JDMA-37 (CEMBURU)

Romance Series 66915

(CEMBURU)

“ZAFF..AURA...”

“Kau nak apa datang sini?” Soal Aura dengan kasar.

“Sayang.” Zaffrel menegur kelakuan Aura yang sedikit kelihatan kurang ajar.

Aura mendengus geram. Bela la perempuan tu. Nak aku lari pergi London lagi agaknya.

“You buat apa dekat sini Tasha?” Soal Zaffrel pula.

“I datang sebab nak minta maaf..”

“Bohong! Kau datang sebab tak puas hati kan? Sebab Zaff pujuk aku and kitaorang dah happy balik. Kau nak rumah tangga kitaorang hancur baru nak puas kan!” Suara Aura agak meninggi sehinggakan mata - mata yang berdekatan mereka menoleh. Namun sedikit pun Aura tidak peduli. Hatinya panas dengan wanita dihadapannya saat ini.

“Sayang kenapa kurang ajar sangat ni?” Zaffrel menaikkan sedikit suaranya. Tidak suka dengan cara Aura yang memarahi Tasha sebegitu dihadapan orang ramai.

“What! Abang cakap Aura kurang ajar? How dare you..” Aura menarik nafas panjang. Cuba mencari ketenangan.

“No Zaff Aura tak salah semua ni salah I. Aura I datang ikhlas nak minta maaf dengan you. I tak berniat nak hancurkan rumah tangga you. Waktu tu I betul - betul terdesak , I perlukan duit. I minta maaf. I tahu I salah. I just datang sini nak minta maaf.” Tasha menekur lantai. Tidak berani berlawan mata dengan Aura.

“Yes memang semua ni salah kau! Kau dengar sini, apa je yang kau cakap aku tak nak dengar. Perempuan macam kau ni selagi tak dapat apa yang kau nak, kau tak akan mengalah. Aku bukan bodoh nak percayakan kata - kata simpati kau tu. And you abang! You have disappointed me again and again! “ Aura mengambil kasar beg tangannya yang berada di atas meja lalu terus berlari dari situ.

Zaffrel mengeluh berat. Kepalanya dipicit perlahan.

“Zaff im so sorry. I tak tahu pula yang kehadiran I boleh jadi macam ni. Sorry Zaff I tak berniat sumpah Zaff. Salah ke I nak berubah. I minta maaf.” Tasha mengesat air mata yang keluar di tubir mata. Rasa bersalah mula menyerang jiwanya. Niatnya ikhlas ingin memohon maaf.

“Its okay Tasha, you tak salah. I dah maafkan you. I minta diri dulu. Ilham kau borak la dengan Tasha dulu.” Pamit Zaffrel lalu terus meninggalkan tempat tersebut.

Kereta Lamborghini Avendator milik Zaffrel terus memecut laju diatas jalan raya. Tipulah kalau dia tidak berasa marah dengan sikap Aura.

Zaffrel terus memasuki rumahnya menuju ke bilik tidur. Kelihatan Aura sedang duduk di balkoni sambil mengesat air matanya.

“Sayang...”

Diam.

“Sayang, abang panggil ni.” Zaffrel mendekati Aura. Bahu Aura dicapai lalu dipusing menghadap dirinya.

“Kenapa nangis ni?” Soal Zaffrel walhal dia sudah mengetahui halnya.

“Soalan bodoh apa yang abang tanya ni? Tak cukup ke abang cakap Aura kurang ajar semata mata nak bela perempuan tu? Abang nak bela sangat dia pergi la tak perlu cari Aura. Aura ni hanyalah seorang isteri yang kurang ajar!” Tangn Zaffrel yang memegang kedua belah bahunya ditepis kasar.

Zaffrel hanya mendiamkan diri. Bimbang sekiranya dia bersuara akan ada hati yang terluka.

“Kenapa diam? Sebab rasa menyesal pujuk Aura? Abang kalau abang rasa nak bela dia nak percayakan dia silakan , Aura lansung tak kesah. Tapi ingat sedikit pun Aura takkan percaya dengan perempuan macam tu! And abang tak perlu susah - susah nak pujuk Aura. Aura boleh jaga hati Aura sendiri.” Aura terus berjalan meninggalkan Zaffrel namun langkahnya terhenti saat Zaffrel membuka mulut.

“ Tasha manusia, ada waktu dia buat salah ada waktu kita perlu maafkan. Sedangkan nabi ampunkan umat dia siapa kita nak mengukum orang? Kita pun pernah buat salah takkan la bila Tasha buat salah lansung dia tak dapat kemaafan?” Zaffrel bersuara tanpa memandang kearah Aura.

“Look! Abang still nak bela dia! Siapa isteri abang hah! Aura ke Tasha!” Air mata Aura mula memberes keluar.

“Habis siapa suami Aura? Abang bukan suami Aura ke sampai Aura sanggup tinggikan suara dengan abang? Mana janji Aura nak hormat abang sebagai seorang suami? Mana? Salah ke apa yang abang cakap? Salah ke abang nak didik isteri abang untuk jadi insan yang pemaaf? Salah ke? Kenapa semua yang abang buat mesti salah di mana Aura? Aura sedar tak abang siapa? Abang suami Aura. Tak boleh ke Aura hormat abang?” Zaffrel masih mengendurkan suaranya tidak mahu berkasar dengan isterinya.

Zaffrel menghampiri Aura yang hanya mampu menangis teresak- esak. Tubuh isterinya itu dipeluk erat.

“Abang marah sangat dengan sikap sayang, abang kecewa abang sedih. Tapi bila abang peluk sayang, semua tu dah hilang.” Pelukan dieratkan lagi. Aura hanya mempu menghamburkan tangisannya di dada bidang milik Zaffrel.

“Tolong sayang, tolong hormat abang sebagai suami sayang. Abang tak nak isteri abang tanggung dosa. Abang maafkan sayang, abang tahu sayang jadi macam ni pun sebab cemburu. Abang tahu isteri abang sayangkan abang. Takpa abang maafkan.” Belakang tubuh Aura digosok lembut menyalurkan segala ketenangan.

“Au..Aura.. Aura..”

“Shuu.. dah. Benda lepas dah la sayang.” Zaffrel mengeratkan lagi pelukan. Rambut Aura dibelai lalu dicium sopan.

“Hey, dah la nangis.” Kepala Aura didongakkan memandang kearahnya. Tangan Zaffrel memegang dagu milik Aura memandang tepat kearahnya. Aira mata yang membasahi segenap wajah Aura dilap lembut dengan senyuman.

“Kalau kita ada anak nanti, mesti pening kepala abang, tak tahu nak pujuk mama dia ke nak pujuk si kecil. Nampak gayanya mama dengan anak sama - sama manja ni.” Seloroh Zaffrel sambil mengelap air mata Aura.

“Tapi takpa, kalau hari - hari nak merajuk pun abang tak kesah. Asal sayang bahagia.” Sambung Zaffrel lagi. Hidung Aura dicuit manja.

“Tapi kan, orang cakap kalau orang tu masih diam tak nak bercakap maknanya dia nak...” sambung Zaffrel lagi. Namun Aura masih mendiamkan diri melayan perasaan.

Zaffrel simpul senyum, jauh termenung , meh nak sedarkan ke alam nyata.

Cup!

Bibir Aura dipagut lama. Terbutang luas matanya saat menerima tindakan drastik dari Zaffrel. Zaffrel melepaskan tautan. Dia tersenyum lebar.

“Ish apa ni.” Bahu Zaffrel ditampar kuat. Lantaklah dia sakit ke apa , siapa suruh buat hal.

“Laa orang cakap diam tandanya setuju. Abang apa lagi dah orang bagi green light.” Jawab Zaffrel dengan berani.

“Banyaklah abang punya green light. Suka ambil kesempatan.” Aura mendengus geram.

“Tadi sayang buat abang sedih. So bayar balik.” Zaffrel memerhati Aura dari atas hingga bawah.

Gulp!

Aura mula tidak senang duduk. Ruang dicari untuk melarikan diri.

“Erkk.. Au..Aura..Aura nak solat Asar dah lewat.” Kepala yang tidak gatal digaru.

“Iye? Bukan tadi kita dah solat kat hospital ke?” Zaffrel mengecilkan mata. Haa elok la tu bagi alasan tak masuk akal.

“Ehh silap nak solat maghrib la.” Aura ketap bibir. Alahai macam mana boleh lupa ni.
“Iye? pukul 5 lebih nak solat maghrib? Bagusnya.” Zaffrel senyum meleret. Tangannya naik menyilang di dada. Alasan dia macam - macam.

“Erkk.. tak Aura...”

“Shuuu... alasan anda sudah tidak diterima.” Tubuh Aura terus disambar saat Aura ingin melarikan diri.

Sudah , bapak harimau ni memang tak boleh bawa bincang.

TING TONG! TING TONG!

Bunyi loceng rumah menyedarkan Zaffrel dari lena. Dia turun kebawah bagi melihat gerangan tetamu yang hadir saat jam mengenjak pukul 3 pagi.

Pintu pagar dibuka. Jelas kelihatan wajah wanita yang amat dikenalinya dihadapan pintu pagar.

“Hey Lucy what are you doing here?” Sapa Zaffrel dengan teruja saat melihat sahabat baiknya sewaktu dia menetap di London kini berada dihadapannya setelah lama tidak bertemu.

“Heyy Zaff , i’m really miss you boy.” Lucy menghentakkan kakinya tanda teruja.

“I miss you too. Ni buat apa dekat sini? Bila you sampai?” Soal Zaffrel lagi. Dia selesa berbual dengan Lucy kerana Lucy boleh dikatakan fasih berbahasa Malaysia walaupun bunyi pelat sidikit.

“I datang sini nak jumpa you la. But i dont know nak duduk mana. Sorry ganggu you waktu macam ni. I ask your mum you duduk mana then she give me your adress.” Jawab Lucy dengan ceria.

“Jom la masuk dulu. Dah lewat malam ni.” Ajak Zaffrel lalu terus memasuki rumahnya diikuti dengan Lucy.

“What a beautiful house! So nice.” Puji Lucy saat dia memasuki rumah tersebut.

“Thank you.” Zaffrel simpul senyum.

“Do you stay here alone?” Soal Lucy lagi lalu melabuhkan punggung di sofa.

“Nope i’m stay here with my wife.”

Jawapan Zaffrel menyentakkan Lucy yang sedang memerhati segenap kawasan rumah tersebut. Bibirnya diketap. Tidak percaya Zaffrel sudah berkahwin. Adakah hajatnya datang ke Malaysia akan hancur begitu sahaja.

“Ouh so you’re already married? “ Soal Lucy yang sedaya upaya mengawal riak wajahnya.

Zaffrel hanya mengangguk senang.

“Come here. I want to show you the guest room. Hope you like it.” Sambung Zaffrel lagi lalu berjalan kearah bilik tetamu. Lucy hanya mengikuti langkah Zaffrel.

Dari tadi Aura hanya memerhati mereka dari jauh. Kepala yang tidak gatal digaru. Siapa pula perempuan tu? Pakaian dia memang tak cukup kain eh? Rambut dia tu kena apa sampai warna purple hijau dah macam sawi dengan lobak. Ehh lobak warna apa? Tu la kau Aura orang suruh belajar kau tak nak.

“ You rehat la dulu. Esok kita sambung borak.” Ujar Zaffrel lalu terus melangkah pergi. Namun pantas tangannya ditarik sehingga hampir terjatuh diatas Lucy namun sempat dia mengelak dari terjadinya perkara tersebut.

“I’m so sorry. I tak sengaja. I just want to say thanks to you. “ Lucy simpul senyum.

“It’s okay. But you kena ingat, I ni Islam so i hope so tak sentuh I macam tadi.” Pesan Zaffrel dengan lembut. Dia tidak mahu memarahi Lucy kerana Lucy bukanlah saudara seagamanya.

“Opss sorry.”

“Its okay. I pergi dulu. Good night.” Ucap Zaffrel lalu terus keluar dari bilik tersebut.

“Good night my sweetheart.” Lucy tersenyum sendiri melihat kelibat Zaffrel yang sudah jauh darinya.

“I want him to be my husband.”

Aura yang memerhati mereka terus mendaki tangga untuk naik kebilik. Belum sempat dia ingin menutup pintu bilik , Zaffrel terlebih dahulu sampai.

“Sayang tak tidur ke? Nak pergi mana ni?” Soal Zaffrel lalu memasuki bilik tidur tersebut.

“Aura cari abang tak jumpa tu yang Aura nak turun bawah.” Bohong Aura walhal dari tadi dia sudah menjejak kaki ke tingkat bawah.

“Abang turun tadi kawan abang dari London datang. Dia tidur dekat sini malam ni. Sayang okay ke? Abang tak sampai hati nak kejutkan sayang tadi.” Ujar Zaffrel.

Aura hanya memgangguk.

“Okaylah jom tidur. Aura dah mengantuk ni.” Aura terus mendaki katil lalu melelapkan mata. Malas nak fikir soal perempuan tadi. Tengok gaya dah tahu ada niat tak baik. Ish geramnya aku nak je aku tumbuk muka dia tu.

“Sayang?” Zaffrel menggongcang sedikit bahu Aura.

“Kenapa abang?”

“Tak sayang tu kenapa? Sayang mimpi apa sampai nak tumbuk orang tu?” Soal Zaffrel saat melihat Aura dari tadi menggengam penumbuknya seakan mahu menumbuk sesuatu.

“Erkk ni? Ehh takda la lenguh haa lenguh.” Bohong Aura sambil menayangkan tangannya.

“Haiss macam - macam. Tidurlah sayang. Goodnight.” Zaffrel melabuhkan ciuman di dahi Aura lalu turut membaringkan badannya sambil memeluk erat pinggang Aura.

AURA bangun dari tidurnya. Kepala yang pening dipicit perlahan. Zaffrel keluar dari toilet sambil mengeringkan rambutnya.

“Kenapa sayang? Sakit kepala ke?” Zaffrel duduk disebelah Aura lalu membetulkan rambut Aura yang mulai serabai.

Aura hanya mengangguk lemah. Ni la jadi bila tak cukup rehat.

“Sayang tidur la dulu, abang nak sediakan breakfast. Nanti siap abang bawa naik untuk sayang.” Tubuh Aura dibaringkan kembali ke atas katil. Selimut dikemaskan dengan baik.

“Takpa ke abang? Kesian pula . Aura boleh je tolong abang masak.”

“Sayang tidur je. Takpa abang boleh masak sorang - sorang. Sayang rehat ye.” Ujar Zaffrel sambil menyarungkan bajunya.

Aura hanya mengangguk. Saat Zaffrel keluar dari bilik, Aura terus terbangun dan berlari memasuki toilet bagi mencuci wajahnya.

Ahh macam mana boleh lupa perempuan tu ada dekat rumah ni. Wahai kepala kau jangan nak pening sangat okay, tahan . Jangan nak ngada - ngada nanti perempuan rambut purple hijau tu goda suami kau.

Aura terus membersihkan diri menghiraukan sahaja kepalanya yang terasa berat.

“MORNING Zaff.” Sapa Lucy dengan ceria lalu menarik kerusi untuk melabuhkan punggungnya.

“Morning. Awal you bangun.” Ujar Zaffrel sambil memasak.

“Ye la I girl . I should bangun awal. Your wife mana? Tak tolong you masak ke?” Soal Lucy dengan kedengaran agak sinis.

“My wife dizzy.” Jawab Zaffrel ringkas.

“Ouh, kalau macam tu, let me help you.” Lucy berjalan mendekati Zaffrel namun cepat - cepat Aura berlari memeluk tubuh Zaffrel.

“Abang! Sedapnya bau abang masak.” Ujar Aura sambil memeluk erat belakang Zaffrel.

“Hey tadi cakap pening. Kenapa tak rehat je.” Zaffrel memusingkan badannya lalu menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Aura. Aura senyum kegirangan.

“Pening lagi tapi lagi pening kalau berjauhan dengan abang. Kalau duduk dekat macam ni boleh peluk macam ni tak pening la.” Jawab Aura manja lalu menyandarkan kepalanya pada dada bidang milik Zaffrel.

“Sayang abang nak masak ni, kalau manja - manja macam ni kan lain yang jadi.” Usik Zaffrel sambil membelai rambut Aura.

Aura ketap bibir . Ada je modal dia . Ish geram.

“Lain yang jadi? Jadi apa?” Duga Aura.

“Jadi kenyang makan sayang.” Bisik Zaffrel perlahan lalu terus mendapat sepitan ketam dari Aura.

“Gatal!”

“Ehem!” Lucy berdehem saat terasa dirinya bagai tidak wujud disitu.

“Eh Lucy, kenalkan my wife. Aura Fellisya. Just call her Aura.” Ujar Zaffrel saat Lucy duduk berdiri sambil menyilangkan tangannya ke dada.

“Hi nice to meet tou Aura.” Ujar Lucy acuh tak acuh sahaja.

Aura hanya mendiamkan diri. Malas aku nak layan perempuan macam ni. Melihat kebisuan dari Aura membuatkan Lucy makin sakit hati.

“Ouh by the way Zaff, I nak minta maaf lagi tau pasal semalam yang you hampir terjatuh atas I. Entahlah bila fikir balik, I tak tenang, I'm afraid if you don't sincerely forgive me.” Lucy cuba untuk menyakitkan hati Aura.

Zaffrel kerut dahi. Dah kenapa takda ribut takda ombak takda pantai nak sebut benda tu?

“Its okay benda dah lepas. I maafkan you.” Jawab Zaffrel pula sambil mengacau masakannya. Bimbang jikalau hangit.

“I rindu la dulu time kita main masak - masak yang you said if I be your wife , you nak masak everyday untuk I.” Lucy mula membuka cerita.

“ Biasalah budak, cakap main lepas je.” Zaffrel ligat memasukkan nasi goreng yang dimasak kedalam pinggan. Aura hanya diam memerhati tingkah laku Lucy.

“And you ingat tak waktu i nak jatuh dalam pool and you hug me because you know I tak boleh berenang.” Sambung Lucy lagi.

“Entah tak ingat.” Jawab Zaffrel selamba.

Lucy mendengus geram.

“Sorry la Zaff ni dia susah nak ingat benda lepas kecuali kenangan dengan orang tersayang like me memang semua dia akan ingat.” Sambung Aura pula.

“You tak perlu nak bagitahu I . I kenal Zaffrel dulu dari you. I have known him since childhood. So I know more about him than you know him” Lucy senyum sinis.

“And one more thing, Zaff ingat banyak benda about us cuma dia tak nak bagitahu you because he doesn't want you to be jealous with our story.” Jawab Lucy selamba.

Aura menarik nafas dalam. Tak pasal - pasal ada yang arwah dekat sini.

“Kenapa aku nak cemburu? Kau bukan siapa - siapa pun bagi dia. Kau bukan scandal dia pun sampai aku nak cemburu bagai. Kau ingat aku heran sangat dengan kenangan acah - acah kau tu? Habis apa motif kau cerita benda yang lepas? Memang sengaja nak aku cemburu. Hello sikit pun aku tak terkesan la. Silap orang kau nak cari pasal.” Aura menghamburkan ketidakpuasan hatinya.

Lucy berdecit geram . Walaupun tidak semua difahaminya namun jelas membuatkan hatinya berasa marah.

“Hello, you are you nak cakap I macam tu?”

“ Aku isteri dia! Kau tu siapa yang menggedik dengan suami aku? Kau ni memang suka cari perhatian orang ke? Apa boring sangat hidup kau sampai nak cemburu dengan hidup orang? ” Aura menggengam penumbuk. Ni kalau aku hayun ni koma budak ni. Nasib aku anggap kau tetamu kalau tak sumpah aku hempuk kau sampai lubang cicak!

“Sayang dah.” Tubuh Aura ditarik lalu dipeluk. Bimbang jika kesabaran isterinya itu hilang. Bukan boleh kira cemburu Aura sekarang lebih tinggi dari puncak gunung everest. Nanti tak pasal - pasal ada yang cacat kekal. Nasib kau Lucy kau kawan aku dulu, kalau tak dah lama aku halau kau Lucy.

“Hey Zaff, why you wife ni rude sangat? Kalau I jadi you I tak pandang la girl like this.” Ujar Lucy berbaur hinaan.

“Dia kurang ajar dengan orang yang kurang ajar dengan dia je.” Jawab Zaffrel selamba sambil mencedok nasi kedalam pinggan Aura.

“What! You want...”

“Enough Lucy, dah la makan. I tak nak gaduh.” Zaffrel hanya menikmati nasi goreng yang dimasaknya tanpa menoleh sedikit pun pada Lucy.

I will make you mine Zaffrel. And you Aura ,I will eliminate you. I hate people who snatch my love. Because of you, I lost my love.

Lucy berdecit geram. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Zaffrel sehingga dia nekad untuk ke Malaysia mencari Zaffrel. Namun , mengetahui sahaja Zaffrel sudah berkahwin cukup membuatkan jiwanya hancur.

Share this novel

Yasmin Cyg
2021-09-05 22:47:33 

nak sangat kan pd zaffer whahahahaha klau lucy tu kena penumbuk memang sedap punya lah


NovelPlus Premium

The best ads free experience