(MULA TERBONGKAR)
AURA keluar dari bilik. Dia memandang kekiri kenanan mencari susuk tubuh Zaffrel. Eleh nak pujuk aku konon, pujuk kejap dah lari.
“Sayang.” Zaffrel meghampiri Aura. Tubuh Aura terus diepeluk.
“Maafkan abang sayang. Abang tak sengaja.” Pelukan dieratkan lagi.
“Ish lepaslah. Aura tak suruh peluk pun kan.” Aura menolak tubuh Zaffrel dari terus memeluknya. Nenek disebelahnya dipandang minta bantuan. Tadi cakap nak backup aku , cepat nenek tolong.
“Zaff jangan peluk Aura.”mendatar sahaja suara nenek saat ini. Aura hampir terlepas tawa namun cepat dikawalnya. Nenek ni tak pandai berlakon la.
“Kenapa nek? Zaff nak pujuk bini Zaff.” Zaffrel mencebik.
“Aura cakap dekat nenek dia tak nak Zaff pujuk macam ni Dia nak Zaff pujuk macam tu.” Nenek memuncungkan mulutnya.
“Macam mana tu nenek?” Zaffrel cuba memahami isyarat nenek. Apa yang nenek nak cakap ni.
“Slow la Zaff ni. Macam tu nak cara nak pujuk isteri bukan peluk je. Macam tu.” Nenek memuncungkan lagi mulutnya.
“Nek!” Terlopong Aura dengan tindakan nenek. Tadi cakap nak backup aku tapi ni dah silap langkah nenek oi.
Zaffrel senyum lebar. Baguslah nenek. Dia mengdekati Aura. Tangannya naik memeluk pinggang Aura.
Cup!
“Eh Zaff...” kata kata dan langkah Ilham terhenti seketika apabila menyaksikan aksi tersebut begitu juga dengan Marsha. Terdiam mereka tanpa mengeluarkan satu pun bunyi.
“Tokdy nak...” tokdy juga terdiam seketika. Langkahnya yang ingin menghampiri nenek terus terbatas.
“Ish abang! Malu la orang tengok.” Aura memukul dada Zaffrel yang masih erat didalam pelukan suaminya itu.
“La sayang yang nak kan. Nenek sendiri cakap sayang nak.” Zaffrel senyum meleret. Alo kesian aku tengok muka blushing dia.
“Zaff nenek tunjuk dekat luar rumah. Nenek suruh Zaff bawa Aura jalan luar rumah pujuk Aura bukan cium.” Nenek tepuk dahi. Lain aku suruh lain dia fikir. Tak pasal - pasal tiga orang tu dah kena sumpah jadi batu tak bergerak lansung.
“La dah nenek muncung mulut macam tu. Zaff ingat nenek nak suruh Zaff kiss.” Zaffrel garu kepalanya. Alaa nenek ni lain kali cakap tak payah buat isyarat pelik macam tu.
“Ey abang ni! Gatal!” Bahu Zaffrel ditampar kuat. Aura terus meninggalkan Zaffrel yang tersenyum seperti kerang busuk.
“Yang lain ni kenapa dah keras macam batu?” Zaffrel menjeling sekilas kearah Ilham dan Marsha . Tokdy pun sama naik je.
“Fuh, iman aku melayang begitu sahaja. Tolong Zaff jangan tayang aksi macam tu depan aku lagi. Iman aku ni setebal kulit bawang je.” Ilham melurutkan dadanya. Rosak habis mata aku.
“Kau diam eh! Dah la ganggu honeymoon orang. Siap kau nanti kau kahwin sampai dalam bilik aku ikut kau!”Zaffrel turut berlalu pergi. Ada je penyibuk kata mana - mana.
“Macam - macam korang ni. Dah jom makan nenek dah sediakan sarapan.” Nenek dan tokdy berjalan kearah dapur begitu juga dengan Marsha dan Ilham.
AURA menikmati semua makanan yang dihidang dengan berselera. Fuh masakan Malaysia ala - ala London ni best jugak tau.
“Hai Aura, makan berselera betul. Aura pregnant ke?” Soal nenek.
“Lah nek, kenapa tanya macam tu? Aura ni pergi ceruk mana sekali pun semua cakap Aura mengandung sebab kalau dah hadap makanan macam ni la jadinya.” Aura menyambung makannya. Dah makan ni hobi aku nak buat macam mana.
“Mana la tahu nenek nak dapat cicit ke. Nenek ni dah tua. Nak juga rasa ada cicit.” Wajah sedih nenek ditayang. Ingat datang sini nak bawa sekali dengan cicit dekat aku.
“Kalau ada rezeki ada la nek. Doakan yang terbaik je buat kami.” Zaffrel senyum segaris. Rezeki tak salah alamat.
AURA mendekati Zaffrel yang sedang mengemas katil. Tubuh Zaffrel dipeluk dari arah belakang.
“Ni ada la nak memujuk abang.” Zaffrel simpul senyum. Tahu sangat perangai budak ni, kalau nak pujuk manja mengalahkan kucing tapi kalau mood dia datang singa pun takut nak berlawan dengan dia.
“Abang sayang Aura kan?” Pelukan dileraikan. Zaffrel memusingkan badannya memandang kearah Aura.
“Sayanglah, kalau tak sayang dah lama abang jual Aura dekat Siam.” Hidung Aura dicuit lembut. Comel bini siapalah ni.
“Kalau sayang jom teman Aura pergi belakang rumah . Nenek cakap tasik belakang rumah cantik waktu malam. Aura teringin nak tengok. Lagipun kita dah nak balik Malaysia nanti. Bolehlah.” Lengan Zaffrel dihayung lagak memujuk.
“Boleh sayang. Pergi mana pun boleh. Tapi jangan pergi dari hidup abang sudah.” Jawab Zaffrel sambil tersenyum.
“Abang tak boleh!” Aura mula panik.
“Tak boleh apa sayang?” Zaffrel lantas menilik setiap kawasan mereka. Apa yang tak kena.
“Tak boleh lari dari hati abang sebab abang dah simpan Aura dalam hati abang.” Aura senyum senget. Dia terus berlari anak keluar dari bilik tersebut menuju ke arah tasik belakang rumah nenek.
Ish budak ni, comel.
Aura terpegun melihat keindahan tasik pada waktu malam. Betul cakap nenek cantik. Bayangan bulan jelas terukir dipermukaan air. Bintang pula mula mengambil alih menceriakan suasana. Cantik, bertuah sangat kerana masih diberi peluang bernafas di bumi seindah ini.
“Sayang tak takut ke duduk dekat tasik malam - malam macam ni?” Soal Zaffrel lalu menghampiri Aura. Dia memandang sekelilingnya . Takut juga aku kalau ada yang memerhati. Seram pula aku tengok.
“Dulu cakap Aura yang penakut sekarang dia yang lebih.” Rolling eyes Aura mula beraksi.
“Manusia boleh berubah sayang. Macam sayang, dulu benci abang, tapi sekarang nak menempel je tahu.” Zaffrel senggol bahu Aura.
“Eyy perasannya, entah siapa yang nak menempel dengan dia.”
“Tapi abang nak. Abang nak sayang selalu ada dengan abang. Selalu jadi sayap kekuatan abang. Selalu jadi bidadari abang. Dan abang nak sayang selalu jadi milik abang.” Zaffrel meraih tangan Aura lalu digengam.
Aura mendongak sedikit kepalanya memandang kearah Zaffrel. Jelas terlihat keikhlasan pada wajah suaminya itu.
“Sayang, maafkan abang sebab selalu sakitkan hati sayang. Abang janji, abang akan berusaha jadi suami terbaik untuk sayang. Kalau abang gagal, jangan benci abang, sebab abang manusia, tak boleh lari dari kesilapan. Abang tak nak kehilangan sayang, sebab sayang nyawa abang.” Zaffrel ukir senyum. Wajah manis Aura ditatap lama.
Perlahan - lahan Zaffrel mendekatkan wajahnya dengan wajah Aura. Dia melabuhkan ciuman pada dahi Aura. Zaffrel memejamkan matanya saat bibirnya menyentuh dahi Aura.
Ya Allah, terima kasih buat bidadari terindah ini. Terima kasih atas kebahagiaan ini dan terima kasih atas jodoh terindah ini.
Aura senyum segaris. Terharu apabila keikhlasan Zaffrel makin hari makin jelas dilihatnya. Aku tak perlukan suami yang sempurna, cukup aku jadi milik dia, milik Zaffrel Lutfman.
Zaffrel melepaskan kucupan. Wajah Aura kembali ditatap. Pipi gebu Aura diulas lembut. Sayangnya pada Aura makin menggila. Mungkin aku akan lebih gila bila kehilangan dia nanti.
“Thank you abang. Aura akan pastikan Aura milik abang dan abang milik Aura. Takkan habis pasir dilanda ombak, takkan kering lautan dijemur panas. Aura harap takkan pudar cinta dilanda ujian.” Tubuh Zaffrel dipeluk erat. Siapa sangka, dari orang yang aku benci kini dalam pelukan aku.
Zaffrel senyum lebar. Rambut Aura yang terjuntai diselit kebelakang. Betul, rancangan Allah jauh lebih baik dari rancangan kita.
SEDAR tidak sedar sudah empat hari mereka di London, dan kini mereka selamatakn tiba di Malaysia. Berat juga hati nak tinggalkan London, tapi apa yang nak buat, banyak lagi kerja dekat Malaysia ni.
“Sayang nak tolong abang tak?” Soal Zaffrel saat dia mendapatkan Aura disofa ruang tamu.
“Tolong apa?” Aura banguh membetulkan duduknya. Dari tadi duduk sini tunggu Dato Malek, rindu nak bertentang mata. Takkan dah takutn nak jumpa aku.
“Daddy tak balik lagi , mummy cakap mummy nak keluar.” Jelas Zaffrel.
“So? Tolong apa?” Soal Aura lagi.
“Tolong abang jadi penyiasat.” Bisik Zaffrel pada telinga Aura.
“Wow! Kerja best ni. Nanti ada upah tak?” Seloroh Aura.
“Ada,nanti abang...” Zaffrel merapatkan wajahnya pada wajah Aura.
“Opss takpa - takpa. Aura tak nak upah.” Tubuh Zaffrel ditolak perlahan menjauhi dirinya.
“Zaff, Aura mummy pergi dulu tau. Mummy nak pergi majlis kawan mummy kejap.” Terjengkul wajah datin Rasyidah dihadapan mereka.
“Baik mummy. Mummy pergi la lama sikit, aura honeymoon ni tak habis lagi. Bagi can la.” Zaffrel melagakan jari telunjuknya.
“Ish mengada. Yela mummy bagi can kali ni. Daddy, mummy rasa balik lewat juga. Dia bagitahu mummy dia banyak kerja dekat office..”
‘Banyak kerja ke sibuk duk berdating dengan si Linda tu.’ Penumbuk Zaffrel dikepal kemas. Kalau aku tak kesiankan mummy dah lama aku bingkarkan segalanya.
‘Banyak kerja konon. Padahal taknak jumpa aku. Penakut!’ Aura senyum paksa agar tidak kehilatan janggal.
“Mummy pergi dulu la lewat dah ni.” Pamit Datin Rasyidah lalu terus keluar dari rumah tersebut.
“Sayang jom!” Tangan Aura terus ditarik masuk kedalam bilik Datin Rasyidah.
Aura duduk berteleku diatas katil. Dia memerhati setiap gerak geri Zaffrel. Cakap nak jadi penyiasat tapi aku tengok dah macam orang pecah rumah.
“Sayang, tadi cakap nak tolong tapi sekarang sayang termenung pula.” Zaffrel yang cuba membuka laci terbatas seketika perbuatannya apabila melihat Aura hanya mendiamkan diri.
“Cari tak semestinya dengan mata cari tak semestinya dengan tangan tapi cari dengan hati dan fikiran. Diam abang. Jangan ganggu Aura buat kerja ni.” Aura membaringkan badannya atas permukaan katil lalu memejamkan matanya.
Terloponh Zaffrel melihat Aura yang bagai lena dibuai mimpi. Ni kerja dia? Tidur alahai sayang li. Tabahlah Zaff.
Zaffrel meneruskan misi mencarinya. Semua laci dan almari dibuka . Satu persatu dia mencari kebenaran.
“Dapat pun!”
“Ouh mak kau mendapat!” Zaffrel memegang dadanya. Dah kenapa bini aku menjerit macam tu. Dia mengigau ke?
“Abang Aura dah tahu?” Aura bangun dari tidur dua menghampiri almari. Dia duduk memabaring berhampiran almari lalu menyentuh permukaan bawah almari yang agak tinggi kakinya.
“Selalunya rahsia macam ni orang tak sorok dekat tempat biasa, dia akan sorok tempat yang tiada orang pun sangka.” Tangan Aura masih lagi menyentuh permukaan bawah almari.
Aura bangun dari baring. Dia duduk bersila dilantai. Keluhan terbit dibibirnya. Takda pun.
Namun saat matanya terlihat pada kerusi sebelah Zaffrel , hatinya mula berasa sesuatu.
“Abang bagi kerusi tu dekat Aura.” Arah Aura lalu menunjukkan kerusi yang berada disebelah Zaffrel.
“Sayang nak panjat naik dekat atas almari ke? Tak payah biar abang buat nanti jatuh.” Zaffrel mengambil kerusi tersebut lalu ingin memanjatnya untuk melihat bahagian atas almari.
“Abang turun! Bukan macam tu.” Betis Zaffrel ditepuk agar turun dari kerusi tersebut.
Zaffrel garu kepala. Dia turun dari kerusi. Apa yang Aura nak buat ni.
“Entahlah Aura rasa ada yang tak kena dengan kerusi ni. “ kerusi dihadapannya itu dibelek lalu diperhati segenap ruangan.
“Apa yang istimewa sangat dengan kerusi ni? Abang tengok biasa je? Takkan nak sorok dalam span kerusi ni pula.” Zaffrel duduk bersila diatas katil membiarkan sahaja Aura memerhati kerusi tersebut. Tak masuk akal.
Aura menyeluk tangannya kebawah permukaan kerusi. Tangannya terus terhenti apabila dia merasakan ada bahagian kecil bawah kerusi tersebut. Kerusi itu terus dibalikkan.
“Abang, ada abang.” Ujar Aura dengan teruja.
Ternyata betul sangkaan Aura. Bawah kerusi tersebut dicipta khas laci kecil yang tiada siapa dapat melihatnya kecuali ianya dibalikkan.
Zaffrel membuka laci tersebut dengan kuat. Fuhh kuat betul. Beberapa keping gambar dan surat diambil lalu ditilik.
Zaffrel mengambil satu keping gambar datib Rasyidah sedang mendukung bayi yang sama seperti dijumpai dirumah nenek. Namun bezanya gambar kali ini hanya gambar datin Rasyidah bersama bayi tersebut tanpa ada Zack.
Zaffrel mengerutkan dahi. Gambar tersebut dipusinh kebelakang.
‘Adrian Mikail sayang, maafkan mummy kerana tinggalkan sayang. Mummy sayang anak mummy. Mummy tahu mummy banyak silap dengan Adrian. Mummy tak patut tinggalkan Adrian. Semoga Adrian jadi anak yang soleh. Jaga diri sayang, mummy tahu Adrian kuat. Jumpa mummy disyurga ya sayang.’
Zaffrel terdeku dengan apa yang dibacanya. Adrian abang tiri aku? Cucu nenek? Kenapa mummy dan daddy sorokkan selama ni? Aku yakin mesti banyak lagi yang mereka sorokkan dari aku. Tak mungkin Zack benci keluarga ni tanpa sebab.
“Abang baca ni.” Satu surat yang berada ditangan Aura dihulurkan kepada Zaffrel.
Zaffrel mencapainya lalu dia membaca setiap yang tertulis.
‘Maafkan Syidah, abang. Syidah tahu syidah banyak buat salah dengan abang. Jaga Adrian untuk Syidah. Abang terlalu baik buat Syidah. Abang suami yang baik. Tapi Syidah yang salah dalam semua perkara. Kalau kita tak dapat bertemu didunia, kita jumpa disyurga sana. Maafkan Syidah abang.’
“Aura tak sangka Adrian abang tiri abang. Dan Aura tak rasa Adrian perlu tanggung semua ni. Adrian tak salah, dia sepatutnya dapat kasih sayang seorang ibu.” Aura menekur lantai.
“Maafkan Aura . Aura bukan nak backup Adrian ke apa, cuma...”
“Shuu.. abang faham sayang sebab abang pun fikir perkara yang sama. Abang kesian dekat Adrian, dia pun layak untuk bahagia. Dia pun layak untuk dapat kasih sayang seorang ibu. Abang akan satukan mereka. Tapi abang akan tetap cari punca semu ni berlaku.” Zaffrel gengam penumbuk. Siapa dalang yang menghancurkan semua ni? Kenapa mummy sanggup buat semua ni?
“Zaffrel!” Mencerlung Datin Rasyidah memandang kearah Zaffrel dan Aura. Rasa marah mula menguasai dirinya.
”Mummy, Zaff cuma..”
”Mummy paling tak suka orang masuk bilik mummy dan sentuh barang mummy. Dari dulu lagi mummy pesan tapi kenapa Zaffrel masih cuba mencabar kemaharan mummy!?” Datin Rasyidah terus merampas semua gambar yang berada ditangan Zaffrel.
”Keluar dari sini sekarang!” Tengking datin Rasyidah. Dia yakin Zaffrel sudah membaca segalanya.
”No Zaff dah tahu semua ni. Zaff nak penjelasan dari mummy. Please mummy sudahlah sorokkan semua ni dari Zaff, Zaff berhak tahu semua ni. Apanyang dah jadi sebenarnya mummy? Zaffrel menghampiri Datin Rasyidah lalu memegang erat tangan ibunya itu. Sedaya upaya dia viba intuk memujuk Datin Rasyidah.
”Keluar!” Jerkah Datin Rasyidah lagi. Amarahnya makin menggunung. Peristiwa dia meninggalkan Adrian mula bermain di benak fikiran.
”Mummy please, bagitahu Zaff tentang semua ni. Kenapa semua orang nak berahsia dengan Zaff?” Zaffrel cuba untuk merayu lagi.
Pang!!
Terteleng wajah Zaffrel apabila ditampar kuat oleh datin Rasyidah. Bergetar tangan Datin Rasyidah akibat dengan tindakannya itu. Dia tidak sangka dia mampu bertindak drastik begitu terhadap Zaffrel.
“Abang dah jom keluar.” Tangan Zaffrel terus ditarik keluar dari bilik tersebut. Sanggup mummy buat macam ni dekat Zaff, takpa selagi aku ada, aku akan tolong dan pastikan Zaff tahu segala rahsia. Itu janji aku.
Datin Rasyidah tertuduk disebalik pintu. Dia menyembamkan wajahnya pada kedua belah lututnya. Rasa bersalah terhadap Zaffrel mula menyerang jiwanya. Dia lemah jika dikaitkan dengan isu Adrian. Dia tahu dia telah melakukan dosa yang besar, iaitu meninggalkan anaknya dan juga suaminya yang setia mencintainya seikhlas hati.
‘Maafkan mummy Adrian, maafkan mummy Zaffrel, Zaffier. Maafkan Syidah abang.’
Lepas ni kita slow down la cerita psal rahsia.. nanti nk cerita kisah cinta Zaff dgn Aura la plk, boring dh rahsia je memanjang banyak sangat rahsia, ni pun baru sikit terbongkar.
Share this novel