JDMA-10 (MENJAUH)

Romance Series 66915

(MENJAUH)

KEPALA Aura masih berpina- pina. Perlahan-lahan dia membuka mata . Kawasan disekelilingnya di perhati satu persatu.

“Zaffrel..” Seru Aura dengan perlahan. Apa yang dah jadi? Kenapa aku dekat hospital?

Aura bangun perlahan-lahan lalu menyandarkan badannya pada kepala katil.

Kejadian semalam mula menyerang fikiran Aura. Bermacam-macam perkara mula terlintas di fikiran.

“Zaff, Zaffrel mana? Zaff!” Laung Aura saat dia berseorangan di dalam wad di hospital. Marsha yang sedang menunggu diluar terus menapak masuk apabila mendengar jeritan Aura.

“Aura kenapa ni? Heyy don’t cry.” Marsha mendekati dirinya dengan Aura lalu memeluk tubuh tersebut.

“Zaffrel mana? Dia okay kan. Dia selamatkan kan? Aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf sebab tak dapat nak tolong dia .” Air mata Aura mula mengalir.

“Aura, kau kena kuat. Zaff...” Marsha mati kata-kata. Dia tidak sanggup memberitahu hal sebenar kepada kawannya itu.

“Kenapa dengan Zaff. Cakap Marsha! Kenapa dengan dia !?” Aura mula memberontak.

“Darah dia terlalu banyak yang keluar, degupan jantung dia dah tak normal. Doktor cakap kalau dia masih tidak sedar, doktor terpaksa buang mesin pernafasan dia.” Marsha tunduk memandang lantai. Berat sungguh dugaan sahabat aku.

“No.. kau tipu kan? Zaffrel okay kan. Kau tipu aku Marsha!” Aura mula meronta. Dia bangun dari katil lalu berlari menuju keluar dari wad.

“Aura!” Marsha mengejar Aura lalu memeluk erat tubuh sahabatnya itu.

“Tenang Aura, kau kena kuat.” Tubuh Aura dipeluk makin erat.

“Semua ni terjadi sebab aku, sebab dia nak selamatkan aku. Aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf dengan dia.” Makin lebat Air mata Aura keluar.

Seorang doktor mula menghampiri Marsha dan Aura. Dengan wajah yang penuh sayu, doktor tersebut bersuara.

“Maaf , Tengku Zaffrel tidak dapat diselamatkan..”

“Zaffrel!!”

“Aura, kenapa ni? Aku ada dekat sini.” Zaffrel terus mendapatkan Aura saat Aura menjerit namanya sewaktu Aura sedang berada di atas katil hospital.

“Zaff..” Aura terus memeluk tubuh Zaffrel yang berada dekat dengan dia saat ini. Ya Allah adakah tadi aku hanya bermimpi?

“Kenapa ni?” Belakang Aura digosok dengan lembut.

“Zaff kau okay? Lengan kau macam mana?” Soal Aura lalu terus membelek lengan Zaffrel.

“Lengan aku kena tembak je.” Jawapan Zaffrel terus mendapat tamparan dari Aura. Tamparan tersebut tepat mengenai luka kesan tembakan di lengan Zaffrel.

“Auchhh!” Zaffrel memegang lengannya yang sakit akibat ditampar oleh Aura.

“Maa..maaf. Sorry , sakit ke? Tula lain kali bagi jawapan serius boleh tak” Aura senyum senget. Bersalahnya aku tampar dia , dah la betul-betul kena tempat luka.

“Betul la kena tembak je, bukan first time, dah banyak kali pernah kena.” Jawab Zaffrel sambil memegang tempat lukanya. Silap cakap memang kena tampar lagi.

“Serius la!” Melopong Aura mendengar jawapan Zaffrel.

“Nanti aku cerita, sekarang ni kau rehat je dulu, pagi esok kau dah boleh balik.” Zaffrel mengemas sedikit katil Aura yang berselerak.

“Kenapa aku masuk hospital? Kenapa bukan kau yang kena rawat?” Aura duduk bersila diatas katil, menunggu jawapan Zaffrel.

“Sebab aku yang kena tembak,tapi kau yang pengsan. Kenapa? Kau bimbangkan aku eh, kata tak nak kawan dengan aku, tapi menangis juga tengok aku sakit.” Zaffrel sembunyi senyum. Garang-garang pun caring juga kau ni Aura.

“Habis tak kan aku nak ketawa tengok kau kena tembak. Aku nangislah bagi nampak care sikit, tapi bukan menangis sebab kau, tapi pasir masuk mata masa tu.” Dalih Aura. Padahal dah macam orang gila tengok keadaan Zaffrel saat itu.

“Eleh, siap pengsan ye menangis sebab pasir masuk mata. Kau sayang aku eh..” usik Zaffrel lalu mencuit hidung Aura.

“Hello aku bukan jenis rampas hak orang eh, takda makna aku nak suka kau.” Aura menolak tubuh Zaffrel yang hampir dengannya. Sila bagi aku ruang, aku nak tidur.

“Hak orang? Hello aku ni suami kau, dah lupa ingatan ke?” Bidas Zaffrel.

Tapi kau tunang orang, hati kau pada orang lain. Aku tak akan jatuh cinta pada kau, cukup aku terima kau sebagai suami aku bukan penghuni hati aku.

“Kenapa diam, betul la tu kan.” Zaffrel mula berasa sayu. Kau tak mampu nak terima aku sebagai suami kau lagi ke Aura? Mesti kuatkan cinta kau terhadap Adrian.

“Aku mengantuk , tak da masa nak layan kau. Selamat malam.” Ucap Aura lalu membaringkan badannya membelakangi Zaffrel. Zaffrel hanya diam lalu kembali kearah sofa untuk menyambung tidurnya.

KERETA Lamborghini Aventador milik Zaffrel masuk kedalam pekarangan rumah Dato Malek. Aura keluar dari perut kereta lalu mendapatkan Datin Rasyidah.

“Zaff, papa nak cakap sikit.” Pinta Dato Malek lalu berjalan kearah luar rumah jauh dari Aura dan Datin Rasyidah.

“Ada apa papa?” Soal Zaffrel saat menghampiri dato Malek.

“Jangan terlalu leka, Zack terlepas lagi. Yang tembak Zaff hari tu bukan Zack, itu orang suruhan dia, mereka buat plastic surgery untuk mengelirukan kita.” Tangan Datok Malek digumpal kuat. Bijak permainan kau kan Zack, jangan harap aku takut, aku akan tuntut bela atas kematian anak aku.

“Zaff dah tahu pa, Zack bukan mudah kalah dengan musuh dia, dia terlalu handal, tak mungkin mudah-mudah kena tembak macam mana lelaki yang tembak Zaff tu kena. Waktu James tembak lelaki tu, Zaff jumpa sesuatu dekat dia.” Zaffrel mengeluarkan sampul surat yang dilipat dua dari kocek seluarnya.

“Apa semua ni pa? Apa yang Zaff tak tahu. Benda ni Zaff ambil dalam poket lelaki semalam, and Zaff tahu benda ni milik Zack.” Sampul surat yang mengandungi gambar Zack dengan wanita yang amat dikenalinya dihulurkan kepada Dato Malek.

Dato Malek tergamam saat melihat hambar tersebut. Bagaimana gambar ini boleh berada ditangan orang suruhannya. Adakah Zack cuba memberitahu hal sebenar kepada Zaffrel.

“Zack cuma nak nak reka cerita agar Zaff percayakan dia. Jangan peduli Zaff, Macam-macam Zack boleh buat demi nak balas dendam.” Bahu Zaffrel ditepuk.

“Balas dendam? Apa yang dia berdendam sangat dengan kita? Kita ada buat salah ke?” Soal Zaffrel dengan penuh kerutan di dahi.

“Assalamualaikum ,” Sapa Linda lalu menghampiri Zaffrel dan Dato Malek.

“Waalaikumussalam ,” jawab Dato Malek lalu membiarkan sahaja soalan Zaffrel tanpa jawapan.

“Kau buat apa dekat sini? Semak je .” Zaffrel terus berjalan meninggalkan Linda dan daddynya.

“Zaff, Linda datang nak tanya khabar Zaff, Linda dapat tahu yang Zaff kena tembak.”Linda berlari anak mengejar Zaffrel.

“Kau tak payah nak sibuk hal aku la. Kau simpan je simpati kau tu untuk diri kau sendiri.” Wajah tegang Zaffrel dipamerkan.

“Awak, kenapa cakap macam tu dekat Linda, Linda jom kita masuk dalam.” Aura mencelah dari muka pintu. Tangan Linda dicapai lalu dipimpin masuk kedalam rumah. Genggaman Aura dikuatkan. Linda sedaya upaya menahan sakit ditangannya.

“Sakitlah!” Linda merentap kasar tangannya saat mereka sudah sampai di ruang tamu. Zaffrel terus mendaki anak tangga mengabaikan sahaja Linda disitu.

“Sakit ke? Kesiannya, minta maaf tau. Sakit dekat mana?” Perli Aura sambil membelek tangan Linda seakan peduli tentang wanita itu.

“Kau ni memang..”

“Linda bila sampai?” Soal Datin Rasyidah saat mendekati Aura dan Linda.

“Linda baru je sampai. Linda datang nak tanya khabar Zaffrel.” Suara ayu Linda dikawal sehabis baik. Lagak sopan depan bakal mertua angan-angan. Berangan je kau mampu Linda.

“Zaffrelnya mana? Orang datang nak jumpa dia boleh dia hilang pula.” Soal Datin Rasyidah.

“ Jap biar Aura yang panggilkan.” Pinta Aura lalu mendaki anak tangga menuju kebilik tidur.

Plak,

Pintu bilik dibuka perlahan. Bunyi air dari bilik mandi menandakan Zaffrel sedang mencucikan diri. Aura masuk lalu duduk dibirai katil menunggu Zaffrel.

“ Hello!” Sapa Aura saat Zaffrel keluar dari toilet.

“Kau ni suka buat orang terkejut.” Marah Zaffrel sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

Mak kau, seksinya body dia. Six pack dia fuh menggoda . Aip Aura jaga mata. Tapi benda free tengok je la.

“ Auchh sakitnya aku tengok. Kau tak sakit ke?” Soal Aura saat melihat balutan yang sudah dipenuhi darah di lengan Zaffrel.

“Tadi dah tahan sikit, ni sakit balik la.” Zaffrel kembali memandang lengan. Ya Allah berdarah lagi.

“Patutlah sakit berdarah rupanya.” Zaffrel membuka balutan dilengannya dengan perlahan.

“Auchh” sesekali Zaffrel mengadu kesakitan.

“Meh sini biar aku yang buat.” Aura bangun lalu menghampiri Zaffrel. Perlahan-lahan dia membuka balutan di lengan Zaffrel.

“Lengan kau ni tak sembuh lagi, jangan nak lasak sangat. Tengok kan dah berdarah balik. Mesti sakit kan.” Wajah Zaffrel dipandang penuh kasihan.

“Aku rela sakit dari tengok kau yang sakit. Kenapa kau tak lari je semalam? Kenapa masih nak datang dekat aku? Kalau jadi apa-apa macam mana.” Tangan Zaffrel naik mengusap lembut pipi Aura.

“Zaff..”

Datin Rasyidah sudah berdiri di hadapan pintu bilik yang tidak berkunci.

“Errkk, maa...maaf. Mummy cuma nak cari Zaff. Sorry silap timing pula.” Datin Rasyidah menggaru kepalanya sambil menahan senyum. Jangan la dera mummy macam ni, tahu la daddy tak sweet macam Zaff.

“Jap ehh mummy.” Jawab Zaffrel dengan selamba. Datin Rasyidah hanya mengangguk lalu terus beredar.

Pap!

Haa kan dah kena tampar . Selamba betul dia jawab. Muka aku ni dah macam orang simbah cat merah tau tak.

“Kenapa tangan ni suka tampar orang ni.” Tangan Aura diambil lalu dikucup.

“Ee geli, janganlah!” Aura merentap tangannya dari dicium. Amboi lebih kau ni Zaff.

“Ala tadi boleh je nak sweet, pakej depan mummy terus.” Zaffrel makin galak mengusik Aura.

“Diam Zaffrel.” Wajah Aura sudah berona merah. Saat dia ingin keluar tangannya terus disambar oleh Zaffrel.

“Sayang nak pergi mana? Teman abang jom..” Zaffrel meleretkan suaranya. Ya Allah Zaffrel, tolong faham aku geli.

“Stop! Geli la tak payah nak sayang-sayang sangat.” Aura menarik tangannya daripada dipegang Zaffrel lalu terus keluar dari bilik tersebut.

“Sayang lengan abang siapa nak balut.” Laung Zaffrel.

“Balut sendiri!” Aura terus keluar mengendahkan sahaja Zaffrel yang makin galak mengusiknya.

“AURA mana Zaff?” Soal Datin Rasyidah saat Aura menuruni anak tangga.

“Zaff nak pakai baju kejap. Nanti dia turun.” Jawab Aura lalu duduk disofa ruang tamu.

“Maaf Linda nak tanya, kenapa Aura tak tolong Zaffrel masa dia kena tembak? Linda dapat tahu yang Aura sampai hospital dulu baru Zaffrel. Kalau Linda dekat situ Linda dah tolong Zaffrel.” Soalan daripada Linda mendiamkan Datin Rasyidah. Bukan sokong cuma terkejut dengan soalan yang diajukan. Sangatlah tidak elok bersuara begitu.

“Macam ni Linda..” Datin Rasyidah cuba untuk menjelaskannya agar Linda tidak salah faham dengan Aura.

“Takpa biar Aura jawab. Macam ni, Zaffrel ni sayang sangat dekat Aura , masa nak kena tembak tu, dia tarik Aura lari , and dia kena tembak. Aura memang nak pergi tolong dia tapi dah kena pegang dengan orang suruhan daddy. Waktu tu Zaffrel betul-betul halang tak nak Aura tolong dia. Dia cakap dia rela sakit asal bukan Aura yang sakit. Untung Aura dapat suami sebaik Zaffrel. Dia caring, loving and sweet.” Aura tayang senyum . Puas dengar jawapan aku? Tak reti malu tanya orang solan macam-macam. Apa kau ingat kau bagus sangat.

Datin Rasyidah tersenyum lebar. Walaupun anaknya berkahwin dalam keadaan yang tidak diinginkan namun jelas terpapar kebahagiaanya mereka. Linda pula mula sakit hati. Tak mungkin Zaffrel sanggup bekorban demi kau, macam aku tak tahu korang kahwin bukan sebab cinta!

“Duduklah dulu, mummy nak masak.” Datin Rasyidah bangun dari sofa.

“Takpa biar Aura tolong.” Ujar Aura , Datin Rasyidah hanya mengangguk.

“Linda tolong juga ye.” Linda turut mencelah lalu beredar kedapur.

“Mummy, sayur ni semua nak potong ke?” Soal Aura saat mereka tiba di dapur.

“Haah mummy nak potong semua.” Jawab Datin Rasyidah.

“Tak pa biar Linda yang potong, kesian nanti mummy penat.” Linda tayang wajah gedik lalu memotong sayur tersebut.

Aura menggeleng melihat Linda yang sedang memotong sayur. Ni bukan potong ni cincang.

“Linda, jangan potong halus sangat. Potong besar sikit.” Tegur Datin Rasyidah setelah melihat sayurnya habis dicincang. Habis sayur aku.

“Hai mummy, mummy nak masak apa ni?” Soal Zaffrel lalu memeluk erat pinggang Datin Rasyidah.

“Mummy nak masak sayur air dengan sira labu je.” Jawab Datin Rasyidah.

“Sedapnya. Sayang? Sayang buat apa ni?” Zaffrel mendapatkan Aura yang sedang memotong labu lalu memeluk pinggang Aura dari arah belakang. Aura yang sedang memotong labu tiba-tiba menjadi keras badannya.

“Lepaslah, malu orang tengok.” Bisik Aura dengan nada yang marah. Kut ye pun berlakon tak payah over sangat. Geli tau, ni kalau tak ada orang aku dah tampar dah.

“Zaff dekat office Zaff ada kerja kosong tak? Linda tengah cari kerja sekarang” Soal Datin Rasyidah yang berjaya melepaskan tangan Zaffrel dari memeluk Aura. Aura tarik nafas lega. Linda pula hanya memasamkan wajahnya.

“Ada je kalau dia nak.” Jawab Zaffrel sambil menuangkan air dedalam cawan.

“Baguslah kalau macam tu, kerja sebagai apa?” Soal Datin Rasyidah lagi.

“Cleaner”

Linda yang mendengar jawapan Zaffrel terus membatalkan hajatnya untuk berterima kasih.

“Tapi..” Linda cuba mencelah.

“Tapi apa? Tak sesuai? Kan betul la tak sesuai.”Zaffrel terus memotong ayat Linda.

“Betul tu Zaff, tak sesuai la dengan Linda. Linda tak nak jadi cleaner.” Linda tayang wajah simpati.

“Memang tak sesuai, potong sayur pun tak pandai nak buat kerja-kerja macam tu lagilah tak pandai.” Bidas Zaffrel. Aura sedaya upaya menahan diri daripada tergelak. Sabar Aura, pedih juga ayat Zaffrel ni ye.

“Zaff kenapa cakap macam tu, tak baik.” Datin Rasyidah menegur sikap Zaffrel yang lansung tidak menjaga hati Linda.

“Mummy nak buat sira labu kan? Aura pergi ambil daun pandan ye dulu.” Pinta Aura lalu terus keluar rumah. No aku tak boleh duduk sini lama-lama nanti aku nak ketawa tengok Linda tahan marah.

Saat Aura sedang mengambil daun pandan, seorang wanita telah menghampirinya.

“Hai Aura Fellisya.” Sapa perempuan tersebut dengan nada yang agak sinis.

“Tasha, awak buat apa dekat sini?” Aura mula tergamam. Rasa kasihan terhadap wanita itu mula menggunung.

“Macam mana lepas rampas hak orang? Bahagia? Kau bahagia boleh rampas hak aku atas penderitaan aku?” Wajah Aura dipandang benci.

“Tasha, awak jangan salah faham. Saya tak ada niat pun nak kahwin dengan Zaffrel.” Aura mula hilang kata-kata. Dia sangat faham perasaan Tasha saat ini. Aku pernah ditinggalkan tanpa sebab , perit sangat dan aku yakin Tasha rasa benda yang sama.

“Huh? Tak ada niat? Tak ada niat sampai boleh kahwin bagai? Eh Aura kau tu kalau dah perampas cakap apa-apa pun orang tak akan percaya. Kau tahu tak Zaffrel tu tunang aku, and kita orang nak kahwin tak lama je lagi, tapi kau dah musnahkan segalanya.” Jari telunjuk Tasha naik tepat menunjuk wajah Aura.

“Maafkan saya, saya...”

“Aura sayang.. lamanya ambil daun pandan tu.” Ujar Zaffrel yang cuba mengusik Aura , namun usikannya terhenti apabila melihat figura Tasha.

“Tasha buat buat apa dekat sini?” Soal Zaffrel dengan riak terkejut.

“Zaff, saya dengar yang awak kena tembak. Kena deka mana ?sakit ke?” Tasha mula menghampiri Zaffrel.

“Tak ada apa-apa kena tembak sikit je.” Zaffrel seakan awkward dengan keadaan sekarang.

“Zaff, saya nak minta maaf, kalau saya ada waktu tu saya tak akan biarkan awak sakit sorang-sorang. Saya gagal, saya gagal nak lindungi awak.” Tasha mula menangis.

“Heyy don’t cry” Zaffrel seakan ingin memujuk Tasha apabila wanita itu mulai menangis.

Aura yang melihat keadaan itu hanya mampu menahan perasan. Daun pandan ditangannya dicampak ketanah lalu dia terus memasuki rumah.

Semua orang salahkan kau Aura. Kau penyebab segala kemusnahan. Adrian tinggalkan kau, Zaffrel benci kau. Kau punca Tasha sedih, dia tak ada hak untuk bersedih. Kau perampas, sebab kau Zaffrel terpaksa tinggalkan Tasha walau hati dia tetap pada Tasha. Sebab kau Zaffrel kena tembak. Semua ni sebab kau. Kau dah tak berguna Aura. Kau hidup hanya untuk musnahkan segalanya.

Aura mula menangis tanpa henti. Dia masuk kedalam bilik lalu mengambil beg tangan dan iphone miliknya. Perlahan-lahan dia turun dari tangga dan keluar ke arah pintu belakang.

Kini masanya untuk kita berjauhan. Aku dah tak nak jadi punca semua masalah. Kau berhak bahagia dengan Tasha. Aku tahu semua ni salah aku.

Aura berjalan kaki menuju ke dobi berhampiran rumah Dato Malek. Iphone dikeluarkan dari beg tangannya lalu terus menghubungi Marsha.

“Marsha kau dekat mana ni? Boleh ambil aku dekat dobi sebelah rumah Zaff tak?” Aura sedaya upaya mengawal tangisnya. Dia tidak mahu Marsha mengesan masalahnya.

“Kenapa ni? Zaff dekat mana?” Soal Marsha yang masih dalam talian.

“Marsha please, aku tunggu kau cepat sikit.” Talian terus diputuskan. Aura duduk dibangku berhampiran dobi tersebut lalu menghamburkan segala tangisannya. Kenapa semua orang benci aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience