EPILOG (JADIKAN DIA MILIK AKU)

Romance Series 66915

(JADIKAN DIA MILIK AKU)

SUDAH lima hari Aura dan Zaffrel tidak sedarkan diri. Zaffrel, tidak sedarkan diri sehingga terpaksa ditidurkan kerana oksigennya turut drop 40%. Tanpa sebab, namun segalanya mampu dijawab oleh “takdir”. Kerana takdir menentukan segalanya.

Datin Mona memandang wajah lesu Aura sambil menahan tubir matanya dari terus mengeluarkan mutiara jernih.

“Aura, bangunlah Aura. Sampai bila Aura nak tidur macam ni. Bangunlah nak, anak Aura perlukan ibu dia saat ini. Dia perlukan Aura. Bangun la sayang, semua orang perlukan Aura...”

“Aura, Zaffrel masih tak sedarkan diri. Dia lemah sangat, dia pun perlukan Aura. Kalau Aura terus tidur macam ni, Zaffrel terus tidur macam tu juga, macam mana dengan anak Aura..”

“Aura selalu cakap dengan mama yang Aura tak sabar nak lihat anak Aura, tapi kenapa Aura masih tak bangun? Bangunlah Aura, berhentilah dari terus lena....”

Datin Rasyidah duduk termenung dihadapan Zaffrel. Seketika tangan Zaffrel diraih lalu dikucup lembut. Tenang sahaja wajah Zaffrel saat ini.

“Zaff, sampai bila Zaff nak terus lena macam ni? Zaff bangunlah Zaff. Jangan tinggalkan mummy, cukuplah mummy kehilangan Zaffier, mummy tak nak Zaff pun tinggalkan mummy...”

“Zaff, kalau Zaff terus macam ni, macam mana dengan Aura. Dia perlukan Zaff untuk terus kuat. Anak Zaff pun perlukan Zaff. Sampai bila Zaff nak terus lena macam ni..”

“Bangunlah Zaff, Zaff kuat Zaff tak lemah. Bangunlah sayang, masih ramai yang tunggu Zaff...”

ZAFFREL membuka matanya. Matanya terpejam kembali saat sinar terang benar - benar berada dihadapnnya. Perlahan - lahan dia berjalan mendekati cahaya tersebut.

“Abang..”

“Aura!”

“Sayang jangan tinggalkan abang, abang tak kuat sayang. Jangan tinggalkan abang. Abang perlukan sayang saat ini...”

“Abang kalau abang nak Aura terus ada disisi abang, abang kena kuat. Kekuatan abang adalah kekuatan Aura. Anak kita perlukan kita....”

“Tapi abang....”

Kata - kata Zaffrel terhenti saat kelibat Aura sudahpun menjauh.

“Sayang! Sayang...!”

“Aura!”

Zaffrel membuka mata dengan mengejut. Oksigennya mula turun naik. Nafasnya tidak teratur dengan baik.

“Zaff! Doktor!” Laung Datin Rasyidah sambil tangannya ligat menekan loceng kecemasan yang berada dikepala katil.

“Puan tunggu diluat dulu ya!” Arah salah seorang jururawat sambil membawa Datin Rasyidah keluar dari bilik tersebut.

“Ya Allah anak aku..”

Setelah hampir setengah jam Zaffrel dirawat, akhirnya Datin Rasyidah dan ahli keluarga yang lain dibenarkan untuk melawat Zaffrel.

Tampak wajah Zaffrel yang sangat lesu dan pucat.

“Zaff..” Datin Rasyidah mendekati Zaffrel yang duduk termenung.

“Aura..Aura..”

Hanya Aura sahaja yang terlintas difikirannya. Zaffrel terbaring lesu sambil mengalihkan pandangannya sekeliling kawasan mencari fogura Aura.

“Zaff rehat dulu ya, nanti kita pergi tengok Aura.” Pujuk Zack.

“Zaff nak Aura. Zaff nak jumpa Aura. Mana Aura?” Zaffrel cuba untuk bangun namun lantas dihalang oleh Zack.

“Zaff rehat dulu ya. Kejap lagi kita jumpa Aura ya.” Zack masih lagi memujuk. Namun pujukannya seperti tidak dihiraukan.

“Takpa Zaff okay. Zaff nak jumpa Aura je.” Zaffrel masih bergedil. Dia kuatkaj dirinya yang lemah untuk bangun. Kepalanya yang terasa berat cuba dikawal sebaik mungkin.

“Mummy, biarkan dia jumpa Aura. Cukuplah mereka tidur panjang, bagi Zaffrel peluang untuk beri semangat pada Aura. Aura pun perlukan semangat dari Zaffrel.” Celah Adrian pula.

Nak tak nak Datin Rasyidah akhirnya bersetuju dengan permintaan Zaffrel.

“Tapi janji, walau apa pun yang terjadi, Zaff kena kuat..”

“Kekuatan Zaff adalah kekuatan Aura.” Sambung Zaffrel sebelum sempat Datin Rasyidah menghabiskan kata - katanya.

Zaffrel bangun perlahan - lahan dengan bantuan Adrian lalu terus beredar ke bilik Aura.

ZAFFREL mengetap bibirnya saat melihat keadaan Aura yang masih terbaring lesu diatas katil hospital. Perlahan - lahan dia menghampiri Aura lalu duduk disisi isterinya itu.

“Sayang, bangunlah. Sampai bila sayang nak terus tidur macam ni? Sayang anak kita perlukan kita. Bangunlah sayang, jangan terus macam ni.” Luah Zaffrel sambil meletakkan kepalanya disisi katil sambil mengusap lembut tangan Aura.

“Anak kita comel sangat. Dia pun ada dimple tau. Comel. Muka dia iras macam sayang. Hidung mata, setiap kali abang tengok anak kita, abang akan rindukan sayang.” Zaffrel tersenyum sambil air matanya meleleh keluar membasahi pipi.

“Mesti dia nak sangat jumpa mummy dia kan...” Zaffrel menarik nafas dalam. Sungguh pilu hatinya saat ini. Sungguy dia merindui senyuman Aura, gelak tawa Aura. Sungguh dia merindui cahaya matanya yang hanya sempat bertemu seketika sahaja.

“Sayang bangunlah, abang akan sentiasa tunggu sayang. Abang penat sangat, abang nak rehat kejap. Nanti abang nak jumpa anak kita. Abang harap sangat kita jumpa anak kita sama - sama...” Tangan Aura dikucup seketika sehingga matanya terlelap disitu.

PERLAHAN - LAHAN kelompok mata Aura mula terbuka. Nafasnya cuba untuk dihembus dengan teratur.

“A..Abang...” Panggil Aura dengan lemah. Tangan Zaffrel yang menyentuh tangannya digengam perlahan.

“Abang...” Panggil Aura lagi.

Zaffrel tersedar dari lenanya. Dia lantas mengangkat wajahnya saat mendengar suara Aura.

“Sayang, abang tak mimpi ke ni? Sayang dah sedar?” Zaffrel menjauhkan sedikit tubuhnya dengan Aura. Jantungnya disentuh seketika saat jantung miliknya berdegup laju.

“Sayang..”

“Abang..” Balas Aura yang masih lagi berbunyi lemah. Air matanya terus keluar dari tubir mata.

“Anak kita mana?” Keluar sahaja soalan dari mulut Aura, Zaffrel terus memeluk erat tubuh isterinya itu.

“Abang tak mimpi kan? Abang rindu sayang, kenapa sayang buat abang macam ni, abang tak kuat. Abang tak sanggup nak kehilangan sayang.” Zaffrel mulai menangis. Tubuh Aura dipeluk erat membiarkan sahaja Aura yang turut menangis dibahunya.

“Aura takut, Aura selalu mimpikan abang, Aura takut kita berpisah. Aura rindu abang.” Adu Aura pula.

“Aura nak jumpa anak kita. Anak kita sihat kan? Aura nak tengok wajah dia. Aura nak peluk anak kita Aura nak cium anak kita.” Sambung Aura lagi.

“Anak kita sihat, comel je. Nanti kita jumpa dia tau. Sayang rehat dulu, nanti abang minta doktor bawa anak kita. “ pujuk Zaffrel sambil menepuk tubuh Aura seakan kanak - kanak kecil sehingga Aura kembali terlelap.

Ya Allah terima kasih kerana Engkau masih memberi aku peluang untuk tetap menjadi suami kepada suri hati aku, Aura Fellisya.

TERKETAR - KETAR tangan Aura saat menyambut bayi lelaki dari dukungan Zaffrel. Air matanya terus menitis saat wajah comel dihadapnnya sudahpun berada didalam dakapannya.

“Anak mummy..” Aura menahan tangisnya. Anaknya itu dicium berkali - kali.

Ya Allah terima kasih kerana Engkau masih pinjamkan nyawa untuk aku. Terima kasih kerana Engkau berikan nikmat ini kepada aku.

“Maafkan mummy sayang, maafkan mummy sebab tak kuat sampai hari ni baru mummy dapat cium anak mummy.” Aura tersenyum dalam tangisan. Wajah comel anaknya itu dipandang lama.

“Abang dah beri dia nama?” Soal Aura yang masih lagi menilik wajah anaknya itu.

Zaffrel tersenyum saat mendengar soalan tersebut. Dia duduk dibirai katil lalu mengalihkan pandangannya kearah bayi lelaki tersebut.

“Tengku Rayyan Alfarizqi..” Zaffrel tersenyum manis saat sebaris nama tersebut keliar dari bibirnya.

“Rayyan, pintu syurga, Alfarizqi, pembawa rezeki. Semoga anak kita nanti bakal menjadi penghuni syurga, dan pembawa rezeki. Sayang suka tak nama tu?” Soal Zaffrel sambil mengusap lembut pipi Rayyan.

“Sepuluh kali ganda Aura suka. Cantik pandai abang pilih. Tak bagitahu Aura pun.” Aura mencebik geram. Sebelum ni bukan main gikir panjang - panjang tapi last - last dia dah ada nama yang dia nak.

“Abang pun baru dapat nama tu masa abang tak sedarkan diri, mummy cakap lima hari juga, sama la dengan sayang. Waktu tu abang selalu mimpikan bayi lelaki, dan nama dia Rayyan Alfarizqi..” terang Zaffrel dengan senyuman.

“Abang tak sedarkan diri?” Soal Aura dengan kerutan didahi.

“Benda lepas, biarkan. Sekarang ni, kita fokus masa hadapan. Abang janji abang akan cuba jadi suami terbaik untuk sayang, dan daddy terbaik untuk Rayyan.” Ujar Zaffrel lalu mengusap lembut kepala Aura begitu juga Rayyan.

Rayyan Alfarizqi, penghuni kedua rahim mummy, semoga Rayyan mampu mewarnai hari - hari mummy dan daddy.

TIGA TAHUN KEMUDIAN,

AURA duduk di kerusi batu dihalaman rumah Datin Mona sambil menikmati mangga masak yang dihidang elok didalam pinggan.

Perutnya yang sudah kelihatan memboyot diusap lembut. Lagi 5 bulan mereka bakal menimang cahaya mata kedua.

Pandangan Aura teralih kearah Zaffrel yang sudah mengeluarkan segala isi perutnya. Niatnya ingin sahaja membantu Zaffrel, namun niat dengan otaknya pula tidak berselari.

Melihat Zaffrel yang tidak henti - henti memuntahkan segala isi perutnya, Aura terus ketawa tanpa henti. Berair matanya dek kerana ketawa tanpa henti.

“Amboi, dari tadi lagi duk ketawa. Apa yang lucu sangat tu?.” Sapa Adrian lalu duduk disebelah Aura.

“Tu tengok tu...”

Aura tidak mampu menghabiskan kata - katanya. Tawanya disambung kembali.

“Zaffrel muntah? Apa yang lawaknya?” Soal Adrian dengan hairan. Suami dah macam separuh mati muntah dia boleh ketawa macam kena rasuk.

“Aura geli hati ni. Tengok tu dia muntah tak henti - henti. Muka Zaffrel lawak sangat la.” Aura sambung tawa. Buah mangga ditangannya kembali disuakan pada mulutnya sambil dirinya masih lagi ketawa.

Zaffrel menjeling sehingga terbalik anak matanya ke arah Aura. Dengan langkah yang lemah longlai dia mendekati Aura dan Adrian.

“Ketawa la ketawa sampai terkeluar anak tekak tu. Ketawa sampai puas!” Bentak Zaffrel lalu duduk disebelah Adrian.

“Yang mengandungnya Aura, yang sensitifnya kau. Pahal bro?” Celah Adrian sambil menumbuk bahu Zaffrel.

“Aku penat la, asyik muntah je. Makan muntah tak makan muntah. Aku rasa macam urat perut aku nak keluar dah.” Rungut Zaffrel sambil meletakkan kepalanya diatas meja batu.

“Haa elok la tu merungut. Tu belum rasa sakit nak beranak, baru muntah dah nak merungut. Bini yang duk beranak tak ada nak merungut pun, dia pula yang melebih.” Sampuk Datin Mona sambil menghulurkan sepinggan lagi mangga yang sudah dipotong kepada Aura.

“Bukan merungut, cuma mengadu nasib. Kita duk muntah orang tu duk bahagia gelakkan kita.” Zaffrel menjeling sekilas kearah Aura. Mangga dihadapannya diambil lalu terus dimakan.

“Apa abang ni! Tu mangga Aura la!” Bentak Aura lalu terus menarik pinggan tersebut kearahnya.

“Eh siapa yang beli? Abang yang beli kan. Bak sini satu lagi.” Pinggan ditangan Aura dirampas kembali.

“Aura yang mengandung kan! Bagilah Aura yang makan. Bak sini mangga tu!” Pinggan tersebut bertukar tangan lagi.

“Abang pun nak makan mangga juga. Sayang dah makan banyak kan. Yang ni bagi la dekat abang.” Zaffrel terus mencapai mangga didalam pinggan tersebut lalu menikmati kelazatannya.

“Abang! Nanti habis mangga Aura!”

“Eh siapa beli?”

“Eh siapa yang mengidam?”

“Abang pun mengidam jugak!”

“Tapi tu mangga Aura!”

“Sudah! Korang ni tak ubah macam budak tahu tak. Tak malu ke kalau Rayyan tengok perangai mak ayah dia macam ni. Rayyan jauh lebih matang dari korang tau.” Bebel Adrian lalu mengambil pinggan yang berisi mangga dari tangan Aura lalu menghabiskan mangga tersebut.

“Adrian!” Serentak Aura dan Zaffrel bersuara.

“Nak gaduh sangat kan, haa gaduhlah. Nak makan beli sendiri , cop dekat mangga tu milik siapa. Dah tak perlu nak gaduh lagi.” Ujar Adrian lalu terus berdedar dari situ.

“Padan muka, lain kali gaduh la lagi. Mangga dalam rumah tu biar mama yang makan. Bye bye.” Datin Mona turut bersuara lalu terus beredar dari situ.

“Puas hati abang?”

“Belum.” Jawab Zaffrel lalu terus bangun dan kembali duduk disebelah Aura.

“Nak hug” minta Zaffrel.

“Tak nak! Abang muntah banyak tadi. Pergi mandi. Aura dah mandi la.” Aura terus menolak tubuh Zaffrel yang sudah menghampirinya.

“Alaa kali ni je.”

“No! Abang dah masam dah. Pergi la mandi!” Tubuh Zaffrel ditolak lagi.

“Daddy!” Laung Rayyan lalu terus mendapatkan Zaffrel.

“Rayyan anak daddy! Jom Rayyan kita pergi beli mangga untuk daddy. Kita tak payah kawan dengan mummy.” Hasut Zaffrel sambil mendukung Rayyan yang sememangnya murah dengan senyuman.

“Eh jangan nak mengajar Rayyan pelik - pelik eh. Yang lahirkan Rayyan Aura bukan abang. Rayyan sini.” Aura menghulurkan tangannya untuk mengambil Rayyan namun Rayyan menepis tangan Aura lalu terus memeluk leher Zaffrel.

“Nampak tak Rayyan pun tak nak kawan dengan sayang.” Zaffrel senyum kegembiraan.

“Sampai hati Rayyan, yang mengandungkan Rayyan Mummy, yang lahirkan Rayyan mummy yang....”

“Kalau tak ada daddy tak ada juga Rayyan. So Daddy lebih banyak berusaha untuk adanya Rayyan. So Rayyan jom ikut daddy. Nanti daddy belanja ice cream okay.” Rayyan sudah ketawa terkekek -kekek diatas dukungan Zaffrel.

“Jom la sayang, abang gurau je. Cepat tukar baju, kita pergi sama - sama. Nanti abang belikan 5 kilo mangga untuk sayang, cukup tak?” Pujuk Zaffrel saat melihat wajah cemberut Aura.

“Taknak! Abang pergilah dengan Rayyan, tak payah pedulikan Aura.” Tangan Aura disilang kedada lalu memusingkan wajahnya kearah lain.

“Nak merajuk ke nak mangga? Kalau nak merajuk abang nak buat macam mana kan, tapi kalau nak mangga, abang kira sampai....”

“Ahhh jangan! Okay okay Aura pergi siap sekarang. Jangan tinggal Aura tau.” Pesan Aura lalu terus berlari anak dari situ.

“Sayang jangan lari! Berapa kali nak pesan ni. Masa mengandungkan Rayyan pun suka berlari, tengok keluar seketul Rayyan yang tahu berlari je dua puluh empat jam. Penat abang nak kutip budak kecil ni.” Bebel Zaffrel lalu menggomol perut Rayyan sehingga tekekek - kekek Rayyan menahan geli diperutnya.

1 TAHUN KEMUDIAN,

AURA tersenyum bahagia saat melihat gelagat keluarganya yang lain sedang rancak bergurau senda menyakat satu sama lain. Suasana tasik yang indah terbentang luas dihadapan mereka menjadi pilihan untuk berkhelah mengumpulkan semua ahli keluar dari Datin Mona dan Dato Khalid sehingga Marsha dan Ilham turut menyertai aktiviti riadah tersebut.

Alhamdulillah semua telah bahagia. Adrian dan Tasha bakal menimang cahaya mata ketiga beberapa bulan lagi, sama juga dengan Ilham dan Marsha yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga dua bulan yang lepas.

Gembira bukan kepalanh nenek dan tokdy, macam mana tak gembira kalau dapat bersama cicit - cicit mereka pada usia yang agak lewat.

“Abang, Naira dengan Naura dekat mana?” Soal Aura saat melihat kelibat Zaffrel yang sudah menghampirinya.

Naira Anessa dan Naura Anessa, bayi kembar yang selamat dilahirkan 7 bulan yang lepas. Wajah mereka seiras wajah Zaffrel. Boleh dikatakan copy paste. Zaffrel tak perlu cakap, bangga dia melebih. Mana tak bangganya kalau dua - dia ikut muka dia. Yang penat mengandungnya Aura, tapi semua ikut rupa daddy dia.

“Ada dekat sana , tengah main dengan Tokdy.” Jawab Zaffrel.

“Boleh ke tokdy jaga tu? Diorang tu dah la nakal , tambah pula dengan si abang yang melayan je perangai adik, pening tokdy nak jaga.” Aura mula berasa risau. Risau sekiranya tokdy pengsan akibat melayan karenah cicit mereka yang nakal tak terkata.

“Jangan risau la, nenek pun ada sekali.” Jawab Zaffrel lagi.

“Sayang, ikut abang kejap.” Arah Zaffrel lalu terus menutup mata Aura dengan sehelai kain berwarna hitam.

“Abang! Nak buat apa ni?” Soal Aura dengan gelabah saat matanya sudah ditutup kemas oleh Zaffrel.

“Kejap eh sayang.” Tubuh Aura terus dicempung lalu dibawa kesuatu tempat.

“Abang, nak bawa Aura pergi mana ni?” Leher Zaffrel dipeluk erat.

“Shuu, you will know it later...”

Setelah hampir sepuluh minit Zaffrel mencempung tubuh Aura, dia meletakkan tubuh Aura perlahan - lahan menjejak lantai.

“Sayang...” Zaffrel membuka kain yang menutup mata Aura. Perlahan - lahan Aura membuka matanya dan terus terkedu dengan apa yang dilihatnya.

“Abang..” Aura menekup mulutnya tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Dia kini berada di atas hot air balloon dan dikelilingnya pula dipenuhi dengan helikopter yang mengantung banner gmbarnya bersama Zaffrel berterbangan berpusing disekeliling mereka.

“Cuba tengok dekat bawah.” Arah Zaffrel.

Dengan keadaan yang masih terkesima, Aura terus memandang kearah bawah. Sekali lagi dia terpesona saat melihat sekumpulan remaja memakai baju berwarna merah duduk membentuk “ i love u” sambil melambungkan kelompak bunga mawar sekeliling mereka menampakkan lagi suasana yang begitu meriah.

“Abang..” Aura masih lagi terkedu. Tidak tahu harus berkata apa.

“Ingat tak dulu, mula - mula kita naik hot air balloon? Waktu tu la abang serahkan sepenuhnya hati abang pada sayang. Waktu juga abang mula cintai sayang sepenuh hati abang. Dan waktu tu juga, abang terlalu takut untuk kehilangan sayang....” Luah Zaffrel menyebabkan Aura sudah bergenang air mata.

“Abang pernah bercinta, tapi tak pernah rasa cinta macam mana abang cintakan sayang. Abang pernah kecewa tapi tak sesakit saat sayang berjauhan dengan abang. Sayang ibarat bintang, hadirnya bintang pada langit gelap, namun memberi seribu satu keindahan....” sambung Zaffrel lagi.

Tangan kanan Aura diraih lalu dikucup penuh romantis. Tangan kiri Aura turut diraih lalu digengam erat.

“Sayang, jika cinta pertamamu menorehkan luka, izinkan abang cinta terakhirmu menghadiahkan bahagia...” ucap Zaffrel lalu melangkah setapak kehadapan lalu mengucup lembut dahi Aura.

Aura terpejam saat menerima kucupan tersebut. Mutiara jernih mula keluar dari tubir matanya.

“Allah temukan kita pada garis waktu yang lansung tak terfikir dek akal, tapi perancangan Allah adalah sebaik - baik perancangan. Sesungguhnya cinta yang terindah itu adalah cinta yang disatukan oleh sebuah ketetapan jodoh. Dan kini, Sayang milik abang.” Luah Zaffrel lagi yang masih mencium dahi Aura.

Kerana dia milik aku, aku akan jadikan dia milik aku dunia dan akhirat. Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami, rahmatikanlah hubungan kami dan bahagiakanlah hidup kami.

Aura Fellisya, terima kasih kerana hadir dalam hidup ini, membahagiakan jiwa ini, dan menyempurnakan cinta ini.

“I love you abang..”

“I love you more sayang...”

Cinta,
Cinta bukan memiliki semua yang kita cintai, Namun cinta itu mencintai semua yang kita miliki.

Cinta,
Cinta bukan untuk mencari kesempurnaan,
Namun cinta melengkapi segala kekurangan.

Cinta,
Cinta bukan dari awalnya ia hadir,
Namun dari setianya ia hingga ke akhir.

Perfect love does not come from a perfect beginning, but it comes from a perfect destiny

Ya Allah,
Jadikan Dia Milik Aku
Hingga akhir hayat aku.


~TAMAT~

Terima kasih kepada semua readers yg setia baca jdma hingga ke ending.. thank you yg sudi komen and donate dekat novel ni.. terima kasih kerana selalu buat rose semangat nk update.. tq semua.. sokongan semua amat dihargai.. thanks a lot ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience