JDMA-20 (MAFIA)

Romance Series 66915

(MAFIA)


AURA duduk dibangku hadapan syarikat papanya sambil menongkat dagu. Sesekali jam ditangannya dikerling sekilas. Keluhan demi keluhan bermain di tubir bibirnya.

“Sampai hati dia, tadi terus tinggalkan aku sorang - sorang dekat restoran. Terpaksa balik dengan grab. Ni dah pukul 5 tak datang lagi janji nak ambil aku pukul 4. Kalau ye pun nak marahkan daddy tak payah la libatkan aku sekali. Nampak sangat tak sayang aku.” Aura mula membebel seorang diri. Lantaklah orang nak cakap aku gila sebab cakap sorang - sorang pun. Aku dah lapar ni, kalau macam ni baik aku balik sendiri.

Aura bangun dari bangku , dia berjalan kearah kehadapan. Manalah tahu ada taxi lalu , baik balik dengan taxi. Nak tunggu si Zaff rasanya esok aku dekat sini lagi. Mulut je manis cakap macam - macam tapi tunaikannya tidak.

“Aura wait!” Tangan Aura dipegang dari terus melangkah.

“Ish apa ni lepaslah!” Aura merentap kuat tangannya yang dipegang oleh Adrian.

“Aura please bagi aku peluang untuk cakap dengan kau.” Adrian merayu sebaik mungkin.

“Kau ni dah kenapa semput macam kena kejar hantu? Aku tak nak cakap dengan kau la. Dah jangan ganggu aku.” Aura terus berjalan menghiraukan sahaja Adrian.

“Aura Zaffrel dalam bahaya!” Langkah Aura terhenti sebaik sahaja nama suaminya terbit di bibir Adrian.

“Habis kau ingat aku akan percayakan kau?” Aura bersuara tanpa menoleh badannya kebelakang.

“Aura please kali ni je kau percayakan aku. Lepas ni kau nak benci aku kau nak cakap aku penipu silakan. Aku terima.” Ujar Adrian sambil berjalan mendekati Aura.

“Tapi kau memang penipu.”

“Yes aku penipu, aku tipu kau . Aku jahat dengan kau. Yes aku mengaku semua tu. Tapi please Aura sekarang ni bukan masa untuk kita bergaduh. Zaffrel dalam bahaya.” Sekali lagi Adrian merayu tanpa mengalah.

“Bukti?”

“Ikut aku dan aku akan tunjuk bukti tu. Please Aura.” Adrian tahu Aura seorang yang sukar untuk percayakan seseorang lebih - lebih lagi orang yang pernah tidak jujur dengan dirinya.

Aura hanya berdiam diri. Dia tidak mahu percayakan Adrian lagi. Dia menyusun langkah untuk pergi meninggalkan Adrian.

“Zaffrel ditangan Zack! Dia perlukan kau.” Keluar sahaja sebaris ayat itu, Aura seakan hilang kawalan. No Adrian cuma nak tipu kau.

“Pandang mata aku Adrian.” Aura tenung anak mata Adrian.

Satu saat... dua saat.. tiga saat...

“Arghh..!” Aura memegang kepalanya. Tak mungkin , tak mungkin kelebihan tu masih ada pada aku. Ya Zaffrel dalam bahaya.

“Aura, kau masih ada kelebihan tu?” Adrian tersenyum teruja. Tak sangka Aura masih ada kelebihan tersebut. Kelebihan dimana Aura mampu mengetahui kebenaran hanya dengan tenungan anak mata.

“Dah lama benda ni tak terjadi. Aku percayakan kau Adrian. Bawa aku kesana sekarang!” Aura memegang kepalanya yang masih bersisa sakit. Hampir 10 tahun kelebihan ni hilang, tapi kenapa ianya muncul kembali?

AURA mengeluarkan iphonenya , nombor Marsha dihubungi. Adrian yang sedang kusyuk memandu hanya berdiam sahaja.

“Marsha sediakan aku 10 orang yang handal dengan senjata dan suruh Rex bawa pistol aku dekat bawah tanah 1B6 sekarang!” Arah Aura dengan tegas.

“Why Aura kau dah gila ke? Apa yang terjadi sampai kau nak semua ni? Dah 7 tahun kau tak pegang pistol, kau jangan buat hal Aura.” Marsha mula cemas sebaik sahaja mendengar arahan Aura. Ye, Aura dibesarkan dengan kehidupan seperti seorang mafia. Namun tujuh tahun yang lepas menghentikan segalanya.

“Aku tak kira Marsha. Aku tahu apa yang aku buat. Sediakan sekarang! Aku akan hantar location, jangan lambat.” Aura memutuskan talian. Berdebar hebat jantungnya saat ini. 7 tahun tangan ini tidak lagi memegang pistol dan 7 tahun aku tak terlibat dengan semua ni. Mampukah aku lalui semua ini?

“Apa yang kau nak buat ni Aura?” Adrian yang hanya mendengar sahaja perbualan Aura akhirnya bersuara. Dia tidak sangka Aura juga terlibat dalam dunia gelap.

“Zack bukan calang - calang orang. Aku tak sanggup lihat jasad suami aku sendiri. Ya, aku dah mula cintakan dia.” Aura menjatuhkan wajahnya, air mata yang keluar disapu lembut.

“Tapi aku mohon jangan apa - apa kan Zack. Yes dia berbahaya. Tapi aku mohon sangat - sangat jangan apa - apa kan dia.” Adrian mengeluh sesaat. Kenapa aku hidup dalam keadaan macam ni?

“Apa maksud kau hah! Dia dah bunuh kembar suami aku dan sekarang suami aku pun bila - bila masa saja dia boleh bunuh! Lagi satu macam mana kau kenal dengan Zack?” Aura menikam tajam anak mata Adrian.

“Aku rasa kita dah terlambat. Kita kena cepat aku tak nak apa - apa terjadi pada Zaffrel.” Adrian menekan pedal minyak sehabis mungkin. Kelajuan pancuan empat roda tersebut membuatkan kedua - duanya hanya berdiam diri. Aku tak ada jawapan untuk soalan kau.

SEPULUH orang yang diminta oleh Aura sudah sedia berkumpul. Aura menarik nafas panjang sebelum menyentuh kembali pistolnya yang sudah 7 tahun tidak disentuh.

“Kita akan masuk serang sekarang. Setiap orang masuk melalui penjuru masing - masing. Aku tak kira jasad siapa yang akan aku tengok tapi pastikan bukan jasad suami aku!” Aura mengengam kemas pistol yang berada ditangannya.

“Aura please aku merayu jangan bunuh Zack.” Wajah Adrian mula cemas. Bimbang sekiranya Aura bertindak drastik terhadap Zack.

“Aku tak nak jadi pembunuh, aku tak pernah bunuh orang. Kau jangan bimbang selagi Zaffrel bernafas aku tak akan bunuh Zack tapi , kalau dia berani buat suami aku sakit, mungkin nyawa dia akan berakhir.” Aura mengeluarkan kata putus. Dia memberi arahan lalu yang lain terus meneroka hutan pantai tersebut.

“Puan Aura!” Panggil seorang lelaki lalu berlari mendapatkan Aura.

“Awak buat apa dekat sini Petter?” Soal Aura.

“Tuan Zaff yang suruh kami bertiga perhatikan Puan Aura. Waktu dia keluar dari restoran dia dah perasan yang Zack sedang intip dia. So sekarang ni sepuluh orang dah ada dekat dalam sana , diorang cuma tunggu masa yang sesuai untuk menyerang.” Terang Petter.

“Kalau dia tahu yang Zack intip dia kenapa tak dia tak lari?” Aura mengerutkan dahinya. Pelik dengan tindakan suami sendiri.

“Tuan Zaffrel yang nak jumpa Zack, jadi dia menyerah diri.” Ujar Terry pula.

“Apa yang abang dah buat.” Tanpa menunggu Aura terus berlari masuk kedalam hutan tersebut.

“Puan Aura jangan, bahaya!” Terry , Petter dan Brody turut berlari masuk ke hutan tersebut. Adrian yang gerun melihat situasi tersebut turut mengikut langkah mereka. Adrian turut bimbang sekiranya sesuatu yang akan terjadi terhadap Zack. Orang suruhan Aura dan Zaff terlalu ramai, bila - bila masa sahaja Zack boleh tewas.

PERLAHAN - LAHAN Zaffrel membuka matanya. Berpina - pina matanya dirasakan saat ini. Dia memandang sekeliling. Zaffrel cuba untuk bangun namun pergerakannya terhad akibat tangannya kemas diikat pada kerusi.

“Ingat lincah sangat, tapi tak sangka mudah sangat kau jatuh dekat tangan aku.” Ujar Zack sambil menggosok pistolnya dihadapan Zaffrel.

“Not bad. Tapi kau pasti yang aku dah jatuh pada tangan kau?” Zaffrel senyum sinis sambil menyilangkan kakinya . Tangannya masih erat diikat pada kerusi.

“Then bagitahu aku apa yang kau mampu buat? Keluarkan kelebihan berlawan kau? Kau ingat aku sorang dekat sini? Dekat luar tu ada 30 orang yang handal dengan senjata. Kau ingat kau mampu lawan?” Zack berjalan menghampiri Zaffrel. Dia duduk melutut sambil memainkan pisau diwajah Zaffrel.

“30 orang? Wow ramainya. Takut sangat. Habis tu aku kena gelabah la ni?” Jawab Zaffrel dengan riak biasa . Pisau yang bermain diwajahnya dibiarkan sahaja.

“Nampak gayanya kau tak takut mati kan.” Pisau yang bermain diwajah Zaffrel bertukar tempat. Kini giliran pistol bermain dikepalanya.

“Apa takut? Mati tanam.” Zaffrel masih lagi beriak biasa. Kau masih tak layak untuk mencabar ketakutan aku.

“Baguslah kalau dah sedia nak mati. Tapi bodohlah aku kalau bunuh kau sekarang.”

“Kau memang bodoh pun. Kalau kau cerdik kau tak buat kerja semua ni. Sebab yang akan tewas nanti kau bukan aku.” Zaffrel senyum sinis. Namun dalam diam dia cuba meleraikan ikatan tangannya tanpa disedari oleh Zack.

“Aku tak akan mudah tewas. Yang pasti aku akan langkah mayat kau hari ini. Tapi sebelum kau mampus aku nak bagitahu perkara yang kau sendiri inginkan jawapan.” Zack senyum sebaris. Dia kembali duduk di kerusi berhadapan dengan Zaffrel.

Zaffrel juga turut setia mendengar. Ya memang aku perlukan jawapan, sebab itu aku sanggup menyerah diri.

“Mesti kau selalu tertanya - tanya tentang mummy kau kan. And daddy kau, banyak betul dia simpan rahsia dengan kau. Sebenarnya...”

Bum!

Bunyi tembakan mengejutkan Zack dan Zaffrel. Ikatan yang cuba dileraikan akhirnya terlerai jua. Zaffrel terus mendapatkan Zack lalu memulas tangan Zack kebelakang. Zack membalas serangan Zaffrel dengan menendang kuat perut Zaffrel.

“Sial!” Jerkah Zack lalu mengeluarkan pistolnya.

Bum!

Satu das tembakan dilepskan oleh Zack namun sempat dielak oleh Zaffrel. Zaffrel terus menyerang Zack dengan melutut kuat perut Zack.

“Arghh.” Zack menahan sakit. Dia jatuh terduduk dilantai. Pistol yang jatuh berhampiran dengannya dicapai dengan lantas sebelum Zaffrel menendang jauh pistol tersebut.

“Stop Zack! Berani kau angkat pistol tu, mati kau hari ni juga!” Jerkah Aura yang yang masuk ke ruangan tersebut.

“Aura what are you doing here?” Zaffrel terkejut dengan kehadiran Aura. Fokusnya pada Zack terus menghilang.

Zack mengambil peluang untuk memusingkan badannya bagi menembak Aura.

One, two

Buk!

Zaffrel yang sedar dengan tindakan Zack terus menendang tubuh tersebut sehingga Zack terhumban pada lantai.

“Come!” Zaffrel menarik tangan Aura untuk beredar dari situ. Mereka berlari sekuat mungkin ke arah pantai dimana Petter sudah menyediakan kenderaan buat mereka.

Bum! Bum!

Bunyi tembakan tertubi tubi mengejar mereka. Zack seperti orang hilang kawalan apabila Zaffrel dan Aura mula melarikan diri.

“Kejar sampai dapat!” Arah Zack kepada orang suruhannya.

“Tuan ambil ni.” Terry yang turut melarikan diri terus melemparkan sepucuk pistol kepada Zaffrel. Zaffrel menyambutnya dengan baik.

Bum! Bum!

Aura membalas tembakan dari orang suruhan Zack. Zaffrel terkedu seketika melihat keadaan tersebut. Zaffrel lansung tidak menyangka bahawa Aura sangat handal dalam menggunakan senjata.

“Aura kira sampai tiga kita berhenti dan balas tembakan.” Arah Aura sambil berlari.

“Satu, dua, tiga”

Bum! Bum! Bum!

Zaffrel dan Aura membalas tembakan bertubi - tubi. Mereka kembali melarikan diri. Saat Zaffrel dapat merasakan tembakan bakal terkena pada Aura, dia terus menarik Aura kedalam pelukannya. Dia kembali membalas tembakan tersebut.

Tembakan demi tembakan mula berperangan. Akhirnya pistol Aura kehabisan peluru. Aura mula tertekan. Dia berpatah balik lalu berlari kearah orang suruhan Zack.

“Aura!” Laung Zaffrel sambil mengejar Aura yang mula mendapat orang suruhan Zack.

“Jangan bimbang!” Aura menarik salah seorang daripada orang suruhan Zack lalu menendang kuat perut dan tempat sulit lelaki itu. Pistol yang berada ditangan lelaki itu terus diambil oleh Aura lalu Aura kembali melarikan diri kearah Zaffrel.

“Hey kenapa buat macam tu bahaya.” Tubuh Aura ditarik dalam pelukannya lalu terus membawa Aura masuk kedalam kereta yang dipandu oleh Terry.

“Jarang sekali nak tunjuk skill.” Jawab Aura sambil sempat dirinya menembak seorang lagi sebelum memboloskan dirinya kedalam kereta .

“Apa yang kau dah buat Adrian!” Jerkah Zack setelah melihat Aura dan Zaffrel sudah jauh dari pandangan matanya.

“Jangan berani bunuh Zaffrel!” Ujar Adrian lalu meninggalkan Zack yang bergunung - gunung amarahnya.

Zack menarik nafas sedalam - dalamnya. Korang selamat sebab Adrian. Tapi aku tak akan berdiam diri. Aku akan pastikan semunya berakhir.

Lepas ni nk bahagia dulu ke nk konflik terus hurmm ; )

Share this novel

Farahfarhana zakri
2021-07-27 01:28:47 

farah tahu semua rhasia yg tersimpan sakit kepala ni fikirkan jawapan hahaha

Yasmin Cyg
2021-07-26 22:35:14 

ya Allah sekian lm nunggu tp up cm skejap namun tk mengapa trimakasih banyak dah sudi up hr nie dan sllu ditunggu,,,salam santun & sjahtra


NovelPlus Premium

The best ads free experience