JDMA-40 (MENGIDAM)

Romance Series 66915

(MENGIDAM)

ZAFFREL duduk bersila disebelah Aura yang sedang menikmati sandwich sardin yang dibawa sekali dari rumah.

“Sedap sandwich tu?” Sapa Zaffrel lalu meletakkan kepalanya diatas riba Aura.

“Ish abang ni malu la kalau mummy nenek tokdy tengok nanti.” Ujar Aura saat melihat mereka bertiga mula senyum nakal kearahnya.

“Laa abang bukan baring atas riba orang lain pun, riba isteri abang juga.” Bahas Zaffrel.

Aura mengeluh sesaat. Cakap dengan dia ni memang tak boleh nak menang.

“Sayang..” Zaffrel menggosok perut Aura.

Aura tersentak seketika. Dia memandang kearah Zaffrel yang ralik mengusap perutnya.

“Agaknya bila abang dapat jadi ayah lagi?” Mata Zaffrel mula berkaca - kaca. Sebut sahaja soal anak mampu meruntuhkan jiwanya. Bukan apa, jiwanya seakan hancur mengingati kisah lama, sebab aku, sebab aku cuai , sebab aku lalai. No Zaff sampai bila kau nak hukum diri kau, semua tu ketentuan Allah. Allah dah rancang semuanya.

Aura ketap bibir menahan rasa. Tipulah kalau tak sedih bila dapat soalan macam tu. Siapa je yang tak nak anak. Cuma rezeki kita Allah dah rancang.

Melihat sahaja mata Aura yang bertukar merah membuatkan Zaffrel rasa bersalah. Jujur dia tidak tersengaja mengeluarkan soalan tersebut.

“Sayang jangan la sedih, maaf sebab abang tanya soalan sensitif macam ni.” Zaffrel bingkas bangun lalu mengelap air mata Aura.

“Kalau lepas ni, Aura dah tak dapat beri abang zuriat, abang masih sayangkan Aura tak?” Bergetar hiba suaranya saat mengucapkan kata - kata tersebut.

“Shuu, jangan cakap macam ni. Abang sayangkan sayang walau macam mana keadaan sekali pun. Bukan rezeki kita untuk ada cahaya mata lagi. Ingat perancangan Allah adalah yang sebaik - baiknya.” Tubuh Aura terus ditarik kedalam dakapannya.

“Janji jangan tinggal Aura, janji abang akan jadi milik Aura selamanya?” Soal Aura lagi.

“Selagi nyawa ini milik abang, sepenuh hati abang hanya untuk Sayang, abang tetap milik sayang hingga ajal memisahkan kita.” Rambut Aura dibelai lembut. Zaffrel melabuhkan ciuman pada ubun - ubun isterinya itu.

Datin Rasyidah, nenek dan tokdy sudah terlopong. Apa yang jadi? Tadi elok je sweet ni nangis pula.

“Zaff buat apa sampai Aura nangis ni? Zaff sakitkan hati Aura eh?” Sangkal tokdy sambil bercekak pinggang.

“Mana ada Zaff sakitkan hati Aura, ala jarang - jarang buat drama tepi pantai. Sweet gitu.” Jawab Zaffrel.

“Ye la tu, kalau tokdy tahu Zaff ada sakitkan hati Aura, siap Zaff tokdy...”

Kring..kring...

“Yes, penyelamat!” Sorak Zaffrel lalu terus menjawab panggilan jauh sedikit dari kawasan mereka sebentar tadi. Macam tahu - tahu aku malas nak dengar tokdy membebel. Dah la membebel mengalahkan orang perempuan.

“Zaff kau kat mana ni?” Sapa Adrian dari corong panggilan.

“Ada dekat pantai **** ni, kenapa?”

“Bila nak mula rancangan kau tu?” Soal Adrian pula.

“Eh aku hampir lupa la soal tu. Okay start now. Jangan kasi kantoi tidak ada yang aku selam dalam laut.” Ugut Zaffrel.

“Eleh kau cakap lebih je, okay la daddy aku dah sampai.” Adrian terus menamatkan panggilan. Ni kalau kantoi sah aku jadi dugong kena selam dalam laut.

“Daddy, nanti singgah pantai **** boleh tak? Sebab Adrian nak jumpa kawan la.” Bohong Adrian saat mereka berdua berada di dalam perut kereta.

“Kawan yang mana satu?” Soal Zack.

“Alaa daddy jarang jumpa. Boleh la eh.”

“Hurmm jangan lama sekejap je.” Pintas Zack.

“Thanks daddy. Ouh by the way, tajuk apa dah yang Uqasha Senrose dengan Syukri Yahaya berlakon tu?” Duga Adrian sambil merakam seseuatu tanpa disedari oleh Zack.

“Kenapa?”

“Nak tengok la. Rindu apa dah? Rindu separuh mati?” Adrian masih buat-buat terlupa.

“Rindu awak separuh nyawa. Sejak bila ni layan drama ni? Setahu daddy Adrian bukan jenis layan drama.” Kepala yang tidak gatal digaru. Biar betul anak aku layan drama.

“Eleh daddy pun sama je, macam mana daddy tahu tajuk cerita tu? Daddy pun layan kan. Fuhh jatuh saham betul, ada ke patut mafia yang digerun ramai layan drama cinta. Lepas tu nangis tak cukup tisu. Maigod daddy malulah kalau orang lain tahu. Daddy mafia terkenal kut!” Kutuk Adrian dengan berani.

“Amboi mulut sejak bila tak ada insurans ni? Ehh daddy bukan kacang lupakan kulit. Lahir kat Malaysia dibesarkan dekat Malaysia, tapi karya tanah air sendiri tak nak sokong. Maaf daddy bukan macam tu. Mafia mafia juga, ada waktu kena layan drama, hidup daddy pun dah macam drama so daddy dengan drama mana boleh berpisah.” Jawab Zack dengan bangga.

Walaupun dirinya dikenali dengan Mafia, digeruni oleh orang ramai, namun sedikit pun kasih sayangnya tidak berkurang terhadap Adrian. Satu-satunya insan yang paling disayanginya. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anaknya itu. Namun satu sahaja dia tidak mampu, membiarkan Adrian bahagia dengan Datin Rasyidah walau dia tahu itu adalah hal yang paling bahagia bagi Adrian. Cuma hatinya masih sakit dengan apa yang berlaku.

“MUMMY!” Zaffrel berlari mendapatkan Datin Rasyidah yang sedanf rancak berborak.

“Ada apa sampai terjerit - jerit ni. Tak malu betul buat ke orang tengok macam mana?” Bebel Datin Rasyidah.

“Hihi sorry. Zaff ada teka teki ni.” Ujar Zaffrel allu duduk bersila disebelah Aura. Aura mengesot ketepi sedikit. Punyalah banyak tempat , tempat sempit tepi aku juga dia nak singgah.

“Teka teki apa pula ni?” Datin Rasyidah menggarukan kepalanya. Tak ada angin tak ada ribut nak bagi teka teki.

“Okay lepas Y apa?”

“Z la kenapa?” Datin Rasyidah makin tidak faham. Teka teki budak tadika ke ni?

“Okay betul, saya suka awak dalam bahasa english apa?”

“I love you. Tak yang mudah sangat ni kenapa?” Datin Rasyidah mengecilkan mata. Budak ni waras ke tak.

“Tak ada apa la . Hihi nak uji la mummy ni ingat lagi tak benda - benda basic macam ni. Okay la Zaff nak pergi toilet kejap. Sayang jom teman abang..”

“Tak payah. Kamu jantan pergi sorang - sorang. Aura duduk sini.” Bantah nenek.

“Sayang, syurga bawah tapak kaki suami. Jom!” Tangan Aura terus ditarik pergi.

“Mengada!” Jerit Tokdy saat Zaffrel membawa Aura beredar dari situ.

“Abang cakap nak pergi toilet, mana toiletnya?” Soal Aura.

“Sayang nak ayah mertua baru tak?” Duga Zaffrel sambil ligat mengedit sesuatu di komputer riba di dewan kecil resort tersebut.

Dahi Aura berkerut seribu. Ayah mertua baru? Aku kena kahwin dengan orang lain ke?

“Sayang jangan fikir lain pula. Okay macam ni..”

Zaffrel ralik membisikkan sesuatu di telinga Aura. Bagai burung belatuk Aura hanya mengangguk.

Kring...kring...

Zaffrel lantas menjawab panggilan Adrian.

“Aku dah sampai ni, sekarang ni macam mana?” Soal Adrian.

“Okay sekarang kau pancing daddy kau masuk dalam dewan A13.” Arah Zaffrel lalu menamatkan panggilan.

“Sayang, call mummy suruh dia datang sini cakap kawan dia nak jump.” Arah Zaffrel pula.

Aura hanya mengikuti arahan Zaffrel tanpa membantah.

ZACK berjalan masuk ke dalam dewan A13. Lepas penat bersoal jawab dengan Adrian, akhirnya dia mengalah. Entah siapa kawan dia yang dimaksudkan oleh Adrian. Setahunya dia tidak mempunyai kawan selain anak buah.

Datin Rasyidah melilaukan mata mencari kelibat seseorang. Tak silap aku dewan ni la yang Aura cakap tu, takkan salah dewan kut.

Saat Datin Rasyidah ingin keluar dari dewan tersebut, dia bertembung dengan Zack. Zack turut kaku dengan pertemuan tersebut.

“Syidah? Awak buat apa dekat sini?” Soal Zack kedengaran agak hairan.

“Saya...”

Belum sempat Datin Rasyidah menjawab, satu suara dari speaker dewan berbunyi.

“Z, I love you.”

Zack tergamam mendengar suara tersebut. Jelas suara itu milik Datin Rasyidah.

Datin Rasyidah mula ketap bibir. Jadi ni la motif dia tanya teka - teki dekat aku tadi.

“Rindu awak separuh nyawa..”

Kita giliran Zack pula ketap bibir. Jelas itu adalah suaranya. Tunggu kau Adrian, pandai ehh buat hal sekarang.

“Erkkk..” mereka masing - masing kelu..

Ada apa kau bertemu dia
Mungkinkah kau ingin bagi cintamu?
Jika memang kau bagi cintamu
Masih pantaskah kujaga hatiku?

Ingatkah semua kata yang kau ucap dulu?
Kau berjanji untuk setia
Kini kutanya ke mana janji itu kau buang?

Tiba - tiba sahaja lagu Pernah nyanyain Azmi berkumandang disegenap dewan tersebut.

Datin Rasyidah tergamam, bait lirik tersebut amat kena dengan kisah kehidupan mereka. Begitu juga Zack , lirik yang dimainkan seakan meluahkan segala isi hatinya.

Pernah sakit tapi tak
pernah sesakit ini
Karena pernah cinta tapi
tak pernah sedalam ini

Aku ingin semua
cintamu hanya untukku
Memang 'ku tak rela kau
bagi untuk hati yang lain

Jika memang kau bagi cintamu
Ke mana janji itu kau buang?
Ho-oo-ooo ...

Kau buat 'ku menangis
tanpa air mata
Sampai kuteriak pun
sudah tak ada suara

“Lamar! Lamar! Lamar!” Tiba - tiba sahaja suara sorakkan bergema di ruangan dewan tersebut.

Kurang asam punya korang siap korang aku balas balik nanti.

“Daddy, nah macho sikit.” Sapa Adrian lalu menghulurkan kotak baldu merah kepada Zack.

“Adrian! Apa semua ni?” Soal Zack sedikit perlahan namun jelas didengari oleh orang lain.

“Good luck!” Ucap Adrian tanpa menjawab soalan Zack. Dia lantas berlari kearah Zaffrel bagi menyaksikan drama akasia tersebut.

“Erkk..erkk..” Zack sudah pun gugup. Alahai aku tak pernah rasa macam ni, ni dah kenapa gugup mengalahkan nak pilih perdana menteri ni.

“Saya terima!” Jawab Datin Rasyidah lantang. Wajahnya mula berona merah. Ya Allah Syidah kenapa dengan kau ni. Betul la orang cakap bahaya kalau mulut lebih pantas dari otak.

“Kita kahwin!” Kini giliran Zack pula menekup mulutnya. Tak pasal - pasal orang cop aku duda gersang pula. Alahai mulut benci!

“Yeyyyy!” Mereka yang menjadi penonton bersorak gembira. Alhamdulillah , kalau jodoh tak kemana. Hilang dipelusuk gua sekali pun, akan datang bila dipanggil jodoh.

Adrian tersenyum kegembiraan. Tanpa disedari setitik demi setitik air matanya tumpah. Inilah kebahagiaan yang paling terindah dalam hidupnya.

Zaffrel perasan akan hal tersebut. Bahu Adrian disenggol perlahan.

“Bang, aku doakan kau lebih bahagia lepas ni. Ingat kebahagiaan tu milik kau, kau berhak bahagia.” Tubuh tegap Adrian terus dipeluk erat.

“Terima kasih dik, terima kasih. Aku sayang kau. Terima kasih sebab buat aku bahagia. Aku doakan kau bahagia selamanya. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Jaga diri jaga Aura. Aku sayang kau.” Air mata jantan Adrian akhirnya tumpah dibahu bidang milik Zaffrel.

Akan ku jadikan ia sebagai sejarah dalam hidupku. Benar dan wajah , tiada yang terindah dalam hidup ini melainkan kita bahagia bersama orang tersayang. Terima kasih ya Allah, akan ku ucapkan alhamdulillah atas segala pemberian mu .

HARI berganti hari, minggu berganti minggu tanpa sedar sudah sebulan keluarga mereka disatukan. Adrian dan Zack sibuk menguruskan syarikat mereka manakala Zaffrel pula bertungkus - lumus menguruskan syarikat Dato Khalid.

Kini mereka semua tegak berdiri dihadapan sebuah syarikat yang agak mewah hiasannya. Namun mata Aura ditutup kemas dengan kain berwarna hitam.

“Abang kita dekat mana sekarang ni? Bila boleh buka mata ni?” Rungut Aura yang dari tadi berdiri tanpa mendapat isyarat untuk membuka mata.

“Tak menyempat betul. Sabar la kejap Aura oi.” Pintas Adrian bagi pihak Zaffrel.

“Kalau sekejap dah sabar la ni bukan sekejap ni dah berapa tahun berdiri depan ni.” Rungut Aura lagi. Dah la panas, tolong la faham aku tak suka panas. Bila berdiri dekat tempat panas macam ni sumpah kepala aku rasa nak tercabut kepala aku dah macam kena pusing dalam mesin basuh tau tak!

“Melebih la budak ni.” Samput Tokdy pula.

Aura hanya mencebik, semua aku cakap tak ada orang pun nak sokong. Takpa la terima la nasib diri ini.

“Sayang dah ready?” Soal Zaffrel dengan sopan.

“Lebih dari ready dah ni.” Aura duduk bercekak pinggang. Punyalah lama aku tunggu tanya lagi ready ke belum.

“Okay - okay, one , two , three. Suprise!” Serentak mereka bersuara. Aura tergamam seketika. Mata yang ditutup lama dikelipkan beberapa kali. Manalah tahu aku silap tengok.

“AZ Holdings? Aura Zaffrel? Apa semua ni abang?” Soal Aura dengan teruja saat membaca nama mereka berdua di signboard besar dihadapan syarikat tersebut.

“Yes sayang, dah lama abang bangunkan syarikat ni, and today, abang nak sayang yang rasmikan sendiri syarikat ni.” Ujar Zaffrel dengan sopan. Jelas riak wajah gembira dipaparkan diwajahnya.

“Abang cantik sangat ni. Thanks abang. Tapi kita pergi tempat teduh sikit boleh tak sebab...” Aura terdiam ketika. Dia sedaya upaya menahan perasaan.

“Kenapa ni sayang?” Soal Zaffrel dengan risau saat melihat wajah Aura yang sudah pucat.

“Aura okay tak ni?” Soal Datin Mona pula. Risau saat melihat keadaan anaknya itu.

“Okay, Aura...”

Uwekkk..

Habis segala isi perutnya dimuntah dan turut terkena pada pakaian Zaffrel. Tanpa sedikit pun rasa geli Zaffrel terus menggosok belakang Aura menghiraukan sahaja muntah Aura yang habis terkena pada badannya.

“Abang sorry. Aura dah cakap kan Aura tak boleh duduk dekat panas macam ni. Aura mudah pening.” Adu Aura lagi. Air matanya mula bertakung ditubir mata.

“Jangan nangis, sorry abang lupa sayang tak boleh duduk dekat panas . Sorry sayang.” Perasaan bersalah mula menyerang lubuk hati. Zaffrel mengesat air mata Aura yang mula keluar.

Uwekkk...

Sekali lagi Aura memuntahkan segala isi perutnya. Kali ini lebih banyak dari yang sebelumnya. Perutnya ditekan kerana terasa sakit saat mengeluarkan isi perut yang begitu banyak.

“Uishh Aura okay tak ni?” Soal Zack pula. Zaffrel ligat membantu menggosok belakang Aura. Jelas riak risau diwajahnya.

Aura hanya menggeleng , tangannya naik memberi isyarat mahukan air kosong.
Adrian terus menghulurkan air kosong tersebut pada Aura. Diteguk air kosong tersebut sehingga segala isi perutnya tidak terasa tersisa di laluan tekak.

Zaffrel terus mencempung tubuh Aura masuk kedalam syarikat tersebut. Lif ditekan ditingkat dimana biliknya berada. Aura diletakkan diatas sofa dengan baik. Air kosong yang berada diatas mejanya dihulurkan sekali lagi buat Aura. Aura hanya diam meneguk air tersebut.

“Zaff buat apa dekat Aura?” Soal nenek dengan wajah tidak puas hati.

“Buat apa nek?” Dahi Zaffrel mula berkerut seribu.

“Nenek dah pesan kan, Aura baru lepas gugur. Tak sampai dua bulan lagi dah ada isi balik. Nenek dah cakap biar lepas 100 hari dahulu barulah korang buka puasa. Ini belum apa - apa dah terbatal puasa tu.” Bebel nenek sambil bercekak pinggang.

Zaffrel masih lagi bingun. Puasa apa pula ni? Isi apa ? 100 hari apa? Apa kaitan dengan gugur? Apa semua ni?

“Haa buat - buat tak faham. Ini la budak zaman sekarang, tak kira baik buruk asal saya best dekat dia terus buat. Lain kali sabar, belajar la berpuasa. Tu baru gugur kalau Aura berpantang bersalin nanti macam mana?” Bebel nenek lagi.

“Tak sekarang ni Zaff betul - betul tak faham. Kenapa nak kena puasa sedangkan ni bukan bulan Ramadhan. Kawan Zaff isteri dia gugur tak ada pulanya dia puasa. Elok je makan depan Zaff. Dah ada apa kaitan pula dengan Aura muntah? Cuba straight to the point .” Zaffrel masih lagi kelu. Kepala yang tidak gatal digaru.

“Dah la mummy, dah rezeki diorang nak buat macam ni. Syidah pun happy tak terkata dah ni.” Datin Rasyidah pula mencelah. Lagilah bertambah bingun si Zaffrel. Rezeki apa pula ni.

“Aura pregnant?” Soalan dari Datin Mona yang mampu mengejutkan Aura dan Zaffrel.

“Dah berapa bulan? Kenapa tak bagitahu Papa. Tahu tak papa punya excited dapat cucu tu lain macam.” Celah Dato Khalid pula.

“Ehh sabar semua. Mana ada Aura pregnantnya. Aura muntah sebab kena panas. Mama sendiri kenal kan Aura macam mana?” Aura menepuk dahi. Jauh benar diorang pergi.

Zaffrel masih lagi kelu. Kot ditubuhnya dibuang lalu ditelakkan diatas meja. Pergelangan bajunya dilipat sedikit. Tie dilehernya dibuka sedikit bagi memberi ruang untuknya bernafas dengan lebih baik.

“Sayang ada sorokkan apa - apa dari abang?” Kini giliran Zaffrel pula bertanya.

“Ya Allah sumpah Aura tak sorok apa - apa. Aura muntah sebab pening kepala, tak ada kaitan pun dengan pregnant bagai ni. Jangan la cakap macam ni, korang buat Aura sedih tau. Korang tahu kan Aura rindu arwah anak Aura.” Mata Aura mula berkaca - kaca.

“Ehh tak sayang, mama bukan nak buat Aura sedih. Cuma mama hairan, setahu mama kalau Aura muntah sebab kena panas pun tak sampai macam ni. Ni siap pucat bagai. Semalam pun Aura cakap nak makan patin masak tempoyak. Tak pernah seumur hidup Aura makan ikan patin. Tup , tup minta ikan patin. Mana mama tak hairannya.” Pujuk Datin Mona dengan lembut. Belakang puterinya digosok lembut.

“Dah Aura terasa nak makan. Aura cakap la. Tapi janganlah cakap Aura pregnant bagai. Sedih tau.” Adu Aura lagi.

“Tapi mummy pun pelik, tiga hari lepas, Aura cakap dekat mummy, Aura tak nak makan sebab tekak Aura rasa loya. Tak ke pelik tu? Hurmm mummy kuat rasa yang Aura tengah pregnant.” Kini giliran Datin Mona pula menyisat seakan inspektor.

“And kamu Zaff, takkan tak perasan apa - apa?” Celah Zack pula.

“Aura asyik penat, malas, pening, and satu lagi, biar la Zaff je yang tahu.” Zaffrel senyum senget. Kalau aku sebut tak pasal - pasal makan selipar dengan Aura.

“Dah tu betul la tu!” Serentak mereka bersuara kecuali Aura dan Zaffrel yang masih blur.

“Haa kan nenek dah cakap korang tak puasa kan.” Duga nenek lagi.

“Puasa apa lagi nek.” Kedengaran suara Zaffrel sedikit mengeluh. Alahai puasa apa ni?

“Dah la mummy, kesian budak tu nak berfikir. Yang penting kita doakan kesihatan Aura dengan baby selamat.” Pujuk Datin Rasyidah lagi.

“Aura tak pregnant!”

“Diam!” Serentak mereka semua bersuara membuatkan Aura tersentak. Uishh dah macam orang berkawad serentak diorang jawab.

“Selagi tak dapat keputusan doktor jangan nak mengada membantah orang - orang yang dah berpengalaman ni.” Celah Datin Mona pula.

“Okay fine! Kalau Aura tak mengandung mama dengan mummy kena belanja Aura baskin robbins.” Ugut Aura sambil berpeluk tubuh.

“Kenapa nak ais krim baskin robbins juga? Banyak lagi ais krim lain.” Celah Dato Khalid.

“Sebab Aura teringin nak makan baskin robbins la...”

“Tu mengidam la namanya!” Sekali lagi mereka semua serentak bersuara.

“Erkk...” Aura bagai mati kata - kata. Bukan apa tak mahu berharap. Sakit tau bila kita berharap tapi hasilnya hurmm, mengecewakan.

“Dah la jangan buli isteri Zaff, kesian dekat dia. Sayang ada rasa mengidam apa - apa lagi?” Usik Zaffrel pula.

Aura mengecilkan matanya memandang kearah Zaffrel. Dua kali lima lima ratus betul.

“Abang ada rasa mengidam nak tidur luar ke?” Ugut Aura pula.

Zaffrel terlopong. Mak kau senjata api berperisa super ring dia dah keluar. Malu oi kalau kalah dengan bini depan orang ramai pula tu.

“Abang..abang...”

“Kalau nak boleh je, nanti Aura minta papa sediakan bantal dekat luar.” Ugut Aura lagi.

“Boleh nanti papa sediakan!” Celah Dato Khalid.

“Nanti mama sediakan selimut.” Datin Mona turut mencelah.

“Mummy sediakan tilam!” Usai ketiga - tiga mencelah, terpecah jua tawa mereka semua.

“Ye la abang minta maaf. Janji tak usik dah. Daddy minta maaf tau baby.” Perut Aura diusap lembut.

“Okay sah malam ni abang tidur luar.” Kata putus Aura kini mula beraksi.

“Sayang..” Zaffrel mencebik. Ahhh tak nak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience