidur.

Aura mendekati Zaffrel yang sedang merenung di balkoni bilik. Dia sangat bersimpati atas apa yang terjadi kepada Zaffrel.

“Zaff kau sedih ke?” Soal Aura yang turut berdiri sebelah Zaffrel sambil merenung langit.

“Kau rasa aku sedih ke tak?” Soal Zaffrel pula. Apa punya soalan kau tanya aku ni Aura oi.

Aura memandang wajah Zaffrel. Dia terus memeluk tubuh Zaffrel dengan erat. Zaffrel terkedu seketika.

“Mama cakap, kalau seseorang tu tengah sedih, kita kena peluk dia, nanti dia dah tak sedih.” Ujar Aura yang masih memeluk tubuh Zaffrel.

Zaffrel terharu dengan tindakan Aura. Dia membalas pelukan Aura lalu mencium ubun - ubun isterinya itu. Aura membiarkan sahaja. Dia turut selesa berkeadaan begitu.

“Jom kita main video game, mama cakap kalau sedih kena buat benda yang menyeronokkan” Aura cuba meleraikan pelukan. Lemas pulak aku dekat sini.

“Tak nak kau bukan pandai pun.”

Pap!

Haa sekali lagi kau makan tamparan tapak tangan aku ni. Suka menilai sebelum memerhati.

“Aku cabar kau kalau kau menang lawan aku tujuh hari tujuh malam aku ikut semua yang kau arah.” Aura menepuk dada acah hebat.

“Challenge accepted” siap kau Aura, aku tuntut janji kau. Aku tak pernah kalah main game.

Round one, Aura kalah teruk. Tak boleh jadi aku kena bangkit.

“Aku dah cakap aku ni pro.” Zaffrel tayang wajah berlagak. Siap orang kau nak lawan.

“Wait and see.”

Berkali - kali mereka mengulangi game tersebut kerana Zaffrel tidak puas hati dengan kekalahan diri sendiri.

“Cukup aku penat. Ye aku mengaku kau hebat.” Zaffrel akhirnya mengalah. Fuh hebat gila dia main game.

“So sekarang kita kena turun makan. Kau kena sediakan nasi, air dan semua la . Layan aku macam raja. Kau dah kalah kan.” Ujar Aura sambil tergelak kecil. Padan muka tadi berlagak sangat, ni Aura Fellisya la.

Zaffrel memandang ke arah jam dinding. Dah pukul 11 mesti semua dah masuk tidur.

“Okay setuju. Jom.” Zaffrel terus bangun lalu menarik tangan Aura.

“Eh kejap, kejap. Kau turun dulu sediakan apa yang patut aku nak masuk toilet jap.” Pinta Aura lalu terus masuk ke dalam toilet.

“Cepat sikit!” Laung Zaffrel lalu terus turun ke tingkat bawah.

Saat Zaffrel ingin melangkah masuk ke ruang dapur , tiba - tiba sahaja langkahnya terhenti. Zaffrel mengucap panjang lalu terus memusingkan badannya.

“Apa yang kau cuba buat ni Linda!” Tengking Zaffrel sambil memejamkan matanya. Cukup matanya tersiksa melihat keadaan Linda yang seperti separuh bogel sedang posing mendepankan dada tepat memandang kearah Zaffrel.

Linda senyum lebar. Tak sia - sia aku tunggu dekat sini, akhirnya kau turun juga.

“Zaff, Linda tak tahu yang Zaff nak turun.” Linda berjalan mendekati Zaffrel. Suaranya diubah seperti suara orang terkejut.

“Kau masuk bilik kau sekarang sebelum aku halau kau malam ni juga!” Tegas Zaffrel memarahi Linda.

“Tapi, Linda haus..” Linda mendekati Zaffrel lalu tangannya naik merangkul leher Zaffrel.

“Lepaslah!” Zaffrel cuba melepaskan rangkulan tersebut tanpa sedikit pun membuka matanya.

Pang!

Terteleng kepala Linda saat ditampar kuat oleh Aura.

“Kau memang manusia tak ada maruah kan!” Jerkah Aura dengan lantang.

“Zaff naik atas sekarang!” Arah Aura saat melihat Zaffrel masih memejamkan matanya. Ada baik juga aku naik sekarang dari aku dapat dosa free.

Zaffrel terus meninggalkan Aura dan Linda . Dia yakin Aura mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Pang!

“Kau ganggu suami aku!”

Pang!

“Kau sentuh suami aku!”

Pang!

“Kau cemarkan mata suami aku!”

Pang!

“Kau...”

“Aura!” Jerkah Dato Malek dengan kuat saat melihat Aura menampar Linda berkali -kali sehingga merah kuat pipi Linda. Linda hanya mendiamkan diri sambil menahan sakit di pipinya.

“Daddy..” Aura tergamam seketika. Please daddy jangan salah faham. Aura bukan sengaja nak tampar Linda.

“You’re too much Aura! Depan semua orang Aura macam malaikat, semua orang puji Aura, tapi belakang daddy ini kerja Aura. Aura ingat Linda binatang ke nak pukul macam tu sekali! Dia manusia even dia dah tak ada mak tapi daddy tetap ada dengan dia!” Keras sahaja suara Dato Malek saat ini.

“Au.. Aura..Aura..”

“Shut up Aura!” Tengking Dato Malek sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience