(MERAJUK)
AURA duduk di kerusi berhampiran kolam renang sambil berpeluk tubuh. Lucy diintai seketika sebelum bersuara. Dia cakap nak pergi toilet jadi ada la ruang aku nak mengumpat sekejap.
“Abang sampai bila dia nak menyemak dekat rumah ni?” Soal Aura kedengaran tidak puas hati.
“Lepas ni dia keluar la tu, maybe.” Jawab Zaffrel sambil menghirup kopi.
“Aura tak suka la dengan perempuan tu. Gedik. Kalau abang tak ada tadi rasanya Aura penyek sampai jadi kuman dah.” Aura berdecit geram. Kang tak pasal - pasal ada yang kena hempuk dengan tayar lepas ni.
“Hey berbual pasal apa tu?” Sapa Lucy lalu menarik kerusi duduk disebelah Zaffrel.
“Tengah bincang nak masak sayur hijau ke sayur purple.” Jawab Aura selamba sambil memerhati rambut Lucy. Dah macam chewing gum.
“Ouh erkk ya. Zaff I actually nak cakap something la. But i hope you can help me.” Lucy ingin memegang lengan Zaffrel namun pantas Zaffrel menariknya.
Amboi sedap kau je nak pegang lengan suami aku. Sabar Aura sabar. Tolonglah jangan paksa aku jadi pembunuh.
“Nak cakap apa?” Soal Zaffrel acuh tak acuh.
“Actually, I’m interested in learning about Islam. I like the Islamic way. Like you always say, what? Hidayah? I think I've got that hidayah. And I datang sini pun sebab nak bagitahu about this.” Luah Lucy dengan ceria.
“Are you serius Lucy?” Soal Zaffrel sedikit teruja.
“Yaa I’m serius.” Lucy tersenyum lebar.
“What a good news. Nanti I bagitahu my mum and my grandmother untuk bimbing you. Diorang mesti happy.” Ujar Zaffrel pula.
Lucy tersentak. Niatnya mahu mengambil perhatian Zaffrel , namun tidak sangka Zaffrel melepaskan kepada mummy dan neneknya.
“But I tak biasa dengan diorang. I hope you boleh bantu I. You pun boleh kan ajar I?” Soal Lucy pula.
“Sebaiknya belajar dengan orang yang lebih berpengetahuan. Kalau you ikhlas nak belajar, tak perlu nak bagi alasan.” Celah Aura lalu terus berdiri. Ikhlas ke tak budak ni ke sengaja nak tarik perhatian orang. Ahh tak baik Aura.
Saat Aura ingin melangkah tangannya terus disambar oleh Zaffrel.
“Nok gi mano? Duduk la sini, abe tok sey duduk nga dio. Jange tingga abe.”
Aura mengerutkan dahi. Suami aku ni demam ke apa sampai cakap Kelantan tiba - tiba ni?
“Jange bimbey dio tok pehey abe kecek gapo. Tok soh gi lain la. Tok sey abe duduk nga dio jah.” Tangan Aura ditarik untuk kembali duduk.
“You cakap apa Zaff?” Soal Lucy dengan kerutan di dahi.
“Bahasa Jawa. Aura suka cakap bahasa Jawa.” Bohong Zaffrel.
“Ouh so how about permintaan I tadi? You agree tak?” Soal Lucy lagi.
“Nantilah I fiki...”
“Aduh.” Zaffrel menggosok pahanya yang selamat dicubit oleh Aura.
“Why?” Soal Lucy bimbang.
“Nothing. Nanti I bagitahu my mum pasal you. I think lebih elok you belajar dengan diorang.” Jawab Zaffrel. Kang silap jawab dapat sepit ketam pula.
“Ouh by the way bila you nak keluar dari rumah ni? Maaflah I jenis tak selesa bila ada orang luar dekat rumah ni.” Soal Aura tanpa lansung dikawalnya.
Zaffrel panggung kepala. Kalau tak bahaya soalan dia bukan Aura la. Aduii susah juga bila ada bini terlalu garang ni.
“You nak halau I? Hello ni rumah bestfriend I tau.” Lucy mengibas - ngibas tangannya tanda panas hati.
“Hello ni rumah suami I tau.” Aura duduk bercekak pinggang. Tak malu betul perempuan ni. Make up jenama apa dia pakai sampai muka tebal macam ni.
“Then? Do I care?” Lucy menayangkan wajah gediknya.
Zaffrel garu kepala . Ah sudah. Kalau Lucy ni bukan kawan aku dah lama aku humban dekat lantai.
“Eh perempuan mulut kau tu jaga sikit eh sebelum aku sumbat najis ayam. Jangan sampai aku lempang kau sampai muka kau pun jadi warna hijau purple sudah.” Aura kempal penumbuk. Kau tunggu kau perempuan.
“You ni memang biadap kan! I dont know la how Zaff boleh suka dekat perempuan like you. Entah - entah dia terpaksa je terima you..”
“Shut up Lucy! I respect you as my friend. But what have you said it’s too much! Aura my wife, so please respect her as my wife!” Meja kayu dihadapannya dipukul kuat. Kesabaran sudah hilang saat Lucy menghina Aura.
“How dare you. I yang kenal you dulu, I yang ada waktu you susah but you bela perempuan ni dari I. Sebab cinta you lupakan sahabat susah senang you. You think I siapa? Sampah? I have feeling Zaff..” bergetar hiba suara Lucy saat ini.
Perkahwinan Zaffrel sudah cukup melukakan hatinya kini dia dibenci pula oleh lelaki tersebut. 5 tahun aku simpan perasaan terhadap kau, tapi kini aku hilang segalanya.
“I realized my presence was uninvited. Tapi jangan pula dihalau. Because I ada hati, I ada perasaan . I confess that I have kept my feelings pada you dah lama. But I realize I'm not worthy of you. Maybe our friendship will end here. Forgive me for loving you. I know mencintai you adalah kesilapan paling besar yang I pernah buat.” Lucy ketap bibir. Dia tidak kuat untuk meneruskan kata - katanya lagi.
Zaffrel kelu seketika. Jadi selama ni dia cintakan aku?
“I know korang benci kan I duduk sini? Okay fine! I boleh berambus dari sini. Lagipun I dah dihalau macam binatang. I have dignity. I will go from here without having to drive me away!” Sambung Lucy lagi.
Kata - kata Lucy bagai tamparan kuat bagi Aura. Kata - kata Lucy seakan memberitahu bahawa dirinya begitu kejam menghalau wanita itu. Apa masalah dia hah? Why perlu wujud manusia macam ni.
“You nak salahkan orang sebab halau you? Habis you pernah sedar tak apa yang you cakap tu lebih kejam dari orang halau you. You cakap I bela Aura than you ? Yes of course she is my wife. And kalau you ikhlas susah senang dengan I , you tak akan ungkit benda yang lepas. You tak akan buat I marah and you tak akan hina orang yang I cinta. So what? You still nak cakap I backup orang yang salah? You still nak cakap I kejam dengan you?” Zaffrel memeluk tubuh . Mencerlung dia memandang ke arah Lucy.
Lucy hanya mampu mendiamkan diri. Tubur matanya terasa panas seakan hendak menangis.
“Cari kebahagiaan you sendiri Lucy. Dah la sini bukan tempat you, you balik dekat London cari pasangan hidup you. And one more thing, please, I merayu jangan gunakan nama Islam untuk dapatkan sesuatu. Kalau you nak belajar Islam, ikhlaskan hati you, jangan sebab cinta you khianat agama.” Sambung Zaffrel lagi lalu memimpin tangan Aura untuk berlalu dari situ.
Lucy mengejar langkah Zaffrel, namun dia mendapat satu idea untuk menarik perhatian lelaki itu.
“Zaff help me, I'm dizzy” Lucy memegang kepalanya berlakon seakan pening.
Bum!
Tubuhnya terus terjatuh kedalam kolam renang.
“Sayang, Lucy pandai berenang tak?.” Soal Zaffrel saat melihat Lucy sudah selamat terjunam ke dalam kolam renang.
“Mana la Aura tahu. Nampak macam lemas tu. Pergi la selamatkan dia!” Tubuh Zaffrel ditolak mendekati kolam renang.
“Ishh tak nak abang. Siapa suruh dia terjun. Pandai terjun pandai la naik sendiri.” Jawab Zaffrel.
“Allah. Dia lemas tu abang. Mati anak orang karang.” Aura menepuk dahi. Kejam juga suami aku ni.
“Malas abang, nampak sangat tadi dia sengaja jatuh dalam kolam. Tu la nak menipu lagi.” Zaffrel juih bibir. Macam aku tak kenal perangai dia.
“Habis macam mana ni? Lucy dah lemas tu!” Aura mula panik saat melihat Lucy terkapai - kapai lemas di dalam kolam.
“Sayang pergi la!” Tubuh Aura terus ditolak kedalam kolam renang.
“Abang! Ish tunggu abang!” Bentak Aura sambil menumbuk kuat air di dalam kolam renang.
Aura terus berenang ke arah Lucy. Tubuh Lucy yang terkapai - kapai lemas ditariknya. Namun Lucy seakan dirasuk saat dia kembali menarik Aura lalu menyelamkan wajah Aura ke dalam air.
Jiwanya cukup sakit dan cemburu saat melihat kemesraan Aura bersama Zaffrel. Lucy terus menyelamkan wajah Aura sehingga Aura menggelupur kelemasan.
“Sayang!” Zaffrel lantas terjun kedalam kolam bagi menyelamatkan isterinya. Wajah Lucy ditampar kuat lalu dia menarik Aura kembali ke dalam dakapannya. Aura yang menggigil dipeluk erat. Zaffrel terus membawa isterinya keluar dari kolam renang.
“Sayang, okay tak ni?” Zaffrel menepuk wajah Aura yang kelihatan pucat tidak bermaya.
“Au..Aura..ok..okay..” jawab Aura seakan menahan nafasnya.
Mata Zaffrel bertukar merah. Berair matanya saat ini. Penumbuknya dikempal kuat sehingga menimbulkan urat - urat di tangannya.
“Celaka kau perempuan.” Zafrrel menghampiri Lucy yang sedang tersenyum sinis dibirai kolam.
Buk!
Wajah Lucy ditumbuk kuat sehingga hidungnya mengeluarkan cecair merah.
“Sumpah aku benci manusia yang sakitkan orang yang aku sayang. Kau tahu tak yang kau nak bunuh isteri aku! Kau tahu tak betapa sayangnya aku dekat dia! Kau tahu tak!” Jerkah Zaffrel dengan kuat.
“Aku rela mati demi Aura, tapi siapa kau nak sakitkan dia? Kalau jadi apa - apa dekat Aura, kau ingat aku boleh senyum ? Bahagia? Tak, kalau jadi apa - apa dekat dia tadi, mungkin aku dah tak normal. Mungkin aku dah gila.” Tanpa sedar setitik demi setitik air mata Zaffrel keluar membasahi pipi.
“Aku tak sanggup. Aku merayu pada kau. Kau boleh bunuh aku, tapi jangan sentuh isteri aku. Kau boleh benci aku tapi jangan benci isteri aku, kau boleh hina aku tapi jangan hina isterinya. Kau berambus dari sini, jangan sampai aku report polis.” Bergetar hiba suara Zaffrel saat ini.
“Berambus!”
Tanpa menunggu Lucy terus berlari dari situ.
ZAFFREL duduk bercekak pinggang di sebelah katil. Hai la bini tidur bukan main lasak. Mesti dia tengah mimpi belasah si Lucy sampai tidur macam ni sekali.
Aura membuka matanya. Dia duduk berteleku di atas katil lalu menggeliat.
Eh kejap! Macam mana aku boleh duduk dekat sini. Bukan ke tadi aku duk bergaduh dengan perempuan hijau purple tu? Baju aku? What no no , aku pakai baju lain tadi.
“Abang!” Jerit Aura.
“Kenapa sayang?” Zaffrel sembunyi senyum. Tahu sangat nak marah aku la tu.
“Siapa yang tukar baju Aura? Macam mana Aura boleh duduk dekat sini? Abang jangan cakap..”
“Abang la yang tukar takkan nak suruh duda sebelah rumah pula.” Jawab Zaffrel selamba.
“Abang!” Wajah Aura sudah berona merah. Ishhhh benci!
“Iye sayang.” Zaffrel senyum meleret lalu duduk bersila dihadapan Aura . Suka betul usik budak ni.
Aura ketap bibir. Ah kau Aura, macam mana boleh tak sedar ni. Aduhhhh.
“Tadi abang peluk sayang. Tengok - tengok sayang dah lena dalam pelukan abang. Abang pun apa lagi bawa la sayang naik. Tukar baju saya...”
“Stop! Abang boleh je kan kejutkan Aura. Aura sejuk sebab tu tertidur. Yang abang memandai ambil kesempatan tu kenapa!” Aura menyilangkan tangannya kedada sambil mencuih bibir.
“Alaa dengan suami sendiri pun nak malu. Macam la abang tak...”
“Abang stop! Tak nak kawan.” Aura terus turun dari katil lalu membuka pintu.
“Erkk.. Mummy.” Aura terdiam seketika saat melihat susuk tubuh Datin Rasyidah sudah berada dihadapannya saat ini.
“Mummy dah siap masak ? Zaff lapar la.” Soal Zaffrel dari arah belakang lalu menghampiri Datin Rasyidah.
“Dah mummy datang nak ajak makan sekali. Aura okay tak? Risau mummy tadi. Datang je Zaff bagitahu ada perang dunia ke lima belas tadi.” Ujar Datin Rasyidah sambil menggosok bahu Aura.
“Aura okay je...”
“Ye ke okay ? Bukan ke tak okay sebab merajuk dengan abang sebab abang tu...”
“Abang nak tidur luar rumah?” Soal Aura dengan nada halus tapi menusuk kejiwa.
“Tak nak tak nak. Jom kita makan.” Zaffrel senyum senget. Aishh main ugut macam ni mana adil.
“Ada - ada je korang ni. Jom la makan nenek dengan tokdy dah tunggu dekat bawah.” Ajak Datin Rasyidah dengan sopan.
“Bakal daddy Zaff tak ada sekali?” Usik Zaffrel.
“Bakal daddy Zaff? Siapa?” Datin Rasyidah garu kepala. Sejak bila pula aku cakap aku nak kahwin ni.
“Daddy Zack.”
Pap!
“Aduh. Mummy ni kita serius dia tampar pula bahu ni. Sakit tau. Mummy dengan menantu mummy sama je, dua - dua suka buli Zaff. Tak nak kawan.” Zaffrel mecebik lalu beredar dari situ.
“Aura jumpa dekat mana suami macam tu?” Soal Datin Rasyidah sambil memandang senget kearah Zaffrel yang menuruni anak tangga.
“Entah la mummy, sedar - sedar duduk tidur sebelah Aura dah.” Aura jungkit bahu.
“Lepas ada bini ni makin menjadi - jadi perangai dia. Dulu kalau nak tahu dia tu Ya Allah punyalah serius. Tapi sekarang sikit - sikit nak merajuk sebab apa? Sebab ada bini tolong pujukkan. Mengada kan.” Rancak mereka berdua bergossip sambil berjalan ke arah dapur.
“Tula mummy, tapi Aura tak pujuk kalau dia merajuk Aura merajuk juga. Last - last dia yang pujuk Aura.” Aura ketawa kecil. Perempuan mana boleh kalah.
“Bagus teruskan. Kita perempuan jangan mengalah dengan diorang. Lelaki kalau nak merajuk pujuk la diri sendiri.” Sambung Datin Rasyidah lagi.
“Dah habis mengumpat pasal Zaff? Tak nak sambung lagi ke? Banyak dah pahala Zaff dapat hari ni.” Celah Zaffrel yang dari tadi menahan telinga mendengar umpatan mummy dan isterinya.
“Biarlah Aura nak mengumpat pun, dosa isteri suami tanggung.” Jawab Aura selamba.
“Amboi belajar dekat mana ni?” Pipi Aura ditarik lembut.
“Belajar dengan abang.” Jawab Aura.
Aku juga yang kena. Wahai hati, sesungguhnya hidup sebagai suami Aura Fellisya ni kena banyak sabarnya. Tabah ye hati kita sama - sama rawat luka.
“Dah la tu meh makan. Nenek lapar dah ni.” Celah nenek sambil menghidangkan makanan di atas meja.
“Nek masak sambal petai ikan bilis. Sedapnya. Dah lama Aura teringin nak makan.” Aura menghidu aroma masakan yang terhidang elok di atas meja. Kecur liur betul.
“Teringin sayang pregnant ke?” Zaffrel kerut dahi. Tak silap aku baru semalam, aip Zaff tak mungkin la.
“Apa! Zaff tak payah nak mengada eh. Aura tu baru lepas gugur. Korang kena berpantang paling kurang seratus hari. Jangan nak mengada cakap Aura pregnant ke apa . Kalau nenek dapat tahu siap la.” Bebel nenek panjang lebar. Bukan boleh kira remaja zaman sekarang, mana fikir baik buruknya. Ikut suka diorang je.
Aura dan Zaffrel tergamam seketika. Kata - kata nenek bagai tamparan kuat dipipi mereka. Aura menoleh kearah Zaffrel. Matanya dikecilkan memandang kearah Zaffrel.
Zaffrel mula cuak. Tangannya naik memberi amaran untuk diam. Tahu takut masa kau buat tak fikir pula.
“Nenek, nak tahu tak...” Aura cuba untuk mengusik Zaffrel. Selalunya dia je usik aku.
“Ha ada apa pula?” Soal nenek. Uishh garang.
“Zaff kan..”
“Sayang no..” Zaffrel mencebik. Janganlah. Dia tak tahu ke nenek punya garang tu macam mana.
“Apa yang no no? Aura bagitahu sekarang. Zaff buli Aura ke?” Soal nenek lagi.
“Dia kan..”
“Sayang tak nak kawan.” Wajah Zaffrel sudah mula mengeluarkan peluh. Jantungnya sudah mengapam laju.
“Dia kan.....”
“Dia apa?” Soal nenek, tokdy dan Datin Rasyidah serentak.
“Sayang please, i’m begging , bengging you, tengok ternyanyi dah ni.” Zaffrel masih lagi dalam fasa katakutan. Jangan buat hal sayang oi.
Aura ketawa kecil. Kenakan aku nombor satu, bila kena batang hidung sendiri baru tahu nak gelabah.
“Dia nak daddy baru.” Jawab Aura selamba.
“Apa! Zaff jangan nak mengada eh.” Datin Rasyidah mencubit bahu Zaffrel. Kurang asam boi punya budak.
Zaffrel terlopong. Sekali lagi. Aduhai hati sabarlah. Memang aku ni dah jadi mangsa buli oleh pembuli - pembuli wanita. Ni kalau aku huat novel isteriku si pembuli bersiri auto ramai yang baca.
“Tunggu sayang, abang balas balik nanti.” Zaffrel tayang wajah merajuk. Makanan dihadapannya dijamah menghiraukan mereka yang lain yang galak mengusik dirinya. Biarlah aku nak merajuk. Kali ni nak merajuk betul - betul.
Share this novel