( PENYESALAN )
ZAFFREL dan Aura kini berada di resort Khalif. Kata Zaffrel dia mahu merehatkan diri dahulu sebelum pulang kerumah. Waktu pun sudah mengenjak malam .
Aura senyum sebaris setelah melihat kelibat Zaffrel sedang duduk di atas pasir merenung kearah pantai. Aura pergi mendapatkan Zaffrel lalu duduk disebelah suaminya itu.
“Datang sini terus hilang. Penat Aura cari. Abang macam dah tak peduli je pada Aura.” Aura duduk bersila sambil menayang wajah merajuknya.
“Abang penat.” Jawab Zaffrel ringkas. Fikirannya masih melayan pada kejadian sebentar tadi. Kalau Aura tidak datang , dia mungkin sudah mengetahui rahsia sebenar.
“Maaf ganggu abang. Abang ada luka dekat mana - mana?” Aura memegang lengan Zaffrel lalu menilik setiap kawasan lengan tersebut.
“Abang okay je.” Zaffrel menarik perlahan lengannya dari dipegang Aura.
“Abang penat kan, abang rehat la dulu. Aura pergi dekat bilik dulu. Maaf ganggu abang.” Aura bangun dari duduknya lalu terus berjalan meninggalkan Zaffrel.
Kenapa dia layan aku macam tu? Apa salah aku. Aku ingat dia nak tanya keadaan aku, tanya pasal aku. Fuh berangan je kau Aura. Kau kena sedar yang kau tak penting pun bagi dia.
Zaffrel masuk ke dalam bilik tepat pukul dua pagi. Dia terus membaringkan badannya membelakangi Aura. Aura sedar akan kehadirannya namun Aura memilih untuk berdiam diri.
AURA duduk disofa sambil merenung Zaffrel yang sedang tidur. Jam sudah mengenjak pukul 9 pagi namun Aura tidak mahu mengejutkan Zaffrel. Dia tahu Zaffrel kepenatan. Ada baiknya jika dia membiarkan sahaja suaminya terlena.
Sesekali Zaffrel menggeliat dan menguap. Tangannya mencapai iphone miliknya yang berada disebelah meja.
“Ya Allah dah 9 pagi.” Zaffrel terus bangun dengan pantas lalu terus memasuki toilet. Sempat dia mengerling sekilas kearah Aura yang hanya memerhatikan dirinya.
Beberapa minit kemudian, Zaffrel keluar dari toilet sambil mengeringkan rambutnya. Dia mendekati Aura yang duduk di sofa.
“Kenapa tak kejutkan abang? Dah lewat ni, abang dah janji nak jumpa dengan Terry.” Suara Zaffrel seakan ingin memarahi Aura. Zaffrel mencapai baju yang berada di dalam almari lalu memakainya. Kemana sahaja dia pergi, pakaian spare akan selalu dibawanya.
“Aura tak tahu yang abang ada hal. Aura tengok abang penat tu yang Aura tak kejut. Aura minta maaf.” Aura menekur lantai. Rasa sebak mula menghuni hatinya. Zaffrel dah berubah.
“Aura please, lain kali kejutkan abang kalau dah lewat macam ni. Kesian dekat Terry lama menunggu.” Zaffrel mengambil sikat lalu menyikat rambutnya. Hilang terus panggilan sayang kepada Aura.
“Kesian dekat Terry ye, habis Aura siapa nak kasihan. Dari semalam lagi abang nak cari salah Aura . Semua Aura buat salah. Apa salah Aura? Kalau Aura salah bagitahu Aura.” Aura masih mengawal suaranya. Sungguh dirinya terasa dengan tindakan Zaffrel.
“Dah la Aura abang tak nak gaduh.”
“What? Siapa yang cari gaduh ni? Aura? Abang nak cakap Aura yang cari gaduh. Abang pernah fikir tak perasaan Aura bila abang buat Aura tak wujud dekat sini. Aura macam orang gila cemas bila tahu abang kena tangkap dengan Zack. Ingat balik ni boleh cakap dengan abang boleh tanya khabar abang, tapi abang asyik nak mengelak je dengan Aura.” Aura masih lagi mengawal suaranya. Dia tidak mahu bertengkak pagi - pagi.
“Abang bukan kena tangkap, abang yang serah diri..”
“Yes, that is the question. Kenapa abang buat semua tu? Dulu abang hampir nak bunuh diri sekarang abang buat benda yang sama. Abang tak pernah fikirkan pasal Aura. Abang tak pernah ikhlas cintakan Aura. Abang mengelak dari Aura sebab abang dah benci Aura kan..”
“No Aura, abang..”
“Then what! Abang cuma manis pada kata - kata tapi abang tak pernah lakukan apa yang abang cakap.” Aura mula hilang kesabaran. Rasa dirinya seperti dipermainkan. Dia cuma ingin meluahkan perasaannya terhadap Zaffrel namun ini yang terjadi.
“Abang cuma tak suka Aura datang semalam.” Terluah juga isi hati Zaffrel. Namun dia sedar , tidak sepatunya dia bersuara tentang hal tersebut.
“But why? Takkan Aura nak biarkan suami Aura dalam bahaya. Aura perlukan abang di sisi Aura . Aura tak nak apa - apa terjadi pada abang. Salah ke tindakan Aura?” Ujar Aura sambil bangun dari sofa.
“ Aura tahu tak apa yang Aura buat ni memang salah. Bahaya tahu tak. Aura tak perlu risaukan abang, abang tahu apa yang abang buat. Abang bukan serah diri macam tu je, abang dah sediakan orang untuk ikut abang.” Zaffrel berasa hampa dengan dirinya sendiri. Dia tidak mahu memarahi Aura, namun dia tertekan dengan kerana apa yang dirancang olehnya musnah. Dia cuma ingin mengetahui rahsia sebenar.
“Yes Aura mengaku memang bahaya. Tapi Aura dah biasa dengan suami ni. Aura dibesarkan dengan kehidupan macam ni. Yang abang nak marah sangat kenapa? Sebab Aura halang abang dari jumpa dengan Zack sebab tu kan.”
“Abang cuma perlukan jawapan kepada semua persoalan abang.” Terluah juga kebenaran dari Zaffrel.
“Apa penting sangat rahsia semua tu? Rahsia tu lebih penting dari Aura ke? Banyak lagi cara untuk tahu semua tu . Tak perlu sampai nak bahayakan diri jumpa Zack. Kalau jadi apa - apa dekat abang macam mana? Macam mana pula dengan Aura? “ Aura mula berasa kecewa dengan sikap Zaffrel yang seakan mementingkan dirinya sendiri.
“Yes memang rahsia tu penting. Penting sangat bagi abang. Abang cuma nak tahu rahsia tu. Tak ada cara lain lagi selain jumpa dengan Zack.”
“Jadi betullah Aura ni tak penting bagi abang. Abang lebih pentingkan rahsia tu dari Aura. Aura rela taruhkan nyawa demi nak selamatkat abang. Tapi abang sedikit pun tak hargai apa yang Aura buat. Abang selfish!”
“Aura..”
“Stop abang. Aura cuma perlukan seorang suami yang mampu lindungi Aura . Tapi abang, abang sendiri yang bahayakan diri abang. Macam mana abang nak lindungi Aura? Abang pentingkan diri abang sendiri.” Tanpa sedar air mata yang ditahan mengalir jua.
“Habis Aura nak cakap yang Aura menyesal kahwin dengan abang macam tu?”
“No Aura tak menyesal kahwin dengan abang. Tapi cara abang tu yang buktikan bahawa abang yang menyesal kahwin dengan Aura. Aura mengaku yang Aura dah cintakan abang Aura sayang abang. Aura sanggup mati demi nak selamatkan abang. Tapi apa yang Aura dapat? Aura dipersalahkan. Aura sedar yang Aura mencintai lelaki yang tak pernah ikhlas cintakan Aura. Terima kasih abang sebab bagi harapan yang terlalu tinggi untuk Aura.” Aura mengesat air matanya yang mulai membasahkan segenap wajahnya.
“Aura abang tak berniat nak buat semua tu. Abang..”
“Abang pergilah, tinggalkan Aura seorang diri. Bagi Aura ruang.” Aura mengendurkan suaranya. Dia kembali duduk disofa menahan perasaan.
“Aura..”
“Go away! Aura tak nak tengok muka abang! Aura tak perlukan abang.” Aura menepis tangan Zaffrel yang cuba menyentuh wajahnya.
“Abang minta maaf. Abang akan bagi Aura ruang. Abang harap Aura mampu maafkan abang.” Zaffrel akhirnya mengalah. Dia berjalan keluar dari bilik meninggalkan Aura seorang diri. Kau bodoh Zaff, kenapa kau tinggalkan dia macam tu. Kenapa kau terlalu ikutkan perasaan. Aura tak salah .
“Hai tuan, lama saya tunggu dua jam juga.” Perli Terry sewaktu Zaffrel menghampirinya.
“Diamlah kau!” Zaffrel duduk dibangku sambil memegang kepalanya. Serabut! Serabut dengan diri sendiri. Isteri punyalah baik tapi kau buat hal.
“Tuan ada masalah ke?” Terry turut duduk disebelah Zaffrel. Muka macam ni tak ada hal lain la tu. Gaduh dengan bini.
“Macam mana nak pujuk perempuan?”
Terlepas tawa Terry mendengar soalan dari Zaffrel. Dah agak dah ni kes gaduh dengan bini. Tak malu muka handsome tapi pujuk bini pun tak pandai.
“Kau mengutuk aku eh? Aku potong gaji kau.” Zaffrel menjeling kearah Terry. Kurang asam betul budak ni.
“Ala tuan maaflah. Okay macam ni tuan, kalau bini saya, pujuk bagi bunga okay la. Eh bini pula saya kahwin tak lagi. Girlfriend saya tuan.” Cadang Terry.
“Banyaklah kau punya girlfriend. Kau tu single sedar sikit. Bagi bunga? Jadi ke?”
Terry kemam bibir menahan perasan marah. Nasih kau tuan aku kalau tak dah lama aku tibai. Sedap mulut mengata aku single kan.
“Tuan gaduh besar ke gaduh kecil? Kalau gaduh besar lain la cara dia.” Soal Terry lagi.
“Gaduh besar dan paling besar.” Jawab Zaffrel.
“Teruk tu. Macam ni, perempuan kalau beli emas dekat dia confirm lembut hati. Percayalah . Emas pula yang mahal. Lagi mahal lagi mudah dia lembut hati.” Cadang Terry lagi.
“Idea kau ni boleh pakai ke?”
“Belum cuba belum tahu.” Terry jungkit bahu. Kalau tak jadi juga, membazir jela emas tu. Kasi dekat aku buat hantaran.
LINDA memerhati kawasan sekelilingnya sebelum memberi arahan kepada lelaki dihadapannya.
“Aku nak kau buat kerja elok - elok. Kalau kantoi siap kau. Sekarang ni kau tunggu depan bilik tu. Kalau aku bagi arahan masuk kau terus masuk okay.” Linda memberi arahan kepada lelaki tersebut. Lelaki itu hanya mengangguk lalu terus mengikut arahan Linda.
Dari jauh Linda sudah dapat menangkap kehadiran Zaffrel. Linda terus memberi arahan kepada lelaki itu untuk masuk kedalam bilik tersebut.
Plak,
Pintu bilik dibuka. Aura terus menoleh. Terkejut besar apabila dia melihat seorang lelaki yang lansung tidak dikenalinya masuk ke dalam bilik dengan hanya berseluar pendek.
“Kau siapa! Keluar sekarang!” Jerkah Aura apabila lelaki tersebut makin berani mendekatkan diri dengannya.
Bunyi sahaja tapak kaki yang ingin memasuki pintu tersebut, lelaki upahan Linda terus menolak Aura jatuh keatas katil lalu menindih kuat tubuh Aura.
“Aura!” Terjatuh segala hadiah yang ingin diberikan kepada Aura. Wajah Zaffrel merah menahan perasaan.
“Apa yang kau dah buat ni Aura? Aku tak pernah sentuh kau tapi kau jual diri kau dekat jantan lain macam tu je!” Lantang Zaffrel menjerkah Aura.
Aura menolak kuat tubuh lelaki yang menindihnya lalu terus mendapatkan Zaffrel.
“Abang , apa yang abang tengok semua ni salah.” Aura memegang lengan Zaffrel. Dia menangis semahu- mahunya.
“Aku tengok dengan mata aku sendiri Aura. Patutlah nak aku bagi kau ruang , nak aku pergi. Rupanya ni kerja kau!” Zaffrel menarik kuat lengannya yang dipegang oleh Aura. Dia terus keluar dari bilik yang penuh dengan maksiat baginya.
“Abang!” Aura berlari mengejar Zaffrel yang jauh meninggalkan dirinya . Zaffrel menghiraukan sahaja Aura yang mengejarnya. Dia lantas memasuki perut kereta lalu meninggalkan Aura.
“Abang tunggu Aura!” Aura berlari sekuat hati. Dia menghiraukan sahaja mata - mata yang memandang kearahnya.
Stretttt... bum!
“Ya Allah Aura.” Zaffrel menghentikan kereta dengan mengejut. Jantungnya berdetak kuat. Dia terus keluar dari kereta lalu berlari mendapatkan Aura yang dilanggar oleh kereta lain.
“Aura!” Zaffrel mendapatkan Aura. Dia memeluk tubuh Aura yang dipenuhi dengan darah.
“Aura sabar sayang. Tolong bertahan demi abang.” Zaffrel menangis semahu - mahunya.
“Au..Aura.. Aura tak.. bu..buat... semua tu.. ma..maaf..maafkan Au..Aura.” Akhirnya Aura memejamkan matanya. Dia tidak lagi mampu bertahan. Darah yang keluar dari celahan rambut dan juga mulutnya terlalu banyak. Mutiara jernih menitik ditepi mata Aura.
“Aura.. maafkan abang.” Zaffrel memeluk erat tubuh Aura. Dia menangis teresak - esak.
“Jangan tinggalkan abang Aura.”
ZAFFREL mundar mandir dihadapan pintu wad kecemasan. Hampir dua jam dia menunggu namun masih tidak mengetahui khabar berita. Sempat juga dia menukar pakaiannya dan melakukan solat hajat.
Dia terlalu cemas. Bermacam doa mula bermain di tubir bibirnya. Perasaan kesal mula menghuni dirinya. Beberapa minit kemudian, keluar seorang doktor lelaki dengan wajah yang sayu.
“Doktor macam mana dengan isteri saya? Dia okay kan? Dia selamat kan?” Zaffrel mengawal perasaannya. Kalau nak ikutkan hati dia mahu sahaja menangis saat ini.
“Pesakit dalam keadaan normal tapi masih tidak sedarkan diri. Insyallah doakan yang baik - baik. Cuma..” Doktor tersebut seakan berat untuk meluahkan.
“Cuma apa doktor?” Jantung Zaffrel mula berdetak kuat. Dia tidak mampu untuk menerima sesuatu yang menyakitkan pada Aura
“Pesakit didapati lumpuh kedua belah kakinya.”
Allah. Zaffrel kemam bibir. Terlalu berat dugaan ini untuk Aura terima. Aku tak kuat Ya Allah.
“Tapi encik jangan bimbang, pesakit boleh sembuh jika mengikuti terapi. Tapi mungkin mengambil masa.” Ujar doktor lelaki itu lagi lalu meminta diri untuk pergi.
Zaffrel menyandarkan tubuhnya pada dinding. Perlahan - lahan dia melorot kebawah. Wajahnya disembamkan pada lutut. Dia menangis semahu - mahunya.
“Maafkan abang Aura. Semua ni salah abang. Abang tak rela sayang dengan lelaki lain. Abang sayangkan Aura.”
“Zaff apa dah jadi ni?” Soal Dato Khalid yang muncul dihadapan Zaffrel bersama Datin Mona dan Datin Rasyidah.
Zaffrel mengangkat wajahnya yang sudah lencun dengan air mata. Dia menggigit bibir bawahnya.
“Aura..Aura dalam keadaan normal cuma..” Zaffrel mengeluh sesaat. Dia bangun lalu menghampiri Dato Khalid.
“Aura lumpuh.” Jawab Zaffrel lagi.
“Ya Allah.” Semua yang berada di situ turut terkejut dengan khabar tersebut.
“Apa yang jadi sebenarnya ni Zaff? Kenapa sampai boleh jadi macam ni?” Datin Rasyidah mendekati anaknya. Sayu dia melihat wajah anaknya saat ini.
“Semua ni salah Zaff. Kalau Zaff tak tinggalkan Aura semua ni tak akan terjadi.” Zaffrel mengesat air mata yang bercucuran keluar.
Semua yang berada disitu hanya mendiamkan diri. Seorang jururawat keluar dari wad kecemasan lalu mendapatkan mereka semua.
“Buat masa sekarang kita hanya benarkan seorang sahaja untuk teman pesakit.” Ujar jururawat tersebut.
“Biar Mona yang jaga. Mona nak tengok anak Mona.” Datin Mona mula menitiskan air matanya. Sungguh pilu dirasakan saat ini.
“Dia ada suami. Bagi peluang suami dia untuk jaga.” Jawab Dato Khalid dengan lembut. Datin Mona hanya akur.
“Terima kasih papa.” Zaffrel tersenyum lalu masuk ke dalam bilik tersebut.
ZAFFREL mendekati Aura. Wajah Aura dipandang penuh kesal. Dia menyesal kerana meninggalkan Aura namun hatinya turut terluka dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.
“Kenapa Aura buat macam ni dekat abang? Aura dah tak sayang abang ke? Maafkan abang, abang sedar yang abang tak mampu jadi suami yang terbaik untuk Aura.” Kekura tangan Aura diambil lalu dicukup seketika.
Plak,
Pintu bilik kecemasan dibuka. Muncul figura Khalif di muka pintu. Dia menghampiri Zaffrel lalu menghulurkan rakaman CCTV.
“Zaff Aura tak salah. Lelaki ni memang dah sedia tunggu depan pintu. Bila kau datang je dia terus masuk.” Terang Khalif.
“Siapa punya angkara ni?” Mendatar suara Zaffrel menahan amarah.
“Yang tu aku tak pasti lagi. Masih dalam siasatan. Apa - apa info aku bagitahu dekat kau pula. Sekarang ni aku kena pergi balai selesaikan hal ni, sebab ia dah libatkan nama resort aku.” Terang Khalif lagi.
“Thanks bro.” Zaffrel menghadiahkan senyuman lalu memeluk bahu Khalif. Khalif meminta diri lalu beredar dari bilik tersebut.
“Maafkan abang Aura. Abang terlalu bodoh sebab tak percayakan Aura. Abang menyesal sangat. Maafkan abang.” Tubuh Aura dipeluk erat. Zaffrel melabuhkan ciuman pada dahi isterinya itu. Air mata yang ditahan kembali beraksi. Penyesalan ini akan berperang dalam hidup aku selagi aku tak dapat melihat senyuman dibibir Aura.
Agak2 macam mana penerimaan Aura bila tahu dia lumpuh?
Share this novel
yg ditunggu" akhirnya up juga,,,Alhamdulillah trimakasih awak