(HONEYMOON )
AURA memandang kebelakang saat dirinya seperti diperhatikan. Namun Aura hanya mempedulikan sahaja. Berani dia dekat aku karate la. Kini Aura dan Zaffrel sedang berada di dalam kapal terbang menuju ke kota London.
Aura memandang ke arah Zaffrel yang sudah terlena. Penat sangat , sampai terus lena. Fuh datang honeymoon tapi aku yang sendu duduk sorang - sorang.
“Abang, bangunlah. Tadi cakap nak tengok cerita sama - sama la tapi last - last dia dah lena mimpi sampai London dah.” Bahu Zaffrel ditepuk geram. Kalau nak tidur baik balik rumah tidur dekat rumah.
“Abang ngantuk la sayang. Baru pukul berapa tidur la dulu.” Pinggang Aura dipeluk. Dia menyambung tidurnya di dalam pelukan isterinya itu.
“Abang bangunlah. Aura tak sedap hati la.” Aura memandang kebelakang lagi. Saat Aura berpaling figura tersebut terus menundukkan diri.
“Kenapa sayang? Perasaan je tu, tidur la dulu.”
“Abang nak tidur , tidurlah. Baik Aura balik je macam ni.” Tubuh Zaffrel ditolak dari memeluk tubuhnya.
Zaffrel menggeliat sesaat. Ada apa la bini aku pagi - pagi macam ni. Fuh, waktu macam ni dia ajak aku tengok cerita. Kalau dekat rumah aku on lagi tapi ni dalam flight kut.
“Biarkan dia sayang, buat macam kita tak tahu je.” Pesan Zaffrel yang dari tadi lagi menyedari tentang perkara tersebut.
“Abang kenal ke dia?” Soal Aura dengan perlahan.
“Entah, biarkan dia. Berani dia ganggu kita memang abang lempang la.” Zaffrel mengerling sekilas ke arah tempat duduk figura tersebut. Macam kenal, biarkan mungkin orang lain.
“Aura tak suka la kalau ada orang perhati macam ni. Aura takut nanti Aura tak boleh nak kawal marah ni nanti tak pasal - pasal koma perempuan tu.” Aura berdecit geram.
“Koma terus ye? Garang betul isteri abang ni.” Hidung Aura dicuit. Marah pun comel.
Bunyi suara pramugari bergema satu flight menandakan flight bakal mendarat tidak lama lagi.
“Eh sayang awalnya, bukan ke baru je pukul berapa.” Zaffrel menggarukan kepalanya. Aku rasa baru je terlelap dah sampai dah.
“Banyak la abang awal. Abang tu tidur tak ingat dunia sampai abaikan Aura. Tak nak kawan dengan abang.”
Cup!
“Abang!” Bahu Zaffrel ditampar kuat. Pantang ada ruang je mesti nak ambik kesempatan.
“Mulut tu comel sangat asyik membebel je.” Zaffrel senyum meleret.
“Tak malu ke kalau orang pandang.” Aura gigit bibir bawah.
“Haa buat la macam tu, abang cium lagi kan.” Zaffrel berura - ura ingin mencium Aura namun cepat sahaja Aura menutup mulutnya.
“Fast action. Your luck, tapi lepas ni abang tak lepas dah.” Zaffrel mengeyitkan sebelah matanya.
“Jangan nak gatal la. Tengok habis dah comot lipstick Aura.” Aura mencebik. Ingat lipstick aku murah ke.
“Let me clean it.” Tisu yang berada bersamanya diambil lalu dicucikan mulut Aura. Aura merenung wajah Zaffrel yang kusyuk mencuci mulutnya.
Betul ke ini namanya jodoh? Dari aku tak kenal dia, dari aku benci dia sampai la kini dia bergelar suami aku. Dan kini aku mampu menerima dan mencintainya. Ya Allah jadikan dia milik aku hingga akhir hayat aku.
“Jangan tenung abang macam tu, malu la abang.” Rambut Aura yang menutupi wajahnya diselit kebelakang.
“Perasan, kalau muka macam Nadech Kugimiya takpa juga nak tenung.” Aura menyilangkan tangannya kedada.
“Kutuk suami sendiri. Tahu la muka sayang macam Yaya Urassaya tak payah nak mengata wajah handsome abang eh.” Zaffrel menarik lembut pipi Aura.
“Well, biasalah orang cantik.” Aura mengibaskan rambutnya. Maklumlah dah ramai sangat orang cakap muka aku ni macam Yaya Urassaya.
SETELAH sampai di kota London, wilayah metropolitan terbesar di Britania Raya, Zaffrel memilih untuk menetap di Cullimore, West Wittering yang kira - kira dalam satu kilometer dengan pantai West Wittering , West sussex iaitu pantai berpasir luas yang menghadap ke Chichester Harbour.
“Abang nanti kita pergi dekat pantai West Wittering West sussex tau. Dah lama Aura tak pergi sana. Last pergi waktu belajar dulu je.” Aura memeluk tubuh Zaffrel. Bahagia sungguh apabila mereka selamat sampai di London.
“Boleh sayang, abang dah tempah cruises dah . Memang abang nak pergi sana pun. Nantu abang nak bawa sayang pergi jumpa nenek abang tu, tapi kita pergi naik cruises dulu ye.” Dahi Aura dicium lembut.
“Thank you abang bawa Aura datang sini. Aura happy sangat.” Aura mengeratkan pelukan pada pinggang suaminya itu.
“Everything for you my dear. Kita rehat dulu nanti kita pergi dekat sana okay.” Aura Aira diusap lembut. Dulu garang tak boleh silap sikit, sekarang dah manja mengalahkan kucing.
“Okay abang.” Pipi Zaffrel dicium lalu Aura berlari anak masuk kedalam bilik.
“Alahai bini aku ni.” Zaffrel senyum lebar. Kalau macam ni la bahagia dengan dia, dah lama aku curi hati dia.
SENYUMAN tak lekang di wajah Aura begitu juga dengan Zaffrel. Suasana pantai West Wittering, West Sussex amat indah sehingga mampu membuatkan sesiapa sahaja terpegun.
Saat Aura ingin menaiki cruises, dia terlibat figura wanita yang seperti pernah dilihatnya turut menaiki cruises yang sama. Yang peliknya wanita tersebut memakai purdah dan memakai cermin mata hitam dari dalam flight lagi.
“Abang tengok tu perempuan tu ada sekali. Siapa dia? Dia intip kita ke?” Aura mula tidak selesa dengan kehadiran wanita tersebut.
“Apa yang perempuan ni nak hah!” Zaffrel terus berjalan menuju ke arah wanita tersebut . Aira yang dari semalam geram turut berbuat perkara yang sama.
“Cik ni siapa ye? Dari semalam perhatikan kami.” Soal Aura dengan bengis. Wanita itu menundukkan wajahnya. Terasa sesak nafasnya saat ini.
“Bagitahu la cepat! Kang ada yang makan penampar aku!” Aura sudah geram dengan wanita dihadapannya itu. Kalau aku tampar ni memang tak salah.
“Aura..”
Aura terdiam. Suara tu, tak mungkin dia. Dia nak apa ikut aku?
Wanita tersebut membuka purdah dan cermin mata hitamnya.
“Marsha! Kau buat apa dekat sini?” Soal Aura dengan riak terkejut. Dah agak dah suara macam Marsha.
“Aku nak minta maaf. Aku terdengar yang korang nak datang sini, aku ikutla . Aku dah lama tak datang bercuti, nak datang sorang takut, sebab tu aku tumpang korang dalam diam.” Marsha menekur lantai. Sah kena marah.
“Ish kau ni, cakaplah lain kali. Kitaorang datang nak honeymoon tapi kau nak ganggu pula.” Aira mencebik. Nak marah kawan, tak marah geram.
“Alaa sorry la aku janji aku tak ganggu korang.” Marsha menggaru kepalanya . Adui kau pun Marsha kacau orang betul.
“Zaff, Aura. Aku pun.” Suara seorang lelaki yang datang dari arah belakang mereka menyentakkan mereka bertiga.
“Ilham kau buat apa dekat sini?” Soal Zaffrel pula.
“Aku dengar korang nak datang London semalam masa korang dekat taman. Aku ikut la dah lama tak datang bercuti.” Ilham senyum senget. Salah ke apa aku buat?
“Astaga korang ni. Kacau daun betul la. Orang datang nak honeymoon. Suka hati la, yang penting jangan ganggu kitaorang.” Pesan Zaffrel sebelum melangkah pergi.
“Eh lagi satu, Ilham kai tengokkan si Marsha ni. Dia perempuan bahaya sorang diri.” Pesan Zaffrel lagi.
“Baik boss!” Ilham dan Marsha sudah senyum lebar. Dapat juga bercuti tanpa menyorok dekat polis.
Ilham pandang Marsha saat Zaffrel dan Aura sudah jauh meninggalkan mereka.
“Erkk, awak nak pergi mana?” Soal Ilham malu - malu.
“Pergi dalam hati awak.” Marsha menekup mulutnya. Kau jangan Marsha.
“Kalau macam tu saya nak pergi...”
“Pergi mana?” Soa Marsha teruja.
“Pergi halalkan awak.”
“Auchh so sweet.” Marsha senyum tersipu malu. Romantiknya bakal imam aku ni.
“Jom la.” Ajak Ilham.
“Jom pergi mana?”
“Pergi kahwin.” Tangan Marsha diraih lalu dikucup.
“Saya nak!”
“Nak apa?” Soal Ilham pelik. Budak ni dah kenapa senyum sorang - sorang.
Marsha tersedar dari lamunannya. Ya Allah Marsha apa yang kau fikir samai jauh macam tu sekali. Muka jangan la merah sangat.
“Nak.. nak nak naik cruises la. Bye.” Marsha terus berlari anak masuk ke dalam cruises.
“Betulkan bidadari tu wujud.” Ilham senyum sebaris. Dia turut menaiki cruises tersebut.
“Abang cantik kan dekat sini.” Aura memeluk tubuh Zaffrel saat mereka kini berada di dalam cruises.
“Tak cantik.” Wajah bosan ditayang.
“Cantik la apa yang tak cantiknya.” Aura mengerutkan dahi. Punyalah catik dia cakap tak cantik. Macam - macam.
“Tak cantik. Sebab isteri abang ni dah terlalu cantik sampai abang tak nampak kecantikan benda lain.” Pipi Aura dicium berkali - kali.
“Sweet talker.” Aura meleraikan pelukan. Dia kembali merenung keindahan ciptaan tuhan. Matahari yang bakal terbenam dipandang penuh senyuman.
“Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi bidadari abang. I love you sayang. True love stories never have endings.” Pinggang Aura dipeluk dari arah belakang.
“I love you too abang. Thank you for your great love. Thank you for made me know the true meaning of love.” Aura mengangkat wajahnya memandang Zaffrel. Satu kucukan hangat singgah dihadinya.
“Pwwtt!” Siulan nakal dari Ilham memecahkan tawa pelancong yang berbagai negara disitu.
Zaffrel berdecit geram . Budak ni kalau tak buat hal tak sah. Tunggu kau.
“Apa kau? Cemburu ke? Single tu buat cara single. Sibuk je.” Zaffrel tayang penumbuknya. Ni kalau aku lempang dapat pahala.
“Sebab aku single la kau kena hormat bro.” Tergelak mereka dengan usikan masing - masing. Pelancong lain hanya memerhati gelagat mereka . Nak menyampuk tak faham apa yang diorang cakap.
ZAFFREL merenung Aura yang sedang khusyuk bermain iphonenya. Dari tadi lagi duk tenung iphone dia tu, ada apa - apa ke? Iphone tu lebih tertarik dari aku agaknya. Tabahlah wahai hati.
“Sayang, dari tadi lagi duk main phone tu. Jom la tidur. Kesian dekat abang ni.” Zaffrel membaringkan kepalanya atas riba Aura. Selesa sangat.
“Ala nak tengok gambar tadi pun tak boleh. Nak tidur pun tak mengantuk lagi.” Aura terus menutup iphonenya itu lalu diletakkan di atas meja sebelah katilnya.
“So?” Soal Zaffrel. Dia memandang tepat pada wajah Aura.
“So apa?” Aura menggarukan kepalanya. So apa pula ni? Soya? Sosej? Nak buat apa semua tu?
“Kita datang honeymoon kan” Zaffrel senyum meleret. Sabar Zaff jangan nak gelojoh sangat, memalukan keturunan.
“Ye la kita datang honeymoon . Aura tahu jadi?” Soal Aura kembali. Kepala yang tidak gatal digaru. Ingat aku budak budak ke tak tahu semua benda.
Zaffrel bangun dari terus meletakkan kepalanya pada riba Aura.
“Once i get you, I won't let you go.” Zaffrel senyum meleret. Aku tak kira, mummy dah cakap nak cucu . Sayang, sayang dah masuk kandang harimau.
“Erkk... abang.. Aura.. Aura.”
“Shuu.. nothing to excuse sayang.” Lampu bilik terus ditutup oleh Zaffrel.
Sudah kau Aura, masuk kandang harimau memang terus kena terkam. Mama tolong Aura.
Tanpalah, aku redha. Cakap nak jadi isteri solehah.
Maaf last minute terdelete yg dh siap tulis.. terpaksa la pendek je kali ni..
Share this novel