JDMA-41 (KAHWIN?)

Romance Series 66915

(KAHWIN?)

KELUHAN berat terbit di bibir Aura. Kecewa? Ya, itulah yang dirasanya saat ini. Perasaannya? Bagai ditelan ombak. Berat, sukar itulah yang mampu ditafsirkan. Sukar untuk menerima sesuatu yang sudah diberikan pengharapan.

“Negatif.” Terbit satu suara tersebut dengan sukar. Pregnancy test ditangannya dipandang penuh kecewa.

Tok! Tok!

Aura membuka pintu biliknya dengan malas. Entah mengapa hatinya rasa kecewa yang terlampau saat ini.

“Sayang buat apa dekat bilik ni? Jom la turun makan, yang lain dah...”

“Okay.” Pintas Aura sepatah lalu terus beredar dari situ.

Aku ada buat salah ke? Tak ada angin tak ada ribut nak bad mood ni kenapa? Ke dia memang pregnant sebab tu mood dia asyik berubah je.

Dengan otaknya yang ligat memikirkan soal Aura, Zaffrel turut melangkah turun ketingkat bawah.

“Aura jemput makan, tadi cakap nak makan nasi ayam kan, ni mama dan mummy masak khas untuk Aura dan ba...”

“Stop! Terima kasih masakkan untuk Aura. Takpa mama dan yang lain makan la. Aura tak nak makan.” Jawab Aura sambil duduk dikerusi memeluk tubuhnya.

“Kenapa ni sayang? Abang tengok bad mood je ni. Ada yang tak kena ke?” Soal Zaffrel dengan lembut lalu menarik kerusi duduk disebalah Aura.

Mata Aura mula berubah merah. Air mata yang diseka menitik keluar. Ye, kecewa. Kecewa sangat. Salah aku juga, sebab terlalu memberi harapan. Tapi hasilnya, negatif!

“Hey kenapa ni?” Zaffrel mula tidak keruan melihat Aura yang sudahpun menangis.

“Negatif..” Bergetar hiba suara Aura saat melafazkan perkara tersebut. Pregnancy test ditangannya diletakkan di atas meja.

Mereka yang lain sudah tegamam. Tidak mampu bersuara. Ye mereka turut rasa bersalah, kerana terlalu memberi harapan pada Aura.

Pregnancy test diatas meja tersebut dikerling sekilas oleh mereka. Ya, satu garis, negatif.

“Erkk, Aura, mummy...”

“Its okay mummy. Makanlah Aura tak nak makan.” Aura terus berdiri membawa diri ke ruang tamu dengan hati yang kesal. Mereka yang lain hanya mampu mendiamkan diri memandang satu sama lain.

Zaffrel mula berasa sebak. Bukan kerana berita yang diterimanya, namun sebak melihat keadaan Aura. Ya, Aura pasti kecewa.

Pregnancy test diatas dimeja diambil oleh Zaffrel. Lama dia merenung alat pengujian kehamilan tersebut. Tiba - tiba dahinya berkerut seribu.

“Kalau double line tu maksud dia apa?” Soal Zaffrel sambil masih ralik memerhati pregnancy test tersebut.

“Kalau double, pregnant la. Tapi tu satu line, maknanya tak.” Jawab Datin Mona dengan suara yang agak kendur.

“Habis tu , kalau macam ni?” Soal Zaffrel dengan penuh teruja. Senyuman dibibirnya mula terukir.

“Double line!” Serentak Datin Rasyidah dan Datin Mona bersuara.

“Zaff bakal jadi ayah kan? Aura bakal jadi ibu kan?” Soal Zaffrel dengan penuh teruja. Tanpa disedari air matanya mula bertakung. Senyuman tidak lepas dari bibirnya.

“Tahniah Zaff!” Ucap Adrian sambil menepuk bahu Zaffrel.

“Kita nak dapat cucu!” Jerit Datin Rasyidah dan Datin mona dengan bersungguh. Mereka berkejaran mendapatkan Aura diruang tamu.

“Aura!!!” Tubuh Aura dipeluk kemas oleh Datin Rasyidah dan Datin Mona.

“Mak kau terbang!”

Aura tersentak seketika. Dadanya dilurut perlahan dek kerana terkejut diterkam sebegitu. Nasib mak kau bukan aku yang terbang.

“Aura, mummy nak jadi nenek!” Jerit Datin Rasyidah dengan ceria sambil memeluk erat tubuh Aura bagai tidak mahu dilepaskan.

Aura masih blur. Dahinya sudahpun berkerut. Dia cuba mencerna setiap bait - bait yang disampaikan oleh Datin Rasyidah. Nenek? Bukan ke negatif?

“Sayang..” Sapa Zaffrel lalu menghulurkan pregnancy test ditangannya kepada Aura.

Aura tergamam melihat pregnancy test ditangannya. Adakah ini mimpi? No ini reality. Aku bakal jadi ibu?

“Abang, Aura pregnant?” Suara Aura sedikit gugup. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Zaffrel mengangguk tenang. Tubuh Aura terus ditarik kedalam pelukannya. Teresak - esak Aura menangis didada bidangnya. Tidak percaya dia masih diberi peluang untuk menjadi menjadi seorang ibu .

“Abang bakal jadi ayah..” Zaffrel mengetap bibirnya. Perkataan syukur tidak lepas dari meniti dibibirnya.

TASHA merenung langit malam yang dipenuhi bintang. Air mata yang membasahi pipinya dilap perlahan.

“Sayang, tunggu mummy di pintu syurga tau.” Tasha memejamkan matanya menahan perasaan. Rindu, itulah yang dirasakannya saat ini. Rindu pada arwah anaknya yang hanya bertahan selama 4 bulan sahaja didalam rahimnya.

Perutnya yang kempis diusap perlahan.

“Kalau sayang tak tinggalkan mummy, mesti sayang tengah lena tidur dalam perut mummy kan. Mesti mummy dapat rasa sayang tendang perut mummy. Tapi Allah lebih sayangkan awak sayang.” Tasha duduk bersandar di balkoni biliknya. Ya aku tidak kuat. Selama ini aku kuat kerana adanya malikat kecil dirahimku, namun kini dia sudah tiada.

“Tasha, sampai bila nak sedih macam ni? Belajar terima takdir Allah. Tasha dah janji dengan mummy nak mulakan hidup baru kan.” Sapa Datin Sara sambil membelai tapak tangan anaknya itu.

Allah ambil anaknya, namun Allah pulangkan kembali keluarganya. Tasha kini kembali melayari hidupnya bersama kaluarganya setelah hampir 4 bulan dibuang dari keluarganya itu kerana mengandungkan anak luar nikah.

“Tasha tak kuat mummy. Walau dia anak luar nikah, tapi Tasha cukup sayangkan dia. 4 bulan Tasha hidup hanya dengan dia. Tasha menagih simpati orang lain demi cari sesuap nasi untuk dia. Tasha kuat demi dia.” Tidak henti - henti perutnya yang kempis diusap perlahan.

Datin Sara mula rasa bersalah. Jika dia tidak menghukum anaknya itu, pasti semua ini tidak akan berlaku.

“Dah la , jangan sedih. Anak mummy kan kuat. Yang lepas lupakan. Jangan sedih okay.” Air mata Tasha diusap lembut.

Tasha menghadiahkan sebuah senyuman pada mummynya itu. Ya kau kena kuat. Teruskan kehidupan kau Tasha.

Kenangan hitam dahulu mula teringat kembali. Demi ingin melepaskan segala sakit hatinya terhadap Aura dan Zaffrel, dia membawa diri ke kelab malam. Disebabkan air setan yang diteguk terlalu banyak, dia terlalu lalai sehingga hanyut dibawa perasaan. Sedar sahaja dirinya, tubuhnya sudah digauli oleh lelaki yang bertugas di kelab tersebut.

Lupkan Tasha, mulakan hidup baru. Kau kuat. Kau kuat Tasha. Kau mampu untuk kuat!

SEMINGGU setelah mendapat berita kehamilannya, Aura mula mengalami alahan yang agak teruk. Kalau dia okay, Zaffrel pula yang menyambung. Bantal dan selimut selalu bermain - main diruangan mindanya. Ye kalau boleh tidur memang best, penat, penat sangat ulang alik ke toilet demi mengeluarkan segala isi perutnya.

“Sayang nak makan nasi?” Soal Zaffrel setelah mendapatkan Aura yang sedang termenung dihadapan televisyen.

Aura hanya menggeleng lemah.

“Ais krim? Kek? Roti?” Soal Zaffrel lagi.

Aura masih menggeleng.

“Sayang makan la sikit, perut sayang kosong tu, nanti sakit. Makan sikit eh.” Pujuk Zaffrel lagi sambil mengusap lembut kepala Aura. Tampak wajah itu sangat penat. Pengorbanan seorang ibu itu bukanlah sesuatu yang remeh, ianya sangat berharga.

“Tak nak.” Tolak Aura lalu merebahkan kepalanya pada riba Zaffrel.

“Aura tak nak makan, kalau makan pun muntah juga. Aura nak tidur.” Adu Aura lagi lalu terus melelapkan mata.

Zaffrel simpul senyum, sejak mengandung ni perangai Aura comel sangat. Manja tak bertempat. Asyik nak kita peluk dia je. Tapi tu la, kesian tengok keadaan Aura sekarang, penat je. Asyik muntah je.

Ting Tong! Ting Tong!

Zaffrel kembali meletakkan kepala Aura diatas sofa. Pintu pagar dibuka. Dia terus mendapatkan ahli keluarganya yang lain.

“Aura dah siap ke?” Soal Datin Mona.

“Siap? Bersiap nak pergi mana ni?” Soal Zaffrel pula.

“Laa kami datang sekampung dah ni. Aura cakap dia nak makan shell out dekat jalan baru tu.” Jawab Datin Rasyidah pula.

“Ye ke, tapi Aura tengah tidur la. Dia asyik muntah je....”

“Tak Aura dah okay ni. Lima minit nanti Aura siap. Masuk la dulu.” Sampuk Aura dari belakang.

“Aik tadi sayang tidur bukan?” Kepala Zaffrel yang tidak gatal digaru.

“Demi shell out!” Jawab Aura lalu terus berlari anak masuk kedalam rumah.

“Sayang jangan lari!” Laung Zaffrel yang bimbang melihat Aura yang terlebih aktif.

“Baik!”

BERSUNGGUH - SUNGGUH Aura menikmati shell out yang terhidang elok dihadapnnya. Habis comot mulutnya. Penat Zaffrel mengelap mulutnya tanpa henti.

“Sedapnya!” Puji Aura dengan ikhlas lalu duduk bersandar pada kerusi. Kenyang sangat.

“Sayang pening lagi?” Soal Zaffrel sambil mengemaskan rambut Aura yang berserabai.

“Dah okay sikit, tapi kalau boleh makan bingsu mangga lagi okay.” Minta Aura dengan cara halus.

“Cakaplah nak makan bingsu. Ish budak ni abang cubit pipi kan. Tunggu abang pergi order kejap.”

“Zaff biar aku order, aku nak order sekali yang tokdy ni.” Halang Adrian lalu terus berdiri. Zaffrel hanya mengangguk.

Tanpa sengaja, Adrian telah terlanggar seorang wanita yang berjalan dengan agak pantas.

Buk!

“Maaf, cik okay?” Soal Adrian duduk melutut menghadap wanita dihadapnnya yang sudah jatuh dilantai.

“Saya okay, maaf sebab jalan tak pandang orang.” Ucap wanita itu sambil menunduk sedikit.

“Tasha?” Sapa Aura dengan riak yang agak terkejut.

Tasha bingkas bangun membetulkan duduknya.

“Aura jangan silap faham, I tak berniat nak datang sini, I tak tahu pun you ada dekat sini. Sumpah I tak ada niat nak buat you marah. I minta maaf. I pergi dulu.” Tasha menunduk kalah. Serba salah dirasakan saat ini.

“Tasha wait!” Aura bersuara lalu terus memegang pergelangan tangan Tasha yang ingin berlalu pergi.

“Aura I betul - betul tak nak ganggu you. I so sorry.” Rayu Tasha yang seakan takut untuk bertemu dengan Aura. Aura pula yang rasa bersalah. Mana taknya disebabkan sikap cemburu butanya, Tasha yang niatnya baik pula disalah ertikan.

“No Tasha, jangan takut. I bukan nak marah you ke apa, I just nak minta maaf dengan you. Itu je. I tahu selama ni I salah anggap pasal you. You pun dah banyak berubah.” Terang Aura lalu mengengam lembut tangan Tasha. Tasha hanya mampu menekur lantai.

“You tak salah Aura and you tak pernah salah. Selama ni I yang salah sebab panggil you perampas bagai. I berdosa dengan you.” Tasha mula menangis. Jika diingatkan dahulu, dia terlalu ikutkan perasaan sehingga mengabaikan kebahagiaan orang lain.

“I dah maafkan you. Jangan risau . I tak nak kita gaduh lagi.” Aura menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Tasha. Jelas wajah wanita itu masih lagi dalam fasa ketakutan.

“I still rasa bersalah dengan you Aura. Cakap je apa sekali pun cara untuk I tebus silap I pada you, I janji I buat.” Tasha masih lagi merayu. Mata - mata yang memandang kearah mereka dihiraukan sahaja.

“Kahwin dengan saya!” Tasha terus menoleh. Dia tidak salah dengarkah?

“Abang!”

Maaf sbb baru sempat update, minggu ni exam hari ni last so sempat la update.. selamat membaca semua..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience