JDMA-31 (MISI MEMUJUK)

Romance Series 66915

(MISI MEMUJUK)

STERENG kereta dihentak kuat beberapa kali. Rasa bersalah mula menyerang lubuk hati. Zaffrel menyandarkan badannya pada kusyen kereta. Puas dia mencari isterinya namun lansung tidak dijumpainya.

Zaffrel kembali memandu pulang kerumah mertuanya. Entah apa anggapan mertuanya itu apabila mengetahui masalah tersebut.

Zaffrel menghela nafasnya saat dia tiba dipekarangan rumah mertuanya. Loceng rumah ditekan beberapa kali. Terjengkul wajah Datin Mona di hadapan pintu pagar dengan senyuman tak lekang dibibir. Zaffrel pula yang rasa bersalah melihat senyuman tersebut.

“Eh Zaff, tak cakap nak datang, kalau tak mama boleh masakkan masakan kegemaran Zaff dengan Aura.” Datin Mona simpul senyum sambil matanya melilau mencari susuk tubuh puteri kesayangannya itu.

“Aura mana?” Soal Datin Mona.

“Mama, Zaff nak minta maaf.” Zaffrel tekur lantai. Tidak tahu dari mana perlu dia mulakan. Takut sekiranya mertuanya itu tidak lagi memberi kepercayaan kepadanya untuk menjaga isteri kesayangannya.

“Zaff kenapa ni?” Datin Mona mula cuak. Aura tak ada Zaff sedih. Apa yang jadi ni?

“Kami gaduh. Tapi sumpah semua ni hanya silap faham. Zaff faham emosi Aura tak stabil. Salah Zaff juga sebab tak pujuk dia dengan baik.” Zaffrel mengeluh sesaat. Biarlah mertuanya itu mahu membencinya, asalkan mereka dapat membantunya mencari Aura.

“Zaff kita masuk dulu.” Ajak Datin Mona lembut lalu berjalan masuk kedalam rumah. Jantungnya mula berdetak kuat. Apa yang dah jadi?

Zaffrel duduk di sofa berhadapan dengan Datin Mona. Dato Khalid yang menyedari kehadiran menantunya itu turut melabuhkan punggung disebelah Zaffrel.

“Zaff bila sampai? Aura mana?” Soal Dato Khalid pula.

“Abang, diorang gaduh. Bagi Zaff ceritakan dulu ye.” Ujar Datin Mona.

Dato Khalid yang masih tidak mengerti hanya mendiamkan diri membiarkan Zaffrel menceritakan segalanya.

“Aura nampak Zaff sambut Tasha. Tapi Zaff buat semua tu sebab Tasha mengandung. Dia nak terjatuh. Zaff selamatkan dia bukan sebab Zaff cintakan dia, tapi Zaff tak nak tengok wanita gugur depan mata Zaff lagi. Zaff dah terlalu trauma dengan keadaan Aura yang gugur depan Zaff. Zaff cuma nak selamatkan baby tu, tapi Aura dah silap faham.” Zaffrel mengeluh sesaat.

“Aura pergi tinggalkan Zaff. Zaff dah cari merata tempat tapi still tak jumpa. Dia ada hantar mesej dekat Zaff, dia taknak Zaff cari dia. Tapi Zaff takut kalau apa - apa berlaku dekat dia. Dia masih dalam pantang, dia tengah sakit.” Terang Zaffrel dengan suaranya yang sedikit kesal.

Datin Mona dan Dato Khalid terdiam setelah mendengar penjelasan daripada Zaffrel. Perasaan bimbang turut mengusai diri mereka.

“Takpa Zaff, semua ni bukan salah Zaff. Kita cari Aura sama - sama ye. Papa tahu puteri papa kuat. Insyallah Aura okay.” Dato Khalid simpul senyum. Bahu Zaffrel digosok bagi memberi ketenangan pada menantunya itu.

“Terima kasih mama papa.” Zaffrel ukir senyuman walau hatinya masih risau memikirkan tentang Aura.

“Zaff dah call...”

Kring...Kring...

Zaffrel mengangkat tangan tanda sekejap. Iphone di dalam kocek seluarnya diambil lalu panggilan dari Datin Rasyidah dijawab.

“Hello mummy, ada apa call Zaff ni?” Soal Zaffrel yang sedaya upaya mengawal suara risaunya agar tidak diketahui oleh Datin Rasyidah.

“Zaff, daddy dah tak ada.” Mendatar sahaja suara Datin Rasyidah saat ini.

Mulut Zaffrel bagai terkunci. Tiada satu patah perkataan pun yang mampu keluar dari mulutnya.

“Zaff, daddy bunuh diri. Dia terjun tingkat hospital.” Sambung Datin Rasyidah lagi.

“Zaff...Zaff...” Zaffrel kelu. Tidak tahu apa yang perlu dijawabnya. Panggilan terus diputuskan.

“Kenapa Zaff?” Soal Datin Mona.

“Daddy dah tak ada, dia bunuh diri terjun tingkap hospital.” Ujar Zaffrel dengan reaksi yang kosong. Satu sahaja yang bermain difikirannya saat ini, Aura.

“Innalillah... Zaff pergi dulu hospital urus kes daddy ni. Jangan bimbang pasal Aura biar mama dan papa yang tolong carikan.” Ujar Dato Khalid pula.

“Takpa, Zaff nak cari Aura. Selagi Zaff tak jumpa dia , Zaff tak tenang. Mummy ada dia boleh uruskan kes daddy.” Zaffrel bangun dari duduknya . Dia nekad, dia ingin mencari Aura sehingga Aura ada didepan matanya. Hal daddy biarlah orang lain yang uruskan.

“Zaff, jangan macam tu. Seburuk buruk dia pun dia tetap daddy Zaff. Zaff pergi urus daddy Zaff, dia dah tak ada, maafkan segala silap dia, biar dia pergi dengan tenang. Zaff je anak dia, Zaff yang lebih berhak urusakn jenazah dia.” Pesan Datin Mona pula.

“Tapi Aura....”

“Aura biar kami yang carikan. Zaff pergi dekat daddy, ingat dia tetap daddy Zaff” bahu Zaffrel ditepuk perlahan oleh Dato Khalid.

“Baik mama papa. Kalau ada apa - apa berita pasal Aura bagitahu Zaff ye. Zaff pergi dulu.” Tangan Datin Mona dan Dato Khalid dikucup hormat. Berat hatinya untuk membiarkan sahaja mertuanya mencari isterinya. Sepatutnya aku yang setia mencari Aura, aku yang perlu setia menunggu kepulangannya.

AURA berdiri betul - betul dihadapan rumah nenek. Jauh perjalanannya hari ini. Seluruh tubuhnya rasa tidak bermaya. Sakit didalam perutnya mula meningkat.

“Assalamualaikum , nenek, tokdy!” Laung Aura sambil tangannya ligat menekan loceng rumah.

“Waalaikumussalam , Ya Allah Aura. Bila sampai ni? Tak cakap pun nak datang.” Tubuh Aura terus dipeluk erat oleh Nenek. Bahagia bukan kepalang apabila melihat Aura berdiri dihadapannya.

“Zaff mana?” Soal nenek pelik. Kelibat Zaffrel lansung tidak kelihatan.

“Aura datang sorang je nek.” Tubuh nenek kembali dipeluk . Aura menghemburkan tangisan dibahu tua itu.

“Hey Aura, apa dah jadi ni. Jangan nangis sayang. Kita masuk dulu, dekat luar ni sejuk.” Tubuh Aura terus dibawa masuk kedalam rumah tersebut. Tokdy hanya memerhati gerak geri mereka berdua.

“Kenapa muka Aura pucat sangat ni?” Soal nenek sambil membelek wajah Aura.

“Aura.. Aura baru je keguguran semalam.” Luah Aura sambil menekur lantai.

“Ya Allah , Aura baru gugur dah datang sini ? Malaysia dengan London ni jauh Aura oi. Kenapa sampai jadi macam ni?” Soal Nenek dengan penuh perasaan risau.

Aura hanya mampu berdiam diri. Entah apa yang perlu keluar dari mulutnya.

“Awak, bagi Aura rehat dulu. Lesu sangat dah muka dia tu. Bagi dia rehat. Awak pergi masak untuk dia dulu.” Pesan Tokdy yang duduk disebelah Aura.

“Baiklah abang. Aura, Aura rehat dulu ye. Pucat sangat Aura ni. Kalau nak apa - apa panggil nenek dengan Tokdy. Kalau sakit cakap ye sayang. Dah pergi rehat dulu.” Rambut Aura dibelai lembut sebelum dia menapak masuk keruangan dapur.

“Aura pergi rehat. Barang Aura biar tokdy bawa masuk.” Ujar Tokdy pula.

“Baik tokdy. Terima kasih.” Aura simpul senyum. Dia terus memasuki bilik tetamu lalu merebahkan badannya pada katil.

Siling putih dipandang kosong sekosong hatinya. Zaffrel dah tak sayang aku ke? Mana dia? Kenapa aku tak rasa pun yang dia sedang cari aku? Ke dia memang tak kesah kalau aku nak pergi mana sekali pun?

Aura mengeluh sesaat. Adakah ini pengakhiran kisah aku dan dia?

ZAFFREL duduk dibangku kosong dihadapan bilik bedah menunggu Dato Malek selesai dibedah. Jiwanya kosong sekosong - kosongnya. Otaknya masih ligat memikirkan soal Aura.

“Zaff, kenapa mummy tengok Zaff gelisah je ni?” Soal Datin Rasyidah dengan lembut.

“Tak ada apa la mummy, Zaff cuma risaukan Aura. Dia duduk sorang - sorang dekat rumah.” Bohonh Zaffrel walhal dia lansung tidak mengetahui keberadaan Aura. Bukan niatnya mahu menipu Datin Rasyidah, namun dia tidak mahu mummynya itu risau memandangkan Datin Rasyidah cukup tertekan mengurus hal Dato Malek.

“Zaff tak suruh papa dan mama tengokkan Aura? Risau pula mummy kalau biarkan Aura duduk sorang - sorang.” Ujar Datin Rasyidah.

“Dah..Dah Zaff dah call diorang.” Bohong Zaffrel lagi.

Belum sempat Datin Rasyidah ingin menjawab, kelihatan seorang doktor lelaki sudah berdiri diantara mereka.

“Puan , Encik , jenazah sudah selesai dibedah siasat. Jenazah akan dimandikan sekejap lagi. Ada yang nak mandikan jenazah tak?” Soal Doktor lelaki itu.

Zaffrel hanya mendiamkan diri. Rasanya biarlah pihak hospital yang menguruskan segalanya.

“Zaff, pergi mandikan daddy.” Arah Datin Rasyidah.

“Tapi..”

“Zaff daddy dah tak ada. Maafkan dia ikhlaskan segala yang Zaff buat. Tak baik Zaff.” Pesan Datin Rasyidah lagi.

Zaffrel simpul senyum. Dia hanya mengangguk lalu mengikuti langkah doktor lelaki tersebut.

Memaafkan itu sungguh sukar, tapi maaf itu adalah ketenangan yang paling indah.

SOLAT jenazah diadakan di rumah Datin Rayidab. Zaffrel mengambil kesempatan untuk menjadi imam solat tersebut. Betul kata semua orang, memaafkan itu adalah jalan terbaik.

Usai menunaikan solat jenazah, Zaffrel mengambil peluang untuk menghubungi mertuanya.

“Mama, macam dengan Aura? Ada apa - apa berita ke?” Soal Zaffrel dengan bersungguh - sungguh. Dari tadi dia lansung tidak mampu fokus dengan apa yang berlaku memandangkan fikirannya melayang pada Aura.

“Zaff tadi papa dah dapat maklumat, Aura dah fly sampai London.” Jawab Datin Mona.

“London? Dia pergi London dengan keadaab sakit macam tu? Ya Allah..” Zaffrel tergamam. Jauh tu sekali dia mahu jauhkan diri dari aku.

“Zaff tahu ke Aura duduk mana dekat London tu?” Soal Datin Mona pula.

“Zaff rasa Zaff tahu. Sekarang ni baru nak pergi kebumikan jenazah. Selesai je urusan dekat sini , Zaff akan fly ke London.” Jawab Zaffrel pula.

“Mama dan Papa ikut sekali ye.”

“Baik mama.” Jawab Zaffrel dengan senyuman. Sekurang - kurangnya dia tahu dimana keberadaan Aura. Namun selagi Aura tidak berada didepan matanya, jiwanya seakan kosong!

“Nenek..” Aura menyapa nenek yang sedang ralik membersihkan pasu bunga dirumahnya. Bunga - bunga di sini boleh kata semua cantik. Sesuailah dengan suhu disini.

“Aura , buat apa dekat luar ni? Masuk dalam , sejuk dekat luar ni, awak tu dalam pantang. Nenek tak pa la nenek dah biasa dekat sini. Ingat Aura, ni London bukan Malaysia.” Bebel nenek panjang lebar.

“Ala nek, kejap je. Lagipun Aura dah pakai sweater setebal kulit gajah dah ni. Aura pun boring juga asyik duduk dalam bilik tenung dinding. Dah la hati Aura ni kosong, tengok dinding kosong tu makin kosong hati ni.” Jawab Aura lalu melabuhkan punggung dimeja batu sebelah nenek.

“ Memanglah hati tu kosong, cik suami ada awak tinggalkan dia. Ni mesti kes rindu suami la tu.” Usik nenek lalu turut melabuhkan punggung dihadapan Aura.

“Suka hati dia la nek. Malas nak dengar nama dia. Orang dah tak sayang kita buat apa kita nak ingatkan dia.” Aura mengeluh sesaat. Dah lama benar aku duduk dekat sini, tapi lansung tak nampak kelibat dia.

“Mana Aura tahu yang Zaff tak sayangkan Aura?” Duga nenek.

“Nek, kalau dia sayangkan Aura dah lama dia cari Aura. Tapi nenek tengok la sendiri ada nampak kelibat dia? Ada nampak batang hidung dia?” Soal Aura pula.

“Cuba bagitahu nenek apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa sampai lari jauh macam ni. Ni kalau nenek duduk dekat kutub selatan pun rasanya Aura sanggup datang.” Seloroh nenek.

“Kalau boleh puncak gunung everest pun Aura nak daki asal tak jumpa dengan dia. Aura sakit hati tau nek. Aura sakit waktu tu, Aura nak cari dia nak merintih sakit, tapi jelas depan mata Aura dia duk peluk ex dia tu. Hati mana tak sakit nek. Lagi sakit bila dia sanggup tinggikan suara dekat Aura. Bayangkanlah Aura dengan keadaan sakit masa tu, dia boleh tinggikan suara sebab salah dia. Jelas depan mata dia peluk ex dia tu.” Luah Aura dengan penuh kecewa.

“Seriuslah Aura? Patutlah sampai sini Aura lari. Ni kalau nenek jumpa si Zaff tu memang nenek bidas la dia.” Meja batu dihadapannya diketuk geram. Bertuah punya cucu, muka dah handsome tapi dengan bini lawa macam ni dia boleh curang.

“Malaslah cakap pasal dia lagi. Apa kata kalau Aura bantu nenek susun bunga ni?” Cadang Aura.

“Tak payah nak mengada. Duduk tengok je. Jangan sampai tentera bebel nenek keluar.” Pesan nenek sebelum kembali menyambung kerjanya.

“Yelah.” Aura mencebik. Baru je nak bahagia nak tolong nenek, tapi belum apa - apa yang kena sekat.

SETELAH berjam - jam perjalanan dari Malaysia ke London, akhirnya mereka tiba dihadapan rumah nenek. Nafas lega ditarik.

“Assalamualaikum , nenek ! Tokdy!” Salam diberi bersertakan loceng ditekan.

“Waalaikumussalam , awak ni anak menantu datang ni” ujar tokdy kepada nenek.

“Eh Zaff datang. Kenapa tak cakap nak datang ni? Ni ada apa datang tiba - tiba ni? Ha Aura mana?” Soal nenek yang cuba mendera jiwa Zaffrel.

“Aura? Au..Aura.. Aura haa Aura baru keguguran, tu yang tak ikut kami ni.” Bohong Zaffrel. Jantungnya mula berdetak kembali. Kalau dekat sini pun masih tak ada Aura pergi mana?

“Ya Allah betul ke? Habis yang kamu tinggalkan dia sorang diri tu dah kenapa? Dia tengah sakit tu.” Bebel nenek.

“Erkk... Aura, Aura...” Zaffrel garu kepala. Mertua dan mummy dipandang silih berganti meminta bantuan.

“Sekak bila pandai menipu ni?” Soal tokdy lalu memulas telinga Zaffrel.

“Aduk sakit la tokdy. Zaff tipu apa?” Soal Zaffrel kembali sambil menggosok telinganya.

“Apa yang kamu dah buat dekat Aura hah!?” Telinga sebelah kanannya pula dipulas oleh nenek.

“Zaff buat apa?” Soal Zaffrel kembali.

“Kami tahu tak, Aura tengah sakit waktu tu. Dia nak mengadu dia punya sakitbdekat kamu tapi kamu boleh tayang drama korea peluk sana sini dekat dia.” Nenek bercekak pinggang. Budak ni kalau aku sumbat dalam botol gam sumpah tak berdosa.

“Ooo Zaff curang la ni? Apa punya cucu la Zaff ni, Bini punya lawa punya cantik Zaff boleh curang lagi. Perasan nak pasang dua, eh bini sorang pun tak lulus nak urus ada hati nak pasang dua.” Sambung tokdy pula.

Datin Mona, Dato Khalid dan Datin Rasyidah hanya memerhati anak menantu mereka dibasuh oleh nenek dan tokdy.

“Jadi Aura ada dekat sini la?” Soal Zaffrel dengan teruja. Nafas yang hilang berjam - jam ditarik lega.

“Kalau dia ada sekali pun nenek taknak kasi Zaff jumpa dengan dia. Siapa suruh curang dengan bini.” Tangan nenek disilang kedada. Budak macam ni kena uji sikit.

“Bukan nek , semua ni salah faham je. Mama tolong terangkan.” Ujar Zaffrel lalu terus berlari masuk ke dalam rumah.

“Woi cucu! Bertuah punya cucu.” Bebel tokdy pula.

“Ha ni siap? Malek mana?” Soal nenek kepada mereka bertiga.

“Ni parents Aura. Kita kasi cerita dekat dalam je mak. Dah sejuk beku dah rasanya duduk luar ni.” Celah Datin Rasyidah.

“Yela”.

ZAFFREL memasuki bilik yang menempatkan Aura. Aura yang sedang ralik bermain phone terus menoleh.

“Abang buat apa dekat sini?” Soal Aura lalu turun dari katilnya.

“Abang cari Aura la.” Zaffrel mendekati Aura.

“Aura dah cakap kan tak payah cari Aura.” Aura merenpuh bahu Zaffrel lalu terus keluar dari bilik tersebut.

“Erkk, mama papa , mummy pun ada.” Aura simpul senyum. Dia duduk disebelah Datin Rasyidah.

“Jauh Aura lari. Dah kenapa sayang oi?” Soal Datin Rasyidah yang sudah sedia maklum dengan masalah anak menantunya.

“Mummy tanya la dengan anak mummy tu.” Zaffrel dipandang sekilas.

“Eh abang tak salah pun. Semua ni silap faham je.” Jawab Zaffrel lalu melabuhkan punggung disisi tokdy.

“Salah faham apanya. Jelas depan mata Aura. Masih nak berbohong ke?” Aura menyilangkan tangannya kedada.

“Sayang tak pernah bagi abang untuk jelaskan semua ni. Abang buat semua tu bersebab tau.”

“Sebab apa? Sebab abang rindu Tasha? Dah tu pergi la dekat dia tak payah datang sini.”

“Bagilah dulu abang jelaskan.”

“Tak payah nak jelaskan. Jelas depan mata pun nak berbohong lagi.”

“Abang tak buat...”

“Sudah! Masalah rumah tangga korang pergi settle dalam bilik. Nak suruh satu London ni tahu ke korang gaduh?” Bebel nenek.

“Zaff bawa Aura masuk bilik.” Arah Tokdy pula.

“Aura tak nak” Aura membantah.

“Aura pergi jangan sampai nenek paksa Zaff dukung Aura sudah.” Jelingan maut dihadiahkan buat Aura khas dari nenek.

“Ish ye la.” Aura terus memasuki bilik lalu menutup pintu tanpa sempat Zaffrel masuk kedalam rumah tersebut.

“Sayang buka la pintu ni.” Rayu Zaffrel.

“Tak nak!”

“Nenek Aura tak nak buka pintu!” Laung Zaffrel.

“Ish menyampah betul!” Aura membuka pintu dengan laju sehingga terdorong tubuh Zaffrel kehadapan.

“Abang nak apa datang sini? Aura dah cakap kan tak payah cari Aura!” Suara Aura sedikit meninggi.

“Sayang abang tak buat semua tu. Abang tak ada niat nak tinggikan suara dengan sayang...”

“Takda niat abang cakap? Abang tahu tak Aura tengah sakit waktu tu. Aura ingat boleh la suami layan Aura dengan baik. Tapi dengan apa yang Aura nampak dengan cara abang layan Aura, sumpah Aura kecewa. Bayangkan la waktu Aura tengah sakit tapi abang sanggup tinggikan suara dengan Aura. Pernah tak abang fikir perasaan Aura saat tu?” Soal Aura sambil mengesat lembut air mata yang mula keluar di tubir mata.

“Sayang, Ya Allah bagi abang jelaskan. Ye abang salah sebab....”

“Dah la abang, enough ! Aura dah penat dengan semua ni. Kalau betul abang sayangkan Aura, kenapa sekarang baru muncul? Bukan main ramai orang suruhan kononnya, tapi Aura datang sini pun takkan tak boleh agak? Tak tahu la kalau nak datang sini kena ambil masa pujuk si Tasha dulu, takut dia merajuk kan.” Sindir Aura lalu terus melangkah keluar.

“Aura nak pergi mana tu?” Soal Datin Mona setelah melihat Aura sudah kemuka pintu.

“Aura nak keluar jalan - jalan.” Jawab Aura ringkas.

“Keluar jalan - jalan apanya, kamu tu dalam pantang. Duduk rumah je.” Sambung nenek pula.

“Aura gugur bukan bersalin.” Jawab Aura.

“Gugur pun kena pantang. Badan tu nak guna lama, tak payah nak mengada masuk rumah. Kat luar sejuk.” Sambung nenek lagi.

“Badan yang guna sekejap ni pun orang tak hargai apatah lagi guna lama. Tak da nilai pun nek.” Aura terus melangkah keluar menghiraukan sahaja mereka disitu.

“Takpa nek, biar Zaff ikut Aura.” Celah Zaffrel lalu terus menyarung kasutnya.

“Dah kamu buat salah, pandailah tanggung.” Bidas tokdy pula.

Zaffrel kembali menarik nafas panjang. Langkah Aura diikutinya sahaja. Walaupun mendapat amaran dari Aura untuk tidak mengikutinya, namun Zaffrel masih berdegil untuk memujuk isteri kesayangannya itu.

Misi memujuk hati isteri akan diteruskan di bab seteusnya.. adakah Zaff akan berjaya memujuk Aura yang lansung tidak memberinya ruang untuk menceritakan hal sebenar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience